Tuesday, January 27, 2015

Nama Baby

Hi

Dari zaman Adam, memang I takde share detail pun pasal nama. Sebab rasa macam Kim Kardashian sangat, hari ni beranak hari ni jugak update blog nama anak. kekekek. Siapa lah iols ni so rilek rilek last2 takde pun update pasal nama anak. Eh kata nak buat blog ni macam diary kan, pastu diary apa ni mukasurat banyak tercabut. So far share perjalanan pasal anak lah yang paling best. Nak share pasal diri sendiri macam takde benda perjalanan pun. Konon blog ni esok anak2 baca balik la tengok perkembangan deme. Kalau berminat nak baca lah.

Masa bersalin kat Adam, I dah lama dah aim nak nama Adam tapi Isham xnak sebab nama Adam ni memamg ramai sangat kan orang namakan anak. Memang suka lah nama Adam tu dari zaman sekolah rendah walaupun ada budak nama Adam dalam kelas masa darjah satu tapi dia tak minat kat I pun. Dia minat kat orang lain ciss. Menyampah tau penat i melawa pakai getah rambut bunga2 bajet comel masuk kelas. eh tapi I suka nama Adam bukan sebab budak tu pun. sekarang budak tu dah besar tak hensem pun tetiba.

Isham pulak nak nama Ariel. Macam I tak suka nama anak modern2 dengar western ni. Tapi dah bincang2 dua dua taknak mengalah takpela gabung je nama Ariel Adam. Tapi i totap lah panggil Adam.Bukan bincang, berbalah sampai dua dua taknak beralah. kekeke. so final...Ariel Adam.

Ok next. Bersalin kat baby baru ni memang takde fikir nama pun tapi bila teringat Adam mesti ternyanyi lagu nasyid Raihan tuh, Adam Idris Noh Hud Soleh Ibrahim ..........I suka nama Noh . Rambut Noh band Hujan juga lawa berkilat kekeke. Sorry out of topic. so I suarakan kat Isham "Emmm Isham nama Noh okay tak ? Saya suka ahhh " Pastu he just replied emmm ejaan Noah okay tak ?  Kalau ikut hati I nak nama anak satu perkataan je. Tak kuasa tau nanti dah masuk sekolah nak tuliskan kat buku sekolah siapa ? Ewah ni siap nak letak 3 nama.Plus berat pulak anak nak bawak nama kalau panjang sangat. 

Nanti bila time sekolah, mak dia print je nama anak copy paste microsoft word pastu selotep je kat buku. Tak pun tempah cop siap2 nama diorang. mehee. Nama I nameera. Nama Isham pun seketul je Ishamuddin. Hah nama anak pun biar ah satu ketul je. Tapi Isham nak anak dia ada lagi satu nama, So I cadangkan Ehsan. Captain Isham pun ada nama Captain Ikhsan kot, dia kata captain dia tu baik , soft spoken so dia pun setuju terus. so nama baby baru is Noah Ihsan . Nama Ihsan tu sempat la i google and tanya sana sini..

“Apakah itu Ihsan? Baginda menjawab : Sesungguhnya kamu beribadat kepada Allah seolah-olah kamu melihatnya, walaupun kamu tidak melihatnya, akan tetapi Allah melihat kamu” [Hadith Riwayat Bukhari #50, Muslim #9].

Ariel Adam..

Noah Ihsan..

Ok next....

-
-
-

--
-
-
-
-
-
Jangan nak mengarut. Kilang sudah disita buat sementara waktu. to be continued 5 tahun akan datang...



Toodles 



         

Paling senang nak menyusu anak in public !

Nursing cover Adelia4Mumz ni famous sangat. Kalau kat instagram tu merata2 lah orang duk sebut nursing cover Adelia4Mumz ni. Paling unik nursing cover Adelia4Mumz ni siap ada neckline kat area dada tu so that time nak menyusu tu anak tak la kepam lemas. kekekke. Ruang pengudaraan lah orang kata. Sebab pernah nampak orang pakai kat public, bagus la Adelia4Mumz ni ..bahagian dada tu boleh gelembung camtu .




Tengok kat part dada tu. Tu yang sepcial pasal nursing cover Adelia4Mumz ni. Baby pun tak la panas time tengah menyusu. Sambil menyusu boleh jenguk2 anak camtuh.





Seriously lah susah nak menyusu. Kadang2 kat mall tu nak cari nursing room pun susah. Sebab tu la perlu nursing cover Adelia4Mumz ni. So time dah emergency anak lapar sangat, time berdiri pun bleh nursing camni. Senang. Nursing room punya la ciput kat mall , macam mana nak support breastfeed. T_T Sian baby.

Murah je ! Rm69 including postage to semenanjung// add rm3 for sabah &sarawak

Why #nursingcoveradelia to #nursinginpublic??
.
1) material from high quality cotton. Breathable fabric.
2) EXTREMELY besar. Good coverage! 34*43 inches!!
3) hard stick at the middle to peek on your baby. So baby tak rimas :) dan boleh main cak-cak dgn baby :)
4)adjustable strap
5) Boleh lipat2 jadi kecik and sangkut kat stroller terus. Easy to take!
6) Tuala untuk lap muntak baby . To wipe baby's mouth
7) extra tie to tighten and secure the nursing cover while feeding. 
8) cBoleh jadi selimut, dah tu bila lipat2 jadi kecik jadi bantal pulak, pastu cover anak dari matahari time tengah tidur dalam stroller
9) Boleh jadi hadiah untuk orang baru bersalin !! 
.
Boleh tgk testimoni di instagram menggunakan #testimoninursingcoveradelia

Fb page : adelia4mumz
Instagram : adelia4mumz
Wa: +60192765798

                                            


25 comments :

  1. Cantik la namaaa. Aah baru perasan yang namee xpernah share nama full adam. hehehe

    :)

    ReplyDelete
  2. cantik nama Noah ihsa tu.Jadi anak yg baik ye noah. I like noah hehee

    ReplyDelete
  3. noah ihsan. sedapnyee nama. semoga membesar menjadi anak yg soleh :)

    ReplyDelete
  4. semoga noah jdi anak yg bhgiakan ibu bapa hingga syurga.. :)

    ReplyDelete
  5. ariel adam ! noah ihsan! oh,tak sabar ah tengok dedua besar :D

    ReplyDelete
  6. sedap nama Ariel Adam & Noah Ihsan. both sweet2 gitu namanye hehe. hamboii Abg long nengok adik Noah sampai cenggitu apsal? tak puas hati lettew nengok adik cenonet dah rampas takhta die hehe

    ReplyDelete
  7. Sama la namee. Sy pun x suka nama anak moden sangat. Indah sungguh nama noah ihsan. Kira theme nama anak lelaki ni guna nama nabi la ye? Gud choice. :-)

    ReplyDelete
  8. La.. ingat adam satu nama jer..hehe... ejaan noah tu ejaan yahudi, kalau bahasa arab nya nuh la... semoga kedua2 anak namee membesar mnjadi anak yg soleh, berjaya cemerlang dunia n akhirat..aminnn =)

    zinziemeewah

    ReplyDelete
  9. adam pandang noah macam pelik..hahah...

    ReplyDelete
  10. Semoga menjadi anak yang soleh Noah Ihsan. :)

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum namee. so cute la. dah 2 baby boy dah.. semoga anak2 namee membesar dengan sihat dan jadi anak yang soleh :)

    ReplyDelete
  12. huhuhuh, comel je adam tengok adik dia. mesti masih terpikir2 sapakah baby ini

    ReplyDelete
  13. hehhe..comelnya adam terpaku disitu tengok adik nangis =)

    ReplyDelete
  14. to be continue 5 tahun akan datang wakaka... Hai Noah Ihsan.. Nak panggil apa nie. Noah ke Ihsan ? ekekeke..

    ReplyDelete
  15. comel je adam dok tengok adik noah gitu..mesti dalam hati " eh! ape mende kecik gerak2 ni"

    Rinie Borhan ada Preloved baby item

    ReplyDelete
  16. Sedap nama baby, ada tanda jadi pemes cam mommy dia . Eh , apo lamo bebenor tutup kilang tue... :)

    ReplyDelete
  17. Comel nama..I pun tak suka nama anak pjg2..letak pjg2 last sekali panggil anak nama seketul je kan..Kesian2...

    ReplyDelete
  18. MOGA MENJADI ANAK YG SOLEH YE..

    ReplyDelete
  19. Noah Ihsan. Sedap namanya. Semoga jadi anak yg soleh ye syg.. Comel betulll

    ReplyDelete
  20. sedapnya nama bb... :) selamat berpantang ya namee

    ReplyDelete
  21. simple, tapi nama yang baik.. hehe baru tau nama penuh adam :)

    ReplyDelete
  22. sy suka nama hud. haha. even kalau nama budak2 skrg pjg, nanti dipanggilnya pendek2 jgk, jaja la wawa la lolx

    ReplyDelete
  23. Tahniah namee;)
    Moga Noah dan Adam menjadi anak yang soleh dan mendengar kata.. ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...