Monday, January 5, 2015

Things To Consider : Kahwin Jarak Umur Jauh

Hi

Bila bab "percintaan beza jarak umur jauh" ni, mesti nak tanya orang yang ada pengalaman kan. Macam I expert sangat and siap macam jadi buku kat library untuk rujukan. Sebagai rujukan dan luahan takpe tapi jangan terlalu yakin sangat sebab manusia ni lain2 and of course hubungan tu akan turn out lain2. I mean, tak semestinya tiap2 orang tu sama. Category umur jarak jauh gila ni is atas 10 tahun lah. Kalau takat bawah 10 tahun beza tu takde lah jauh pun. Normal. I dalam category boleh tahan jauh.  Dia dah zaman remaja, I baru nak lihat dunia. lulss


Tapi kebanyakan yang luahkan dan minta pendapat dalam email lebih kepada yang sedang dilamun cinta. Its like macam "I cinta dia, takpe apa2 jadi pun kita tempuh bersama seluas lautan ewah ewah!" . Setelah setahun menelaah email2 luahan dan berfikir sejenak (ewah memang fikir sejenak sebab selalu sempat fikir time driving time traffic jem je heh) , inilah point2 yang I dapat compile kan yang korang kena consider selain "I cinta dia, takpe apa2 jadi pun kita tempuh bersama seluas lautan ewah ewah!"

Lepas dah setahun mendapat email2 keluh kesah kak esah, i dah list kan beberapa things yang perlu consider selain "I cinta dia, takpe apa2 jadi pun kita tempuh bersama seluas lautan" . Ni benda2 yang compile ni adalah randomn dan menyeluruh.

Satu, yang jauh lebih berumur ni asam garam kehidupan lebih luas. Pangalaman hidup lebih banyak. Matang. Most of them bila dilanda badai, jenis tak bertindak ikut perasaan. Pendek kata lebih cool. Ok itu bagus. Tapi satunya bila banyak pengalaman dalam hidup, maka lebih degil dan keras kepala sebab dia tahu apa akan jadi untuk setiap tindakan. Jadi jangan sentap kalau lepas kahwin pendapat kau tak diterima. Jangan pelik lah kalau nak decide pampers anak pun , dia juga betul. Sila tabah.

Kedua, status. Bukan status pangkat dato, vvip, status emiritus segala tu ye. Ini status samada, suami orang, duda atau bujang terlajak. Kalau suami orang, sila tanggung sendiri jika berani bermain dengan api. Api tu bini pertama , kedua dan ketiga (mana tahu dah ada koleksi bini), maka perlu lah tanggung risiko kalau bini2 yang sedia ada pergi bakar rumah kau. hahaa *joke joke*. Suami orang atau status duda ni penting, masa ni lah perlu berkongsi nak2 nafkah anak. 


Lepas kahwin mana boleh halang suami bagi nafkah yang wajib. Kalau dah "I cinta dia, takpe apa2 jadi pun kita tempuh bersama seluas lautan" , ini termasuk nafkah anak. Jangan bising. Kalau status bujang terlajak, dah umur 35 tahun tapi tak kahwin2 ni...kenapa ? Ada something wrong ke mamat ni kaki pukul ke apa ? T_T .( tak semua bujang terlajak ni bermasalah, mungkin belum sampai jodoh)


Ketiga ,wanita- wanita silam. Ni kalau perempuan jenis cemburu susah lah. Dah segala benda nak pertikaikan. Dengan ex ex ex orang tuh semua dia cemburu. "Eh kenapa you bercinta 40 kali, I baru bercinta 3 kali". Luls sangat kalau nak pertikaikan berapa banyak ex orang tu ada. Dah dia hidup tengok dunia dulu, memang la  lebih banyak cinta monyet . Kadang2 I tanya je berapa orang 'ex' my husband hahaaa , pastu boleh berlagak I lagi suci. Dia sorang je yang I pernah couple dan alhamdulillah dah kahwin pun. So far suka tanya sebab nak tahu gak perangai2 pompuan yang dia tak suka. Dia tak suka perempuan banyak cakap dan kepoh bila ada problem melanda. O+O makanya i harus berlagak cool gila sentiasa. hewhew


Keempat, status 'blacklist'. Tahu tak sekarang ni kalau suami blacklist, isteri juga terkena sama maka kalau si isteri nak beli asset apa2 akan disekat dan tak dibenarkan. Langsaikan dulu apa yang blacklist tu then only boleh boloskan nama.  Yang berumur, perjalanan hidup lebih lama. Mungkin dah pernah buat loan, beli kereta tapi kadang2 nasib tak baik. Terkandas, x mampu bayar lalu di senarai hitamkan oleh bank. Bila dah disenarai hitamkan, kau yang muda ni pun bakal tersengsara sekali setelah menajdi bini kepada dia. Point ni I baru terfikir bila dapat tahu tentang CTOS. Even budak muda baru kerja pun yang dah pandai2 apply credit card pun sama lah....yang mana blakclisted tu esok lusa kahwin dengan bini2 skali kena. Tak boleh beli rumah, sampai ke tua lah menyewa nanti. 


Kelima, suami kau umur jauh beza maka adik beradik dia semua yang dah masuk alam perkerjaan dan professional. Nanti kalau ada gathering keluarga, nak kena bergaul dan berbual. Tahu ke topik apa nak bual ? hewheww. Ini I pun segan silu nak buka mulut, rasa diri kecik dan kerdil sangat. T_T

So far okay je kahwim jarak jauh ni , alhamdulilah me and Isham pun so far doing good . cumanya point2 di atas tu lah kena teliti balik . hewheww. Apa yang listed di atas itu adalah compilation yang random ok. 





    




13 comments :

  1. Betul tu kak namee..nak kawen macam best..tapi hutang2 lapuk pasangan kita tu kena ambil tahu juga..tak kan kita sanggup kawen dgn hutang2 dia kan...kita yg clean tanpa hutang pun akan sangkut sekali..susah tu nak beli rumah or kereta..tak pasal2 kita pulak yg terjebak..

    ReplyDelete
  2. bagus juga sebenarnya kalau temu jodoh ngan yg lebih tua..sebab biasanya mereka lebih matang...

    ReplyDelete
  3. dulu ex-boyfriend beza 6 tahun. tapi bukan jodoh. Jodoh dengan orang lagi muda dari iday pulak. Hehehehe

    Point2 yang namee bagi tu betul especially status tu, jangan fikir nak seronok masa tu, pikir yang bakal mendatang. tanya diri sendiri, bersedia ke? Gituuuuuuu. panjang pulak aku ngomel. Hahahaha

    ReplyDelete
  4. Bagi I sangat penting factor umur tu sebab ia merupakan factor penilai untuk kematangan seseorang.. lagi tua lagi matang , this is my point of view. biasanya perempuan lagi cepat matang dari lelaki, so dalam rumah tangga penting sangat supaya punya suami yang matang untuk menjadi ketua keluarga, tak nak lah isteri yang banyak bertndak dari en suami. so, pada pendapat I, I akan pilih lelaki yang 5 tahun lebih berusia dari myself at least..That's my main criteria of choosing my mr right.

    Tapi ade juga, lelaki yang muda kawin ngan wanita berusia ok jer bombing keluarga tak ade masalah pun.. so, apa2 pun terletak pada penilaian kite sendiri dan citarasa kite sendiri, setiap orang berbeza

    ReplyDelete
  5. Sye dulu kawin jarak gn husband 30tahun

    ReplyDelete
  6. ok je sebaya ke lagi tua or lagi muda yg penting kena very understanding n tolak ansur
    mne ada rumah tga yg tak goyah
    tp ble rsa mula goyah pandai2 la amek penukul ketuk paku baru bagi tegap balik :)

    ReplyDelete
  7. Perkongsian yang sangat bagus dan dapat membuatkan para pembaca berfikir sejenak. bagi saya matang atau tidak seseorang itu bukan terletak pada faktor usia tapi pada faktor tanggungjawab seseorang dan keadaan sekeliling yang mempengaruhinya.

    ReplyDelete
  8. Biar jauh mana pun usia, masing2 kena sama2 selaraskan cita2. Apa yg nak dicapai dalam perkahwinan. Perkahwinan bukan hanya tentang cinta.

    Best entri knamee

    ReplyDelete
  9. nice sharing...semoga bahagia selalu..

    ReplyDelete
  10. Dalam perkahwinan niat yang utama mesti ada adalah untuk mencipta keluarga yang bahagia yg hamoni. Dengan niat yg ada insya-allah segalanya akan berada dilandasan yg btol. Good entry.. love it..

    LatifahFazri

    ReplyDelete
  11. akak dgn suami jarak usia xjauh..tp akak kawen dgn duda.. memula kawen, mcm ramai yg pandang sinis.. dh jodoh, nk buat cane.. nafkah alhamdulillah tiap bulan husband akak xputus bg kt anak dia.. tanggungjawab kan..

    ReplyDelete
  12. Sy n suami sebaya. Alhamdulillah. Mcm mna pun tak sentiasa manis saja. Pahit tetap ada. Apa pun kna byk sabar n kena byk give n take. Allah pgg hubungan ni. Byk2 munajat. InshaAllah kekal sampai syurga.

    ReplyDelete
  13. Hi kak namee.. boleh sya nk minta no fon kak namee.. ini email saye daniamaria61@gmail.com.. sbb sya sdang lalui situasi kak namee dulu.. sya btul2 buntu ape nk buat.. saya harap kak namee bleh beri tunjuk ajar... thanks :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...