Monday, January 12, 2015

Tips For New Mommy & Daddy : Barang Baby

Hi

Ini adalah guidance untuk ibu ibu bapak bapak yang baru first time menggelupur excited untuk jadi ibu bapa and yang tengah buat persiapan baby. Masa baby Adam dulu, I blur gila nak prepare apa . So apa yang perlu dibeli untuk menyambut persiapan bayi ? Masuk kedai bayi nak beli apa ? SEMUA ! BELI SEMUA YANG ADA SATU KEDAI. (kalau ikut kegelupuran perasaan excited kome tu lah ) hewhew.



Adam zaman dulu.


Ok lepas ada anak pertama, then I dah boleh nampak apa yang perlu dipertimbangkan. So ini adalah checklist yang MUNGKIN PERLU DIPERTIMBANGKAN sebab nanti last2 tak pakai pun weyh. hewhew tapi kalau duit berkepok2 sangat, maybe entry ni no need pun as reference. Ni antara benda yang patut dipertimbang so that sekali arung boleh guna hewhew .Kalau tak nanti , "eh nak beli apa untuk baby?". Jawapan dia SEMUA DALAM KEDAI. pastuh last2 tak guna sebab tak serasi dengan baby. 


Babycot vs playpen

Anak pertama, syok nak sediakn bilik baby. Siap nak cat sakan. Awal2 dah survey interior camane nak buat. Nak beli katil segala. Happy tengok baby cot tersedia indah dalam bilik. Baby cot ni bagus beli kalau nak sleep train baby awal2. Maksudnya ikut style mat saleh. Anak baby2 kecik tu dah tidur asing, pastu letak walkie talkie. Bila baby menangis, then mommy pergi jenguk. Lain ye dengan culture orang melayu , anak tidur atas katil sekali sebab senang nak monitor. Last2 baby cot tu tak pakai pun. Better get playpen. Sebab boleh tidur (kalau nak sleeptrain anak gaya mat saleh and bila dah besar emergency taktahan nak kecing , boleh kurung anak dalam playpen dulu. hewhew

For babycot lebih cantik tapi bila anak dah besar akan sakit sikit bile terhantuk . Material keras kan tuh. Kalau beli baby cot kayu jenis mahal akan tahan lama tai kalau beli kayu yang murah, akan reput. Harga babycot kayu baik mesti atas 1500 punya. Yg murah2 tu 300 dah dapat dah cumanya akan patah n reput.



Ini playpen. Boleh jadi katil and tempat main bila dah toddler. Bila mak tak tahan nak kincing, boleh kurung anak dulu dalam playpen. kekekkeke. Penjara. Anak terhantuk tak sakit. Then material lebih tahan. Good brand dalam harga 500 boleh dapat. Even brand sweet cherry pun boleh dapat dalam harha 250 playpen yang baik.



Stroller

Masa tengah mengandung Adam, paling fav tengok stroller ah. Adore gila stroller yang gabak besar sebab nampak GAHH. Roda besar, nampak hebat la bila tolak stroller camtuh. Rasa je hebat, padahal orang yang tengok "eh dia ni gabak sangat menghabiskan space je bila naik lift". ekkekeke. Contoh macam stroller brand Stokke, Bumbleride, Quinny Buzz or Mod punya lah gabak. Pastu anak taknak duduk. T_T Umpama seorang wanita gigih nauuu nak pakai high heels , nampak bontot up tinggi padahal sakit pinggang dia saja yang tahu. ekekkeke. Bawak stroller besar macam STOKKE ni memang la nampak gah tapi nak hangkut tu lulss sangat.

So for stroller, sila survey dan beli stroller yang RINGAN, MUDAH DILIPAT DAN SIZE SEDERHANA. Contoh yang I rasa bagus untuk dibeli..


Kalau nak hidup kurang sengsara, sila beli yang senang lipat.


contoh senang lipat, ringan and sangat portable. Babyzen YOYO. Ada size dari newborn pun.


Kalau nak ala2 Babyzen YOYO tapi harga jauh murah boleh get YUYU baby. I dah tengok babyzen and yuyu baby ni depan mata. Will review later. YUYU baby ni bukan tiruan of Babyzen YOYO but dia inspired by lah then dia jenama YUYU baby. Jenama yuyu baby ni memang ada wujud. Bukan semata tiru Babyzen Yoyo.

Kalau nak murah lagi sebab rasa tak worth beli stroller harga beribu boleh beli stroller lipat payung biasa je harga RM200 dapat dah.
tapi this kind of stroller elok untuk toddler lah. baby tak sesuai sebab safety.

Can try Mc Laren. Brand yang baik.

For Adam i dah beli bumbleride. Besar. Pergi mana2 mesti orang tengok n tanya stroller tu sebab lawa kot tayar besar. Berat je. Luls. Bought bumbleride harga 1899 tapi skang tengah nak get babyzen yoyo atau yuyu baby. Sebab ringan.

Baju baby (Size)

Reference untuk size. Size ni pening sikit. Ada yang jenis suka beli size 3 ke 6 bulan terus sebab taknak membazir. Seriously baby cepat sangattttt sangatt lonjong. Tapi for me if ada duit lebih, unfair lah untuk sarungkan anak baju besar size 3 ke 6 bulan terus. Siap ada yang prefer beli size 6-9 bulan terus. Tapi baby nampak tak kemas lah. Gelebeh2 baby pakai baju.




Camnih...

Depends on ur baby weight . Kalau berat dia lahir is atas 3 kilo, lebih baik beli size 0 -3 bulan 7 helai camtuh. Ulang2 pakai takpe. Tapi kalau nak anak nampak kemas, beli baju size NB newborn few pieces. Jangan beli size NB newborn banyak sangat sebab baby cepat besar. Paling small pun get size 0-3 months untuk baby yang lahir berat atas 3 kilo.

Unless if anak kome berat lahir is 2.5 ke bawah, itu takpe get newborn size lebih sikit. 


Botol susu
Yang mana breastfeed anak sepanjang masa takpe. Tapi yang bf tapi kena kerja dan pump masuk botol...memang terpaksa beli botol. Masalahnya baby baru lahir ni kita tak tahu taste dia. Taste seorang bayi nak puting jenis macam mana. Ada yang dari pregnancy dah target nak bagi anak guna botol Tommie Tippie tapi actually ada baby yang tak suka. so nak kena try and error banyak puting . Beli beli  dan terus beli.



Masa baby Adam, I beli banyak gila botol Tommie Tippie tuh sebab nampak bergaya. haha tapi Adam taknak isap pun. Memang banyak lagi botol dan puting beli sebab nak test yang mana paling serasi dengan dia. Last2 botol jenama MAM yang dia nak. hewhew. Ada baby nak puting brand Avent, TT, MAM..depends taste diorang la ke depends on nipple mommy dia camne. Kalau nipple mommy dia tigasegi I tak tahu la puting brand apa ada kekekekke.

So, bagi ibu bapa yang tengah nak shopping barang basic anak, botol tu kalau nak beli..sila beli 1 botol dulu. Kalau anak nak hisap botol tu then okay boleh proceed beli 3-4 botol lagi. hewhew. tidak la membazir. Gitu. Apa2 yang nak ambil masuk basket sila fikir2 sebab nanti last2 benda tu takdr guna pun. Unless kaya gila banyak duit takpe. Boleh beli stroller ribu2 banyak kali. Hewheww


Ok bebeh. bye nak pergi serah diri kat hospital. T_T Doakan saya. Nampak gaya macam ceaser je ni. T_T


Suami jarang puji anda ??


Aura7Rizqi : gabungan 7 jenis pati bunga yang diproses dan dibacakan ayat suci al-quran


Pernah tak rasa lesu ? Pastu rasa macam takde orang nak geng dengan kita , atau kalau pergi interview ke apa mesti panel tak suka kita sebab nampak kurang bertenaga? Rasa dah habis konfiden dah tapi tak diterima ? Haa tu lah yang orang panggil aura. Ada oramg rasa term aura tu macam mengarut kan, padahal dalam islam memang ada sebut tentang aura ni tapi dalam Islam kita panggil Nur ( cahaya ).

Kita nampak cergas and orang sekeliling pun senang bila bersama dengan kita. Rasa macam "alahai sejuk je mata aku nengok dia ni". Nur ni boleh terserlah dan berkaitan dengan beberapa factors , antaranya..

-persekitaran
-pemakanan
-senaman
-takafur
-tidur
-hubungan kemanusiaan

Lagi satu cara dengan amalkan 
Aura7Rizqi ni which adalah gabungan 7 jenis pati bunga yang diproses dan dibacakan ayat suci al-quran dan sangat bermanfaat untuk menaikkan aura seseorang.

1) Untuk perniagaan ( sebagai pelaris)
2) Untuk anak2 ( kuatkan daya ingatan, penenang hati , kurang nakal)
3) Untuk rumahtangga ( sebagai penyeri, dan tambahkan kemanisan rumahtangga)
4) Mengandam pengantin ( tambahkan seri pengantin dan aura)

Kalau suami jarang puji pun cuba try....terus meletops...hewhew



Kalau berminat boleh beli dari Aura7Rizqi

Pn. Faizah : 0197769900 atau 0177333779 


                                  





22 comments :

  1. Semoga semua nya selamat & dipermudahkan Namee.. Amin..

    ReplyDelete
  2. kita nak beli stroller yang ringan dan mudah dibawa je,takmo yang berat2 n payah nak simpan,haha

    ReplyDelete
  3. ttg stroller tu, betul sangat2. menangis bawa stroller yg dlunya buat hidung kembag kempis waktu dapat.

    Semoga berjalan lancar ya knamee. Semoga selamat semuanya. Long Dam dah 'dimadukan'. hehe

    ReplyDelete
  4. Semoga selamat semuanya ya Namee. :)

    ReplyDelete
  5. Semoga semuanya dipermudahkan.. yg penting baby dgn ibu dia sihat. InsyaAllah, amin.
    pasal stroller, suami sy yg excited. Semua brand dia g survey. Sy prefer benda2 lain dlu.

    ReplyDelete
  6. semoga selamat semuanya Namee. Tq tips2 ni hehe

    ReplyDelete
  7. teringin nak bli stroller yg sng nak bwk travel... lipat2 jer... hehhee...

    ReplyDelete
  8. Semoga selamat, Namee.. Namee, boleh jugak masukkan Baby Wearing dalam list...

    ReplyDelete
  9. Ohh yee stroller gabak besar mmg penat nak hangkut...last2 jadi perkasam dlm boot kete...

    ReplyDelete
  10. hahahha terasa oi bab stroller tu. betol mmg nyesal beli besau gedabak. taw beli simple2 n lght stroller je hhehhhhe

    ReplyDelete
  11. Wahh. Dah nak bersalin. Tahniah, semoga dipemudahkan urusan namee bile di labour room nanti. Saya doakan yg terbaik utk awk

    ReplyDelete
  12. nice entry, one day kalau sy dah kahwin n dah ade ank sy akan baca balik tips awk nie...
    mcm tu rupanya bentuk palypen, baru sy tau..ingatkan playpen n baby coat tu same jer...huhuhu.. :D
    namee, sy doakan semoga awak selamat melahirkan baby.... semoga awk n baby selamat n sihat..
    semoga segalanya dipermudahkan...jgn risau k.. take care namee.. :)
    sy doakan semoga anak2 awk membesar menjadi ank2 yg cerdik pandai n soleh serta berbakti buat org tuanya... :)

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum namee, semoga dipermudahkan ye yanggg. lawo la yuyu stroller tu. hehehe

    ReplyDelete
  14. sy dlu beli baby cot pun mcm xpakai sgt sebab anak tidur sekali atas katil or kat tilam belah bwh-tepi katil. hihi

    haa namee dah nak masuk labor room dah ke? semoga dipermudahkan. ^^

    ReplyDelete
  15. dh bersalin ke???? semoga dipermudahkan setiap perkara oleh Allah n selamat berpantang :-)

    ReplyDelete
  16. Tahniah Namee Roslan jadi blog pilihan the best blog malaysia 2015 ... huhu...

    www.hasrulhassan.com

    ReplyDelete
  17. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Tips Pilih katil bayi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...