Tuesday, February 17, 2015

Hectic Monday

Hi

Satu malam tak tidur, buat kerja client yang mana tertunggak. Macam ni lah kalau bekerja dari rumah. Orang kata baguih la kerja dari rumah. Sangat flexible, boleh sambil2 jaga anak sambil mencari sesuap rezeki. Kalau sebut kerja dari rumah orang imagine sebelah tangan popok anak tdiur, sebelah lagi boleh belek2 kerja. Takde makna weyh. Nak korek hidung pun tak sempat. bahaa.Camni lah bila waktu pagi sampai ke petang, anak2 tidur jenis terjaga2. Pitam.

Tengah malam la buat kerja sebab boleh fokus. Lepas je Adam tidur, cepat2 lah mengadap kerja. Japgi pukul 3 pagi bangun nak susu sambil popok lagi. Lepas tu turn Noah pulak. Pitam.Tapi kerja client kena buat, mana boleh kasi excuse eh sorry anak I buat perangai taknak tidur so i takleh submit kerja. Semalam dari pagi sampai ke petang tak tidur. siap kerja tepat2 pukul 6.30 pagi terus baring sebelah Adam pengsan terus. 

Sedar2 je Dah pukul 9 pagi.  Adam pun dah bangun. Boss besar dah bangun, susah lah nak buat apa2 kerja . Dalam hati dah risau, Noah tak mandi lagi, katil tak rapi lagi, kain dalam mesin belum jemur lagi, kat bawah tak rapi lagi. Tetiba menyesal tidur.

Ok mandikan Noah dulu, sian dia melekit. Senyap2 menyelinap bilik air sediakan air mandi Noah and mandikan Noah. Serious kalau Adam nampak memang menjerit2 nak masuk toilet. T_T


 Masa mandikan Noah rasa tak sedap hati takut Adam turun tangga. Dah lama beli gate keselamatan tapi tak menyempat nak pasang lagi. Terpaksa tutup guna gate plastic playpen ni dulu tapi skang Adam dah pandai bukak. T_T

See, kejap2 bukak .Bahaya betul. Sebab tu la I atur jadual harian bangun pukul 6 and uruskan rumah and Noah awal2 sebab kalau Adam dah bangun..habis. Jadi kelam kelibut.


Nak pakaikan Noah baju pun tak senang hati. Last2 kunci Adam sekali dalam bilik .Redha jela Adam jumpa my diary kerja. Siap jilat2 and koyak lagi huwaaa.Tu lah diary i catit segalanya. Takpe, asalkan Adam duduk senyap kat situ.

Bukan senang nak pegang diary mama, so taknak lepas okay. Ajak mandi pun taknak.

T_T

Ok Noah dah mandi, susu, burp. Settle.

Tunggu Adam minum susu dulu. Penuh perasaan minum susu. Feeling betul. 


Sekian lama menunggu, baru dapat bagi mandi. Lepas mandi, terus bawak turun bawah. Sebab Adam suka panjat2 katil kang terpijak Noah pulak. sian Noah.

Sian Adam. Japgi kang Noah nangis, I naik atas. Pastu kang Adam menjerit nangis cari mama pulak. Beriya2 menjerit cari mama kat dapur. Dalam 10 minit la I naik atas jap uruskan Noah bagi susu and sendawakan then popok tidur.

ahh dua dua lah kesian. Boleh sakit jiwa rasa. Serba salah sebab dua dua nak diutamakan lepas tu mommy yang sakit jiwa.


Settle Noah terus turun bawah laju2 tengok Adam dah terlelap. Sedih tengok Adam .Terlelap dia sorang2 sendiri.


aihh ikut hati nak join tidur je tapi apakan daya  huwaa waa. Kena keluar pergi office Nuffnang jap ambik barang clients. Terus bersiap tepek2 bedak lisptick. Pukul 4 hantar babies kat rumah my mum jap sebab kena gi amik barang .

Nasib baik ada concealer, dapat la cover mata panda. Ikut hati rasa nak tidur je. Dapat tidur 2 jam ajee.

Sampai la ke malam, Sampai Seremban balik pukul 11.30 malam. 

Pitam. Next week dah mula kelas balik. Bila masa nak buat research project ?

T_T


Bantal kekabu exclusive !

Paling syok tidur kat bantal kekabu, lena yang amat. Tapi kalau beli bantal kekabu, sarung bantal nya punya lah huduh coraknya. Eh tapi skang susah la nak cari bantal kekabu. Yang i jumpa jual bantal kekabu pun tepi2 jalan duk gantung2. 

Sekarang dah canggiih dah. Bantal kekabu pun dijual online tapi exclusive lah. Kat mana nak beli bantal kekabu exclusive tu ??. 

cocooncushion ada jual ! Bukan bantal kekabu biasa yang diorang jual. Corak kain bantal kekabu tu design khas diimport dari US. So corak bantal nya very limited. Kain berkualiti tinggi nanti takde la bantal tu kang bocor tak pasal2. Kain jenis kualiti tinggi US import designer cotton macam michael miller, robert kauffman etc. 

Ini dia !
Corak comels2 tapi sorry alll limited edition.

Takde la nampak macam bantal busuk sangat kalau corak camni. hhehe. Nak beli as a gift pun boleh. Boleh pilih size sebab diorang boleh buat custom made ikut citarasa korang. Kalau nak beli as a gift diorang siap boleh balutkan cantik2 for free okay ! cocooncushion ni dah berdaftar dengan ssm since October 2014 lagi.

Kalau nak order boleh terus ke instagram 






25 comments :

  1. demi anak, mama kelam kelibut pun tak apa la kan. hehe

    shian Adam tido sorang sorang tu. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la sedih bila tengok adam lena sorangg2 huwaaa. hehe. anak2 kecik lg sebab tu kelam kabut kot. hehe :)

      Delete
  2. huwaaaa..akak bc entry ni pun dpt rs kelam kabut namee tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab dua2 baby lagi and nak perhatian. takde apa sanagt cuma bila dua dua nak dukung n nangis. aduii. pening. hehe

      Delete
  3. jangan kata kerjaq dari rumah, housewife pun akan jadi macam tu. tapi sedihnya soalan dari orang yang balik kerja " buat apa kat rumah? dari tadi taknak buat" =.=

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe hanya orang yang duk rumah je yang faham macam mana kita. nampak macam rilex je duk umah padahal kt rumah la banyak kerja. hehe

      Delete
  4. Replies
    1. kena minum kopi superpower ah camni mekk. haha

      Delete
  5. kak namee huru hara pon still cantik and gojes jugak..huhuhu

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. esok awak dah jadi suami....tolong bini ok. tetiba. ekekke

      Delete
  7. anak2 kecik lg mmg tak menang tgn namee.. tunggu mereka dah besar nanti bolehlah diharap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la. time baby je ni . nnti dah besar lenggang2 kangkung lah. tp ke nak tambah anak. eh. hehe

      Delete
  8. huhuhu samalah kita name.tp anak kita baru sorg hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. sebab anak baby lagi tu yg gulp sikit. nasib baik noah ni baik sikit. hehe

      Delete
  9. Terasa penatnya bila baca entry ni.. bertabahlah dengan situasi yang Namee sedang berhadapan ni.. Nanti dorang dah besar Namee dah boleh rileks sikit.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. tapi orang kata umur 3 tahun buas gila eh kak ? gulp sangat nih. hehe

      Delete
  10. Salam namee, walau sibuk tp masih nampak jelita. kalau nak tips untuk busy mommy, boleh ke fb happy mommy. Ada tips berguna utk ibu yg sibuk. Schoolmate sy punya, sy pun byk blaja supaya jd tak kelam kabut dr situ. Anak sy sorang je pun dah pening. Heheh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. akan serbu page sana . hehe. tu la...namee kena buat jadual. kalau tak memang huru hara sikit.

      Delete
  11. Namee still vouge even da 2 kids. Adore you namee .. hope kite anak 2 pon badan macam namee hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni kurus sebab handle dua baby ni. hehe

      Delete
  12. kenape adam kat tingkat bawah, noah kat atas? letihnyaaa nk turun naik..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...