Sunday, February 22, 2015

'Mommy Sorry'

Hi

Hari-hari biasa kalau husband kerja, memang kelam kabut sikit time pagi sebab nak rapi bilik, mandikan , sediakan makan and suap Adam. Benda nak buat tak banyak pun cuma sebab both baby nak perhatian. Dua dua celik mata , dua dua nak perhatian. Adam ni namanya abang tapi manja dia melebih meleleh2. Pitam weyh bila Adam ni memerap sambil I dukung  Noah. Pitam sebab perasaan gundah gulana tak dapat nak entertain dua dua. 

Kalau layan2 biasa boleh ah, ni dua dua nak dukung. T_T . Pasni kalau I takde six pack otot otot tak tahu lah nak kata apa. Masing2 berat macam dumb bell. Selalunya after Noah lelap je mata,  zap zuss zasss terus I bawak Adam turun bawah and suapkan makan then teman dia baca buku and main mainan. Agak2 dah terpancar sinar kepuasan kat hati Adam, I lari2 naik atas tengok Noah pulak. See jaga anak kecik2 ni macam workout kat gym. Tu yang bagus nya, cepat kurus.

Dah dekat kul 4, dah nap time Adam pun. Adam pun dah tarik2 kaki I dah memerap2. Kalau memerap melampau ni tandanya nak tdo lah tu. Nak popok sampai tertidur sambil minum susu. Zappp zuss zassss terus pergi dapur nak buat susu Adam pulak...tengah cuci botol tetiba teringat...

"aaaah kain dalam mesin dah settle tadi. Elok letak dalam bakul terus. Satgi Adam tidur, boleh terus jemur dengan senang hati wee wweee" monolog diriku keseorangan.

Dah seronok monolog sambil cuci botol, teruskan monolog menyusun jadual dalam kepala lepas ni nak buat apa lagi ni sambil bancuh susu Adam...

"aaaahh ada baju sikit kat ampaian, lipat terus" zap zuss zassss.

"Lepas tu plan nak mengadap email and laptop and tengok research project. Ok set !" 

Terus bermonolog susun jadual nak buat apa, sambil goncang botol susu Adam dan melangkah keluar dapur menuju ke arah Adam untuk diberi susu...

Adam pun menghulur tangan tanda menerima. hewhew. Wah ayat iols tetiba skema penuh tatabahasa sangat ni dah kenapa.

Lepas bagi Adam botol susu dia, terus I pergi laundry room sebab nak settlekan baju dalam machine. Tetiba dengar Adam nangis.."eh kenapa pulak si gendut ni" . Nangis meronta2 okaysss, pelik pelik je anak aku sorang ni. Dah kenapa melalak tiba tiba. Orang tua2 kata maybe budak ada gangguan kalau dah terpekik tiba2 . Masalahnya ni pagi, hantu ada ke pagi. T_T . Hantu pun takut nak kacau Adam kot, setiap masa apa yang tak kena semua nak meronta2. hahaa. Tapi kali ni dah kenapa meronta....

Lalu ku menapakkan kaki ke ruang tamu semula, di tempat kejadian si gendut Adam sedang meronta...Tengok botol susu pun dia dah campak sampai masuk bawah sofa, terus iols dengan sabarnya pergi membongkok untuk ambik botol bawah sofa..

-
-

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

-
Laaa rupanya yang dari dapur haku beriya goncang2 botol tu air suam kosong ke...

Lupa letak susu ! kahkahh . sorry baby , maafkan ibumu yang sendu ni. ahahaaa. Patut la meronta. Naik angin. Diminta susu,dapat air suam. tsskkk.







50 comments :

  1. Hahahaha. Kelakarnya, kesian Noah tau. Meh la ambik fana jadi bibik. Gituu. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. fanaaa...bukan noah tapi adam. namee rasa kalau terjadi kat noah ni noah tak amuk kot. Adam memang kuat amuk. hehehe

      Delete
    2. Hahaha, so cute.. byj sgt bermonolog tu sis namee sampai lupa bubuh susu adam dlm botol.. hehee 😁

      Delete
  2. hahaha ni dah kes berat sgt ni, boleh plak lupa nak letak susu...kak namee bnyk sgt fikir tu yg smpi bole tlupa...sian kat adam

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab tengah fikir macam2 . haha. selalu tak pernah lupa pun. T_T tskkk

      Delete
  3. hahahahaa.. adoiii.. mesti sebb bz sgt nii.. sbr jela yg mmpu kukatakan.. heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. busy memikir je sebenornya. benda nya takde banyak nak buat pun.hehe

      Delete
  4. Kak namee dah macam super mommy dah hahaha. Kesian Adam dapat air suam je hee. Semoga jado mommy yang best untuk adam dan noah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah. hehe. sementara je kelam kabut tp kalau ikut jadual yg dah susun okay jee :)

      Delete
  5. Kak Nameeeee, hahaha ni lawakkkk! Peluk cium untuk Noah and Adam pleash! :*

    ReplyDelete
  6. Haha! Alamak Namee kita serupaaaaa... tapi yg kena adik la, kakak dia xsempat nk bagi dah tanye "mommy kakak nak susu bukan air" 😜

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha pandainya kakak. siap sound mommy. Hehe

      Delete
  7. adoii..ciannye la..tp ada lwak ckit terselit di situ....
    biasalahkan..mummy mana2 pn mst byk memikir..
    *salam kenal*

    ReplyDelete
  8. hehehe kelakar sgt.. tapi biasalah tu nenanti get used oledi and mommy dah cekap kans.. pejam mata pun leh buat susu *sambung gelak*..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cewah..silap2 sambil tdo pun boleh bancuh susu. Ekekek

      Delete
  9. Hahahaha ini kelakar. Terlampau fokus tang schedule tu jadi nye hihi..

    ReplyDelete
  10. Haha sian sis namee. Smpai lupa pla. Xpa, momy bkn sengaja kan hehe

    ReplyDelete
  11. Hahahahaaa kelakar lah Namee ni. Adehh Macam mana la agaknya turn laily nanti. T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xpe laily.insyaAllah ok. Cuma nk kena susun jadual betul2 ajee. Hehe

      Delete
  12. Haha..lawak la kak namee!moga dipermudahkan urusan kak namee ye

    ReplyDelete
  13. Hahaha...ni mmg kelakar ni..org kata ibu lps bersalin byk urat putus..ni btol2 putus ni namee..haha.. 😉

    ReplyDelete
  14. hahaha.. gelak sensorang baca entry ni..
    Rasa bersemangat je kan nak buat itu nak buat ini time anak2 tidur..
    Last2 tak buat apa2.. dengan kita2 sekali hanyut tidur sebelah anak.. kihkihkih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaa namee xleh terlelap sbb adam tdo asyik berjaga. Naik pening kepalaaaa.

      Delete
  15. heheheee.. sian adam! akak pun penah jadi camni masa buat susu tgh mlm kat anak.. tetiba baru je minum dia campak botol tu.. sekali tgk air suam jer.. 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaaa sep sikit kak . Bukan sengaja kan wiuuu

      Delete
  16. Mira ingatkan susu adam panas sangat.. Rupa2nya dapat air suam.. Hahaha
    Saya terover imagine pulak.
    Semoga kak namee terus kuat macam superwoman.. Eh eh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudahan x lupa letak susu jugaaas hahaa

      Delete
  17. Adui gelak sensorang baca entry nie. Supermommy betul kak namee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum supermommy lg hahaa asyik buat silap jee

      Delete
  18. Tak boleh bayangkan kepenatan Namee kat situ.. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Actually ok je cuma jd kelam kabut bila adam buat perangai dia aduhaiii

      Delete
  19. bila dah jadik mommy ni mesti awk busy nk urus kn dua2 ank2 awk serentak n dapat bagi2 perhatian + kasih syg sama rata...tu sampai tersalah bagi air suam jer kat adam tu.. hehehehe.. kelakar pun ade bila baca entry nie, tpi ciann kat adam... hehehe..
    takpe, skrg nie diorg masih baby lgi.. nnt dah besar dia org akan faham pengorbanan seorg ibu susah payah nk besar kn mereka...btw, semoga awk happy sentiasa bersama family tercinta...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sya. Mudahan terus di permudah lah hehe

      Delete
  20. kak namee ni kelakar la.. haha tergelak sorang2 baca entri ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mehee tiap kali tengok adam teringat peristiwa tu hehe

      Delete
  21. Huhuhu..kesiannya adam. Zai igtkn td adam menangis sbb air tu pns sgt. Huhu rupanya kes order air lain dpt air lain. Hehe

    ReplyDelete
  22. Oh my.. kita anak sorang pun dah pening bila anak mengaruk.. mcm mana la nak manage 2 orang ni...

    ReplyDelete
  23. Ok...Tak tahan baca. Gelak besar kat depan PC ni ☺☺

    ReplyDelete
  24. hahaha..
    acane boleh lupa ye ?
    kesian adam yea...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...