Tuesday, February 10, 2015

Tak Sangka. Terkena Juga !

Hi

Sebelum ni dengar orang lain yang kena. Kes duit lesap dari akaun sendiri. Macam tak masuk akal camane duit boleh lesap camtuh. Tak cukup selamat ke simpan duit dalam bank tuh ? tsk. Pernah selak suratkhabar nampak kes duit hilang dari bank angkara awang hitam. I taktau lah kenapa depa ni dipanggil awang hitam. I panggil negro je. T_T . Dipanggil  awang hitam sebab suka makan bawang ke tak tahu lah sebab kadang2 diorang ni kalau lalu sebelah bau semerbak bawang goreng pun ada. kekekekek


Haish, main2. Dosa mentertawakan orang. Dah dah ! Ok camni ceritanya. Tak kuasa tau introduction duk cerita panjang lebar pasal badan awang hitam, berbau bawang. T_T


Kan atm card pun boleh fungsi sebagai debit card / credit card kan. So urusan jual beli dan membayar bil adalah mudah gila bila ada kemudahan online begini.  Selalunya tiap hujung bulan, I lah orang yang ditugaskan untuk membayar bil , agih wang pada mak bapak , sekian sekian . Semuanya online. Eh kata trusted online banking kan memang iols trust lah. Yakin sebab setiap transaction yang nak dilakukan semua perlu TAC number. TAC number akan melalui my handphone. Eh kenapa ayat daku baku sekali di perenggan ini.


Pendek kata memang senang lah online banking ni. Apa2 transaksi memang akan dapat report kat my handphone. so kalau Isham belanja2 guna I punya duit dalam atm card tu memang I dapat detect lah . Card cimb I memang dia yang pegang. tsskkk. Kalau dia gi Tesco ke beli ayam ke apa memang I tahu lah. Tak risau.


Tapi macam pelik bila dapat report transaksi yang ni...dari ACCTSUPPORT.COM ni..luls.


Mula2 tengok dipotong RM 11.21 dari ACCTSUPPORT.COM..musykil tengok ACCTSUPPORT. COM tu sebab takde pulak beli apa2 dari sana. Kalau Isham beli online apa2 pun, nape takde pulak Isham minta TAC number dari I . So hmm bior jelah..RM11.21 je takyah lah kecoh sangat. Buat dek je.

Then next ada lagi potongan dari ACCTSUPPORT.COM tapi amount RM7.45 plak...tapi malas nak kusut masai kan fikiran so buat dek jela. Mungkin Isham ada beli apa2 kot so ni kira tax government ke kot. Malas nak fikir. Memang skang beli apa2 pun tax nak jugak kan.

Buat tak heran lagi sebab amount pun sikit dipotong. Sampai lah tetiba pada suatu petang yang indah...


Ada lagi potongan dari ACCTSUPPORT.COM tapi amount apesal drastik gila dari potongan awal2. Dari ringgit2 terus ratus2. Terkejut terus sebab Isham ada kat rumah pun dari pagi sampai petang. So masa bila dia gi Mydin. T_T Dia selalu guna debit card ni bila beli barang pasar, barang anak, barang pharmacy ke..so agak pelik tetiba sangat nih. 

Terus lari kat Isham, and tanya "awak ada beli apa2 ke ? online ? dari ACCSUPPORT.COM ni ??! "

Dia kata takde beli dari acctsupport tapi last online dia beli is ubat kurus and dia lupa nak inform i.

Last dia beli barang online pun ubat kurus online brand Garcinia. Konon2 macam trial pack la. Beli dari Australia kot. Firasat I dapat agak lah ni mesti berpunca dari pembelian ubat kurus Garcinia tu sebab Isham beli tanpa verification TAC number. Main masukkan je number card and number belakang card tu so ni mesti scam .Nasib baik lah dapat isteri yang boleh sabar banyakkssssss sangat. Saja tulis banyak S sebab i kalau bengang memang redha jela terpaksa senyap kang jadi gaduh i tukar jadi monster. Kalau tak dah meletop .walaupun rasa nak naik angin dah tapi sebab taknak gaduh...i selotep mulut sendiri. 



Terus I google. Nasib baik iols ni celik IT sikit weheee. Apa2 semua google. Bila buka link ACCTSUPPORT tu nampak macam laman web biasa.
kononnya web account support ni nak tunjuk konon2 diorang ni official jela. Padahal scam. Tampar kang.

Then google lagi jumpaaa ..

Semua yang kena puncanya beli pill kurus Garcinia online. Konon2 depa ni jual trial pack lah, so lepas je pembayaran and scam ni dapat details card korang. Habis !



Terus call CIMB and blocked kan card atm tuh online offline semua blocked ! Jangan harap kau nak amik duit aku lagi . Esok tu terus gi CIMB buat card baru. Card baru means no card and no belakang card baru lah kan. So ingat selamat dah duit haku.

Rupanya tak ye....

Dah guna card baru pun masih duit diambil. Ni lagi ambik tapi RM11.26...

Terus call CIMB service centre and blocked card balik. Kiranya scam ni dah ada details I dari akaun tu lah. Still dapat detect the card and boleh ambik duit. 

\
Lepas tukar card pun masih duit boleh dicuri.

Last2 I terpaksa tutup akaun CIMB tu and buka AKAUN baru. T_T . tskkk. Lepas tu isi dispute form untuk complain duit kena kebas tapi duit takkan dapat balik ahh. Card lama tu scam tu dah ada detail account card dah so takleh pakai.


So korang2 ni kalau nak beli apa2 online hati2 lah ye. T_T jangan sesuka hati bagi number card unless korang through paypal. Itu selamat. Selalu kalau beli online mana ada minta no card pun...kan dia terus masuk m2u atau cimbclicks je potong direct.

Hmm urut dada. Kira2 dalam RM600 jugak la dah disonglap oleh scam ini.

Siapa pernah kena kes camni ?? Vavi tau diorang ni. Nasib baik baru RM600. Kalau lah i x sedar entah berpuluh ribu dah. 

Credit card ke debit card ke semua ada potential untuk terkena. Make sure bila online banking tu jangan senang lenang bagi no card n no kat belakang card tu. Sila buat transaction through medium selamat mcm paypal, ipay88 tu. Selalunya kalau beli online akan direct charge then minta TAC number dari kita . Tu selamat la.

Duit lesap.
Suami juga makin selera makan.

Ubat kurus apa ni woi ! hahaa



   
Tempahan gift cantik untuk segala majlis !

Konon kalau ada majlis nak buat doorgift sendiri kan ? Nak buat paperbag sendiri ? Segala benda kalau boleh nak buat sendiri and printed corak and tulisan pun nak buat sendiri sebab nak jimat kos kan ? Tampal2 ribbon pun nk buat sendiri? hewhew. I pernah angan2 time wedding nak buat gift paperbag sendiri tapi bila kira2 balik costly jugak dan penat. Penat dan huru hara. 

Ribbon nak beli pun cost jugak.So lebih baik lah tempah je dengan harga yang sama kita DIY tapi bezanya tak penat sebab depa settle kan ! Sebab selalunya kedai2 doorgift ni depa beli bahan2 ribbon, manik2, printing semua tu harga borong sebab tu cost diorang lagi berbaloi kalau takat kita ni nak buat doorgift berapa kerat. Memang tak dapat lah nak beli bahan2 harga borong.

Impian Chenta doorgift ! Pembuat khas doorgift untuk segala majlis !!

ingat nak beli ribbon murah ke ? takde makna. I masa majlis kahwin haritu buat sendiri...kos I lagi mahal dari impian chenta ni buat. Pastu penat plak tu T_T. 



price:

Jar 100ml siap customade stiker+ribbon=rm1.20/pcs
Paper bag printed customade+sepit customade=rm1.00/pcs
Paper bag putih any theme color+deco=Rm2.20/pcs
price based on quantity..lg banyak..lg murah..

Tempah banyak harga lagi runtuh ! Kalau nak tempah...

no phone tuk whatapps/msg/call:01123614850





77 comments :

  1. Ya Allah, takutnya.maksudnya kalau yg mtk2 num card ni lah yg bahaya eh.pelik2 nk buat duit.byk tu.kalau 10 kali transaction dh bape dh.

    ReplyDelete
  2. Benda ni berlaku utk debit card je kan? Kredit kad takde kan?

    ReplyDelete
  3. saya kena.. baru je dapat refund balik.. tp dengan debit card maybank.. kena masa bulan 10 hari.. total RM600.. sama la.. terperdaya dengan garnicia yang mcm isham sebijik.. memula the bank advice off online transaction tukar limit jadi 0.. ingat ok la.. skali esok, kena charge lagi.. baru la bank nak cakap lagi elok cancel je kad debit tu..
    maka cancel la.. takat ni duit semua selamat.. sbb diorang hanya ada details kad je.. bukan details bank..
    tp ok la.. even lama nak tunggu diorang siasat, tp memang dapat balik la duit.. siap print out satu2 kata mana yang buat transaction mana tak..

    tanya isham.. dia dapat tak garnicia dia tu?

    ReplyDelete
  4. Ish. Bahaya jugak kan. Banyak tu dia potong. Ratus-ratus. Ish.

    ReplyDelete
  5. hampir terkena. Namee, dia memang bagi trial pack. kengkonon free. Tapi bila klik2 .. eh apsal kena bayo jugak ni.. RM16 ++ kot.

    memang tak la..some more produk oversea. Iolls takut kes macam ni la... nasib baik tak beli.. kalau tak dengan iolls sekali keluar entry sama macam namee...

    ReplyDelete
  6. laa..kesian namee..sib baek dpt detect awal..tp awal xawal..600 jgk lah kn..huhu..saba ea..isham nk kurus ke namee?

    ReplyDelete
  7. ya ampun.. kesiannya u... iols dah la pembeli online tegar.. kena berhati2 nih. omg omg

    ReplyDelete
  8. erm x gune betol dorang nie..kat fb kan berlambak 2 ade dorg promote pil asam keping tu pakai muke retis...x leh caye uolz penipo esokm 2 tgok muke siti pastu muke retis laen pulak..erm hati 2 la uolz

    ReplyDelete
  9. laaa iye ke namee.. aduh kalau kena kat Jan, dah nangis tak berlagu, rm600 tu dik. huhu.

    Tapi nasib lah namee share pasal hal ni. Boleh juga menjadi pedoman dan lebih berhati2 lepas ni.

    thanks namee

    ReplyDelete
  10. pasal tu kalau bank pun kena hati-hati, or phone call semua...

    ReplyDelete
  11. Kite pnh kne tp HSBC c.c rm300 sept lps x silap web www.zoosk.com smpi skrg xdpt duit tu. Kate hsbc nk investigt. Dpt kad baru je. Xpnh pn bli dr web ni. Geramkn scammer ni..... buat jhttttt je tau....

    ReplyDelete
  12. tqah penah kene dl..maybank tp masukkan balik just rugi currency je.. hm.. isham nk try x ubat kurus i jual ade kkm ni

    ReplyDelete
  13. namee,saya pernah terkena...dengan maybank..lebih kurang lam RM600 gak..mula2 dia potong singgit dua inggit jer,,sekali tu terus potong beratus2.....berdebat dekat 6 bulan gak la dengan orang maybank.....dr mengandungs ampai la bersalin baru dpt blk refund....

    ReplyDelete
  14. haishhh jahat betol scam ni, diorg still tarik lagi duit ke? bank xbekukan hal ini? harap baik2 aja ya

    my page : lemonteaicenia.blogspot.com

    ReplyDelete
  15. Ya Allah, bawak bawak bersabar Namee. Teruk zaman sekarang nak beli on9 pun tak selamat. Yang latest baca on on9 news pasal a guy beli MAC book on9 di Ebay tetapi dapat kotak with gambo MAC book printered on a piece of paper. Lagi lagi terukssss.... zaman sekarang memang kena hati hati beli on9

    ReplyDelete
  16. Pernah kena after beli baju kat eastessence. Lesap aud 400++. Tapi after pegi bank.dpt balik bank refund sbb tu salah dorang. Senang sgt sistem digodam.

    ReplyDelete
  17. bahayaaaa....kurus ke tak tu??...hihii

    ReplyDelete
  18. Mak saya dah kena sebijik kes mcm ni, tp mak saya guna credit card and dah blocked card tu utk elakkan diorg ambk duit lagi. awk rasa better tutup accoun tu terus x?

    ReplyDelete
  19. selalu guna debit card untuk payment iherb.com. mintak no kad n 3 digit blkg kad. alhamdulillah, dah byk transaksi buat. setakat ni tak ada masalah. kalau website lain mmg akan pastikan guna paypal or other 3rd party yg boleh dipercayai...

    Psstt Namee.... kalau nak beli garcinia, try tengok kat iherb.com. banyak beauty and healthy product and suplements. skincare, makeup brush pun ada. boleh guna kod kupon LJJ266 untuk dapat diskaun pembelian pertama.. :) InsyaAllah boleh dipercayai sebab i memang tiap2 bulan order dari situ sebab open pre order untuk orang yg tak ada kredit/debit kad utk buat payment.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini i have to agree. saya selalu order dari iherb gak. tapi kena ingat kalau supplement especially, jgn beli lebih dari dua each, kang kena tahan kastam plak. Dan macam biasa jangan beli barang lebih dari RM500 per order.

      Ni garcinia yang okay gak, harga dalam RM60 untuk 120 biji (http://goo.gl/d04d8D). Now Foods is a popular brand. Harga pun okay. Saya lebih suka essential oils diaorg.

      Barang untuk anak, especially Earth Mama Angel Baby pun saya beli kat situ gak. Always, always, always delete your card particular after order. Next time order, baru masukkan balik.

      Maybank, kena call dulu sebelum beli kat iherb. Cimb x sure. Public Bank, diaorg akan call kalau suspicious amount.

      Garcinia bkn ubat slim, dia lebih kurang curb appetite aja. Kalau selera besar gak, tengokla camner dosage kena amik.

      Delete
    2. Hi Ndra Jamal n Ebb...sy baru nak cuba beli supplement produk dari i herbs..bole bg tunjuk ajar x??...

      Delete
  20. Mak saya dah kena sebijik case macam ni, sama amout,sama product, tp guna credit card, dh diblocked pun card tu utk elak ilang duit lagi. awk rasa better tutup je account?

    ReplyDelete
  21. End of story..dapatlah juga ubat kurus rege rm600 tu ye. Hehehe

    ReplyDelete
  22. WahWah sngat seram
    Ade gak ttarik ngan ubat kurus online tu
    Tp mcm x sampai hati nak telan ubat tu
    Trus x jd beli...klu x confirm jd mcm kes ni
    Thank namee ...info berguna
    10sen pon duit..inikan plak ratus2
    Tcekik siang mlm cari duit.

    ReplyDelete
  23. sis, nk tny laa. i ad cimbclicks. tp kalau nak transfer by fon tak bole masukkan numb acc. knape eh?

    ReplyDelete
  24. adoi namee.. byk tu rm600! kalau akak dah nangis dah.. nasiblah tak pernah kena camni sbb biasa beli online mmg mintak TAC..

    ReplyDelete
  25. ciannya namee...takut skang ni kan..tanpa berjumpa..tanpa tgk muka pon org dah bleh rompak kita, curi duit kita...tp ayat yg bawah skali tuh x tahan lah..'duit lesap, suami makin selera makan..hahahahha..itu kelakar

    ReplyDelete
  26. Mujur x beli...hari tu dah nak masukkan no card dah...tapi tetiba rasa berat hati.....Alhamdulillah....x menjadi mangsa...

    ReplyDelete
  27. uishhh rm600 pown duit tu kak namee kan..kuangajoooo sgt dorang ni..kalo shopping kt nile.com, 30pasang baju dpt tau..kene lebih hati2 pas nih..takot btol la dunia serba canggih ni..ishh

    ReplyDelete
  28. Style scam macam ni pun ada. Kena lebih berhati-hati

    http://www.kakyongcun.com

    ReplyDelete
  29. ya Allah. rasa gerun jugak. saya pun ada jugak pre-auth debit ni. tapi ada baca sebab yg tu kita leretkan kad debit kat mesin minyak (rasanya kot, dah lupa lah pulak, hehe) tu yg jadi pre-auth debit tu

    ReplyDelete
  30. Nsb baik.....thanks for the sharing namee

    ReplyDelete
  31. Jap2, ubat kurus tu memang sampai ker? Bahayanya.

    Agreed mmg kena guna trusted channel jer utk dedah nombor kad, terutama yg blakang tu.

    Sabar puan, pasti ada hikmahnya. Anyway thanks banyak2 kat puan sebab sudi share pengalaman yg menginsafkan ni...

    ReplyDelete
  32. cikgu sy pun keneee.ubat kurus yg same...

    ReplyDelete
  33. I pun sometimes guna visa debit, but from secure gateway lah. So far x pernah lagi kena kecurian duit ni

    ReplyDelete
  34. Besar jugak jumlah tu.. pada yang tak perasan ntah berapa banyak agaknya habis.. Mahu terduduk tengok dalam account habis ditarahnya.. huhuhu..
    Moga takde lagi yang jadi mangsa hendakNYA..

    ReplyDelete
  35. Ishh.. bahaye nih.. so lps ni kena careful nk shopping online.. tq for sharing this!

    ReplyDelete
  36. So yg ubat kurus Isham beli tu mmg scam juga la ye? Rasanya Garcinia tu ada je kat Malaysia ni jual. Try la google.

    ReplyDelete
  37. salam,namee.

    mcm mana sbnrnya started.
    1) beli garcinia online from official website?
    2) purchase through cimb clicks atau debit card?
    3) mcm mana boleh purchase tanpa TAC?

    risau jgk, sbb byk brg beli online n oversea. huhuu..
    thanks.

    ReplyDelete
  38. macam2 sekarang nie..scary betul :( btw thanks share info penting nie..mudah2an kita lebih berhati2

    ReplyDelete
  39. Info yg berguna tapi scary eh




    ReplyDelete
  40. Sy ade gak beli brand tu on9..tp xde dpt msg penolakan duit di cimb..cmne ek

    ReplyDelete
  41. Nasib baik baru RM600?? RM600 bnyk tu..bkn sikit..sblm ni pun pernah dpt panggilan dr org yg nak mintak no kad tu..tapi kita bg no kad lama yg dah tak guna..masa nak bg tu pun kita dah agak, org yg call tu x blh percaya..kita bg bnyk alasan supaya no kad baru tu kita x bg..Alhamdulillah..akhirnya, dia give up..terima kasih akak atas info & cerita pasal kad² ni..mmg sngt b'guna pd yg masih x tahu lagi.. n_n

    ReplyDelete
  42. Aah. Scam ni. Sama macam raspberry ketone from US tu. Actually kena baca betul2 sebab time buat payment tu ada very fine print dkt bawah saying that if by 14days xde feedback of claiming refund , dia akan auto purchase contract and tarik duit utk full amount. Then every month auto debit duit and diorg akn pos sebotol each month selagi x contact diorg utk terminate purchase. Thats the deal yg org ramai x tau thus tertipu.

    ReplyDelete
  43. Kang akak yang terkurus pula sebab kad tu hehe. Thanks kak for the info! :)

    ReplyDelete
  44. Akk online banking utk bayar bil utility jer

    ReplyDelete
  45. I pernah duit lesap melalui cas PayPal. Tak tau dari mana tah.
    Tapi bank kata mungkin boleh dapat duit balik??

    ReplyDelete
  46. Seramnyaa. Risau kat sepupu kecik2 yang dah pandai nak shopping o9. Lepas terpinga2 carik kita. Haih mintak jauh

    ReplyDelete
  47. Garcinia tu boleh beli dekat outlet GNC. So pada sesiapa berminat jangan beli online, tu semua scam

    ReplyDelete
  48. Saya pernah terkena... Produk Lifecell. Kononnya cuma bayar shipping cost rupanya dia caj harga produk sebulan lepas tu... terbang RM680 untuk satu tiub lifecell. Sebulan lepas tu kena caj lagi walaupun kita tak order. Bila call bank kenapa tak ada TAC pihak bank kata transaksi di buat offline sebab mechant dah ada particulars. Walau bagaimanapun barang memang dihantar cuma parahlah nak kena bayar RM680 untuk barang yang bukan perlu sangatpun. Lepas tu terus block dan ganti kad baru. Hantar email kat merchant inform saya tak order dan jangan memandai hantar barang.Produk shipped from US.

    So hati-hati beli barang online pastikan transaction process ada data encryption technology. Pastikan merchant reliable. Saya langgan produk kesihatan Cellfood online melalui www.iherb.com. Harga lebih murah dari produk sama yang dijual melalui syarikat MLM di Malaysia. Beza harga sehingga RM100++ (bergantung pada exchange rate lah). Tapi saya selalu beli lebih dari satu unit untuk jimat dari segi courier caj. Syarikat ni highly reliable dan dah bertahun saya langgan dengan www.iherb.com. Saya highly recommend. Kalau nak dapatkan rebate USD5 -USD10 untuk pelanggan pertama kali boleh guna kod HAF371.

    ReplyDelete
  49. hehehee....ehh kita pon pernah kena mcmni jugak sis...sis untung dapat sms. kita guna credit card tak dpt sms langsung. cuma tiba2 dpt warning i xbayar minimum payment utk credit card...sekali tgk brp kena bayar...haaa...total semua 600lbh kau...

    Pandai Garcinia ni buat iklan guna celebrity2 MeleTOP2. Pastu trial pek tu katanya FREE je...just bayar postage. Ehh...siapa taknak kan. Mesti laa laju je kita nk beli

    terus call CIMB soh block any transaction from 3rd party tu and block my card. Then i call Acc Support tu punya center...yelaa...nk tau jugak knp amik duit i without permission kan. Pastu dia kata masa i purchase online tu...dlm T&C ade bgtau yg kita akan dikenakan monthly subscription fee (ok i admit mmg i xsuka baca apa2 T&C....my mistake...laju je click agree kan ;p) tp melampau kut subscription fee harga RM200 lbh sebulan. dasar LANUN betul

    Pastu i bgtau dia...i want back my money ASAP and don't u dare to charge me any further. cancel all subscription fee. After few days i check my credit card statement...tgk diorng dah pulangkan balik duit i. tp tak semua laa...dia bagi balik dlm 200lbh je

    Ok laa tu...pengajaran utk i....WAJIB BACA T&C

    Peace XD

    ReplyDelete
  50. Namee, garcinia cambogia tu asam keping je

    ReplyDelete
  51. Garcinia ni buah asam gelugor je ke? Kampung aku ada buah ni haha. uwan buat bisnes asam keping. sapo2 nak boleh la :DD

    ReplyDelete
  52. Huishh.. nasib baik x tergudas dgn iklan2 ubat kurus kat fB yg byk guna pic retis tu. Mmg nmpk sesuatu sgt.

    ReplyDelete
  53. ish memang bahaya semua tu, dulu I keje hotel, memang tugas kami untuk intai intai no ccv kat belakang tu. sebab kalau guest lari ke tak bayo taknak bayo mcm mcm alasan ke kami akan terus charge.Alhamdulillah kami semua amanah la tak pernah caj sesuka hati :D

    tapi I pun gusar jugak kalau kena bagi no kad dc/cc. tapi kalau nak book hotel ke apa ke mmg kena isi kan =.=

    ReplyDelete
  54. RM600 pun byk tuuuu....bahaya nyee

    ReplyDelete
  55. saya pon dah terkene.. rm400 lebih duit belajar die kebas.. sobsobs.. pasal dispute form, pihak cimb kate dalam 14 days working days akan dapat balik duit tu.. tapi lepas tu cakap kene tunggu lagi dalam 100 days working days baru dapat.. sobsobs :/

    ReplyDelete
  56. Next time do 2 account, one account for offline transaction, one account for online transaction, the account for online transaction always make sure very less amount , enough to buy certain limits is enough, then every time fund transfer thru ATM machine whenever needed, this is the safest ways to minimize a greater lost (:

    ReplyDelete
  57. Next time do 2 account, one account for offline transaction, one account for online transaction, the account for online transaction always make sure very less amount , enough to buy certain limits is enough, then every time fund transfer thru ATM machine whenever needed, this is the safest ways to minimize a greater lost (:

    ReplyDelete
  58. Namee suruh isham buat diet atkin. Takda pakai ubat jimat duit.

    ReplyDelete
  59. Salam sis...love reading ur blogs...i feel sorry for u...mak sy pernah terkena juga. Rm 1000 gak hbs..tu yg sedar...yg x sedar??...hrmm

    Anyway, if your husband REALLY serius nak trn berat tanpa perlu berlapar, boleh contact sy 013-6191262..
    saya personal coach.Ajar org utk sihat.Cara pemakanan sihat n boleh mkn 4-5 kali
    sehari

    makan macam biasa cuma kawal pemakanan...if u check mana2, visceral fat tinggi, sgt bhya...blh kena strok...so husband u seboleh2 nya kena turun berat juga...actually berat nk turun tu adalah lemak lebihan...dlm bdn kena ada fat juga..nnti kang kurus kering...heee..x payah nak diet atkins bagai....yesss sy admit diet atkin sgtbgs...tapikan utk beginner mmg susah kannn...actually diet atkin tahan dlm 4 jam lapar...then u akn lapar balik...nak buat boleh tapi masalahnya kita yg perut melayu ni mesti tekak lapar nasi kann...heeee....u nk buat diet atkin sebulan , setahun, no problem boleh...tapi kena tahu cara...nnti mmg turun berat, tp u lose energy, rasa penat je kalau u buat x kena cara.kita kan nk sihat...heee

    ReplyDelete
  60. saya pernah terkena jugak.. dan bernasib baik CIMB bayar balik jumlah yg diambil tanpa permission tu 3 bulan selepas saya inform CIMB dan isi dispute form tu

    ReplyDelete
  61. bahaya juga nih.. tapi betullah.. beli online mana de mnta no kad... mmg no kad sgt2 kn jaga...

    ReplyDelete
  62. Boleh dijadikan panduan masadepan malahan satu hikmah juga!

    ReplyDelete
  63. Duit dlm acc.CIMB i ppn TIBER lesap..
    Jdk PNCE bgadoh..! Yg paling SEDEH plak DEAR buta IT.. xtaw SCAM bagai niy.. jdiknye i plak DEAR tuduh..! Wpon bkn scare terang2an.. tp, respon tu yg saketkn aty..

    ReplyDelete
  64. Kena lebih hati2 la nk beli online los ni..dh la i slalu shopping online jer, mls nak keluar jln

    ReplyDelete
  65. SCAM ni mmg lanun..ramai lg yg tak aware bab2 macam ni.

    http://journalnurfannun.blogspot.com/2011/08/keselamatan-ketika-online-banking.html

    ReplyDelete
  66. I think that the more interesting your blog must be updated for each day so that all readers satisfied with the blogs that you create, and it does not mean your blog is not good, this is good, thank you
    poker online

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...