Wednesday, March 4, 2015

Kenapa Stress Untuk Berita Gembira ? #Noah #Adam

Hi 

Ada seseorang email I and luahkan tentang murung bila dapat tahu pregnant buat kali kedua sebab baby sulung still umur 7 bulan. Murung, tak keruan, stress and tak dapat terima sampai tahap rasa down. 

Tak keruan, nangis, stress, fikir banyak, murung. Tu la yang I rasa masa pregnant kan Noah dari awal sampai ke hujung pregnancy. Serious, at least i ngaku and tak hipokrit. Apa yang I rasa, I akan tulis sebab kat blog ni bukan tempat untuk tunjuk suci tapi tempat untuk meluahkan. So yeah itu lah perasaan masa ngandung kat Noah. Satunya masa time Adam, I tak reti jaga baby. Tak tahu nak jaga anak macam mana sebab takde reference . Korang kalau ada mak yang jenis nak ajar itu ini, alhamdulillah. 

At least banyak ilmu korang dapat. I memang totally zero. Kenapa baby nangis camni kenapa baby nangis camtu, serious I tak tahu kenapa then bila baby waktu tidur. 24 jam ke perlu tidur atau macam mana. Patut kendong ke time baby nangis, ke biarkan je ? Sebab ada kata baby kalau nangis jangan kendong nanti susah nak pergi kerja sebab baby dah biasa kendong. Camtu plak. So Serious I blur. Plak Adam dulu jenis kuat nangis. Tengok anak orang lain duduk kat stroller rilek je tidur tapi Adam tak. Sikit2 nangis. Sebab keadaan Adam camtuh, I rasa dah taknak baby lagi. Tak ready nak ada baby lagi. Biarlah Adam sorang je.

Tapi kuasa Allah tu besar , Allah kurniakan I lagi zuriat dalam masa terdekat pulak tu. Adam umur 3 bulan, I dah pregnant kat Noah. Cepat tak cepat. Memang menggelupur sangat . My first reaction was I menangis teresak esak. Bukan menangis gembira tapi menangis stress. I tanya Isham, siapa nak jaga ? Buruk perangai, tanya siapa nak jaga. I tak sebut pun alhamdulillah tanda syukur. Tak tahu la stress sangat sampai terlupa. Segalanya stress stress stress. Teruk kan ? Patut nya bersyukur dapat zuriat. Rezeki paling mewah. Tapi I masih stress stress stress. Fikir banyak sangat. 

Macam mana Adam nanti. Cukup ke kasih sayang. Adam nanti merajuk ke. 

Macam mana nak jaga dua baby? Nanti malam sorang nangis, sorang lagi nangis.

Macam mana nak adil ? Nak dukung yang mana satu ?

Macam mana nak agih kasih sayang ? Boleh ke aku sayang Noah ?

Macam mana nak pergi kelas , siapa nak jaga ?

Semuanya banyak macam mana macam mana ?

Sampai pembaca blog pun email and tegur, "kenapa namee nampak begitu stress dan macam tak boleh terima baby baru ?"

Tapi bila Noah lahir, semuanya sikit sikit berubah. Banyak benda yang I perasan perubahan.  I belajar menghargai. Menyesal dan mula menghargai. 

Dulu kalau Adam nangis, I dah rasa stress. Asyik2 nak dukung, I siap cakap "no mama dont want to carry you. Main sendiri" Tapi sejak ada Noah, kalau Adam buat perangai teruk2 pun I akan hiburkan dia sampai dia okay. Kalau dia nak clingy pun, I dukung and tenangkan dia. Kalau dengar Adam nangis, I terus lari pergi kat dia and peluk dengan penuh kasih. Sama jugak I mula hargai Noah. I taknak menyesal macam mana I layan Adam dulu. 

Tegas tak tentu hala. Bila Adam clingy, I taknak layan. Sekarang kalau Noah nak perhatian pun I dahulukan Noah, walaupun at the same time Adam pun datang nak dukung jugak. I duduk kat lantai letak Noah kat bouncer  then Adam sit on my riba. Memang payah and stress. I nak dua dau dapat perhatian. I pun tak kuat, and kalau tak tahan pun I ngadu kat my sister .Lepas tu dah okay.

Sekarang memang tough ada dua baby. tapi dari 2nd pregnancy ni I belajar banyak benda. Sabar , sabar dan sabar dan belajar menghargai. 

Antara side positive yang kena fikir..

Satu. Macam mana baby kedua ni boleh wujud dalam rahim ? Sebab mak bapak menyulam cinta kan. So totally bukan salah baby tu , takleh put all the blame kat baby. Tak adil untuk dia untuk kita be unhappy dengan kedatangan dia. 

Dua. Kita pregnant rapat2, kita stress. Cuba fikir perasaan perempuan lain yang dah kahwin 10 tahun belum ada rezeki lagi . Pergi berubat, makan ubat macam2 nak bagi subur siap ada badan naik sebab makan pil. Pergi berurut sana sini. Kita yang dah diberi rezeki ni eh eh boleh nak stress pulak ? I lah tu orangnya. 

Tiga.Kita jaga budak kecik sekali arung. Tak cukup tidur malam sekali arung. Esok dua dua dah besar, main sama2. Masa tu dah seronok. Anak sulung dah ada geng nak main and bergaduh . Masa tu la kita senyum tengok pe'el diorang. I pun awal2 selalu down tapi bila tulsi kat blog, ramai yang share kisah sama and kongsi gambar anak masing2 tengah baring peluk2. Dari situ I mula postive. 

Empat. Anak itu rezeki. Jangan sesekali anak tirikan bayi.  

Sekarang I happy banyak benda berubah bila Noah lahir. Kadang2 stress tu memang minta kakak datang lepak rumah jap petang untuk teman Adam bila masa Noah cranky .Now Noah nak masuk 2 bulan dah umurnya. I banyak belajar perasaan kasih . Bukan sayang tau tapi 'kasih'. Perasaan bila tengok anak nangis macam monster pun "sayu" je rasa and terus amik anak and kendong. tu la 'kasih". Sayang ni lain, sayang ni macam ahh sayang lah pastu dah ah. Kasih ni ni macam sayang dalam sayu. ekekekke

So bagi sesape yang kes cam I ni, percayalah ..we are not alone weyh. Ramai yang macam kita ni tapi diorang happy je. Bahagia. 

Jangan stress untuk berita gembira .

Camni la selalu. I baringkan sekali. Saja nak bluetooth kasih sayang between dua devices ni.

Jangan sesekali cakap kat anak kecik, "eh pergi main sana. jangan kacau lah!" ..sebab it will lead to masalah social bila dia dapat kawan luar. Paling ketara, I belajar perasaan 'kasih'. Rasa macam dah lama gila tak tegas / marah Adam. 

You know perasaan kasih, bila peluk anak tu rasa macam sayangnya taknak lepas peluk dia.

   
Baju Baby Bundle Diimport Dari US Dari Harga RM3 !

Sejak ada anak ni, belanja memang banyak. Mana nak beli pampers, mana nak beli susu. Zaman skang ni semua nak pakai duit. Tapi takkan la sebab susu and pampers mahal, anak dibiar selebet je tak bergaya. Nak jugak anak2 pakai baju bergaya2 maaa, baju branded branded tapi tambah kos lagi ! Baby kalau beli baju mahal2 bazir sikit sebab depa ni cepat nauuu membesar !

Oh sekarang jangan risau ! Ada baju bundel for babies ! Yang curlass nya all the baju diimport dari US okay !Curlass you ! Baju2 semua harga mula dari RM3 je ! Ralph Lauren beratus2, kau dapat RM3. wehee . Jangan risau, nama je bundle tapi baju memang masih elok sebab penjual ni pilih baju yang kualiti elok je untuk dijual !

Tapi ada time 'Happy Weekend", baju dijual dalam harga RM1 je ! Confirm baju beli dari sini takkan sama dengan anak orang lain !




1) Baju dari bundle yang diimport dari US dijual bermula dari harga RM3
2) Baju akan dipilih sebaik mungkin dan harga diletakkan berdasarkan kualiti baju dan jenama baju
3) Selalu berniaga di Car Boot Sales di Bandar Seri Putra setiap Ahad, dan yang menariknya, kadang2 akan di adakan "Happy Weekend", di mana sehelai baju dijual pada harga RM1 sahaja.
4) Barang-barang vintage turut dijual cuma kerana dek kekangan masa dan teknologi, barang2 tersebut tidak di upload di page
5) Sesuai untuk parents yang nak berjimat, ye lah baju dan pampers anak pun dah mahal kan, belum lagi bayaran pengasuh dan insurans kesihatan lagi, jadi ini lah cara untuk parents berjimat.
6) Dan jangan lupa ye, baju bundle bukan bermakna baju buruk. Uniknya bundle, sebab anda susah nak jumpa baby lain yang pakai baju sama macam baby anda.

Kalau nak beli boleh terus ke...


                                               




31 comments :

  1. satu pengajaran bila baca entri kak namee yg ini.. uhukkk.. terasa jugak la sbb kadang2 bila anak sy cranky ke ape ke sy biarkan dulu sbb bila pujuk2 dia lg marah.. huhu.. tapi lastly sy yg rasa kesian dia menangis atau mengamuk camtu.. huhu.. sedih... ;'(

    sy pun masih berusaha utk mendapatkan zuriat kedua.. moga dimakbulkan doa sy ni.. seronok tgk org lain dah masuk 2-3 org anak..

    ReplyDelete
  2. :(...bc ur entry.....then teringat how i layan my daughter

    ReplyDelete
  3. I baru je misscarriage bulan lepas namee. huhuhu. takda rezeki lagi. Inshaallah mungkin ada yg lebih baik lepas ni. geram tengok adam and noah :D

    ReplyDelete
  4. salam namee.. sayu sgt akak bc entry namee ni.. kwn akak same case dgn namee, anak setahun sorang.. hri tu terbaca post dia katanya stress.. akak komen, mnta dia byk bersabar.. mmg akak xde pengalaman (lagi), tp akak cuma utk memahami.. apa pun, namee mmg kuat.. semoga namee trus kuat, sabar n kasihkan anak².. ms akak tak period lama hri tu, mmg ingat preggy.. memula mmg stress, yela, danish baru 7bulan..tp bila teringat namee, akak think +ve.. tp xpreggy pun.. masalah kitaran haid je.. lambat pulak dtgnya.. gud luck namee

    ReplyDelete
  5. so inspiring.. sbb tu suke sgt bca blog namee.. every entry.. huhuu

    ReplyDelete
  6. thanks namee. u sedarkan i perasaan kasih tu. anak 2, besar2 dah. 5y n 3y. asik nak menaga je. adehhhhh

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum namee, sebak baca ni yang.. bertuah awak dah ada 2 putera hati.. my sis in law dah 6 tahun kawin, pernah gugur 2 kali. 2nd time gugur kembar 3 on my wedding day... alhamdullilah, sheila dah ada Muhammad Adam Husni, dapatlah my sis jaga dia masa sheila tengah kerja ni.. and kitorang nak sangat tambah anak cepat2.. nak rasa meriahnya keluarga bertambah. hehehhe


    happy for you, noah & abang long adam.. semoga depa berdua membesar dengan sihat dan jadi anak yang soleh. amin

    ReplyDelete
  8. what a beautiful entry, now I see a different side of you, sgt touching <3

    ReplyDelete
  9. Uh...bila baca blog namee ni rase mcm nk preggy lg..huhu..my son baru 10bulan..mula2 takut jgk pk nk preggy lg..tp bila pk blk biar penat n susah skrg..in future insyaAllah dpmudahkan..anak itu rezeki.. 😊

    ReplyDelete
  10. So sweet....hehe...cam tu la juga ahkak ni...anak no 3 masih menyusu badan..umo setahun...belum pandai jalan...
    Sekali scan yg dlm perut tu kembar....stress... Nangis nangis....
    Blood pressure naik...o yess...kembar lahir tak cukup bulan sbb mma sgt stress...darah tinggi asik naik je...huhu...

    ReplyDelete
  11. Namee, entry ni sangat touching..Akak ada anak 3 tapi akak terkesan dengan entry namee ni, yea kasih tu perlu ada dalam diri kita sebab kasih tu rasanya lebih dari rasa sayang...Moga kita sama2 dapat menjaga amanah yg Tuhan bagi lebih dari segalanya..Amin.

    ReplyDelete
  12. auchhhhh touching amat tulisan kali ni...

    =0

    ReplyDelete
  13. me tooooo nameee...stress dapat baby first sebab hidup tak stabil n still duduk uma parent..then tobat sgt sbb sedey instead of syukur..but know..i see the hikmah..i lebih pandai handle anak n lagi sayang anak..now i dah anak 3 n Allah bg rezeki yg mwlimpah ruah that i couldnt imagine..syukur Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  14. hehe sama lahh. memula tau pregnant pon macam stress gila je kepala. alhamdulillah la hari makin hari dapat terima kenyataan yang rezeki dari Allah yang tak ternilai ni memang kita kena hargai dan nikmati. mujur lah sidemot laily macam memahami mama dia tengah mood swing swing, dengar je kata, harapnya nanti perut makin memboyot takde la dia buat perangai. hihi. orang lain nak anak tapi belum rezeki dapat. kita Allah kurniakan rezeki melimpah ruah untuk dapat anak ni memang kena bersyukur dan nikmati. esok lusa dorang dah besar, main sesama kita juga happy kan. :)

    ReplyDelete
  15. Hi five Namee. We are in the same boat.
    Memula memang stress tapi lama2 kita akan biasa dengan situasi tu.
    Semoga kita dikurniakan kesabaran & ketabahan dalam membesarkan anak2.

    ReplyDelete
  16. walaupun sy tak beranak rapat tapi dapat rasa kesayuan itu. kesian kat abang sbb selalu terpinggir sebab sibuk nak menguruskan adik. (insaf).

    ReplyDelete
  17. yeap...true....kadang kalau kita asik stress je...it shows...and diorang akan dapat rasa mood kita tu...

    ReplyDelete
  18. alhamdulilah rezeki namee..

    ada yg umur macam namee masih gagah menunggu jodoh heheheh

    ReplyDelete
  19. i feel u even ms tu preggy anak da setahun.. then Allah lebih mengethaui.. i gugur ms 4weeks.. :( now pon xtau la ready ke x for 2nd baby

    ReplyDelete
  20. yes true..anak sulung mmg byk mengajar kita...
    me..my 1st son...umur 4 tahun..br dpt adik...dlu igt..camne nk dpt 2nd baby..kalo 1st pun kelam kabut..stress..baby sorg pun...takleh jaga..tp rupanya dpt anak kedua...br pandai hargai anak yg ade..dh dpt 3..alhamdulillah...i can manage sume anak....hehe...
    hargai dorg...

    ReplyDelete
  21. Tq for this entry. Guess having second baby it is ok. No worries dah.^^

    ReplyDelete
  22. namee..me pun sama nasib as you..to sometime baca blog u..i'm not feel alone..u know what..my husband and me jarak umur jauh..21 tahun..then lepas kawin 2 bln..i ngandung..then..masa anak 1st 5 bulan lebih..i pregnant..i sedih sampai saat akhir nak delivered yang 2nd..then skang yg 2nd da nak masuk 1 year..haha..me manage to take care both..hahahahha(ketawa jahat) and both are boy..same as you...kih2..

    ReplyDelete
  23. Waaa..murahnya romper.paling murah yang saya dapat cari untuk anak I, harga RM5 jea..boleh try survey ni..hehe

    www.penselduabee.blogspot.com

    ReplyDelete
  24. sy phm ape namee tulis tu.sbb sy skrg pon....rasa mcm tu..ank sulong nak masuk 2y..nanti bila dia umur 2y 5m, adik dia bakal keluar...skg ni sblm adik dia kua, mmg sy betul2 tunjuk kasih tu mcm mn..nak mrh pon x smpi ati.walau dia menangis meraung pn tetap jugak pujuk slow2...rsa mcm xsmpi ati nk mrh sgt2..tgk muka dia..rsa sayu jer....pk plak nt adik dia dh kua, mungkin perhatian utk dia dh kurang, so time ni lah masa nak btl2 luang masa dgn dia :-)

    ReplyDelete
  25. Namee..alhamdulillah best what anak rapat2..hihi..syok kan bila peluk cium anak rasa tak mau lepas2.

    ReplyDelete
  26. Sis, my mom bersalinkan adik2 i pun rapat2. 3 orang lagi tau. Yang paling besar umur 15, 14 dan 13. I hve 6 siblings. And now dorang macam kembar hahaha. But, my mom tak pernah mengeluh. I hope yg sis akan tabah and sabar k? :)

    ReplyDelete
  27. Assalam namee..

    alangkah seronoknya kalau akak salah sorang yg merasai mcm mana perasaan dpt berita yang bagi sesetengah org tu buat "stress". Untuk 9 tahun yang dilalui ni, rasanya stress takde anak melebihi stress mengandung dlm waktu terdekat bagi org lain yang mana ibarat kehidupan tu tak pernah sempurna sebagai sorang wanita dan isteri bila masih lagi menghitung detik dan waktu utk merasai pengalaman bergelar ibu.

    sesungguhnya, sangat bertuah mereka2 yg dikurniakan zuriat yang mana andai betul didikan dunia dan melebihi didikan akhiratnya, anak tersebut akan menjadi menjadi org pertama ke depan untuk memandikan jenazah, dan menjadi imam solat jenazah kepada ibu atau ayahnya.

    Subhanallah...kalau lah akak merasa pengalaman tu... alangkah indahnya dunia...

    ReplyDelete
  28. namee u make me realize.. my daughter lebih kurang usia adam and dia kadang2 kerap bgn waktu mlm and i still bf dia so i kena bgn n stress bila tak cukup tido but when u say abt 'kasih' tu mmg buat i tertampar.. i selalu bg 'sayang' je now i will try give more 'kasih' .. tq namee for sharing ur experience

    ReplyDelete
  29. hey dear, I pun lebih kurang macam you. anak I 9 bulan masa dapat tahu preggy. perkataan pertama keluar ialah Alhamdulillah ( dalam toilet pulak tu) tapi lepas tu stress. orang sekeliling la potpetpotpet. lagi lagi I takde harta benda lagi.kete pun takde. Tapi Alhamdulillah peknen 3-4 bulan dapatlah beli kete sebijik. see, anak tu bawak rezeki.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...