Monday, March 9, 2015

'Sindrom' Apakah Ini ?

Hi

Seronok ada blog bila boleh luahkan perasaan. Tapi luah syok sendiri je ah. Eh tapi okay ah luah perasaan taip taip  kat blog dari luah perasaan depan cermin cakap sorang2 macam orang gila. At least luah perasaan dalam blog dengan menaip nampak macam professional sikit konon2 macam tengah taip kerja2 yang serius .Mungkin nampak macam tengah menaip proposal penting. ewah. Padahal sendu je. 

Stress sebab kelas sudah mula. Maksudnya makin kertu lah I pasni. Sebab sem ni final semester makanya kena submit research project tu. Nasib baik lah haku tak amik yang thesis kalau tak lagi lah kertu sendu. hahaa. Tu la gatai masa apply nak sambung master haritu kemain lah confident sangat weyh terus apply. Masa tu terlupa yang I tengah pregnant kat Adam , nak masuk 2nd trimester. Boleh plak terlupa mengandung. T_T

Eh tapi bila dapat offer sambung master terus melompat. "Eh layak rupanya aku ni sambung master" hahaa. Eh of course la nak sambung terus, pastu pulak apply mybrain dapat pulak kan . Sambung jela lagipun 3 sem je kan. Sekali sem 3 I mengandung kat Noah , see we never know kan. Semuanya di tangan Dia sebaik2 perancang. Tiap tiap sem mengandung beranak je kerja iols. Nampak la ada group yang macam2 bisik2 bila I lalu entah diorang bisik apa. tapi nampak gaya macam "eh budak tu bukan baru beranak ke ? Tu pregnant lagi ke" . pastu gelak2. Rasa nak jawab je, "eh haah la dah beranak kali ni bukan mengandung , kena busung je" hehh T_T

So agak mencabar lah dengan nak jaga dua babies , then tengah nak setup business line pastu final sem pulak tu. Masa2 yang kosong je I duk berfikir je tak kisah lah tengah berak ke, garu kepala ke, garu mata ke , ketip kuku ke...semua mesti sambil berfikir2.Nak kena set time betul2 . Duduk riba adam pun , kepala duk berpusing2 fikir2 nak buat apa pasni nak buat apa pastu. Sampai lapar pun lupa.

Mulut sebut lapar ah lapar ah tapi tak gi makan pun. Then semalam Isham tegur ah sambil2 I tengah dukung anak, "Eh tadi kata lapar, gi la makan tomyam kat dapur. Biar Isham jaga Noah"

So I pun terus la cepat2 makan. Japgi nak tidurkan anak plak. Sebelum tidur nak buat exercise sikit nak kecikkan kaki hahaa. Macam2 dalam kepala ni dah susun2 nak buat apa pasni pasni pasni pastu. Takpela, banyak tanggungjawab bagus lah busy kan diri.

So marilah menikmati tomyam....

Amik mangkuk nak tuang tomyam..

Tapi tekak dahaga nak minum air gak.


-
-
-
-
-
-



tapi nak tuang tomyam, I pergi tuang air mineral pulak dalam mangkuk. 



Padahal tadi dalam hati kata dahaga nak minum air and nak tuang tomyam dalam mangkuk. Bila nak hirup baru perasan then tergelak sorang2. 

T_T


kucar kacir. belum apa apa lagi dah nyanyuk. 

Ni kali ketiga kot otak i sel sel tak berhubung, first time masa lupa isi susu dalam botol masa bancuh susu Adam T_T


    

 Printing Atas Baju Baby !!

Comel gila. Lama dah cari service print baju baby ni. Selama ni tahu ada service print atas tshirt tapi banyak nauu syarat. Syarat mesti nak tempah lebih 20 helai lah. Dah tu nak guna nya satu je. T_T . Kalalu nak satu helai je harga tinggi, entah apa2 entah weheee. Tensi. Kan seronok dapat hadihakan baju baby untuk kawan2 or family yang baru lepas bersalin. Print nama baby tu atas baju .

Taddaaa ! Baby Sixnature boleh buat ! Nak tempah sehelai aje boleh ! 




Boleh tempah printing macam ni...Letak nama baby, tarikh lahir, pukul berapa lahir and berat masa lahir. Ala tomey2 dah macam surat beranak dah ! mehee. 


Geram pulak tengok model baby ni. kiss kiss. Selalu kalau hadiah buntu nak bagi apa. Nak bagi baju kang macam takde yang special. So kalau nak special, boleh print romper macam ni untuk bagi sebagai hadiah !


Personalized Baby Rompers
- 6 colors: red, orange, purple, green, pink & blue.
- 3 size: 0-3m, 3-6m & 6-12m 
-100% cotton

Boleh letak nama baby kat baju .Boleh dijadikan hadiah kat anak buah, saudara atau kawan² yang baru dapat baby. teeehhee ! Kalau nak order boleh terus ke...
Intagram: @babysixnature

                                               


28 comments :

  1. assalam namee..

    akak lak pernah tuang sos cili dlm cawan air teh...

    adehhhh

    ReplyDelete
  2. hahhaa.. biasa tu... pemikiran dah melayang ke tempat lain namanya

    ReplyDelete
  3. saya biasa tertukar penutup air ... nak tutup botol air mineral sekali guna penutup jug.. LOL.. hahahaha

    ReplyDelete
  4. Chaiyok2 namee...deni dulu pon paksa diri buat final project tu...at last siap2 jugak dgn nak jaga baby kecik lg kan...x sangka bley gred master...bahahahha...rindu upm...u can do it!!!!

    ReplyDelete
  5. saya pun belajar gak, tengah buat phd sekarang sambil jaga sorang anak... good luck name.. hebat nameera, dua orang anak... chaiyok chaiyok

    ReplyDelete
  6. selalu bila nak mandi. amek ubat gigi nak cuci muka hahaha

    ReplyDelete
  7. saya pulak nk masukan baju anak dlm bakul baju kotor tapi pegi masuk dlm bakul sampah.. hahah... perkara begini normal namee... u r not alone.. hihihi

    ReplyDelete
  8. Hahaha..ini lucu, namee kita pun pernah camtu, nak shampoo rambut tershampoo muka, nak sabun badan tersabun rambut..hihuuu

    ReplyDelete
  9. celaru hidup bila jadi mak2 sambil jaga anak, kena kerja lagi, student lagi.. hahahadoii.. pernah jugak dulu nak goreng telur tak letak minyak.. tuang air dari botol..entah pikir ape ntah..gelak sendiri kat dapur.. ngarut betul

    ReplyDelete
  10. hahaha biasa latuh kita duk pikir mcm2. semalam sy ak pi kedai makan. tgh bwk moto pun duk mengelamun. sampai salah jalan. wlupun selalu je pegi kedai tuh. haha -blog kerusiburok-

    ReplyDelete
  11. Hahaha, namee2. Sel-sel otak tak berhubung pulak. comel je. Iday pon pernah macam ni, Elok2 jaga diri taw. Jangan sakit pulak.

    Iday pernah nak cuci muka, pakai ubat gigi sebab time tu fikir nak gosok gigi. Hahaha

    ReplyDelete
  12. Hati2 Namee... jgn terlalu occupied. Nasib baik lupa letak susu je.. 'tersasul' tuang air mineral dlm mangkuk.. ada org spi lupa anak dlm kereta atau lupa baby dlm bath tub..

    ReplyDelete
  13. post natal sindrom. your body is malnutritioned. u need to tk B6 and B12 supplement, more fish and fist oil. take care.

    ReplyDelete
  14. saya pernah nak gosok gigi tapi terletak krim pencuci muka dekat berus gigi..then terus gosok gigi.

    ReplyDelete
  15. namee namee.. haha. awk minum enfagrow ;p

    lepasni bila dah biasa tanggungjawab mesti dah takde hal. memula ni kira practice and warmup. takpe, u can do it.

    ReplyDelete
  16. Nameeeee ,.... anak baru 2 kot . Dah sasau . Hahhahaha.

    ReplyDelete
  17. Selagi tak memudaratkan diri dan family ok je namee.. hehehe.. sel-sel tak berhubung tu biasa dah akak kena..

    ReplyDelete
  18. kita pun selalu macam tu juga. Ambil pencuci muka letak kat berus gigi.muehehe...

    ReplyDelete
  19. haaa...kekdahnya..nnt kalo noah dapat adik, lagi haru kot huhuhu

    ReplyDelete
  20. Haha hritu kak namee tuang air masak je dlm bottle susu adam, nie tuang air mineral dlm mangkuk plak. Guling2 smbil baca :p

    ReplyDelete
  21. dont worry namee u can do it.. i pun keje beranak je masa sambung master. 2 thn 2 anak. hahaha sampai dekan pun perli perli.. haha.. tp abis gak on time cam org lain.. kih kih kih..

    ReplyDelete
  22. saya ni kawen pun belum.. tapi dah jadi macam kak namee.. nasib baik haritu tersapu sikit syampu dekat muka. sebab time mandi dok memikir. hohoho

    ReplyDelete
  23. Lucu citer Namee, tapi tak sampai hati nak gelak.... semoga dipermudahkan

    ReplyDelete
  24. penat kot.. kena pi rehat makan angin tu..

    ReplyDelete
  25. Namee, mak bidan yg urut i ckp... if ade simptom lupe2 mcmtu, makna nya xjaga betul mase pantang lps bersalin. tu yg jadi mcm tu.. betul ke idak, wallahualam

    ReplyDelete
  26. haha.. kelakr la namee oi!! tuang air dlm mangkuk tu memg xleh belah... adoi. all d best with ur life as a wife, a mother, a student n a businesswoman :-)

    zinziemeewah

    ReplyDelete
  27. macam mana awak ada spirit dalam thesis master. saya tgh demotivated....burrrghhhh malas.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...