Tuesday, April 21, 2015

My 7 Confessions. hahaa

Hi

'Confession' aka 'pengakuan' seorang ibu sendu. Ni rahsia tapi nak mengaku sebab tu dipanggil confession. ekekkeke. Bila orang tanya , 'macam mana Namee handle 2 babies?" , tak tahu nak jawab apa, tak tahu nak jawab macam mana . Just go with the flow la. Kang pumpam pumpam lebih macam syok sendiri supermommah pulak. Apa yang terjadi untuk hari tu, hadap je dengan penuh sabar. Paling2 tak sabar pun I pergi dapur tenangkan diri jap. Lepas tu pergi balik tempat kejadian dengan angin baru. 

Lepas baca blog fourfeetnine.com terus nak buat jugak moms confession. Selama menjaga anak, ni antara perkara2 sendu yang I pernah buat hahaaa.

Satu. Sorok asset Adam. 
I selalu cuba yang terbaik untuk belek2 Noah and Adam sama adil. Seriously taknak salah sorang rasa macam tersisih sebab dua dua pun sayang. Time belek Adam, Adam memang muka bangga happy sangat . So far, sejak Noah ada I tak pernah sisihkan Adam. Kadang2 Noah pulak yang kena beralah. Bila turn Noah untuk bermanja, Adam mesti seboleh2 cari akal / excuse untuk dapatkan perhatian I gak. Contoh, dia akan ambik buku dia cepat2 terus pumm duk atas riba I and suruh baca buku. So langkah bijak yang I terpaksa buat untuk jadi adil is sorok buku Adam masa turn Noah. hahaa



Dua. Kutip dan makan. 
 Suap Adam makan sangat challenging. Makan mmemilih pulak tu. Sepanjang dia hidup, I masak apa2 bubur semua dia taknak. Beli makanan baby semua dia taknak. Tapi bila offer ice-cream bukan main suka. No way la kan nak suap benda2 manis hari2. So memang usaha gak nak suap. Makanan tumpah2. Apa yang tumpah, I kutip amik masuk dalam mulut dan makan. hahaa

Tiga. Kurung diri.
Masa mula2 nak biasakan diri jaga dua baby seriously tough. Bila Noah nangis of course I nak comfort him kan tapi time tu lah Adam nak dukung. Selagi tak dukung selagi tu la mengamuk nangis hentak2 badan . I sampai takleh bernafas bila dalam situasi tu. Last2 , I pergi keluar dari bilik kejadian and kurung dalam bilik dan menangis. Dalam 5 minit ah. Skang ok dah, diorang nangis i anggap diorang tengah buat concert Metalica je. 

Empat. Emergency cleaning.
Adam ni suka sangat tuang2 susu. Tak boleh nak marah, bukan faham pun kalau marah. Bila marah dia siap boleh ejek kita balik ewah ewah sangat dia ni. Terkejar2 dengan Adam ni. Dah berapa kali lah I basahkan kain buruk lap tu sampai dah kering pun kain buruk untuk lap susu tumpah. Last2 I amik napkin mickey Adam tu I lap je susu yang dia sepai2 kat lantai tu. hahaa
tu napkin dia tuh hahaa sorry Adam


Lima. Ibu yang keliru. 
Serious huru hara jaga baby and toddler. I wonder how orang yang beranak 5 rapat2 tu. Salute weyh. I dua ni pun macam semput sikit sebab non-stop as Adam kan tengah membesar. Panjat sana, japgi nak isap suis main benda2 mengarut. At the same time nak kena entertain Noah. So bila nak suap Adam makan, memang terkejar2 lah . Gilir2 jap pergi kejar Adam, jap pergi kat Noah balik and agah2. Gilir punya gilir , sampai I tersuap Noah bubur. Cepat2 korek balik. Tak pasal tercekik plak. 


Enam. Kem tentera like that.
So far, kalau nak handle dua baby ni, paling best if tengahari punya nap tu serentak. Kiranya both Noah and Adam tdo sama2. so that at that time boleh lah nak buat kerja lain. Nak potong bawang ke, nak settle apa2 jela yang dihajati. Noah i smorning person, by 630 dah bangun then I settle bg mandi siap2. Pastu dia  taknak tdo pun, so I belek2 dia bg dia happy sengih2 dulu. Adam selalu bangun lambat kul 11 camtuh so nanti tengahari punya nap time tak sama dengan Noah. So what i did is, I kejut Adam hahaaaa. Punya la mengamuk I kejut dia pukul 8. Tapi plan ni tak dapat diteruskan sebab bila Adam bangun tanpa rela dia akan mengamuk sepanjang pagi, lagi xleh nak buat kerja. T_T
ini hasilnya bila dipaksa bangun. Sepanjang pagi memerap je nak dukung n peluk je. So pastu i x buat dah ah. hahaa pitam


Tujuh. Serkup kepala. 
Handle dua baby memang gaya exotic weyh. Dont feel bad. Golongan ibu memang special sikit. Kepit rambut I selalu hilang sebab Adam suka sangat main campak2. So bila nak pakai kepit rambut, takde. Ada one time, Noah berak so nak cepat2 cuci. Cari pengepit rambut tak jumpa. Rimas rambut duk berjurai2 fringe depan ni. Nak selak ke belakang telinga xleh sebab pendek. Last2 I amik pampers and buat serkup kepala bagi menahan rambut dari jatuh menjurai. Aahhhh lega, boleh cuci berak Noah dengan tenang.
haaa cun tak iolsss 


T_T Seriously I tak sangka I jadi surirumah weyh. Dulu nak jadi stewardess hahaa. Seronok jugak dunia motherhood ni. Bila time penat rasa nak ambik maid je tapi takut sangat dapat maid yang peningkan kepala. Lagipun kalau ada maid pun, I akan tamak kot. Nak belek2 anak sendiri gak., maid takleh sentuh. So nanti maid takde kerja pun. hahaa. Cleaning apa je , takde apa sangat lah. 







          


Takyah cukur kening ! Khas untuk yang berhijab saja !

Susah kan nak cari Mua yang makeup lawa time kahwin. Pastu tak suka diorang ni cabut kening kita ? Nak nampak natural jugak. Nak nampak flawless jugak. Nak nampak jelita jugak. Semua lah nak. hoihhh on weddng day of course nak nampak meletops. 

Boleh cuba FarizSha D'Touch ni. Kalau kening korang tebal and tersusun pun dia takkan cabut satu helai pun tapi hasil da bomb dan kemas. Ni antara seni FarizSha D'Touch .





Kalau nak buat tempahan, boleh melalui online je untuk booking tarikh. Lokasi FarizSha D'Touch  ni di Klang tapi sangat flexible untuk travel walau jauh ke Segamat Johor. Hanya terima tenpahan untuk pengantin berhijab dan takkan cukur kening ye. Jangan risau style tudung apa nak lilit, FarizSha D'Touch  akan tolong gayakan ! Makeup flawless !

Like Fanpage: FarizSha D'Touch 

Follow IG : Farizsha_Mua




31 comments :

  1. Style sepit rambut kecik kat fringe tu skrg pun i dah adapt dah (baby on the way). Seeing myself using pampers as serkup jugak some time soon lol. Hebak lah namee jaga 2 boys! *salute* XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe get readyyy pampers as serkup kepalaaa hehe. Pitam sikit

      Delete
  2. dulu dan kini..namee menten selim jer,,,, wlupun anak dah 2,,,

    jelessssssssssssssssss T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bontot besar la namee x slim sgt hehe

      Delete
  3. hahahaha nameeee! part pakai serkup pampers tu kelakar. ayooo. pon boleh kan. Hahahah Salute la namee pandai manage and jaga adam dan noah. takpe, hasilnya diorang sayang asyik nak melekat. kalau amik maid, kan melekat ngn maid pulak. huhuhu

    ReplyDelete
  4. ohh...tak pernah pulak terfikir 'emergency cleaning' was mom bad confession.

    ReplyDelete
  5. Bukan senang nak membesarkan anak-anak. Good tips sis.

    ReplyDelete
  6. Namee, i pernah tidur pakai tudung sbb abang sakinah asuik tarik rambut i. Sampai ada satu tahap rasa nak botak mcm vin diesel je. Hahaha

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum namee.. tak sabar rasanya nak jadi mom of two. hahahahahha mencabar betul jaga baby & toddler kan. semoga namee terus kuat semangat ~~~

    ReplyDelete
  8. Muke noah tu adorable btol! Muke budak baik heheheh 😍😍😍

    ReplyDelete
  9. Hahaha.. Series kelaka dpat rasa kelam kabut tu tp memang tabik spring lah kak namee :) good idea btul part pampers jdi skop kepala.. Hihi

    ReplyDelete
  10. sy pun bakal jadi mom of two jugak beberapa bulan je lagi. selalu baca blog namee on how to raise kids of two yang agak rapat gak. beza 2 tahun je. wahh mmg kena bertabah sgt hoke! hehe

    ReplyDelete
  11. Seriously mncabar kn jaga 2boys sndiri since i quit my job about 2 years ago.Mcm I 24/7 jg my 3yo n 2months old baby.Hubby offshore n blk once a month.Rasa cm nk ambil maid tp mcm u ckp tu la.Nnti maid xde keje sbb kita nk belek anak sndiri ;).

    ReplyDelete
  12. Hehehhehe....gelak sorang2 bila baca citer name... akak dh lalui apa namee rasa tapi kurang sikit la sebab beza anak2.. 2 thn & yg ketiga dgn kakak dia 3 thn... tpi bila tiga anak nak diuruskan dgn sekolah dgn tadika dgn toddler...fuhhhhh terkincit gak la...haha.. apa yg namee rasa smpi lap susu dgn napkin pon sama kejadian dgn akak...kdg lap je dgn baju dorg kah kah.. tak menyempat nye psl..tension..rasa nak nangis.. nak menyinga semua ada belaka... lalui je lah hari2 mendatang dgn penuh kesabaran...kikikihh... follow the flow mmg xkan tau apa bakal terjadi dgn perangai anak2 sehari2... just enjoy je our motherhood session... bila dh besor kita akan rindu moment masa dorg kecik2... akak byk simpan video2 rekod masa dorg kecik...bila tgk balik syahduuu je rasa...

    ReplyDelete
  13. terbaiklah namee! salute u. bakal jd mom of 2 jgk ni x lama lagi #cuak

    ReplyDelete
  14. muka macam bertapa je yg atas tu. hahaha.

    dulu saya syafikcoklat, sekarang syafikkamaluddin. hehehe

    ReplyDelete
  15. Namee... cute pakai pampers atas kepala.. hehehehe :D
    sekarang penat esok dah besar rasa berbaloi kan penat camni..

    ReplyDelete
  16. hahahh cute sangat letak pampers jadi serkup tuh ...biasa kak moon buat kat anak cam tuh ...lepas tuh dia akan berlari kegembiraan ...hahah ntah hapa hapa .....tapi siriyes cute namee wat cam tuh

    caiyook namee ........u can do it bebeh

    ReplyDelete
  17. tu laa namee! betul.. irine pon ntah benda mengarut dia main.. kite marah ke hape, dia ajuk kita pulak.... acah2 nangis pon dia boleh gelak.. adoii.. SEBEL rasa hatiku...

    ReplyDelete
  18. Kene bagi Adam minum mealshake shaklee tuu..hihi

    http://pearlvta.blogspot.com

    ReplyDelete
  19. Antara kenangan ketika jaga anak2 yang sedang membesar..
    Penat tapi puas hati bila dia membesar dalam perhatian kita.. ;)

    ReplyDelete
  20. comey sangat both adam n noah!

    ReplyDelete
  21. yg perit tu yg akan jadi kenangan manis nnti kan.. hehehe

    ReplyDelete
  22. bab yang guna pampers tu paling win! sakit perut gelak..ingtkan gune ape td..hahahaha

    ReplyDelete
  23. haha tak tahan bab pki pampers tu dah mcm ank sy dua2 suke tarik2 pampers pastu buat topeng jd ninja. dah koyak pampers tak ke membazir huhu tp itula motherhood (T_T)

    ReplyDelete
  24. baby Noah..cute sgt! suka baca kisah u..sy anak besar2 dah, ur story reminiscing about my children..

    ReplyDelete
  25. walaupun dunia tunggang terbalik tpi kenangan time dioarg kecik2 ni la paling best nk kenang...hiii..bertabah la..sy baru nak merasa ada anak kcik :)

    ReplyDelete
  26. part mengurung diri dan menangis tu memang true !

    ReplyDelete
  27. haha..lawak la kak namee.........tetiba saya rasa takut nak hadapi dunia perkahwinan satu hari nanti.

    ReplyDelete
  28. Haha betul sgt part kutip makan and lap susu. I lap susu guna bantal busuk diorg. Nanti kejar2 ke dapur amik kain mst smpi tempat kejadian dh hampir banjir. So bantal busuk la penyelamat. Kutip makan dr lantai xyah ckp. Always!! Haha..

    ReplyDelete
  29. Owh ini datangnya fashion serkup pampers tu yer. I realised second baby always easier to handle kan.. mine pun sama, maybe dia faham mama dia penat, serabut dengan yang first so they better behave hehehe. I myself still need to do a lot muhasabah diri, untuk tenangkan diri dengan bebudak ni, ini baru dua orang hahaha.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...