Monday, June 15, 2015

Terlebih Kongsi

Hi

Masih ingatkah anda zaman buku biodata ? Dimana seseorang membeli buku paling tebal dari bookshop lalu dihias2 feeling paling cantik untuk diedar kepada rakan2 sekelas untuk ditulis biodata masing2? Kenangan gila zaman tu weyh. Tiap2 orang kena tulis biodata dalam buku tu, paling canggih kena tampal gambar dalam tuh. Supaya nanti bila dah habis sekolah, takkan lost contact. kahkahh.


Ni kira paling creative ah kertas texture bakar2 tepi tuh. hahaa. bukan main lagi quote "aku adalah aku". hahaa. Memori betul. Salah satu target untuk terus contact each other walau dah habis sekolah. Gituu. 

tapi...

Dunia dah berubah. Dah bersepah social media di dunia cyber. Medium yang paling senang untuk diakses . Hanya perlu taip detail diri then wallah ! Siap satu profil, tak perlu bakar2 kertas lagi untuk hias hehh. . Nak search kawan2 lama pun senang dah, taip je nama terus keluar. Positive nya, mudah untuk berhubung , semuanya di hujung jari. Hari2 boleh dapat update dari kawan.

Sedar tak sedar, ramai yang dah terlajak 'oversharing'. Oversharing ni maksudnya bila seseorang dah terlebih kongsi detail peribadi di internet. Segalanya dihujung jari makanya update pun dihujung jari. 

Profile online
Ramai yang rasa tulis profil yang detail tentang diri sendiri . Contoh paling mudah is nombor telefon. Sepatutnya no telefon yang patut di private kan tetapi dibiar public.Katanya, senang untuk kawan amik no nanti.  Kena ingat, social media dan zaman biodata adalah dua benda yang berbeza. Kalau zaman biodata, buku tu paling meluas tersebar pun mungkin di seluruh tingkatan sekolah tapi zaman social media ni peluang terdedah kepada stranger adalah satu dunia. Satu dunia ye ! anda memberi akses profil anda kepada satu dunia! Kalau setakat lelaki amik no phone anda dan mengurat tu mungkin perkara kecik tapi cuba imagine if ada stranger yang contact lalu menyamar untuk berkenalan tapi sebenarnya ada niat jahat. Mungkin merogol ?

Status update..

"Makan alone je kat Restaurant ABC " 

"I am home" ..siap tagged lagi location rumah masing2 secara detail. 

Wah, dengan senangnya membuka peluang kepada penyangak untuk membuat jahat. Mungkin peluang untuk merompak, menculik atau merogol ? Pernah fikir tak sekecil2 benda ni boleh memudaratkan diri. Paling tak faham jenis update yang dengan beraninya reveal lokasi live ! Jangan sesekali dedahkan lokasi anda dan alamat peribadi.


Shopping tadi , RM5000 je habis hari ni!"  (status tunjuk kemewahan)
Pada kita, status ni nampak biasa walaupun orang lain yang baca akan rasa sedikit poyo sebab berbaur menunjuk2. hahaa. Yang bahayanya is bila dari status anda mendedahkan kemewahan diri, potensi besar untuk penyangak merompak dan dapat hasil lumayan dari anda. Pernah terfikir tak ?

Upload gambar kereta mewah, handbag mewah dan yang paling bijak sekali siap key in lokasi anda berada 

Picture update with caption..Upload gambar anak comel with caption "Bawak anak jalan kat Mid Valley !"
Anak dah la comel, lepas tu siap bagitahu lagi lokasi anak. Memang2 sah sah la senang nak diculik dan dibawa lari. Tak serik2 dengan berita di dada akhbar kes penculikan anak2 kecil nih untuk dijual. Benda ni nampak biasa tapi sebenarnya bahaya. I pun baru terfikir. 

Sekecil2 benda yang anda rasa 'normal' tapi sebenarnya sangat terdedah kepada penyangak untuk buat jahat. Pernah terfikir tak ? Yela dah nama pun social media, untuk berhubung dengan rakan2. Pernah ke korang check satu2 senarai kawan yang ada dalam profil anda ? Selalu malas untuk check kan , main approved je siapa2 yang add as friend. 

Terlalu obses mengupload gambar diri pun boleh mendatangkan bahaya untuk diri sendiri. Membuka peluang untuk dijadikan mangsa fake profil ! Pernah terjadi kepada diri sendiri. Menjadi mangsa fake profil yang digunakan untuk menipu kes MLM , business . Pembeli bank in duit pada fake profil tapi barang tak dapat. Akhirnya orang mencari saya. See, kuang ajar . T_T

Ramai yang tak sedar akan benda ni. Sebab tu la I tulis.  Senang2 sangat berkongsi tanpa berfikir kesan buruknya.

Please, klik dengan bijak.  Fikir dulu sebelum klik buton upload dan share !

Kalau nak tahu lagi boleh baca di web Klik Dengan Bijak atau di Facebook Klik Dengan Bijak.
Fikir Sebelum Post !!





12 comments :

  1. SETUJU! Nak share boleh, tapi berpada-pada. Jangan over. Jangan lupa diri.

    ReplyDelete
  2. yup.. betul tu.. jangan terlalu expose kan diri dan family.. bukan semua orang suka dengan apa yang kita buat.. ;)

    ReplyDelete
  3. betul tu.. dkna pun pernah ditegur oleh rakan blogger untuk berhati2 terutama bila kongsi gambar anak.

    ReplyDelete
  4. memang bahaya sangat.. nasib muja tak terjebak dengan yg gtau location bagai lagi setakat ni..

    ReplyDelete
  5. Buku biodata tu zaman akak lebeh kepada autograph kawan-kawan. kadang tu siap tulis memori bersama dgn kawan yang bagi buku tu. Nostalgia bila baca semula tulisan kawan-kawan. Tapi sayang entah mana dah hilang. Zaman sekarang memang banyak sangat yang terselindung disebalik perbuatan yang pada kita macam tak apa-apa tapi sebenarnya mengundang musibah. Apa pun itulah zaman info di hujung jari je. Semuga kita sentiasa berhati-hati dengan manusia yang berniat jahat.

    ReplyDelete
  6. Salam..yaaaaa betul tu!!!! setuju dgn namee...saye punya FB sangatlah private..sanggup xjoin contest blogger2 yg memerlukan sy add diorang jd friends di Fb sbb nak jaga ke-privacy-an FB saya tu...takutlah, skang org mcm2 perangai..paling takut, diorang buat2 mcm baik, padahal..dialah yg jahat..hmm..

    ReplyDelete
  7. Hi sis Namee. Betul sangat2 apa yang sis tulis ni. Satu lagi tentang upload gambar, kadang2 gambar tak sepatutnya diupload di internet, diorang fikir bila upload kat profile sendiri tu maknanya hak peribadi, padahal senang2 satu dunia leh right click and save gambar diorang. huhu.

    ReplyDelete
  8. saya start private account and very rare update status FB since 2013 sebab rasa mcm takde kepentingan pun nak update status pasal current situation kita. Kalau depa (dibaca: kawan2) nak tau or concern, depa boleh contact by phone :P

    ReplyDelete
  9. Hye namee..i have been reading ur blog for quite sometimes..it will be great if u can follow my blog since i have just started and still a newbie..TQ..

    ReplyDelete
  10. Tengkiu namee! Gud sharing! Tapi zaman tulis biodata tu mmg rinduuuu sgt. Ade ke org buat mende tu lagi ah? Haha. Zaman tu memang zaman rare! Hihi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...