Sunday, July 26, 2015

'so sweet'

Hi

Dah tak ingat when is the last time me and husband tidur sambil pegang tangan. Menggediks cam belangkas. Em maybe dari awal kenal dah berat sama dipikul ringan jinjing sama sama, we are so BFF. Kadang2 husband balik kerja , dia nak tdo petang jap pun iols kena teman. Iols taknak tidur petang tapi kena jadi tunggul kat sebelah so that dia boleh pegang. Dapat pegang baju celah jari kaki pun jadi ah sambil i duduk lipat baju atas katil. 

Tapi lepas Adam and Noah lahir, I dah tak ingat dah bila last time we both lovey dovey mengada2 to each other. skang hanya hal anak saja, Tahi kuning coklat , texture camane pun jadi topik penting. Tak sempat, takde time. 2 years of marriage , already 2 kids and how lah. Bila terserempak kat dapur, cepat2 i love u peluk ok bye . hahahh. Even kita dah tidur asing tilam ya. Isham with Noah, me with Adam. So yeah no me me time. Dah lama tak tengok wayang. 

Kepala I dah huru hara dah. Haritu tak tutup paip air, rupanya dah 2 hari tak tutup. Nak pakaikan Noah baju, I sarung baju kat kaki dia. Nak buang pampers dalam tong sampah, I buang handphone sebab kelam kabut sangat. Japgi sorang nangis, sorang pun sama. Huru hara sangat and banyak benda in mind. Susun nak buat apa pasni , pastu pasni pastu. Dengan keadaan dua2 menjerit sampai tahap i takleh berfikir dah.

Kelmarin pukul 530 pagi Adam terjaga sebab nak susu, then after Adam tidur balik iols terus naik atas fikir nak gosok kemeja husband , esok dia kerja. Selalunya tiap minggu gosok sekali arung tapi since baru mula business skincare Luminous Series and busy gila so routine menggosok baju tersasar dah. So bangun ah kul 530 pagi tu terus naik atas gosok baju.

Tengah nak gosok, tengok spray air dah habis. Pastu dengar cam Adam nangis kat bawah , cepat2 i lari turun bawah balik. Then Adam dah settle down, iols naik balik...tengok tempat spray air tu dah penuh.


'so sweet' husband tolong isikan spray air ni. hiks 

Eh  eh, ni mesti Isham tolong isi kan air ni.  Terus rasa sweetnyaaa suami aku ni. mesti dia hargai isteri dia bangun pagi untuk gosok baju dia. Iols pun terus semangat nak gosok semua 30 helai stock baju mingguan dia. Gosok baju sambil senyum2  happy sangat iolss suami sweet camnih. Hati berbunga2 iols. Nampak kelibat Isham lalu dari bilik sebelah , I senyum ah tanda hargai and macam senyuman terima kasih la sebab isi kan air spray ni.  tapi dia buat muka cam 'apehal bini aku sengih2 pagi2 buta ni" . cececce dah buat benda sweet nak malu2 pulak khenn.

Pastu bila tengah gosok baju kedua, then baru teringat sebelum i turun kelam kabut nak tengok Adam nangis kat bawah tadi I gi kencing. Lepas kencing tu i terus isi air botol tu.

So sebenarnya iols yang isi spray air botol. Bukan husband. tapi i lupa sebab so many things in mind. 

HAHA. Pastu feeling2 suami nak surprise. 


Gila pathetic hidup kau namee. 


T_T




Dulu dan sekarang lepas guna produk 100% plant extract Luminous . Dah restock ya skincare ni. Kalau berminat untuk tahu lebih lanjut boleh wassap terus Fira 016 250 9143




Wassap : Fira 016 250 9143



16 comments :

  1. HAHA kelakar lah kak namee ni.

    ReplyDelete
  2. Bila banyak nak fikir dan buat. Selalu jugak jadi mcm tu. Hehe

    ReplyDelete
  3. hihihihi...mcm mcm nak kena buat...mmg cepat jer lupa...

    ReplyDelete
  4. kan..sjak jd mak2, pelupa & kalut tu xdpt dipisahkan :)

    ReplyDelete
  5. kan.. one little sweet thing suami buat mampu buat isteri senyum all day long..

    ReplyDelete
  6. namee dear, kencing2 tu tak yah cerita. atau nak cerita jugak mungkin boleh gantikan word yang lebih sedap di baca like buang air kecik ke..and asing tilam pon mungkin tak perlu nak story namee..ade benda kita boleh share, tapi mungkin tak pelu details ke apa. :)

    ReplyDelete
  7. Oh my.. u r in auto pilot mode..

    ReplyDelete
  8. nagis tepi bucu katil.. haha ingtkan suami 'sweet'..hehe

    ReplyDelete
  9. hahahahha namee..namee..teruk sangat dah bunyi nya tu...

    tp i dpt bayangkan..even dgn anak sorg pun kelam kabut... apatah lagi u dengan dua hero yang melasak tu... tabik springg la...

    tp suka la part uols pegi dapur peluk2 kejap say i love u pastu terus blah...hahahah...i dpt bayangkan cemana keadaannya..

    ReplyDelete
  10. Hahaha..dah agak dh masa baca kat atas tu mesti namee isi sendiri air tu pastu lupa sendiri isi...
    Kahkah..celaru sangat ni :)

    ReplyDelete
  11. hahhaha...patut pun en husband tu terkebil-kebil...rasanya sume mak2 hadapi bende yang sama kot...saya pn selalu kelam kabut kt rumah...nak2 pulak time anak2 bergaduh...haru..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...