Thursday, August 6, 2015

Insecurities

Hi

Dulu zaman belum kahwin husband punya cemburu ya hampun power rangers. Sebab beza umur weolls kan cam jauh London ke Perlis.  Dia kata sebab dia risau kot I tersuka terpikat kat budak sebaya iols muda bergetah kat uni. Lelaki pun ada muda bergetah ya jangan main2 hahaa. Masa kitorang belum kahwin i belasan tahun awal 20an la time tu husband dah 30an dah. I kahwin umur 24.  Beza umur memang jauh ah hahahaaa cuba teka berapa ? Jauh tapi tak lebih 20 tahun tapi lebih 15 tahun ekekek. Nak kasitau tapi saja nak buat ujian minda plak kat sini kahkah. Macam la korang heran nak teka teka kahkahhh. 

So dari dulu I selalu la acah2 sweet tenangkan dia "takpe hati budi yang penting, yang penting kita dua serasi and buddy susah senang sama2" . So like everytime ada laki cam muda lalu ke I memang toleh tempat lain la kang takut husband ingat i pandang ke apa kan nak nak muka cam mat saleh kan Channing Tatum takyah lalu tepi aku bakar kau.  Sampai skang ah. Pastu hari tu tengah tengok tv, i tengok la muka husband. Dalam hati bisik "dah kedut dah laki aku. kulit muka pun dah open pore" . 

Bisik dalam hati sambil tenung husband lama then husband tanya "nape tengok saya ?" Then i terus cakap "kalau takde awak ni tak tahu lah, selalu tolong ngasuh anak buang pampers kutip sampah tdokan noah cuci botol ok dah tak takleh tulis lagi cam menunjuk poyo plak kan tapi tu la yang sempat bisik dalam hati. 

Lepas tu terus cakap "

"Best ah jodoh dengan awak ni. "

"Awak jangan risau, saya sayang awak sorang je. "

"Macam mana dulu saya susah dengan awak, skang pun camtu ok." 

Tetiba gigih nak sweet yakinkan cinta apa jadah . hahahh. 

"Beza umur takde masalah. yang penting serasi"

Gigih i yakinkan cinta iols .

Untuk mengutuhkan keyakinan cinta iols terhadap husband untuk mengurangkan rasa insecurities. 

"Umur beza takpe" (gigih meyakinkan cinta kahkahh)

then terus husband menyampuk

"alah Richard Gere tu beza dengan gf dia 33 tahun takde apa pun. Ok je"



"alah Richard Gere tu beza dengan gf dia 33 tahun takde apa pun. Ok je"

"alah Richard Gere tu beza dengan gf dia 33 tahun takde apa pun. Ok je"

"alah Richard Gere tu beza dengan gf dia 33 tahun takde apa pun. Ok je"


"33 tahun"

"alah Richard Gere tu beza dengan gf dia 33 tahun takde apa pun. Ok je"

"33 tahun"


terngiang2 dalam kepala. (saja tulisan besar kecik besar kecik kasi effect dramatic sikit)


Oh ok. Kiranya maksud dia boleh cari lagi muda 30 tahun ke macam mana?

T_T

Penat iols mengutuhkan meyakinkan last2 aku yang insecure gelabah. caitt Tetiba i rasa insecure plak. 




---------

TERBUKTI KEBERKESANAN ! 

KULIT LICIN TANPA JERAWAT , PARUT DAN PORI TERBUKA !


Dulu dan sekarang lepas guna produk 100% plant extract Luminous . Dah restock ya skincare ni. Kalau berminat untuk tahu lebih lanjut boleh wassap terus Fira 016 250 9143






Wassap : Fira 016 250 9143







27 comments :

  1. Hahahahaha, kita pulak yang kena balik. dia sayang nameeee tu. jangan risau. hehehe :)

    ReplyDelete
  2. miahahaha... suka part tulisan kecik besar kecik besar tu... mmg dramatic sgt... oh my. cannot imagine how u can relate perbezaan umur ibarat London ngan Perlis... hahaha. enjoy reading ur writing anyway! =)

    ReplyDelete
  3. hahahhaaha..mula2 baca ingat husband namee yg insecure, rupa2nya sebaliknya..hehehe

    ReplyDelete
  4. Salam..
    Selamat pagi...
    Nieyl singgah sini...

    ReplyDelete
  5. hihi. i pulak bkn faktor umur, tp faktor rupa. dlu tkot kapel ngan ensem2 tkot dicurangi, tapi same je ensem ke tak semua dah rase gatai jugak haha. mgoa asben i xgatai lahhh huhu. hishh feeling insecure jgk nih huhu

    ReplyDelete
  6. ok memang kelakar hahahahha

    ReplyDelete
  7. hahahahaha. dramatic gilaa. i bace i pulak yg tergiang-giang mcm isham tu ckp dekat i pulak! hahahaha.

    ReplyDelete
  8. hahaha.... yang ni lawak namee... mengekek saya gelak kat opis ni... kehkehkeh...

    ReplyDelete
  9. Ekekkeke...memg pun tetap ada rasa insecure. Saya dengan suami beza 31 tahun. Awal2 kahwin dulu memang buat rilek je tapi lately dah 11tahun kahwin tetiba je saya nak insecure gak...kehkehkeh

    ReplyDelete
  10. Ppuan mmg suke rse insecure lelebih.. tu manje namenye tu.. hewhew

    ReplyDelete
  11. haha kelakar la pulak baca. maknanya apa ada hal dengan age gap kan. laksana cinta richard gere dan girlfriendnya. :D

    ReplyDelete
  12. umur bukan halangan namee...yg penting saling syg, kasih & percaya

    ReplyDelete
  13. Hi Namee..salam perkenalan dari saya.enjoy baca blog u...Singgahlah ke blog saya Diaryhanie.blogspot.com

    ReplyDelete
  14. xpa jnji sma2 setia dan sayang..umur xkira dah..hehe

    ReplyDelete
  15. sy beza ngan suami 30 tahun...anak kami dh 4 org..Alhamdullilah kami bahagia..suami pun ringan tulang rajin membantu..

    ReplyDelete
  16. Hi, bw disini :) Sis Namee, dah 6 hari berlalu, cepat lah update blog. Rinduuuuu

    ReplyDelete
  17. tetiba pulak melekat kt blog nie..����
    simple tp menarik..����

    ReplyDelete
  18. rasanya tak salah / tak menjengkelkan kalau kawin dengan lelaki / wanita berusia.. tengok macam che ta & zain saidin, yusri & lisa, ct nurhaliza & dato K .. Ok jer dieorang, bahagia jer...

    Cuma kadang-kadang, masyarakat melayu ni tak boleh nak terima kalau kawen dengan orang yang tak sebaya.. tengok je lah macam ct nurhaliza kawen dulu, macam2 tohmahan orang duk kata,, last2 skrang happy bahagia ever after..

    ReplyDelete
  19. my mum n dad pun beza berpuluh tahun, my mum lagi muda tapi still asyik insecure je.. spesis namee jugaklah ni haha

    ReplyDelete
  20. boleh tau nama skincare yang ada mercury tu?

    ReplyDelete
  21. boleh tau nama skincare yang ada mercury tu?

    ReplyDelete
  22. boleh tau skincare yang ada mercury tu?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...