Tuesday, September 8, 2015

Awak Buat Apa Kat Rumah ?

Hi

I tak sangka hidup boleh se busy ini. Beriya i clash putuskan hubungan dengan dunia architecture untuk mengelak dari gaya hidup yang hectic tak tidur malam terutamanya. Memang takde hati la sambung nak part 3 ke 4 ke 10 ke apa tak hingin. Orang tanya, "buat apa kau sambung master namee?" .Saja suka hahaa man tahu untuk masa depan ke. So yeah i decided untuk jadi housewife dan bekerja dari rumah saja. Lebih relax. Bak kata my dad "elok la kerja dari rumah. Lebih practical. Boleh tengok anak2 membesar sambil buat kerja"


"Lebih practical?" "Lebih relax.". Ok laka laka. Bila dah lalui hah amek kau. Clients pun cam pelik dengan i , how come nak keluarkan invoice pun amik masa lama gila ? Hello perempuan ni bukan surirumah ke, what the hell mintak invoice lama benar baru dapat. Srious weyh, i kesian gila dengan client yang dah pending ni. Minta benda simple tapi lama gila baru dapat dr I. Sian kan sape bekerjasama dengan wanita sendu camni.


Busy macam mana tu ? Susah nak describe. Dari pagi, ok terus set lipat kain kat ampaian. The best way untuk maintain baju is basuh hari2 and lipat hari simpan dalam almari terus. Kalau kumpul2 delay mesti baju berbukit so yeah so kena buat hari2. Tu pun kalau anak meragam2 memang tak dan la nak lipat baju yang 10 helai je pun. Bila anak-anak celik je mata, yang ada perangai pelbagai ni ..dalam kepala dah nak kena susun strategi.


Macam my case, Adam n Noah ada different character. Adam bangun lewat setengah jam dari Noah. so bila Noah bangun kul 8 , I akan terus mandikan dia pastu rapikan katil then settle bawak Noah turun bawah. Turun bawah memang just nice Adam plak bangun. Adam ni perangai moody sikit, bila bangun tdo nak kena amik mood dulu. Tak boleh terus ajak mandi kang sampai ke malam dia punya moody. So yeah nak kena dukung2 dulu. PAdahal dalam hati ni , haihh cepat lah anakkk amik mood happy tu laju sikit. Nak kasi mandi.


Nak kasi mandi satu hal lagi, bukan terus masuk toilet curah2 mandi.  Nak kena slow2 dulu attract dengan botol , ajak main2 bubbles dulu baru la happy nak mandi. Nak gosok gigi pun berperang. Dah makan, so kena gosok gigi okay no excuse ! Pe'el anak ni lain2. Adam plak kalau jenis tegas2 sangat nanti sampai ke sudah dia mengamuk teruk. Sambil mandikan, Noah duduk dalam walker dulu. Nak pakaikan baju satu hal jugak, lari sana lari sini. Memang kejar mengejar.


Dah siap mandi, susukan Noah then Adam memang i saja tak bagi susu dulu. Nak bagi lapar, satgi nak suap makan. Dari kul 8 tadi, sampai kul 10 baru settle budak2 ni secara sejahtera melayan pe'el diorang. Eh kejap je 2 jam masa berlalu . 2 jam berlalu begitu saja tapi percayalah i tak sempat  nak duduk2 pun. Lepas settle Adam and Noah susu terus gi dapur standby nak masak makan apa kat Adam. For Noah mudah sebab dah masakkan puri awal2 buat frozen so bila nak bagi makan just stim / kukus balik je.


2 jam berlalu. Bila masa woih ?


Makanan Adam memang nak kena fikir lain2 hari sebab cerewet makan. Anak2 pe'el lain. Masak makanan Adam yang simple je tapi berperang gila kat dapur. Dengan Noah merengek nak dukung . Dengan Adam pun menyampah dengar suara adik dia nangis so dia pun join sekali. I biar je Adam main periuk2 belanga kat dapur sambil i masak tapi bila dia nampak Noah saja je dia baling periuk kat adik dia. Dah lagi satu hal pulak. Masak benda simple pun boleh jadi berjam. Potong bawang sikit, jagi berlari jap tengok Adam buat Noah. Kadang2 letak Noah duk dalam walker pun berperang gak sebab Noah suka sangat sondol walker dia laju2 langgar Adam. Tengah nk tumis apa2, kang dengar la bunyi macam2 dia tolak tv jatuh pulak dah. Tumbangkan kipas, mace mace mu nih.


Masak pun dah sejam lebih campur dengan pe'el dua dua ni nak berdukung. Masak sambil rapikan dapur .Apa2 perkakas yang guna terus cuci , senang pastu boleh settle benda lain. Ok settle masak.


1 jam 30 minit berlalu. Tetiba 1 jam, bila masa woih ?


Ok dah pukul 1130 pagi. Terus suap makan. Suap makan pun sekaligus. Dua dua duk depan, nganga mulut nak suap makan. Nak suap makan pun berjam2 dua dua  orang ni. Biasa lah, makan sambil tengok sana tengk sini. Japgi lari sana lari sini. Kunyah pun kejap laju kejap main2 . Noah skang kuat makan, sekali dengan makanan Adam dia nk makan. Makan saja dekat sejam . suap makan saja ya sejam.



Puri potato for adik, nasi ayam and carrot puri for Adam.


I suap makan dua baby ni sekaligus je. Adik makan puri , abang makan nasi bubur atau nasi berlauk kuah dengan puri sayur. Adam jenis taknak makan sayur langsung, so harhar i buat jadi puri tapi takde rasa sayur. mehee so dia xtau la tu sayur . tipah tertipu. 


Dah sambil makan nak baca buku pulak Adam ni.Ni yang buat proses suap menyuap ni jadi berjam ni. Kalau tak layan kang taknak makan pulak.



1 jam berlalu. Bila masa woih ?


Tiap kali makan , memang bersepai la makanan. Lepas tu nak bersihkan balik apa yang tumpah2 tu. time ni memang terus cleaning la. Pulak my son ni ikut i, jenis kulit sensitive takleh kena habuk. Kalau kena habuk memang gatal2 la.So nak taknak memang kena vakum la n mop yang tumpah2 tu. 


Tetiba dah habis lagi 1 jam. 


Noah pun dah nangis2 , dah kenyang makanya mengantuk la. Time nak bagi tdo memang struggle gila lah. Nak bagi tido Noah, time tu jugak la Adam nak ajak baca buku. Dah macam mana mulut ni nak bersikir tdokan Noah . Bergilir2  , kejap zikir2 kejap A Alligator, B bat, C cat...japgi sambung zikir balik. makan setengah jam jugak lah i duk mengadap Noah nk tdokan. Selama Noah tdo tu la , time Adam ajak main toys and baca buku. 


Stress betul bila adik dia dah tdo, then Adam menjerit sampai adik dia terkejut. Pastu dah pukul 2 or 3 , Adam pulak menagntuk nak tdo. Gilir2. Bila adik dia tdo, Adam celik ajak main. Bila Adam tdo, Noah celik ajak main. Adam pulak bangsa tdo terjaga2, nak kita tepuk2 jugak sekali sekala. Malam pun camtu la setiap sejam bangun, I naik pening dah kepala. 


Then bangun tdo, makan petang pulak. The same process macam bagi makan pagi tadi. 



Tup2 dah pukul 6 petang. Dah nak siapkan mandi untuk malam pulak. 




Dah macam mana nak cuci periuk sambil baca buku. Kerja memang terhenti2 la.Jap baca buku, jap sambung kerja.

Tetiba hanya tinggal suku hari yang tinggal. Kul 10 dah nak bagi tdo. Itupun lega sebab Noah , husband handle bagi tdo, and Adam i bagi tdo. Lepas time tu lah fikir nak buat kerja pulak. "Kerja" tapi yang bezanya office hour after 12 sampai kul3 pagi.


Cepat masa berlalu. Hari2. 


Sebab tu ah soalan "Awak buat apa kat rumah?" tu sensitive. Masa memang tetiba sangat berlalu. pulak apa2 aktiviti nak kena barpandukan mood bayi2 manis ini. Kalau tantrum seharian makanya seharian la melayan.



So far alhamdulillah husband tak pernah tanya soalan sensitive "awak buat apa kt rumah?" and jenis yang cuba nak bantu. Kutip baju basuh, siap sebelum gi kerja sidai kan. Amik sampah buang and ngasuh anak. 
For my case surirumah yang bekerja dari rumah ni pun mana ada masa nak mengadap laptop pun. Kerja pun buat lepas tengah malam anak dah tdo . 

Pagi pernah cuba2 nak selit nak reply email client ke apa ...maka inilah terjadi bila banyak benda sangat in mind.



I lupa yang Adam dah tinggi so boleh capai laptop atas meja. Ditariknya makanya jadi lah begini. Nangis please. T_T

Siapa yang duduk rumah , faham la apa yang kome lalui hari2. Nampak macam takde apa2 pun nak buat mungkin golek2 saja dengan bayi.  Tapi cuba try test manage sehari...hehehhhh.








52 comments :

  1. seriau saya baca HAHAHA.. be strong namee !

    ReplyDelete
  2. Bukan mudah duduk rumah membuat pelbagai aktiviti, lagi-lagi ada anak. Orang yang ada pengalaman je paham apa yang kita lalui, tak semua orang faham. Tak semestinya duduk rumah boleh relax-relax. Apa2 pun terpulang kepada individu tersebut. Kak namee dah macam ion lady dah...hehehe

    ReplyDelete
  3. semoga terus tabah menghadapi hari2 mendatang...

    ReplyDelete
  4. Ye hidup seperti bukan untuk diri sendiri lg...

    ReplyDelete
  5. wow...sangat hectic dan memang penat membaca apatah lagi mengalaminya.. Apapun, salute pada namee, masak dan kerja rumah semuanya selesai.

    Memang nama je Surirumah tapi kerja lagi dahsyat dari makan gaji... bukan 8 jam bekerja tapi 24 jam..hehe. sampai anak tidur.

    ReplyDelete
  6. betul! suri rumah kalau anak2 dah besar tu lain crita. kalau anak2 kecik, memang gini. i ni keja. bila mlm and weekend rasa mcm tak cukup kaki tangan buat keja kat rumah. penat wohh. buat keja sambil tgk anak2, mmg berlari je dln rumah. hahaha

    ReplyDelete
  7. bagusnya u namee.... blh jaga 2 ank kecik, settlekan urusan rmh n msk segala bagai...plus kerja sendiri lg....klu i pengsan x bangun 2-3 hari haha....masa my 1st child kecik dl pun i housewife tp mmg x pandai nak berkejar msk bagai sebab dia x blh berenggang langsung....celik mata je nak i tertonggok depan dia...klu jauh skt startlah dia melalak...tension wooo...sib baik husband i x pernah tanya solan cepu emastu....u buat apa kat rmh? ngee....tp jgn risau, bila ank2 mkn membesar, beban u mkn kurang...tp time tu lak u akn rasa rindunya nak ada baby lg.....

    ReplyDelete
  8. memang namee duk umah lagi banyak keje.. ni weekend jer dengan budak2 mau rasa fening kepala.. heheh tp salute la namee u leh handle this

    ReplyDelete
  9. Betul tu namee..kadang2 husband blik umah baju x berlipat..n tnya awak buat apa hari ni..xtau kita handle anak2 cmana..menyirappppp

    ReplyDelete
  10. Betul..I pun hosewife and ade 2 baby..sorang 1 thun 6 bulan..sorang 2 bulan..mmg strungle..kdg nk mkn pun xsempat..nk 'membuang' pun kne than2 dulu kekadang tu..hehe..

    ReplyDelete
  11. yang bekerja ,balik rumah jaga anak waktu malam tu jer pun dah huru hara.apatah lagi yang mmg full time kt rumah.salute u namee.boleh rasa macam mana chaos.sedar2 jer time dah berlalu.insya allah adam & noah akan jadi anak soleh .

    ReplyDelete
  12. Same with me namee, baby anyssa pulak jenis x suka duduk sorang2 (means nak berkepit je), kadang2 nak buat keje u suruh atok dia pegang. Itu pun x sampai 10 minit dah jerit2. Berlari2 lah amik dia.

    ReplyDelete
  13. surirumah memang sibuk sebenarnya. anak2 u nampak happy mommy ada disisi. tahniah sis

    ReplyDelete
  14. Yes, agree with u namee. Sy anak sorg ni pn huru hara,jenis anak nak menepek je dgn kita,xlrh tinggal langsung.bukak la kartun ke apa ke xlayan.jap jap merangkan gi dapur, semlm.goreng ikan ntah cmne boleh meletup2 minyak, dia pulak duk merengek nak kita dukung,xsedor dia mernagkak dh smpai dapur, huiii naseb la tak kena minyak meletup. Serius, mmg kurang sgt me time kan namee..

    ReplyDelete
  15. bagus kak namee..memnag bagus keje dekat rumah..leh jaga anak walaupun banyak ragam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang bagus tapi stress tu Tuhan je yang tahu

      Delete
  16. faham. sangat faham. pernah berhenti kerja dan duduk rumah 3 bulan. jaga my 2 boys sendiri. Failed.

    ReplyDelete
  17. Setuju sgt2 namee...lagi2 surirumah yg bekerja sambil blaja...mmg pening..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya surirumah yg sedang belajar.. Memang haru..kelam kabut, serabut, stress semua dah rasa.. Lebih parah bila myself & my anak sakit sama2.. Huhu..nasib baik si suami Jeni's yg memahami & sangat membantu buat kerja umah sama2

      Delete
  18. omg.. itu memang soalan sensitif utk semua housewife.. yang ada anak ramai ataupun satu..
    thanks namee for the post!

    ReplyDelete
  19. Hahahahah......oh my namee....cerita awak ni menakutka saya,....bila pk balik...tak jadi la nak jd suri rumah...nak keje....hihi

    ReplyDelete
  20. dah merasa.... takde masa nak tarik napas.. nasib hidup lagi tetttttttttttttt

    ReplyDelete
  21. Sangat memahami!!!

    Bila orang kata 'ala, duk Rumah je kan?' Tu yang boleh buat macam2...

    Hanya orang yang lalui yang merasainya.

    Saya? Dengan bisnes, study dan jaga anak2... Masih berusaha adjust terbaik. InshaAllah.

    Www.AsyrafAnisah.blogspot.com

    ReplyDelete
  22. Sangat memahami!!!

    Bila orang kata 'ala, duk Rumah je kan?' Tu yang boleh buat macam2...

    Hanya orang yang lalui yang merasainya.

    Saya? Dengan bisnes, study dan jaga anak2... Masih berusaha adjust terbaik. InshaAllah.

    Www.AsyrafAnisah.blogspot.com

    ReplyDelete
  23. Pengkisahan yg sangat dekat dihati. Seriusli saya faham apa yg selebriti blogger seperti Namee alami, walaupun anytime income boleh masuk tetapi kesibukan sebagai SuriHatiRumah seperti tu saya faham sangat. Sebab saya bersama isteri saya selama 11 tahun lalui bersama pun masih tak cukup tangan. Tak menang tangan. Ni bertambah seorang lagi cahaya syurga baru berusia 7 bulan adalah penambah seri kepada 2 orang kakak berusia 7 tahun (jenis moody juga) dan 4 tahun (jenis ceria).

    ReplyDelete
  24. baca entri ni buat muja seram je nak jadi suri rumah.. padahal suri rumah tu la cita cita itew.. hahaha

    ReplyDelete
  25. ok akak x jadi la duk rumah...hehehe...tunggu akak pencen jer laa...

    ReplyDelete
  26. I wish I can be a homemaker too... Being at home during week days when everyone is working mmg heaven, especially when you shop for groceries sebab tak perlu bersesak sesak (perasaan yang best masa bercuti time orang bekerja) .. Tetapi, when you're at home there are no such things dapat berehat sebenarnya. Ada je benda nak dibuat and at the end of the day you jadi restless. Sebab tu la if nak bercuti kena away.. bercuti keluar daripada rumah and as a homemaker u really deserve a good holiday! :)

    ReplyDelete
  27. Cabaran kak Namee.. huu. Tunggu hero nombor dua besar sikit. Lagi haru kot

    InshaAllah semuanya ok. Takde masalah nanti. Sebab surirumah ni sangat tabah

    ReplyDelete
  28. Uwahhh! You really strong Kak Namee..

    ReplyDelete
  29. Caiyok Namee, banyak2 sabar, budak2 kecik memang begitu, lagi 2-3 tahun bila Adam dan Noah dah makin besar, Inshaa Allah kesibukan akan berkurangan, sikit je lagi tu :D

    ReplyDelete
  30. actually jadi fulltime housewife lagi penat. :'D masa kerja ni lah dapat jugak lah merasa rehat dia. balik rumah kang dah kena fikir nak masak apa, tengok anak lagi. tabik dekat fulltime housewife :)

    ReplyDelete
  31. Kagum dgn kak namee..bg inspirasi kat sy dlm menguruskan baby..sy byk belajar dari kak namee

    ReplyDelete
  32. Saya pulak baby ade sorang je. Umur setahun setengah. Tapi nak jaga dia pon dah macam nak jaga 10 org. Huh ! Sampai rambut pon tak sempat nak sikat. Sampai berhari hari tak sikat. Last2 husbanf yang tolong sikatkan sebab dah tak sanggup tengok rambut bini macam pontianak. Wahaha !!

    ReplyDelete
  33. huhuhu^^
    faham sangat..memang gitu kan namee..
    sy anak 4 orang..nak jadi housewife dah ni
    memula memang takut, tapi sampai bila nak lari dari tugas hakiki kita kan..
    respek kat namee sbb awk rajin sgt masak dan teliti bab anak
    tak penah awk amek kesempatan golek2 ngn anak ke kan..
    keje rumah tak bertangguh,..bagus sangat..
    sbb bkn semua suri rumah keje tiptop camni..
    ade je yg sambil2 nak tgk tv lah apelah..
    keje rumah ade yg pending,,
    good job namee^^

    jemput baca entry baru petua awet muda

    ReplyDelete
  34. Yes kak namee fham sgt apa k.namee rasa. Kira k.namee terer tauu.. Ana yg baby baru sorang rasa tak sempat nak buat itu ini. Tak tau lah diri ni yg bertangguh ke apa tp bila ada baby nk buat kerja kena mcam robot. Hehe. Mmang sedih klau husband yg tanya "awk buat apa kt rumah" alhamdulillah setakat ni husband ana pon tak pernah tanya. Hrap takkan tanya lh.

    Jemputlah bca entri ana tntang housewife jgak.
    http://mekhana.blogspot.my/2015/09/ohhh-mother-life.html

    ReplyDelete
  35. I feel u my dear namee. Tu namee x cite lagik prepare mkn mlm...ada lg yg tinggal tu, kalo nk diceritakn..huh 24h b'lalu begitu shj. So,kpd kwn2 yg lain yg dh b'sedia utk 'hectic' + rempit ..welcome tu our club..fullhousewife, dan usah ditanya soklan menyirap tu ha3..
    (skali skala suami take over jaga anak, the end dia akn tanya..mcm mn awk jg bdk 2org ni ye..he2)

    ReplyDelete
  36. I feel u namee.. I pn keje sendiri jaga anak sendiri, sometimes g jumpan client anak plak meragam dlm kereta mmg rasa nak muntah je hahahhaah . Mogankite sentiasa di permudahkan Allah utk segala keje yg kite lakukan.

    ReplyDelete
  37. hi namee, nak share ye..thanks ;)

    ReplyDelete
  38. I feel u namee.. Memang soalan "awak buat apa kat umah" ke pada seorang suri rumah sangat2 sensitif... Saya kalau org tanya mcm tu, terus jawab "CE ko duduk umah seminggu, jaga anak sendiri"...

    ReplyDelete
  39. Namee. Share tips macam mane biasakan adam dgn gosok gigi and pakai ubat gigi tak? If pakai brand ape. Please shareeeeeee. Thank you in advance.

    ReplyDelete
  40. wow..really impress with you...sy ada master gak tapi ntah bila baca blog kwn2 yg surirumah ne, tringin nak duk mengasuh anak sendiri kt rumah lak...

    ReplyDelete
  41. Setuju sgt. Nampak mcm tadek bt apa kt rmh. Tp ibu dgn kanak2 manis dirumah sedar2 dah nk mlm dah.. nak kena la bg mandi utk mlm. Hakikatnya..ibu mmg xsempat rilek puas2 bila dgn anak2 kecil..

    ReplyDelete
  42. saya pun bekerja dari rumah. lg bz kot dr bekerja makan gaji. nak reply order customer pun sambil berebut hp dgn anak anak..huhuhu

    ReplyDelete
  43. SAME GOES TO ME...DAH BIASA DGN ARCHITECTURE...SO SKRG JD SURIRUMAH PON I SWITCHED WAKTU 'KERJA' JD TGH MLM SAMPAI SUBUH HAHAHA

    ReplyDelete
  44. Lain anak lain ragamnya.. itu pengalaman namee.. nanti bila anak dah besar mesti rasa rindu macam mana kita uruskan dorang masa dorang kecik dulu..

    ReplyDelete
  45. nsb namee ad husband yg fhm kan...hehe

    ReplyDelete
  46. Hehehe can totally relate. High five to all strong mummy out there #kapidap #kitaboleh ❤️

    ReplyDelete
  47. i feel u. i ada 3 kids. all are boysss... wahahahahaha

    ReplyDelete
  48. Namee i feel uuuuuuuuuuu...kita sama beranak rapat2..noah pun sebaya dgn my baby kekekeke..bila tak kerja duduk rumah sehari suntuk dgn 2 askar ni mmg mencabar namee..hehehe we're supermom!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...