Saturday, September 12, 2015

Dunia Glamour

Hi

Entah lah. Dah berapa lama delay dah photoshoot untuk Luminous Series. Dah 4 bulan jual tapi official website pun masih belum siap. Lepas ni akan ada cosmetic pulak, semua import dari Italy dan organic. yaaaa mari guna produk organic. Plan nya banyak tapi sebab terlalu hectic dengan anak2 segalanya jadi tertangguh.Rasa liat sangat nak angkat buntut pergi studio dan photoshoot. Rasa cam berat hati nak tinggalkan jejaka2 tampan nih. hoihhh 

So yeah , delay delay delay. Maka tetiba kena rasuk ke apa terus contact jurumekap dan studio untuk shoot dengan pantas. Brand tengah grow then akan ada marketing team  untuk push tapi gambar produk proper pun takde lagi ? Nasib baik MUA and photographer free kalau tak maybe tahun depan pun tak settle.

The thing is semua i kena settle sendiri.I la director, susun account i la susun stock, i lah model, i lah duta hahahh gila kuasa . Then i told the photographer, actually i malas nak photoshoot sebab tak suka tampil sangat. Prefer berdiri belakang tabir dan takde sape tahu. Malas nak glamour2 sangat. Biar la model yang glamour masuk tv interview smua. I cam suka belakang tabir je hehh. Rasa cam em kertu.


Ok la makeup ni. Natural je. Bulu mata palsu tapi nampak  natural gak. I guna khidmat Shermaine from Makeup Ideal. Dia punya makeup sangat tak melebih. Kenal dia masa photoshoot untuk ambassadorship Lacelle Bausch + Lomb tu. Harga pun tak mahal.

Em memang takde la nak shopping ke apa2. Baju tshirt pakai kat rumah je I pakai. Nampak tak tahap memang malas tuh ? Kalau zoom siap ada bekas air Milo tumpah hahaa. Macam takde semangat. Tu la elok sebenarnya pakai model je. Suka tengok orang photoshoot2 tapi bila sendiri cam malasnyaaaa arghhh. Tshirt pun collar dah celoreng2 regang masuk washer machine. ahahaa. Betapa xde mood nya. Orang nk photoshoot produk sendiri patutnya excited lah sikit...i memang sumpah malas. Maybe sebab penat sangat kot. T_T

Bila dah jadi mother of two ni rasa syok duk rumah je belek diorang, suap makan and main2 baca buku buku dukung. Tiba2. Dulu teringin nak jadi runway model suka glamour2, cita2 pun nak yang meletop2 je kibas2 je bila jalan stewardess, model lah mak segala cekadak la nak glamour weheee. Now banyak peluang untuk push gila glamour tapii bila dah ada anak, dapat offer iklan tvc ke rasa macam x sesuai dah, rasa dah tak kuasa dah. Seronok duk rumah je. T_T . 

Ini lah Shermaine. Baik sangat. Tak lokek ilmu makeup. Kalau tanya2 cara makeup smua dia bgtauu. Nanti minggu depan nk photoshoot concept pulak. T_T . 

Bila dah jadi mak ni, banyak perkara berubah. Rasa macam seronok duk dengan anak lagi even penat gila. Malam tu kalau baring, memang akan tidur terus. Tak berani nak baring selagi Adam belum tidur sebab takut i terlelap and tak daya nak bangun lagi mehee. Kang terlelap. Adam cucuk2 suruh bangun. 

Bila dalam dunia motherhood, happiness tu dah bertukar. kan ?


Toodles.





























































12 comments :

  1. Yes. I agree. Bila sy decide nak resign 5 months ago, ramai yg persoalkan tak sayang ke tinggalkan kerjaya glamour. But I stick to my decision. Now rasa heaven sangat kt rumah dapat tengok anak2 membesar depan mata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok la 5 months. Kak ayu dah 5 years!

      Dunia kerjaya?
      No more.

      Dok libas kain kat umah lagi heaven haahaha

      Delete
  2. kak, product makin naik sekarang ni. go chayok2 !

    ReplyDelete
  3. Nanti ada masa ai will PM u ask about that produk.. hehehe

    ReplyDelete
  4. Hai Namee..berminat nak jd one of your marketing team..

    ReplyDelete
  5. pape pun.. muja rasa better guna muka namee jugak.. sebab model lain takkan macam namee.. you know.. we love you and your face.ehehe :)

    ReplyDelete
  6. setuju ngan namee.. memang kerja lain rasa malas jer bila da anak, tapi kerja bersama anak best, tak penat melayan anak dari pagi sampai pagi esok pastu sambung lagi hehehe

    ReplyDelete
  7. Semoga terus berjaya dalam hidup, kak namee :-)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...