Wednesday, September 23, 2015

Puri Baby Simple

Hi

Mula 6 bulan , baby dah boleh mula solid food. For Noah, I buat puri je senang. Cuba je beli puri Heinz tu masa time Adam tapi taknak makan. Rasa cam dah habis duit dah beli. Beli banyak2 sebab anak pertama, dia punya excited tu lebih sikit. Sekali suap hehhh takmau. Punya la satu rak makanan puri Heinz tu kitorang beli banyak2 acah2 senang nak bagi makan semua dah ready. Perisa macam2 . excited terlebih. Last2 buang je tak tahu nak bagi sape.

So time Noah buat jela, senang. Tu la orang kata, anak sulong ni selalunya eksperimen, bila masuk anak kedua mak akan lebih matang. bahaaaa. Membazir beli, buat jela senang.




Simple puree

Puri Apple
1) Kukus 2 biji apple yang dah dipotong dadu sampai lembut
2) Blend dengan susu .Kalau nak lembik letak la air susu lebih, 
3) Tapis keladak guna penapis.

Puri Mango
1) Kukus buah mangga yang dah dipotong dadu sampai lembut
2) Blend dengan susu .Kalau nak lembik letak la air susu lebih, 
3) Tapis keladak guna penapis.

Puri Ubi kentang
1) Kukus 2 biji kentang yang dah dipotong dadu sampai lembut
2) Blend dengan susu .Kalau nak lembik letak la air susu lebih, 
3) Tapis keladak guna penapis.

Puri Ubi keledek
1) Kukus keledek yang dah dipotong dadu sampai lembut
2) Blend dengan susu .Kalau nak lembik letak la air susu lebih, 
3) Tapis keladak guna penapis

Puri labu + sikit halia
1) Kukus labu yang dah dipotong dadu sampai lembut
2) Blend dengan susu .Kalau nak lembik letak la air susu lebih, Letak halia sikit kot angin makan labu.
3) Tapis keladak guna penapis

Puri Carrot
1) Kukus carrot yang dah dipotong dadu sampai lembut
2) Blend dengan susu .Kalau nak lembik letak la air susu lebih, 
3) Tapis keladak guna penapis

Puri pisang + oat
1) Kukus pisang kejap je nk bg lembut sikit je. Kalau taknak kukus pun xpe.
2) Blend dengan susu dan oat yang dah lembut direndam air panas.
3) Tapis keladak guna penapis

Puri brokoli
1) Kukus brokoli sampai lembut
2) Blend dengan susu .Kalau nak lembik letak la air susu lebih, 
3) Tapis keladak guna penapis

Puri Ubi kentang + buah peach
1) Kukus 2 biji kentang dan peach sampai lembut
2) Blend dengan susu .Kalau nak lembik letak la air susu lebih, 
3) Tapis keladak guna penapis

Semua steps sama je. Pandai2 la campur2 macam mana tapi tu jela langkah nak buat puri basic. 

Boleh buat dari macam2 pun. Betik, dragonfruit..mace mace lagi. Tengok buah la, make sure anak korang tak allergic. Macam strawberries better start at 8 months, sebab buah tu ada yang baby allergic.

Cam kadang2 Noah boring, I blend je potato dengan carrot atau brokoli ke. Ikut selera baby masing2. Macam Noah tak suka pure brokoli, brokoli semata2. So i campurkan brokoli dengan ubi. Paling sedap buah peach blend dengan susu atau ubi + peach. Tu paling fav Noah . Sonang hidup. Yang payah tu bila nak kupas segala benda ah hahaa. 

So i selalu buat stok seminggu terus sebab kalau hari2 nak kupas and kukus memang tak sempat. Now dah sampai stage Noah dah nak berjalan. Dah berjalan sambil pegang2 kerusi. So kena perhati jela, kalau tak berapa kali jatuh dah. Memang stok makanan kena prepare seminggu terus sebab hari2 kena tengok dia je. T_T




Letak dalam tupperware. Noah punya kuantiti makanan memang banyak ni, so yeah per serving banyak ni lah. Depends baby korang makan banyak mana per serving.

Kalau tak pasti kuantiti per serving,. letak puree yang dah siap tu kat tempat bongkah ais ni je senang. So tiap kali nak makan agak2 la berapa block kecik ni baby korang nak makan sebab kalau letak tupperware besar terus nanti bazir pulak anak tak habis. Takut tak tahan lama la kalau dah celup2 then simpan dalam peti ais. Kurang fresh.








Dah siap2 then terus letak dalam peti sejuk beku. Frozen puri lah giteww uols. Tahan lama. 

Tapi setiap malam atau subuh tu amik stok puri yang nak dibagi makan untuk haritu dalam chiller. Biar dia lembik siap2. Tapi puri yang confirm nak bagi makan jela ok. Yang lain kasi frrozen let it go let it gooo.
Nanti tak la keras. Time nak bagi makan, panaskan je. I stim balik je. Kalau hantar anak kat rumah pengasuh, hah bagi kat pengasuh kak tolong suap anak titeww makan ok.





Burp.

Nak elak sembelit selalunya pagi i kasi carbs la , petang kasi yang buah2. So balance lah makan harian dia. 

Tu je. 







26 comments :

  1. sweetnya warna2 bekas makanan namee :)
    bebudak pun suka warna2 mcm tu kan :)

    ReplyDelete
  2. akak iera pon selalu buat mcm tu..jimat..hehehe

    ReplyDelete
  3. I pun buat mcm ni. senang keja mak.. hehe

    ReplyDelete
  4. Mne beli bekas mknn puri tu namee?

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. hai. Hihi kalau nak, saya ada jual. Jom tengok kat instagram @yourbabiesstore

      Delete
  6. Replies
    1. beli kat mana-mana kedai baby.. macam Manjaku, mothercare, bebetotz, bebehaus semua ada jual

      Delete
    2. hai. Hihi kalau nak, saya ada jual. Jom tengok kat instagram @yourbabiesstore

      Delete
  7. mekasih namee.. memang tengah pikir nanti anak 6 bulan nak buat makanan macam mane, tiba2 namee dah buat post gini.. mcm memahami lakk.. gituww.. hehee

    ReplyDelete
  8. Comel la bekas tu. Beli kat mane ek. hihhhihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai. Hihi kalau nak, saya ada jual. Jom tengok kat instagram @yourbabiesstore

      Delete
    2. Xdek instagram. Fb ad? Or pm saya kt 0174848066. Berkenan kat bekas2 tu

      Delete
  9. Mak budak pun teruja nengoknya, tu belum rasa.. silap2 kena buat lain untuk anak.. hehehe..

    ReplyDelete
  10. saya pun masak sendiri makanan untuk anak

    ReplyDelete
  11. Kalau buat untuk stok seminggu ni, insyaAllah la ingat ni puree apa ni puree apa... tapi kalau yang jenis buat terlalu banyak variasi tu, sila la label. kang jenuh nak ingat kandungan dia apa...

    ReplyDelete
  12. Comelnye.. Colourful.. Thanks namee..

    ReplyDelete
  13. Wah macam sedap je puri puri tu kak namee
    :-)

    ReplyDelete
  14. hurmmmmmm patotnye heinz yg byk2 tu u bg i je. anak i plak jenis ske makan..since dia 6mth smpai skrg ni 8mth..bg la ape pon sume dia telan...kiteorg abis duit bli heonz je. mls nak masak. haha

    ReplyDelete
  15. Salam kak namee , susu tu boleh saya nak tahu susu apa ? Hehe . Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pon nak tahu susu ape..susu formula ke dairy milk?

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  16. Bg air tak msa mkn puri tu?brp kali 1 hari bg mkn?

    ReplyDelete
  17. Brp kali bg mkn 1 hri?bg air x msa mkn?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...