Sunday, October 18, 2015

Babies Day Out

Hi

Bila husband cuti jela boleh nak bawak si kenit ni jalan2. Sian hari2 terperuk kat rumah dengan omak nyo. Kalau dapat omak jelita cam Miranda Kerr takpe jugak. Ni Muka cam air gas Mirinda ada lah gegegeg. Dulu port kitorang Mid Valley skang ada tenpat baru IOI Mall Putrajaya tuh wee wee. Dekat sikit nanti balik xde la kejung dalam kereta sebab jam la area Mid Valley KLCC sana. Nyampahz. 


hiks ootd 

Ke IOI lah kita. Dulu cam tak ramai sangat orang sebab baru bukak weyh baru nak terkinja kinja yahooo tak ramai orangg. Skang ramai weyh. IOI ni best la sebab dia balance. I suka shopping mall yang biasa2 je, orang kata sesuai untuk orang kebanyakan. Paling x suka of course Pavilion. Cam Datin2 sangat kedainya ekkeke. KLCC ok lagi even ada kedai datin2 tapi ada la kedai2 biasa2 ni. Zara uniqlo mng vincci tu .Iols kebanyakan je where got Gucci Miu Miu. 

Noah cool je duk dalam stroller. Dulu zaman Adam mana dia nak duk. Buat letak barang je. Ingat nk beli stroller kecik je nanti. Payah jugak stroler 3 roda.Better korang beli 4 roda weyh kalau nak bawak naik escalator senang.

Adam cam biasa. Nak jadi tukang tolak je kojenya. Kitorang jalan lambat2, maaf la yeah orang belakang sabo jela jalan belakang kitorang. ekekekke

Bila sampai kat food court atas tu baru la teringat takde cash. Kalau uols tengok wallet i memang takde duit sesen pun sebab jenis bangsa suka bayar guna debit card ekekke. Acaner pi mamak makan roti canai pastu i pi tanya boleh makan bayar pakai debit tak ? Terlopong mamak tu makin panjang jambang. ekekeke. Last2 hutang, petang tu datang baru bayar. hahaa

Ni masa tengah tunggu husband pi draw cash. Masa ni i pakai foundation baruuu saja test2.  Luminous akan keluarkan foundation, pun i get the formula from Italy jugak. Hasilnya seperti di atas, memang tak oily langsung. Tak makeup, contact lens takde , nampak tak kening siap ada calar bekas kena jahit tu.ekeke. Anak dua ni tak kuasa lah nak pi kepit gulung butu mata segala.

Macam biasa lah. Kalau keluar ,makan nasi ayam je kojenya hahaa. Isham suka sangat nasi ayam. So demi melihat dia tersenyum gembira, i pun okay lah makan lah nasi ayam walaupun setiap kali kelauar makan nasi ayam hahaa. Selalu kalau keluar cenggini, husband je yang tolong beli makan so macam sian pulak kalau tetiba i request nak makan benda lain dah banyak tempat pulak dia nak pi beratur. 



cenggini la ada anak kecik. nasi di sana sini. 


Lepas settle makan, pi beli buku Adam . Buku yang ada kat rumah dia dah boring, sian pulak. Entah la nak pilih buku cemana. Tapi kalau for toddler pilih buku yang kurang words lah.Yang ringkas2 je, nanti kalau panjang jela diorang oring terus taknak sentuh buku lagi.I read in google. 

Geli geleman tak. ekekke

Main amik je. Nanti setiap hari I sepahkan je buku2 ni. Nanti kalau Adam rasa nak baca dia amik la selak. Takdela nak desak dia baca pun, hanya awareness je. Haa buku bentuk dia cenggini. 


Eh tak habis lagi perempuan tua ni. haha. Ni dah 7 jam keluar, foundation masih elok. Memang sangat okay la formula ni. Suit for all skin , tua muda sendu kertu semua boleh . hehe. Satu warna tapi dia serap warna skin. 

So yeah . Sekian terima kasih. Actually bila ada blog ni i cam tetiba dah tak reti nak update apa. Blog banyak category, lifestyle, beauty, parenting..so yeah i tak tahu i mana satu. I blogger caca merba ya. 

:(








14 comments :

  1. Category universal lah..hehe..hye adam..hye noah..

    ReplyDelete
  2. bestnya la nampak ur life.. tp i know u have the challenges too.. semoga sentiasa berbahagia ye namee.. nmpm cantik je foundation tu.. ke mmg namee memang cantik azali.. hehe

    ReplyDelete
  3. U cerita je pape namee. I suka je baca :)

    ReplyDelete
  4. bila cakap pasal tempat shopping..memang tak suka pergi pavi tuh..rasa macam tak selesa..macam yang akak cakap la..semua kedai ala ala datin ..haha..boringgg..

    ReplyDelete
  5. ape2 jelah kategori, xksah..yang penting kita enjoyyy..ehheehee

    ReplyDelete
  6. Setiap hari mesti buka blog kak namee.. nak tgk adam dan noah. Hehe.

    ReplyDelete
  7. hehe.. nak try la foundation tu. nanti tepek dlm ig tau. ke dah letak i yg tak notice. nak tgk review hihi

    ReplyDelete
  8. i suka baca semua cerita you namee :) selalu update ye .

    ReplyDelete
  9. caca merba pun best jer baca..hehehe

    ReplyDelete
  10. comel je mak budak ni... mcm xpecaya namee ada 2 ank sbb dulu bca blog namee dri zaman namee x kawen lg hehe

    ReplyDelete
  11. Hohohhh! Tahniah le dik! Sama je huru hara ngan akak yg tuo nih! Kang kalau ahkak ni tulih blog lagi ribut ler..mau juling org baca!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...