Monday, October 26, 2015

Maintain Kerja Rumah


Hi

Hmm baru acah2 nak jadi maam besar. ekekkeke. Sejak wujudnya business Luminous Skincare ni memang lebih busy. So husband decide suruh panggil Indon je kemas2 and cuci rumah setiap minggu seronok makcik sukooo. Tapi helper tu dah balik Indon sebab suami dia sakit. Taknak balik sini dah. Antara few helper yang pernah kerja rumah I , yang tu je yang cuci bersih and pandai kemas. Yang lain payah, ada yang jenis berkira buat kerja. Entah lain orang lain gayanya. Siap nak skip2 buat kerja "iya tangga tak payah sapu ya, sikit saja habuk" . Boleh eh cenggitu. I rasa nak kena penyakit gout dengar dia cakap camtuh. ekekkeke


Makanya kembali menjadi bibik hiihih.  Back to normal routine, tapi busy gilos lagi lah dengan Luminous ni. Yang penting kena maintain. Few benda la yg I practise yg akan memudahkan kerja and maintain la. Kena maintain sebab bila dah banyak dan berlonggok nanti tetiba jadi malas and dont know where to start. Pastu jadi cam dalam cerita Clean House tuh berbukit barang. So ini lah antara2 benda2 yang agak membantu untuk maintain. 


Baby wearing and walker.


Sangat senang la baby wearing . Noah ni takut bunyi vacuum. So i memang kena dukung lah dia, babywearing lah. Payah nak menyapu pastu dia merangkak amik habuk , masuk mulut makan. T_TSelalu i sapu2 kumpul satu tempat pastu vakum sekaligus. Lagi mudah vacuum seluruh rumah je.

Pastu dah vacuum / sapu haruslah mop terus. Nak senang, bagi anak pakai kasut. Adam ni suka lari2 dalam rumah. So i pakaikan dia kasut tapi tapak kasut kena jenis kesat lah baru tak tergelincir. JANGAN bagi pakai kasut yang licin. BELI kasut yang tapak berat and KESAT.



Gilir2 tingkat atas and bawah. Kalau rumah korang 3 tingkat ke 4 tingkat ke pandai2 la korang gilir2 hari nak bersihkan. Cam i rumah 2 tingkat, so gilir2 lah sebab nak maintain. Jenuh lah kalau hari2 nak bersihkan semua tingkat sekali. Tak boleh bersih sehari sekaligus. Penat dan bertimbun. 





Limit kan bilangan pinggan mangkuk. ekekke. Sebab nanti lagi banyak pinggan lagi banyak cawan asyik nak guna je pastu dah guna letak dalam sink tak cuci ehhh. So bila cawan dah takde, nak taknak kena cuci. hihihh. I letak sikit je sebab husband jenis suka minum air, tiap kali minum cawan baru. ihikss,one of a way untuk train diri sendiri dan seluruh rumah "eh cawan dah xde kena cucii"




Segan weyh suami pi kerja, balik kerja tengok katil duk selerak lagi. Untuk kerja kemas katil dengan pantas, i pin cadar. Ala macam masa duk asrama dulu, nak cadar katil tegang xde kedut, kan pin cadar kat tilam.





Pin kan cadar kat tilam kasi tegang camni. So kome tdo buas camne pun cadar tak beralih. ekekke. Guna baby pin. 

 baby pin camni. 

So bila pagi2, i takyah adjust cadar lagi. Terus tarik2 comforter tu je and tepuk2 bantal. 1 minit settle kemas katil dah.





Standby wipe atas meja setiap bilik. Ini sangat membantu gila . Kadang2 bila bancuh susu anak, tumpah2 pastu lupa nak lap. Sebab lepas bancuh susu terus bagi anak minum. Pastu berhari2 lah susu tu kat atas meja tuh. So i letak wipe tuh kat tiap meja and pesan kat husband kalau susu tumpah amik wipe terus lap okies bebeh. Habuk2 pun lap terus. So takde la habuk tebal gila. Hari2 boleh maintain. 





Cuci baju and lipat tiap hari. Serious kalau time anak tantrum memang kadang2 tak terlipat. Jadi berlonggok pastu rasa liat sangat nak lipat and simpan dalam almari. Seboleh2 setiap hari i cuba lipat and simpan dalam almari terus. Bila dah banyak nanti malas. hahaa. Macam last week , i busy gila memang berlonggok lah baju. Minggu ni dah mula lipat setiap hari and simpan terus. Tu je cara untuk maintain. Nasib baik lah husband i suka cuci and sidai baju dia lah buat hari2 hihihi makcik sukoo.

baju setiap hari banyak ni. Bayangkan seminggu punya. T_T Nasib baik la husband suka cuci baju tiap2 hari makcik sukooo pakej dengan sidai sekali.


Toilet .Spray toilet dengan air campuran clorox + sabun serbuk Zip. Toilet kalau dah tahap kotor berlendir lagi la geli nak cuci. So apa yang i buat spray je toilet dengan campuran clorox and sabun serbuk baju jenama Zip tu. Spray malam sebelum tdo, pastu esok kotoran semua dah cair dah lembut dah.Time nak mandi sambil mandi sental dinding semua guna berus yang ada batang aka berus jamban. Buat setiap minggu. 






Spray spray malam sebelum nak tidur. Esok pagi tengok semua kotoran dah cair. Tinggal nak bilas and sental sikit je. Dah settle. 10 minit settle.


Beli satu extra berus jamban untuk sental celahan begini. Goli den kan nak pegang berus pakai tangan. ekkekekek. 





I tak larat nak sental 3 toilet. so I kasi guna  2 toilet je. hihi. 


So yeah. Pantas and risiko rumah nak masuk rancangan the clean house tipis .hihih. Sikit2 lama lama jadi bukit . Tak la teruk sangat. Kalau nak buat tiap minggu nak buat semua memang tak dan la dengan baby dua orang ni. T_T




Toodles. 






13 comments :

  1. iday suka tip yang cuci pinggan tu. lepas ni kena kemas, letak yang mana nak guna je. hehehe

    ReplyDelete
  2. assalam namee..

    sama la..akak kalo basuh baju kene basuh sikit2 pastu terus lipat..kalo x..mmg teruk betul kalo penyakit M tu melanda time nak melipat baju..huhuhu

    cuma skrg ni bab pinggan tu x leh kontrol lg...penuh kat tmpt keringkan pinggan tu..hahahah

    ReplyDelete
  3. bertuah anak2 namee...esok anak2 cari menantu kat mak yg rajin2 tau...

    ReplyDelete
  4. patut maintain kurus jek namee..lau sy yg keje ni, ujung minggu jerla bru sempat buat skaligus..ponat..huaaaaaa..da de tips ni ley praktik..tq nameeee...

    ReplyDelete
  5. waaaa nameeee thanks for the tips...
    i wonder la how u dgn anak dua masih sempat nak buat semua tu..
    me br anak satu ditambah pulak husband kategori rajin jugak, but rumah still bersepah..
    lantai dah seminggu tak ber mop... salute la kat u..

    ReplyDelete
  6. salute la namee.. kalo akak sndiri pun balik kerja tumbang jer.. basuh yg kering weekend jer lipat.. sometimes tak terlipat tau..

    ReplyDelete
  7. good tips nameera... suka sangat entry mak2 cegini... hehe

    ReplyDelete
  8. nameera. bila masa pulak namee update blog? bila anak tido ke? atau waktu tengah malam?

    ReplyDelete
  9. Very good idea namee thanks...
    Rasa nak pi simpan cawan gelas mug semua sekarang juga...huhu

    ReplyDelete
  10. pakai cadar patchwork tu je namee..senang banyak. betul sikit2 dah tadaaa..kemas.

    ReplyDelete
  11. Namee, U're such a wonderful wife & mother! Salute U! :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...