Thursday, October 1, 2015

Perihal Pembantu Rumah

Hi

Perihal pembantu rumah.Sepatutnya now perlu amik helper dah untuk bantu kerja sikit here and there. Sekarang lebih terkejar2 sebab Noah dah in phase nak berdiri. Berdiri jatuh terguling berdiri jatuh terguling sigh kesian. So memang perlukan 100% perhatian since Adam pun dah mula sifat jealous buli adik Noah. Tak boleh tinggal sekejap, mesti ada tragedy. Dia cakar Noah, buat adik dia macam kuda, lilit muka adik dia dengan napkin. Ish ganas betul, ni mesti sebab itu hari I tengok cerita CSI depan dia nih. T_T

Sepatutnya perlu pembantu sementara tapi asyik delay. Bukan delay, tapi taknak pun muehehehe. Setiap kali bila malam dah tahap penat gila ,terus  azam 'okehh esok kita dapatkan helper!", pastu mesti tangan gatal google berita2 maid dera bayi senyap2 in toilet. T_T. Lepas tu terus tak jadi and nak buat semua sendiri. Bukan takat dera baby tapi jenis maid kes yang nak lari dengan boyfren, bawak boyfriend masuk rumah, curi2....nanti akan rasa frust tau you know. Kadang2 bagi layanan baik pun tapi tak faham apa yang seseorang tu nak ? Kan ? Tau2 je mental . 

InsyaAllah kalau ada helper, I akan jadi kawan baik to helper tuh. Tak kisah nak bagi gaji tinggi, nak makan apa insyaAllah boleh kasi tanpa tolak gaji tapi jangan lah mintak makan hotel hari2 melampau haha. Haritu minta bantuan helper untuk cleaning cuci kipas , lap tingkap semua. So dari jauh duk perhati je, 

So saja la tanya "kamu ada kawan tak mau kerja sama saya? Kadang2 saya kerja luar tak boleh bawak anak ( ada la dalam a week tu few times kena kuar uruskan stok Luminous, and event2 yang perlu pergi ) . Saya mau yang sayang sama budak macam anak dia sendiri.Gaji saya kasi 1600 bantu cuci2 rumah dan jaga 2 anak saya bila saya keluar rumah"

Terus maid yang tengah busy cuci kipas tu usap and acah2 Adam bahaaa "iya buk, saya bisa! Saya sayang sama anak2 kecil" . ekekek. Selama ni kalau ada urusan kerja luar, kalau xde choice memang i bawak je budak2 ni tapi tough sikit lah. Husband pun banyak bantu tapi kesian lah husband sementara nak wait kerja i habis, budak2 ni meraung dalam kereta and kadang2 ganggu nap time la. T_T 

Lagi satu yang buat cam arghhh malas gila nak hire maid , sebab dulu pernah ada maid. So far tengok weolss layan dia baik je. Tapi dalam few months pastu mula buat perangai.I tak pernah tengok my mum marah dia pun . Plus kitorang semua dah besar pun so takde la leceh nak jaga pun and takyah masak pun. Bantu in cleaning saja. Tapi entah kenapa dia stress. Maybe rindu kat suami and anak2 kot sampai jadi camtuh.

Tau2 je lari and kata we olls dera dia weyh. Bila check bag dia penuh dengan barang2 curi. Pastu i cam pelik oh nape everytime my dad balik kerja dia mesti makeup sikit and pakai baju sleeveless. Aneh. PAstu ada satu hari kat dapur tu dia makan nasi kosong je takde lauk. Then my dad lalu tepi dapur and nampak "Kenapa bibik makan takde lauk?" terus dia jawab "ya ibu x izin".  I yang tengah makan sekali tu like haaa bila mama cakap camtuh. Stok makanan kitorang biasa beli sebulan banyak2 terus then stok mesti tiba2 xde. Rupanya dia kasi kat orang weyh stok2 makanan tu. Selamba je. Bila dah kantoi memang my mum mengamuk incredible hulk la. Tapi last2 dia kena balik pun sebab ada hepatitis ke apa. 

Kadang2 takleh predict diorang ni nak apa. Ramai kata kena tegas tapi entah la of course kita nak layan elok macam family. Tapi maybe factor berjauhan dengan family kot, rindu ke sampai jadi tekanan mental camnih. I takut apa2 jadi kat Adam n Noah je. Tu je. Tapi yang dapat helper elok siap kerja berpuluh tahun lagi. Alhamdulillah memang rezeki tu. 

Buat masa sekarang ni biarlah I buat sendiri . T_T tak perfect then penat gila pastu nangis sorang2. haha





15 comments :

  1. Takut gak. X pernah ada maid. Sekrg anak2 dah sekolah. Panggil yg weekend tlg cuci rumah pun jadilah

    ReplyDelete
  2. assalam namee...

    betul tu.. kdg2 dorg ni kita x tau ape ade dlm hati dorg. betul2 nak keje or just duit semata2.. cam akak wlupun duduk berdua tp nak kemas2 rumah 2 tkt yg terletak bawah flyover jln reko kajang tu mmg betul2 memenatkan sbb cepat berhabuk dan lantai melekit2..kita pulak keluar 7am balik 7pm tiap2 hari.. mana nak masak,..mana nak kemas2.. mana nak uruskan anak2 bulus... bila amek bibik partt ime sebulan sekali..hrp dpt la kurangkan keje2 tu...tp kdg2 dpt bibik yg jenis kasar bila buat keje. vacumm cleaner cam kene hempas2...brg2 dlm bilik tkt atas kelentung kelentang.. dari nak kurangkan stress tgk rumah bersepah2..jadik makin stresss jer...

    ReplyDelete
  3. pengasuh muja dulu pun dera kitorang adik beradik.. dah la sepupu.. darah muda kot masa tu.. tapi sekarang dye dah baik.. alhamdulillah.. :D

    ReplyDelete
  4. Hantar ke rumah pengasuh/nursery. Time dorg xde namee blh bt keje dgn mudah. Cadangan shj ☺

    ReplyDelete
  5. Namee try la hantar dkt nursery/pengasuh. Time dorg xde blh bt keje dgn tenang. Then cukup time blh pick up dorg 😊

    ReplyDelete
  6. ambil pembantu harian jer namee. datang hari2 atau bdk2 lepas sek yang nak cari duit, tlg dtg bantu wat keje. tu pun kalau budak zaman sekarang nak.. ssh kan nak cari orang ni.

    ReplyDelete
  7. Better buat sendiri walaupun penat dan kdg2 tu nangis sorang2 sebab penat...u can do it kak namee...

    ReplyDelete
  8. Takyah ambik lah namee. Mmg buat sorang tak terkejar tapi ambik nanti lagi runsing. Ambik yg harian jek. Bila namee kena kerja luar hntr anak sekali dgn maid tu rumah mak ke apa. Maid ni kena ada mata yg kita percaya tngok dia. Atau hntr ke nursery yg kita percaya reputationnya baik. Mrk charge few hours yg jaga anak kita. I dah serik psl maid. Skrg rumah wpun serak hati i tenang. Anak kecik ni focus anak jelah hal rumah biardaily cleaner uruskan. Namee beli noxxa pressure cooker amway tu. I x jual.ya Allah namee senang sangat. Kita debush dlm tu set timer pastu pergi mandi layan anak etc 15 min kemudian dh bole hidang namee. I pon ada anak kecik yg suka nak jerit2 dukung pegang baju. Beli namee msk bubur anak pon senang 7 min jeeeeeee. Lupakan hal maid sebumbung tu.

    ReplyDelete
  9. kita baik pun diorang buat gile.. ila dah rasa
    apa kata namee carik nursery yang boleh tinggalkan by jam.. klau name rasa keja hari2 bayar sebulan terus.jangan kira jam.
    ada nursery yang ok.insya allah
    kalau nak kemas2 umah amikla yg datang hari2
    jangan bagi org dok umah kita
    nak dapat yang baik 1 dalam sejuta!

    ReplyDelete
  10. Iday yang belum ada anak ni fikir, nanti kalau dah ada anak macam mana. dua-dua kerja. harap ada banyak rezeki datang so boleh harapkan husband je kerja. nak jadi full time blogger pulak. hehehe

    ReplyDelete
  11. sbnrnya kita xnk de jurang kan.. klu boleh nklayan bebaik.. tp kadang2 kita tak tahu dorg baik atau tidak

    Jemput singgah blog Nurfuzie.com
    Jom memriahkan GA cik en yang bernilai lebih dari rm1KGive Away Nurfuzie Dot Com #1 Bernilai RM1000

    ReplyDelete
  12. Entah lah namee. Rasanya, xpayah kot. Banyak buruk dari baiknya. Seram tgk, dengar mcm2 crta.

    ReplyDelete
  13. Ni nak cerita kat Kak Namee. Rumah nenek saya dah bertukar 3 orang maid dah dalam 5 years ni. Full time punya. Yang pertama, ok sangat sebab dia dari Myanmar dan tak reti bahasa kita. Masak cuci semua mantop, dengar kata dan tak melawan walaupun paham sikit sikit. Boleh mahir bahasa Kelantan lagi bila dah end kontrak. Haha. Lepas tu, orang tu kasi Indon pulak. Ya ampun, nak tengok drama je kerja dia. Cuci pun malas. Masak so-so. Lepas tu duduk sekejap dah nak balik. Kitorang pun taknak dah, hantar dia balik. Mai pulak maid Indon yang ketiga. Pergh. Pandai lawan, menggatal, kerja buat so-so, tau nak berdrama sebabak aje kerja dia.

    Boleh simpul yang better ambil yang tak berbahasa sama macam kita walaupun lain orang, lain ragam. Takleh jangka ape pun. Ape ape pun all the best kak namee kalau nak pilih pilih tu :)

    ReplyDelete
  14. saya student. kalau sabtu ahad nak kemas cuci umah jage budak2 saya boleh! :D dah biasa mengemas,cuci umah and jage budak2 since sekolah rendah lagi :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...