Wednesday, October 28, 2015

Perihal Riak Di Social Media

Hi




Selalu je nampak posting kawan2 update pasal anak. Anak pandai baca, anak solat kat sejadah, anak makan sendiri, anak menari2...entah. So far takde pula terdetik kawan2 tu post sebab riak. Posting gambar anak comel, i rasa cam okay je. Dah memang budak comel and menenangkan je bila tengok.Walaupun caption 'comel anak ibu' 'pandai anak ibu'. I sendiri rasa happy tengok posting kawan2, dari zaman hingus selebet sememeh budget hot sampai la masing2 ada anak. 

Even yang bukan kawan pun , bila nampak posting diorang rasa "eh dah anak dah dia ni" dulu selalu nampak posting jiwang gaduh2 dengan bf je hewhew". Takde pulak rasa cam diorang riak ke apa. Posting anak bercakap first word, seriously i suka tengok. Walaupun Adam dah nak masuk 2 tahun tapi tak boleh bercakap sepatah benda pun. Tapi rasa terinspirasi bila tengok anak orang lain umur setahun dah bercakap 'ala cutenya". Terus google cara nak bagi anak cakap cepat ekekke. Takde pulak rasa macam depa ni riak duk record2 video. Tapi kalau ape benda yang takde kat anak sendiri, i tetiba cam semangat la nak latih anak jugak. 

Entah ke hati i suci bersih takde pendengki kat orang sebab tu i rasa okay je? kekekkeke tetiba terasa suci dan segar shahhhirrahhh. I rasa cam aneh gila bila posting2 macam ni jadi issue and orang prejudis hek eleh dia ni berlagak je macam kau sorang ada anak.  Lagi2 posting pasal anak, development anak. Tu belum lagi yang duk upload gambar kereta Range Rover ke, handbag mahal ke. Sejak2 i ada business Luminous  ni lagi lah, pantang i tengok posting orang kereta mahal2 hasil business i pergi terjah. ekkeke. Automatic jadi sumber inspirasi untuk diri sendiri lebih maju.

I godek2 page dia dari strategy business, flow business semua i study. Macam kau buat calculation Metematik, formula dah ada cuma tinggal nak explore je. Camtu lah i explore golongan2 orang yang dah berjaya ni. Tapi ada jugak yang hek eleh baru Range Rover evoque dah sibuk tayang, baru Audi hek eleh. Free free je tukang post dapat pahala sebab dalam masa yang sama dia membakar semangat orang sendu macam i ni. Bab dia post pasal nak riak ke apa itu Allah and dia je yang tahu hewheww. 


Ada satu pengalaman menginsafkan yang buat i taknak lagi prejudis kat orang . ..

5 tahun lepas, i selalu pergi makan kat warung ni. Selalu gak makan kat situ. Owner dia satu makcik and pakcik laki bini umur dalam 60an ada. Selama datang makan kat situ, tu first time la i nampak owner dia. Warung tu selalu pasang radio kuat2, pekerja and tukang masak la kot yang pasang radio kuat2 tuh. Yang si owner pakcik ni dalam umur 60an duk lah kepala terangguk-angguk. Dalam hati i cam "gila rugged pakcik ni, dah umur senja camni pun ternagguk2 kepala dengar lagu" time tu lagu Rihanna "please dont stop the music music please dont stop the music musicc" .

Kepala pakcik tu terangguk-angguk. I sambil makan, dalam hati "gila rugged pakcik ni tersenggok2 kepala dengar lagu rancak" . Lepas makan i blah. Minggu depan tu i datang lagi makan kat warung tu, pakcik tu ada lagi. Kepala tersenggok senggok lagi. Time tu dah pelik dah pehal takde lagu pun dia tersenggok2"

Rupanya baru i tahu pakcik tu sakit parkinson. Dia tersenggok2 bukan sebab tengah enjoy the lagu . :'O . Bila i cerita pengalaman prejudis kat kakak, diorang ekekke gelak kat i sebab rasa i cam bangang sangat tak tahu pakcik tu sakit parkinson. 

Sejak tu i takde ah prejudis prejudis. Sama gak ah posting orang kat social media ni. Semuanya berbalik pada cara penerimaan kita terhadap sesuatu benda. Kalau kita terima benda tu sebagai sesuatu yang berlagak maka negative lah, kalau kita take as positive positive la. Kalau dah negative, orang upload gambar apa pun jadi riak. Kalau orang upload gambar pemandangan depan rumah pun "berlagak lah tu depan rumah ada pokok" . kekeke. Bab2 riak ni hanya tuan badan yang post tu je yang tahu tapi post tu jadi positive bila penerimaan kita positive. So post riak berlagak tu tadi tetiba jadi pembakar semangat pulak untuk orang lain.


Please dont stop the musicc musiccc musiccc. 











29 comments :

  1. morning Namee, I pun ada perasaan yang sama. i tumpang seronok tengok orang update anak anak dah pandai jalan ke berdoa ke apa ke. macam inspirasi tau. kalau kawan kawan prgi bercuti I memang paksa send gambar kat I. macam pergi pulau, taktahu tahun bila dapat pergi since anak kecik lagi. so I suka nak dengar experience. orang pergi makan pun I eksaited lagi lagi tempat baru hipster hipster. I dah lah suka google experience orang . hehehe.

    nyampah la dengan orang yang itu tak boleh ini tak boleh. I tumpang happy je selagi orang tu tak membandingkan diri dengan I contoh macam dia pergi makan tempat mahal pastu dok tanya kenapa I makan tempat murah/bawak lunchbox or dia pergi holiday weekend kenapa I pulak dok umah je , selagi tu I happy untuk dia . kalau dia dok bandingkan tu, memang UNFRIEND terus. hahaha .

    ReplyDelete
  2. Ekekeke... Betul³. Betul tu Namee. Apa omputih cakap tu... "Don't judge book by it's cover".

    Contohnya,akak ada kawan, best friend. Baju tali halus seksi gitu, now dah comel lotey bertudung cun. Haa... Gitulah hidayah tu milik Allah. Jangan pandang hina atau berprasangka dengan orang lain. Tak elok gittewww... Ahaks :D

    ReplyDelete
  3. setuju dgn namee.sblm kawen pon suka je tgok org post ttg baby.comel kot.kan?mmg suka follow kwn2 yg dh ada baby. xpnh pulak rasa diorang menunjuk2 or riak.sampai dh ada anak sendiri pun masih follow.rasanya xpyh la nk pk negatif kn?kdg2 org share sbb hepi. budak2, baby2 kn comel. sy siap bkk utube cari video2 baby.pastu senyum sorg2.haha.

    ReplyDelete
  4. btul sgt2. mcm sy parenting blogger, slalu je cte bab anak2. jenuh la org ckp sy riak. huhu

    ReplyDelete
  5. Betul2,,takkan la nak pos berita sedih kematian jer pulak...post hal2 gembira ape la salah ya kam

    ReplyDelete
  6. for me okey je.. hehe..lagi pon kawan2 dalam friendlist pon baya2 kita.. opcoz semua cita pasal laki, pasal anak, pasal perkahwinan.. ish.. xde masalah laa pada sy pon... kalau rasa annoying boleh je hide moment tu..block terus lg bagus..positif je..

    ReplyDelete
  7. betul tu namee... apa2 pun, berbalik pada hati...kalau kita pandang mende tu positif..positif lah yang akan lahir dari hati.. kalau kita anggap mende tu negatif.. maka negatiflah yang lahir dari hati tu..

    kalau positif dengan apa2 jer kat sekeliling kita..hidup kita ceria..
    kalau negatif, jadilah kita org yg sentiasa x bersyukur,..dengki mendengki dan memburukk2kan orang lain...

    kud yu pelisss setop the musicccccccccccccccccc..sakit tinge makcik...hahahah

    ReplyDelete
  8. Setuju sangat2 pasal benda nie. Saya pun tak pernah nampak dorang riak. Seronok rasanya tengok perkembangan anak kawan-kawan, malah kalau bukan anak kawan pun saya suka. Mula berfikir tak sabar nak ada anak sendiri. Hehe. Tak salah bagi mereka nak berkongsi perkara happy dalam hidup mereka. Kita pun nanti wat camtue gak :D

    ReplyDelete
  9. setuju sangat...sama seperti pendapat saya juga. depends on penerimaan orang. kalau selalu pikir -ve, maka semua benda kita rasa -ve. kalau kita terima sebagai +ve, insha allah talde la phd tu kan...peace!

    ReplyDelete
  10. Kahkahkah....
    Kelako dak Nameera ni...
    Yela...semuanya atas penerimaan kita...cam isu upload gambo ebm juga...
    Takde la rasa diorang ni riak susu diorang byk pun...
    Kita susu kureng ni...cecepat la komen...apa rahsia susu byk? Makan apa? Apa petua?

    ReplyDelete
  11. Totally agree with you Namee. Kadang2 pelik bila si A post this and that, si B cakap A ni riak, menunjuk and all. So bila I go up to A's page and tengok apa yg di post, takde pulak tengok die riak apa2 pun. Just sharing her life stories je kot.

    Kadang2 tak faham with certain people, apa la yang panas bontot sangat tngok apa yg orang lain post. Like cmon..be happy for them je lah. Dengki sangat nak buat pa? Ugh tak faham!

    ReplyDelete
  12. Agree... sebenarnya berbalik pd hati. Kalau hati bersih, positif..kalau hati kusut masai..negatif la die.. Just my 2 cents.hehhe... Slama ni saya silent reader namee jerk. Setelah jadi ibu ni, makin banyak rs nak share. Boleh la jengah my blog : nedisidi.blogspot.com ;)

    ReplyDelete
  13. Niat dalam hati yang post tu dia dengan Allah je yang tahu sebenarnya..riak atau apa saja..dan kita yang membaca,,melihat,,bawalah perasaan ke arah positif..

    ReplyDelete
  14. I sk je tgk org update bnd2 positif dr bc status yg asyik nk condem org

    ReplyDelete
  15. Betul tu sokong sgt pe u tulis..
    Pepun berbalik pada peberimaan kita kan..kan..

    ReplyDelete
  16. setuju sgt. menyampah lak dgn org yg sesedap cakap oramg lain riak. macamlah dia bagus sgt. bukannya dia boleh nampak riak cop atas dahi. kui3 jelez tu. pastu nak cover, ckp org riak pulak.

    ReplyDelete
  17. saya setuju namee.. saya pelik gak kekadang sesetengah manusia yang suka negatif dekat orang. so far, alhamdulillah saya x de fikir negatif n cuba elak fikir negatif bila nampak posting di laman sosial nie.. hahaha. sibuk duk negatif pasal orang, kita nie macamlah bagus sangat ye idok hahaha

    peace

    ReplyDelete
  18. Please dont stop the music musicc musicc HAHAHAHA! cayalah pakcik tu

    ReplyDelete
  19. Hmm..tak pernah lagi negative bila tgk posting kat media sosial..biasa je, yela benda biasa, kita just share rasa gembira di laman sosial , for those yang rasa negative tu biar kan je depa tu, iyo dok?

    ReplyDelete
  20. betul tu. kekadang rasa menyampah pulak bila orang asyik nak fikir negative pasal orang lain ni. tak salah nk fikir negative tapi kalau dah selalu sangat fikir negative ni payah jugak. kuikuikui

    ReplyDelete
  21. Betul tu... tapi tulah.. penyakit hati ni memang susah dan menyusahkan.. kita rasa ok je.. kenkdg dari post sebegitulah kita dpat peluang dan banyak info.

    ReplyDelete
  22. betul tu kak namee..suka je tengok dio org share gmbr anak2 atau kehidupan mereka..kdg2 leh buat inpirasi..stakat ni x ada lagi lah nak judge dio org tu riak..just think positive ..

    ReplyDelete
  23. Biasa la...manusia ada yg over PHDnya...klu kita suka kawan2 update pasal sesuatu tempat atau apa saja...sibuk gak nak tau..mcm klu g makan..post gambar harus la kita terliur nak cuba gak...kan dah untung kedai tu bila ramai cuba..hihihi

    ReplyDelete
  24. eh.. spe seru nama ai shahira kt atas tdi? haha..
    agreed with u sbb iade stalk 1 IG ni ske sbb life die yg agak senang.. ank2 yg comel n owner pn cntik orgnye.. dlm hati mmg simpn cite2 nk jdi mcm dia 1 day.. amin.. :)

    ReplyDelete
  25. saya tak penah plak terpikir pasal orang tu nak riak cuma saya jenis yang superjealous. tak boleh tengok orang lain lebih langsung. Bagi yang berperasaan superjealous macam saya cuba kuatkan hati dengan membaca surah Al-Falaq dan An-Nas banyak2 minta ditenangkan hati. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  26. I personally think there is NO REASON for the parents untuk menjaja nama anak. I mean I get it, you're a proud parent, tapi just because your kid knows how to merangkak, or berjalan, or whatever, that doesn't make your kid special, no? Those are common traits, everybody can do it, so there's really nothing to be proud of.

    Now here's something legit to be proud of, your kid graduates. Your kid wins a Nobel prize, Your kid cures cancer. Your kid saves humanity. You know, all that jazz.

    ReplyDelete
  27. betul tu. just think positif, maka positif lah jadinya. i suka je tgk, kdng jd semangat mcm namee kata

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...