Sunday, October 4, 2015

Tak Ready Nak Kahwin

Hi

Tarikh kahwin dah nak dekat tapi rasa cam tak ready sebab tak reti masak and tak reti langsung mengemass..kemas katil pun tak reti sebab anak tunggal so manja.

Ada je ramai yang rasa tak ready nak kahwin. Ok la congak2 umur paling awesome kahwin umur 25 lah sebab cantik2 je habis degree . Nak nak bagi orang laki la, bila ada degree mungkin lagi senang nak cari kerja. Pompuan pun maybe dah matang dah umur camtuh. Haritu ada dapat email dari satu gadis ni, tarikh nikah dah nak dekat dah tapi tetiba rasa nak cancel pulak sebab rasa cam tak ready lah nak jaga suami ni. Nak pulak dia jenis yang tak reti kemas rumah, tak reti masak, tak pernah kemas tempat tidur. Ok tu power gila sampai tak reti kemas katil ekekeke. 

Seriously weyh. Masa i kahwin pun main serkap jarang je pilih tarikh kahwin sebab nak kahwin cepat2 . Dapat je green light dari mama papa, terus I cakap kat Isham "jom la kahwin, kita kenal lama sangat dari 2006" walaupun masa tu husband tak ready nak kahwin sebab baru masuk kerja baru, gaji pun basic so ciput sangat memang tak mampu dia kata nak sewa rumah yang selesa and nak ada anak semua.  Seriously masa awal kahwin i stress gila bila orang tanya husband kerja mana skang and gaji banyak mana, naik captain ke belum, training kenapa lama sangat, kenapa kerja sini pulak haritu kerja mana. Bila bagitau yang sebenar, lagi lah stress soalan lain pulak "macam mana nak beli umah, macam mana tu macam mana ni.  Serious stress. Orang plak nak atur2 hidup kita. 

I tak reti masak, i tak pasti mana satu bawang dan halia. True story. Hari2 bangun kul 2 petang. Cuma ada basic mengemas rumah je sebab dah dilatih sebegitu. Ni bangsa jenis mak yang "dah dah keluarr  dari dapur, nak masak cepat ni jangan kacau!" bahaaa. 

So yeah, I kahwin tanpa ilmu yang cukup. Zero cooking and em boleh kata zero lah. Tapi dah terkahwin acaner ?

Masa seminggu after nikah tu, bangun2 tidur tengok husband kat sebelah dah takde. "Laa laki aku dah pi kerja" tengok hp ada text dr husband bgtau dia dah sampai tempat kerja. Masa tu dia kerja pagi kul 4 pagi. Ok terus sambung tdo lagi lepas Subuh eekekke. Pastu bangun and turun bawah nak breakfast. Makan roti dua keping and milo. Lepas makan sembang2 jap dengan adik beradik kat hall tau2 je dah petang, suami balik. Yela masa awal2 kahwin tu stay dengan mak ayah lagi, kami tumpang satu bilik and tiap bulan kami bayar bil elektrik and duit makan sendiri. Tak mampu nak beli dan menyewa. I plak takde mata pencarian time tuh. Rezeki tu dari suami saja. Alhamdulillah , apa yang ada cukup dah masa tu. 

Tetiba suami balik , i tengok kemeja dia macam tak bergosok. Nasib baik la kemeja yang memang jenis takyah gosok so takde la nampak huduh sangat tapi sejak tu baru I terfikir kena gosok baju suami . Yela masa tu kan hidup menumpang umah mak, husband segan la takkan dia suka2 nak gi dapur gosok baju .Naik atas terus i mintak maaf i cakap lupa gila dohh dah kahwin . "dohh" tu takde saja je tambah kasi dialog ummphhh. heh. So sejak dari tu la memang i gosokkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk hah nampak tak banyak K tu memang sejak tu  i gosok terus stok seminggu. Baru tersedar ok kau dah kahwin dohhh.

Masak zero lagi. Masih pelan pelan kayuh. I mula sentuh2 segala benda dalam dapur lepas ada Adam dan sejak kami pindah duk rumah sensiri. Mula2 masak benda simple. Bila dah masak 2 3 benda, tetiba dah pandai nak google resepi yang ada kt internet tu. Pandai pulak google resepi. Dulu google tutorial makeup, shopping baju online. Serious dah mudah bila ada resepi. I paling suka blog yang kongsi resepi betul2 detail. Berapa sudu garam, berapa inche halia..memang detail. So mudah bagi golongan sendu macam iols ni nak agak2. Then slow2 dah tahu agak2 rasa, bila rasa masakan sendiri...eh macam kurang ni la kurang tu la. Automatic. Sekarang pun tak la power masak tapi boleh. 

Sama gak bela anak. Masa ngandung Adam, i nangis sebab rasa tak ready. Camane nak beranak, nak teran cemana. Macam mana nak jaga baby. Pastu fikir duit lagi, i dah la manja. Kalau boleh nak bersalin kat swasta sebab boleh mengada lebih2. Kalau kat hospital kerajaan dapat pesakit macam i ni memang tak dapek la. Ramai orang sakit, nurse and doktor pun terkejar2 huru hara nak layan pesakit lain. Bila I pregnant dalam second trimester tu, husband dah kerja tetap and gaji naik. Terus husband kata takpela girl bersalin kat swasta. Tapi serba salah lah pulak tu bersalin ceaser lagi mahal lah. I cakap sorry nanti saya bayar balik hahaa.

Saat Adam lahir je, things have changed . Tetiba I dapat jalan untuk cari rezeki. Sebulan lepas bersalin tu macam tetiba je rezeki datang.  Masa Adam demam panas i stress sangat sebab tak tahu nak buat apa. Lepas tu dapat tau pregnant Noah pulak. Bila dah bersalin Noah, lagi banyak benda berubah. Alhamdulillah rezeki melimpah ruah and i jadi makin kuat. I yang kuat nangis ni tetiba jadi kuat semangat. Tetiba I yang takde ilmu ni boleh handle dua baby sekaligus tanpa bantuan. Pantang sendiri. Hari2 husband kat tempat kerja, mesti risau asyik call je nak tanya okay tak okay tak. Mula2 tu rasa payah kadang2 bila down wassap la kat kakak luah perasaan jap. Pastu ok balik haha sampai lah skang. skang flow dah best dah sebab I dah tahu manage routine. Yang paling penting, diorang wangi , makan kenyang, and playtime then nap !  Dah, i pun senang hati.




Dari banyak benda tak ready, alhamdulillah so far so great.  Tak sempurna tapi boleh and masih pelan2 kayuh and sesuaikan diri. Sebenarnya, nak kahwin ni memang nak kena ready tapi kalau nak tunggu segala benda ready perfect lengkap semua umur berapa baru ready nak kahwin ? Dah tu dari kursus memasak, kursus lipat kain, kursus basuh baju semua nak kena gi bila nak habis segala kursus ni. kejung dengar kursus yang tak habis2. gahaaa. Ini baru duniawi, banyak lg ilmu sy tgh belajar now.

Bila dah masuk alam lain, akan automatic tetiba tahu.. meheee. Mesti boleh !

Google kan ada!




Ni semua bisikan syaiton je dik. Kahwin je, ok punyeeeee. 


33 comments :

  1. Dari pada zero terus pandai lepas nikaah he he normal. My cousin pun gitu jugak at the first, and now dah pandai masak dah. Dari tak pandai terus pandai,and lepas nikah rezeki terus limpah limpah hehe.

    ReplyDelete
  2. good sharing. Seriously kalau anyone yang still ragu ragu nak kahwin akan lebih bersedia bila baca post nih. everything boleh belajar kan..slow slow.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good sharing namee..suke bce blog awk

      Delete
  3. :) insyaAllah Allah permudahkan, bila kawen automatik kita sedar tanggungjawab then setiap benda yang kita lalui itu lah BELAJAR

    ReplyDelete
  4. mak bangsa " dah dah, g jaga adik kat depan. - masa kecik
    " dah dah, klu nak keluar beli bnrg g skrng, t balikk dah boleh makan " - masa sekarang
    alamatnya? hehe.. tak katam lgi belajar memasaknya... ;")

    ReplyDelete
  5. Hehe sama la namee. Time kawen hari tu pon macam pikir. Betul ke nak kawen kan. Islam lak muda time tu. Hahaha tapi pikir balik, kawen je la. Nanti bila kawen, kau nak dating berjalan semua orang takle cakap apa sbb halal. Pasal duit jangan fikir banyak, sama2 bantu masing2. Heheeh

    ReplyDelete
  6. best topik ni...hihihi... ala, kalu tak sedia, sampai bila nak sedia? ye tak? hehehheheh...

    ReplyDelete
  7. best topik ni...heheheheheh.... kalau semua kira tak sedia... sampai bila nak sedia? ye tak? heheheh..
    ala, dah kawen, otomatik semua boley buat la... hehehehhehe

    ReplyDelete
  8. bestnya.. nak kahwin jugak ! hehehe

    ReplyDelete
  9. syok baca kesah namee. tapi betul gak kan. kalo nak tunggu semua reday, dah tu bilanya baru nak READY ye dak? hehehe

    ReplyDelete
  10. Kalau difikir-fikir mmg tak akan ready.. Jadi kawen je la..

    ReplyDelete
  11. Kita pulak yg rasa semangat nak kawin..heee

    ReplyDelete
  12. setuju sgt sis ..me pn mmg jenis totally zero ilmu masak sebelum kawin and also psl baby ..but, bila bnda tu da jd, it will come naturally kat kita ..pas tu bila jadi tu rasa seronok jaa buat ..dan rasa nk buat lagi .. kannnn :)

    ReplyDelete
  13. When the thing infront us, automatic we ready to face and survive it.
    kalau fikir tak ready,tak cukup duit.
    kahwin je terus rezeki ada.
    kahwin je terus ready dan pandai everything.

    ReplyDelete
  14. yup. kawinla walaupun rasa tak ready. sbb Allah lebih tahu bila kita dah ready sebenarnya. :)

    ReplyDelete
  15. Inspiring sharing Namee. Yes, I agree with U. ;) Senasib ... Mama jenis halau anak2 dari dapur. Lepas Form 5, terkial-kial nak masak Maggi. Adeh ... Pastu goreng telur tak bubuh garam. Zero knowledge dalam bidang masak2. Sekarang ... Pandai sudah!!! Yeah ... : )))

    ReplyDelete
  16. zaman single, tengah belajar pulak tu mana sempat nak belajar masak semua kan. kalau dok hostel lagi la, kira boleh belajar kemas katil, basuh baju dengan sidai baju je hahaha. tp luckily sy lepas belajar, sempat kerja dulu before kahwin. kerja pulak kat perantauan, memang kat situ la berdikari habis; belajar masak kemas segala bala semua time tu. bukan sebab prepare nak kahwin, time tu single lagi tapi untuk survive. so tup tup bila dah kahwin tu tetiba kebetulan byk benda dah tau buat sebab terhidup berdikari sebelum tu kihkih

    so kpd yg rasa tak ready ke apa before kahwin, jangan risau. slowly korang akan pandai jugak buat semua benda tu. there's always a first time for everything. :)

    ReplyDelete
  17. Knapa la lately ni time tarikh nikah dekat,mcm2 brita kua,tunang curang la,suami dayus kaki pukul la,ni namee lak wat entri nikah xready,mcm suratan atau kebetulan,tp xpe husnudzon je tuhan nk kita bkk mata keadaan skeliling,sblom ni ttup mata je bende2 mcm ni,da nak nikah,baru prasan bende2 hal ehwal umah tangga ni,tq namee,awk buat sy makin bsemangat nak kawin bulan november ni,doakan sy juga utk ready segala mala hal,sbb pas kawen mmg dok berdua je uma sendiri,semoga aku kuat,amin!!!!

    ReplyDelete
  18. sangat inspirasi entry kali ini, bagi 5 bintang..hehehe..kita yang laki ni pun, bila mak memasak pun kena tolong kat dapur..hehehe...

    ReplyDelete
  19. Lecturer saya pesan tadi, "tak payah kahwin dulu. Habiskan degree (okay weolls baru tahun pertama ekekeke), then baru fikir. Kang nak fikir fasal belajar lagI, buat assignment lagi, nak jaga anak lagi". Is it true kak Namee?

    ReplyDelete
  20. tang segala benda x reti sebelum kahwin, smpi mengemas pn x reti tu akak ler tu...bahaha lepas dpt zafirah baru paham apa itu 5S...kesian kan? haha pastu dh kenal 5S, dtg pulak penyakit OCD...asben lak stress klu susun brg xikut kriteria bini dia kena bebel...kah! eh yg penting kita rajin belajar...xtahu takpe tapi ada usaha utk belajar..bukan pemalas ye dak? hehe :)

    ReplyDelete
  21. This weekend nk kawen.. i feel it.. rase mcm x sedia sgt nk kawen.. huhu.. hope semua brjln lncar.. insha'Allah ad rzki lps kawen.. chaiyookk.. haha.. 😍😘

    ReplyDelete
  22. Lex lex lex je... Mummy apa pun xreti waktu kawin, masak nasi jadi bubur lagi. Tapi pelan2 kita akan berusaha saling menyempurnakan each other. Now nak apa? Semua dah terror.. Cecececcecee kononnyer lah...

    ReplyDelete
  23. Namee!! Ur entry what i need the most right now! Semangat2! Btw my akad nikah sabtu ni, but totally nervous n x ready sgt2. Mcm2 pikiran ada, naa cancel pown adaaa. Waa!

    ReplyDelete
  24. Sy 3tahun kawen da.. tempat tido still husband yg kemas..

    ReplyDelete
  25. yg belum kawin dah ada pasangan tu...rugi tak kawin very the seronok u alllsssss

    ReplyDelete
  26. Sama la..masa mula2 kahwin x pandai langsung masak ..siap beli macam2 buku resepi...tiap2 hari masak makanan yg sama je...skrg baru ka ok sikit

    ReplyDelete
  27. weols dulu kawen umo 25 lps memasing grad.x plan nk trus kawen tp tetiba incik asben ajak kawen trus lps grad.dah le blum dpt keje..mil letak syarat boleh kawen lps daku dpt keje.Alhamdulillah sekali 2 offer keje gomen dpt.trus kawen dan skrg dh anak 4 pon..alhamdulillah ada je rezeki Allah bg wpon dulu family berat nak izikan weols yg baru keje ni kawen.Hantaran pon 5k je..share2.hahaha

    ReplyDelete
  28. Sebab tu org kata.....pas kawen nanti pandai la...ada anak nanti biasa la...sebab kalau bujang memang akan buat perangai bujang je la....kalau dah kawennnn have toooo....hihi....

    ReplyDelete
  29. Hi namee pls help! You bersalin ceaser eh? Pls kasi tips mcm mana nak kurus balik after operation :(((

    ReplyDelete
  30. Salam..hai..
    Best topik..
    Promot skit boleh..
    Hee
    Pakej perkahwinan serendah RM6.50/seorang serta PERCUMA makanan pengantin 12pax,meja beradap,kerusi raja,penghantaran kl/selangor
    Hubungi 012-2949044
    Terima kasih

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...