Tuesday, November 3, 2015

convo day

Hi

Spontaneous. Masa i apply sambung master ni , i lupa i pregnant kat Adam. hahah, asalnya nak continue kat UIA je sebab dah biasa kat sana dari degree. Ni kes lepas grad degree itu hari macam tak tahu apa i nak in life, what shud i do in life. Sampah masyarakat betul. Baru kahwin, baru nak mula hidup.  omaihh . haa so yeah ok la sambung belajar lah tapi layak ke masalahnya hahah. Ceee jom ah master tapi lupa tengok cermin weyh layak ke. 

So i pun pujuk la kawan "jom apply uia lah weyh" . Kawan pun apply la, lalu diterima untuk join program master. Tetiba i menyepi, terkapai2 kawan tu sorang2 kat UIA. LAst2 dia apply UPM plak. Dengar je dia apply UPM terus i meleset tanya2 dia sebab nak apply gak. Tak leh blah weyh, dah la keji biar kawan sorang2 pastu nak meleset lagi hahaa. Lepas tu i lupa i pregnant. See memang spontan je kan. haha master apa ? Master in Environment. Sebab one day i nak relate architecture with environment kira macam nak into sustainable architecture. So yeah ini bidang yang bagus. Poyo je, padahal pilih master pun spontan tetiba. kahkah. Kos ni best jugak. 

Ni la kawan i yang i dah pedajal tu . ekeke. Bila ingat2 balik, tetiba Furqan marah "entah Namee ni ! Beriya sangat pastu tinggal kita sorang !" . dont angry la, see jodoh kita kat UPM . Kenal Furqan ni lama dah dari zaman first year in KAED uia .See cantik cantik je peraturan hidup. (ayat nak cover kekejian diri)


Yes we made it. Lepas tu datang lagi sorang geng pulak dari UIA Kuchai tu yang tinggi kat belakang tu acah2 Khairy Jamaludin gred AAA. Dia baca ni ,i mati weyh. hahaa gurau2 . Then Arif, then We tetiba jadi kampung budak UIA. Arif and We not in the photo tapi kalau kat instagram i banyak la muka2 deme .

Tension betul . Kena gosok. Niat hati taknak gosok je jubah ni nak pakai terus dari plastik je terus pi amik sijil atas pentas. Pastu bila upload pic jubah kat facebook semua undi suh gosok. haha. Asyik gosok baju husband je, bila time sendiri punya malas iols. Rajin husband snap photo, berbagai angle tapi muka i herot jugak. hahah

Kawan2 satu batch teheee. Senior satu sem kot, oh tu kira satu batch ke. Entah lah. haha

Furqan, Zila, Rina. Satu in life yang i rasa lucky, i selalu dikelilingi kawan2 yang baik2. Baik2 tu cam tetiba offer a hand/ help bila i perlu. Semua jenis proper, takde kaki ketum ke apa. haha. Yes for real la, orang slelau expect cam i ni pi kelab ke apa menari2 ke, takde weyh i tak pernah jejak. Entah caption gambar ni kelaut pulak kan tetiba. 

Ingat lagi masa baru ceaser bersalin kat Adam, banyak assignment i x buat lagi...kawan2 la yang call namee nah tengok kita punya. Terharu. Baik korang ni. Terima kasih.

Furqan dan kawan keji.  Tunggu nak amik sijil . Kuchai dari jauh sengih, cari mana Kuchai.

Kawan2 sekelas. 

Haa amik. Satu batch agaknya ni. I pun tak sure, yang i tahu selama master setahun lebih 2 kali ngandung. Rasa cam kelakar. 


Zila yang baik hati tolong  kita time kita tak siap assignment bersalin kat Ada,, Namee keji, Khairul apobondo lah dibuatnya tu, Nazren, Azmi , Sukairi . Masa mula2 masuk kelas cam aneh sikit ok senior ke ni diorang ni. Time degree kan semua budak kecik je then masuk master banyak peringkat umur and professional.  Husband i lagi dewasa, semua kalah. haha. Eh tetiba. Masa ni Isham dah balik dah, sebab dia kerja petang tu sampai kul 1  pagi kerja. Dia nak tengok i amik sijil je pastu dia bangun terus keluar . I sebatang kara kot convo, mak ayah tak datang sebab tolong tengok kan Adam and Noah. So i sebatang kera eh kara. Balik dengan Furqan tumpang. 

Kuchai Jamaluddin, Mike and me la sape lagi. Mike ni from China, bila i tanya bila nak balik China, tak rindu mak bapak ke lupa daratan ke u ni. haha. Dia suka duk sini lagi katanya "China is smelly" , maksudnya penduduk ramai sangat lah . Dia kata la, i tak pernah gi pun. Yang i tau barang berniaga kat sana murah, kain ela ke apa siap nak tempah la fikir nak buat business. hihii sebelum jual Luminous ni. Mula2 sembang dengan Mike ni tak faham sebab dia biasa speak Mandarin so acsent dia shehsohossheehsooshee je. 



Dah tu je cerita convo sebatang kara camni. Takde bunga takde apa. Setahun awal dah bagitau husband "isham belikan saya bunga tau. First time ni belikan bunga !" . haha tapi bla time convo haritu i taknak ah . Sebab nanti bunga tu nak letak mana ? Buang kan ? I pulak perangai jenis takde perasaan menghargai sangat ( i got it from my dad) . So yeah.

Balik rumah, tetiba tengok kat tangga ada ni. Tersengih sorang2 . Serba salah lah tu tak dapat teman sampai habis. Bunga ni i x tau ak buat apa. Kepit kat dalam buku sampai kering ke weyh pastu jadi bookmark ? 


Selesai sudah. Teringat masa nak exam, nak siapkan paper dia punya stress tu i rasa taknak ah submit biar lah tak lepas . Tapi so far i happy la study kat UPM ni, suka environment dia. Syukur dah selesai. Alhamdulillah. Gambar pun tak banyak amik, ihsan dari kawan2 je. hewheww . 






43 comments :

  1. Tahniah sis!...dah selesai akhirnya..bangga sangat dgn sis..wish me luck for my study journey..hehehe..

    ReplyDelete
  2. Tahniah sis namee,nnti sambung phd jadi lecturer wah bestnyeee

    ReplyDelete
  3. Tahniah namee. happy for you. :-)

    ReplyDelete
  4. taniah kak namee.. selalu jd inspirasi saya..

    ReplyDelete
  5. tahniah namee.. i pun grad UPM. suka sbb environment... leklek jer

    ReplyDelete
  6. tahniah namee. you know what, you really inspire me. a lot. im married, not having any child sebab still study. selalu rungsing kalau get pregnant. tpi bila namee prove you can, it comes to my mind, kalau namee boleh, aku pun boleh. thanks a lot :)

    ReplyDelete
  7. bestnye dah ada master,,,tahniah!

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah...tahniah namee...

    ReplyDelete
  9. Tahniah nameee.. alhamdullilah.. !!

    ReplyDelete
  10. tahniah namee...yg pasti, akak rindu upm.. hahahaha

    ReplyDelete
  11. Tahniah namee. Kjap je dh abis study. Tp i yh study mesti rasa lamaaaa haha

    ReplyDelete
  12. Tahniah namee..cemana leh study yf clingy...bersalin lagi...salute u..

    ReplyDelete
  13. Tahniah kak namee. You made it even though there were lots of obstacles­čśŐ

    ReplyDelete
  14. Tahniah Namee!!!

    http://www.lyzafisol.com/

    ReplyDelete
  15. Syukur rezeki anak kot? :) Nampak mudah jalan nak genggam master. Dapat kawan baik².
    Tahniah sis!

    ReplyDelete
  16. Tahniah namee..malu kat diri sendiri yg masih x de usaha nak sambung belajar cam namee wlupun anak dah dua... *lempang pipi sendiri*

    ReplyDelete
  17. Hai nameerah...just nak tnya la kan...since u start blogging about ur personal life kan, ada x yg condemn cara u...this and that x betul...cemana eh u handle....dari 2 aspek lah kan...first org yg u xkenal mcm sy nie...n second pendapat dari org yg u kenal...apa reaction u...n nanti bila face to face dgn org tu u rasa awkward x...coz i do...huhu....just nak tnya yg condemn tu je la....from ur perspective...thank you namee....sory about the negativity

    ReplyDelete
  18. tahniah namee! :)
    sy pun sama convo baru ni kat UPM. sebatang kara jugak.hahaha

    ReplyDelete
  19. tahniah sis.
    saya student upm juga. hehe :)

    ReplyDelete
  20. alhamdulillah
    mudah jalan nya..rezeki anak anak :)
    tahniah namee +_+

    ReplyDelete
  21. rasa mcm membuak2 nk sambung master gak bila baca ni.. congrats kak namee!

    btw, mmg btl.. org sllu judge camtu in real kann.. but actually x kesa la camne pun.. its about how u see future n carry yourself kan.. ;) salute

    ReplyDelete
  22. fuhh.. moga yuyu dapat habiskan degree dan sambung master & kalau ada rezeki nak sambung phD. bangga tengok kak namee! <3

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...