Tuesday, November 3, 2015

Mommy and Noah

Hi

Baru lepas tidurkan Noah. Tiap kali tengok Noah, mesti rasa kesian. Rasa sedih sangat. Apa lah salah dia. Dari fasa dapat tahu pregnant kat dia sampai ke bersalin, dalam musim pantang i masih dalam kesedihan. sikit lagi nak meroyan kalau melayan sangat. Husband i dengan pantas angkat tv bawak masuk bilik masa i tengah pantang tuh sebab i pantang alone . Sebelum pi kerja siap pesan "Mira pasang astro oasis tau!' .. ekeke. Dah sampai tempat kerja, asyik call je "awak ok' "baby ok"

Masa tengah pantang, Noah tidur je. Bangun nangis sikit bila nak susu atau tukar pampers je. Dalam hati2 asyik fikir je camne eh nak jaga dua baby ni dengan takde helper nya. Nak cari helper tapi cam tak percaya takut orang buat apa2 pulak. Lagipun tak suka orang lain tinggal sekali dalam rumah. Fikir fikir fikir tak sudah2. Risau je. Sian Noah dapat ibu sendu camni. I tak suka new routine and berkenalan dengan stranger. Itu satu my kelemahan. 

Masa kat hospital, nurse bawak Noah dalam bilik i pastu dalam beberapa minit je pastu i letak dia dalam bekas baby tu balik. Rasa cam entah, asyik fikir camne nak jaga atau sayang. Nurse pun pelik "dah puas tengok ke? kejap je. Dah bf dah?" I angguk2 je pastu tidur. Isham memang sayang and manjakan sangat Noah sebab mula2 dia tengok i macam taknak belek.

Itu dulu la. 

Sekarang.

I sayang gila kat Noah. Asyik cium je. Sedut2 sampai dia naik rimas. Kalau boleh sumbat masuk lubang hidung terus lagi bagus. kekekek sedap sangat bau baby hoihh. Kot boleh selotep je Noah ni kat hidung i, senang nak bau. Sekarang tiap kali tengok dia, rasa kesal , rasa kesian. Sekarang gi mana pun kalau boleh nak bawak dia . 

Bila tengok orang lain meroyan mengandung cepat sangat , emm sama je weyh. Perasaan kepiluan gelabah tu sama je yang macam i pernah rasa. Faham sangat perasaan tu sebab baru sangat bersalin, pastu baru anak sulong plak tuh.

Camne nak sayang ?

Anak sulong cukup kasih sayang ke ?

Boleh handle ke ?

Tak susah ke?

Jawapan dia...

Boleh. So chill jangan sedih , nanti at last korang akan sayang gila. Perasaan sedih dan tak bersedia tu akan bertukar jadi penyesalan je bila anak kedua tu dah lahir. Imagine la Adam baru 3 bulan lebih i dah pregnant kat Noah. Sekarang automatic boleh sayang sama rata. I sayang Adam and Noah sama je even ada la sorang dua kata Noah tak kulit cerah macam Adam jangan la pilih kasih...takde makna. Hijau je biru ke sayang jugak. Dua dua sama je i sayang. Kalau Adam dapat baju, Noah pun dapat baju cumanya kadang baju Noah mahal sikit sebab takde sale. ekekeke






Sayu bila tengok Noah tidur. Manja sangat. Tepuk2 sampai terlelap. I tak sangka i boleh sayang Noah camni.

Jangan sedih. Allah tahu kemampuan korang. Sia sia je sedih meroyan sekarang then akhirnya bertukar jadi perasaan menyesal. Sian baby.

Jangan sedih lagi. 






13 comments :

  1. heheh kan nameera.. mcm sis dah 2 anak.. ok stop kejap la.. tambah dedua hero.. mau jadi tarzan kejap.. tp memang bau baby ohsome sangattttt skrg bau anak2 yang tak baby dah.. bau masyam!!!! miss that moment.. nak beranak lagi fikir bleh ker nak handle 3 orang nanti.. mau mama meroyan tahap tenuk nak kawal anak2.. hahhahhaa

    ReplyDelete
  2. uwaaa sedih nya..bila teringt yg masa pas ank sulong setahun lebih i mengandung tp fobia bersalin tu msih ada so i sgt2 takut..sedihhh sgt2..smp menangis2 kt suami..hapy tu ada skit but most of takut + sedih sehinggakan keguguran.. ntah la i jaga gk kandungan tp tak sejaga masa mgandungkn ank sulong.. i preasure kan diri i..so bila gugur tu... rasa sedihhh sgt, rasa berdosa..

    ReplyDelete
  3. hehe....mmg sgt buruk kalau ada org nampak muka tgh pantangkan kembar last year..

    ReplyDelete
  4. Subhanallah..Adam dan Noah anak syurga..anak yang baik..amin..

    ReplyDelete
  5. aloooo..comeynya noah...camner tak sayang.. hihihi...

    ReplyDelete
  6. i pun dulu bila mengandung kali ke 2 rasa macamana ni nak handle, boleh ke i ni but at the same time rasa happy sebab nak dpt baby. nak cari pengasuh then nak tinggal baby, itu paling steress. tp dalam stress tu i obortion. maybe tu dah aturan dari allah. tak ada rezeki. next time kalau preggy i taknak dah stress lagi tu adalah anugerah dan rezeki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Misscarriaged lah dear. Abortion means menggugurkan (ibu decided gugurkan kandungan) .misscarriage means keguguran. Hee..chill yah. Insyaa Allah dikurniakan rezeki lagi.aamiin

      Delete
  7. muja pun harap, i wont be meroyan ke hape kalau pregnant n give birth. yelah, anak tu rezeki, tapi tulah. manusia ni memang penakut kot. hehe.. muja pun sayang noah.. dari jauh. :)

    ReplyDelete
  8. Sis..sy tgh preggy ank no dua. Ank first bru setahun 6. Xkish pun jrk rpt tp sbb alahan teruk.. setiap hari rasa sedih. Rasa xready pun dpt bby sbb yg abg skrg mmg terabai. Sedih sgt bila fikir..

    ReplyDelete
  9. mcm sy jgk.msa dpt thu preggy ank sulong bru 1y8m, lps bt upt siap nangis2 mtk maaf dgn yg sulong sbb bakal dpt adik.. mula2 preggy mmg mcm xleh nk trm..bila prt makin membesar bru la mcm blh trm sikit2.. skrg bb dh lahir 2bln, insyaAllah akan diberi ksh syg sama rata je dgn yg sulong :)

    ReplyDelete
  10. Sama sgt..I anak sulung 4bulan dh pregnant blk..now dorg dh 2 n 3thn..dorg very close,sronok plk tgk dorg jd geng cam kengkawan...dulu emo stress giler kot wktu dpt tahu preggy lg..otometik lps deliver terus hlg rs stress tu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...