Thursday, December 3, 2015

Privacy Husband and Wife

Hi




Privacy antara laki bini ya. Ada ke weyh privacy, sebab dua dua selalu tanpa benang. ekeke. For me, husband and wife ni macam bestfriend , soulmate. Dah nama pun tinggal satu rumah, beranak sama2 . Sebab tu lah bila dah kahwin, nak bergaduh pun selalu tak jadi. Kalau ada anak ni lagi lah, dah lupa when is the last time i merajuk pastu tunggu dipujuk.  Kalau dulu marah, saja je acah2 taknak bercakap. Mogok lah nak tunggu dipujuk tp since ada anak memang tak sempat nak merajuk pun. Baru nak merajuk mogok taknak bercakap, kejap lagi mesti kena bercakap jugak . aisshhh nak nak time anak sembelit ke apa, tengah nak merajuk memang tak jadi merajuk terpaksa buka topik tahi pula. 

Macam i dengan husband, kita share segala benda. Ada masalah kita kongsi, ada berita gembira kita kongsi, ada rezeki lebih kita kongsi. Makanya setakat conversation wassap tu memang celah gigi je . ekeke, Kau nak tengok handphone aku, silakan. I nak tengok handphone u, silakan juga siap bersila lagi baca ekkeke. Kita memang sangat transparent, takde menyorok. Imagine la wife yang fulltime housewife, dah la terperuk kat rumah dengan anak je pastu kalau suami mesej pun nak sorok2. Dah tu bini nak sembang dengan sape ? Dinding. 

Tapi dah terlalu transparent takde menyorok, sampai jadi tak heran dah. Key dia satu je. Be transparent. Perempuan ni satu je, sifat sensitive mudah curiga, mudah cemburu, mudah naik angin, mudah segalanya mudah nak lembut hati pun mudah. Lagi kau nak sorok, lagi perempuan x sedap hati. Tu yang timbul curiga, nak tahu apa bondo yang sorokkan sangat tu. Ada masalah ke. Kadang kalau my partner balik kerja, muka monyok pun i dah susah hati. Tak senang duduk, ada apa2 jadi ke, kena buli ke. Lagi nak sorok2 hp bawah bantal, lagi lah apo bondo yang ekau nak sorokkan tu. Sorok macam ada buat salah walaupun xde apa pun. 

My husband memang hp letak je merata, i pun sama. Transparent, nak tengok2 , sila sila.  Tapi sebab dah camtu, jadi macam malas nak amik tahu. income i berapa sebulan semua husband tahu, and i pun sama. Tapi so far kitorang tak pernah nak check on each other. Transparent sekadar niat nak kongsi je. Walaupun fully transparent, tetap ada privacy. Privacy ni bukan privacy benda salah nak disorok2. Kot ada scandal ke nak menyorok tu memang nak kena lepuk lah. ekekke.


Contoh situasi, kalau partner ada issue dengan family dia ke,dia rasa x berapa selesa nak bincang . Sekadar dapat luah je tapi takkan kita nak masuk campur.  "I ada masalah sikit dengan family" then kalau selebihnya taknak cerita takpelah mungkin x boleh nak kongsi buka aib orang lain ke. So tu kira privacy lah. Cukup sekadar transparent , patutla suami monyok, gaduh dengan abang dia ghupenya. Yang selebihnya dia taknak share sudah.  Kalau ada masalah tempat kerja, takkan kita nak masuk campur pulak tu kira privacy lah tapi of course as a soulmate kita akan kongsi masalah kita untuk luah . So wife tu rasa macam diperlukan and rapat. Kalau takat sembang2 dengan kawan pun nak sorok, sembang apa tu yang bahaya sangat sampai wife takleh tahu. Lagi nak menyorok, lagi menimbulkan curiga. 

Kadang nampak jugak kat newsfeed isteri2 duk meroyan la husband duk join group wassap dalam conversation penuh cakap lucah je. heh. Maybe some people boleh faham and okay "guys' tapi i bet ramai perempuan tak suka kot. Penuh gambar bogel je tak sudah. Terpulang la tuan punya diri, kalau isteri pun ada group camtu apa rasa ? Kalau yang perempuan sembang2 dengan laki dalam wassap, bahasa pun ada batas juga. Nak sebut pasal dosa pahala ni memang i tak layak lah tapi common sense lah hiks. 

Be transparent. tu je. mehhh

Toodles 






13 comments :

  1. Agaknye yang up status tu die xkawin lagi kot. Agaknye ape die rase kalau wife die sendiri sorok2 nak berwassap siap masuk toilet..mesti ada timbul rasa curiga kat bini sendiri kot..sama jugak la bile part isteri.. Kalau jujur mesti xkesahnye kalau isteri tengok.

    ReplyDelete
  2. totally agree ...hahaha..sekecik2 tanda kat tempat2 misteri pun pasangan tau....nak privacy2 plak hai.. kelakar je..mengada sangat dah tu.. :)

    ReplyDelete
  3. Setuju sgt2...hal suami isteri tiada rahsia..Allah hantar suami untuk seorg isteri untuk melengkapkan satu sama lain...:)

    ReplyDelete
  4. saya pernah baca msg hubby dgn member die..boleh plak member tu share ngan hubby kekasih gelap die ajak kawen..anak da 2 da..nak msg ngan kekasih gelap tu die ade hp spare simpan kat loker opis..wah hebat..x masal saya mogok dgn hubby..sbb time tu terpikir ntah2 hubby pon cam gitu jugak..haha..lepas dari tu msg2 x berkenaan sume awal2 hubby delete..sbb malas nk gaduh letew..����

    ReplyDelete
  5. entah apa apa mamat tu. tak pepasal nak benci wife kawan sendiri. dia tak paham maksud privacy suami isteri. btw setuju apa yang Namee cakap. and as for myself, bukan penting sangat pun tengok conversation dorang. pening je tau je lah laki ni borak macam mana, kekadang selak selak je. kalau takde tak tanya pun -,- rasanya semua pasangan macam tu kot. takde nya lah bini nak buat spotcheck mcm guru besar kat sekolah, kalau pasangan tu penah curang , mungkin lah kot >,<

    ReplyDelete
  6. eh..ai hari2 chek hp hubby ai..hahah..ok je...xde nak marah pun...baca pun sekadar baca je...kdg2 nak ambik tau emosi atau hari dia hari tu camner...ok ke tak ok..itu je...lagipun suami kan..bt pe nak rahsia2 sgt...

    ReplyDelete
  7. Iday and Islam sama la, takde nak sorok. Tapi kalau hal2 yang Islam tak boleh nak share iday tak paksa. Biasanya macam namee cakap la, hal family or hal yang dia belum sedia nak cerita kat kita, jangan paksa2 dia cerita. Hehehehe

    ReplyDelete
  8. sokong namee! be transparent.ko laki bini kot.xkan baca wassap pun dah sampai benci bini.ni hidup dengan member ke bini?apedaaa.

    ReplyDelete
  9. Biarlah dia nak baca. Kalau tak buat salah apa nak takut?

    ReplyDelete
  10. saya pun kengkadang check hp suami.. yelah.. just in case..

    ReplyDelete
  11. kene cek hp hasben selalu.kes kawan saya,hasben dia kenal perempuan kt facebook.mula2 pm pastu last2 kahwin dah ngan perempuan tu.skrg tgh dlm proses bercerai dgn kakak kawan saya.moral of the story,kene cantas awal2 kalau terjumpa mesej mencurigakan hihi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...