Friday, January 29, 2016

Happy Birthday Noah !

Hi

Haritu birthday Adam, kita gi stay hotel kan. Tak tahu la apa motif birthday anak tido hotel nih hahahh tapi saja nak new environment je untuk diorang. Of course doa selamat ada buat kat masjid. Cadang nk buat birthday party tapi cam semua my siblings busy je, takpela lain kali hehe.  Suka tengok muka diorang bila datang tempat baru , macam "wooowwww gila best tempat ni" . So bagi adil dua2 anak, so time Noah pun kita bawak jalan. Ni baru dua anak, kalau 8 anak, camne nih. Maybe kena plan semua beranak dalam bulan yang sama. mehh. Jimat duit haku mihmih. 

Check in Double Tree by Hilton tu plak. Sebab pernah dapat jemputan event kat hotel ni, masa tu event Dove . Tengah pregnant kat Adam heheee. Cepat je masa berlalu , so tengok cam best je tu yang try lah sini.  Seriously i suka kat sini compared to Marriott Putrajaya haritu, em entah la bilik dia walaupun junior suite tapi cam x best pun. Double Tree ni best.

Yang Double Tree ni pun kita stay suite. Apa nama dia, deluxe suite ke apa nama dia.  Ok la tak besar sangat, tak kecik sangat.

View dari hall ke bilik. Kelam kabut datang check in hehhh. Husband baru balik kerja, i baru settle Luminous. Dekat je Seremban and KL.


 Ni dalam bilik. 





Ada small hall la. Boleh diorang ni main lari2 dalam ni. Plus in case salah sorang bangun malam, boleh bawak tdo sini. Takde la stress sangat kalau sorang bangun tdi nangis, sorang lagi terjaga jugak. ekeke. Sebelum bawak anak travel, awal2 dah kena atur strategy supaya mood mak bapak pun tak swing mehhh. 


Awal2 juga dah minta extra bed. Satu katil x cukup, buas nauu diorang ni tdo. 


Noah nampak happy sangat. Berjalan la dia dalam bilik tu hehe. Comel jalan terkedek2.

Duk dalam bilik pun happy asalkan new enviromnent hehh motif nak cakap rumah kita tak cantik macam hotel ke apa.  Boring hari2 terperuk kat rumah je. 


Semua siap nak keluar tetiba Adam berak. mehhee

Senang. Kitorang suka stay kat hotel yang linked to shopping mall. Kat Double Tree ni xde shopping mall tapi ada la tempat makan, food court, kedai pasaraya Jaya Grocer ..so apa2 senang la beli kat bawah je. Kalau nak makan dalam hotel hari2, nasi dah 60 inggit. haha bazir so baik makan kedai kat bawah.

Kat bawaj tu ada Dome. So makan Dome jela senang sebab nak makan ala2 omputih sikit. Teringin lasagna. Em ni harijadi anak ke harijadi mak. hahaa i pun konfius, mak yang teringin macam2.

Noah ni rapat dengan papa dia. Dengan i pun rapat gak cuma Isham memang sayang gila la Noah ni. Sebab Noah ni innocent, dari baby baik tidur je. Tak banyak ragam, mudah nak jaga. Adam lain sikit, memang totally bertentangan sampai skang. But for me, tiap anak tu ada keistimewaan n cabaran masing2. For Adam, seriously dia dr kecik jenis complicated, susah nak bawa berunding .Sayang dua dua gak.

Ni la yang teringin sangat tu. Harijadi anak, mak yang melebih hehh . Ala diorang bukan faham pun kan ekekke.. Beef lasagna Dome sedap. 


Seafood chowder ni sedap gila. Order ni untuk Adam and Noah. Nanti nak try masak sendiri. 


Brownies. Ok la sedap tapi cepat muak. 

Pastu petang tu bawak diorang swim. Nasib baik la ada kolam cetek ni, boleh la untuk baby bawak berendam. Mula2 datang ada la 2 laki arab ni sibuk je berendam dalam pool kecik ni. Dalam hati i whatzehelll la diorang ni badan besau pi swim dalam pool kecik ni. Last2 diorang segan kot, diorang kuar dr kolam tu.  Bagi peluang kat baby plak. Noah n Adam pun pelik apa la uncle bulu dada penuh ni buat kat sini ekekke.

Beriya la i beli 4 jenis pelampung, last2 diorang main air pancut camni je. haha tu Adam pakai pelampung lengan tu kasi gaya je ah.








Setahun dah Noah. Rasa macam kejap je, dah pandai buli abang Adam pastu buat muka biasa macam takde apa yang terjadi. hehee.Mama sayang noah sama je macam sayang Adam , see birthday Noah pun papa mama bawak Noah jalan kan macam birthday abang Adam haritu. Noah sangat jarang kena marah, Noah pandai bawak diri. Selalu mudahkan mama papa. 


:')





18 comments :

  1. Happy birthday noah.. bestnyer jalan hotel.. hehe

    ReplyDelete
  2. Comelnya budak2 dua orang ni hehe gerammm...

    ReplyDelete
  3. alaaa sedih lak baca entry ni, mmg setiap anak lain2 kan

    ReplyDelete
  4. Besnye namee dua2 da bole jlan.. Cm baru je baca time u pregnant kan noah ari tu.. Mami did a great job!

    ReplyDelete
  5. Happy birthday Noah.. both of them are really cute!

    ReplyDelete
  6. Selamat hari lahir Noah..
    Acik awal dua hari dari Noah.. hehehe.. nanti bolehlah celeb. sesama ek.. ;)

    ReplyDelete
  7. Wahhh sekejap je masa berlalu kak namee :)
    Dari zaman akak single sampai ada anak 2 sy follow blog akak ni. Even kita study sama2 kat upm xpernah terserempak ahahah. Semoga anak2 kak namee jadi anak2 yg soleh :)

    p/s: Nasib Adam xtertinggal bantal busuk dye tu macam the last time ;)

    ReplyDelete
  8. yeay nmpk bantal busuk adam..kalau tak ada drama tertinggal bantal busuk adam kt seremban pulak..hikhikhik

    ReplyDelete
  9. Happy birthday noah! Kejap je dh setahun kann

    ReplyDelete
  10. Happy Birthday Noah..
    Moga membesar dgn sihat n' happy

    Teringat my boys..camni jg..rapat..setahun sorang..
    Yg abg mmg sgt mencabar..Moody..kuat nanges..adik plak sgt pandai bawak diri..senang jaga..happy go lucky manjang...

    Allah knows..
    Dia bagi something.. Balance..
    Kan..

    ReplyDelete
  11. almost like me..macam tersayang yang second je lebih walaupun anak yg sulung sgt la baik..maybe sebab yg second tu baby lagi kot

    ReplyDelete
  12. Happy birthday Noah..

    i feel u namee.. kalo ada anak dua ni kadang-kadang kita takut kita terkurang kasih sayang pada salah seorang kan..

    ReplyDelete
  13. Happy birthday noah..
    Comel je dorg baring atas katil tu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...