Wednesday, January 20, 2016

Orang Terakhir Tidur

Hi

I ni kira dua alam lah. Housewife pun ye gak,  working mom pun ye gak.

Time jadi housewife tu memang full day lah. Dari pagi sampai ke malam la ngadap anak2. Anak pulak kecik lagi, pe'el memang bermacam2 berbagai perisa la diorang ni hewheww. Dari pagi, nak kena kemas2 rumah, sidai baju, mana nak lipat baju, mana nak rapi itu ini. Once anak bangun je , dah kena mandikan semua. Bukan merungut tapi nak cerita housewife ni banyak aktiviti woih. Nak mandi bukan boleh set ok 5 minit je, satgi dalam toilet tu tahu lah budak2 nak main air jap la. Plak anak i yang Adam tu kalau berkeras sangat dengan dia, nanti sampai malam dia ngamuk. Kang baru mandi dah siap2 tetiba berak hahaa. 

Then nak kena fikir siap makan anak pulak. Ada satu tahap i penat sangat sampai tak makan ke petang sebab busy sangat pastu penat sampai rasa malas nak kunyah hahaa. Mandi pun cepat2 je sebab diorang ni dah meraung2 kat luar pintu. Kalau nak poo pee tu memang risiko dapat batu karang ye gak. 

Pastu buat kerja rumah ni bukan boleh buat pantas and smooth je flow. Kang baru nak sapu, anak ni dah nak minta dukung meraung2. Baru nak sidai baju, dah baby lagi sorang pulak ngamuk2. Boleh je nak biar rumah sepah, tapi malu dengan husband kang balik kerja . Seriously masa sangat pack lagi2 kalau anak2 kecik, sama la kalau wife yang kena hantar amik anak sekolah pun sama lah. Pakaian suami nak kena iron gak. Nak kena balance anak n suami. Nasib baik dapat suami yang alhamdulillah banyak bantu. 

Kadang time stress sangat, rasa nak lari keluar jap and tinggal semua jap. Sebab tu kadang i kurung diri dalam bilik dalam 1 minit. Sebab i taknak stress sampai rasa nak jerit. Sian kat anak2 yang tak faham apa2. Bila petang, terjalan depan cermin then only tahu keadaan diri macam mana hahaaa. Husband selalu call tanya "ok tak? ok tak ?" . 

Tak terurus. Boleh je nak bergaya2 rambut gulung2 kat rumah tapi hadap ke nak cuci berak anak dengan rambut mengurai acah iklan shampoo tu. Last2 ikat tinggi macam orang pantang tu. Tak dan nak bergaya pun.Kadang bila dengar suami balik pintu gate terbuka tu cepat2 calit lip gloss hahahh. sebab teruk sangat keadaan diri sebab non stop. Kalau yang memang housewife takde punca wang hanya harap kat duit suami .

Mana tak bengang bila orang kata "u best lah boleh baring2 dengan anak kat rumah ." padahal sebenarnyaaa...hmmmm...tapi rasa happy kan tengok anak membesar.

Time kerja kat luar pulak . Dalam seminggu tu ada la dalam 2 ke 3 hari yang memang i kena pergi meeting ke uruskan itu ini dengan Luminous ni.  Pagi2 dah kena bangun mandi bersiap, Alaa malas nya nak mandi pagi2 buta hahaaa sebab kena bersiap awal kan. Tahu la KL jalan jam penuh, meluat betul. Malasnya nak bersiap. Malasnya nak pilih baju apa yang sesuai. Kang pakai caca merba kang orang tengok duk mengata, kang malu kat majikan / clients. 

Ada satu time ni, ada meeting then pagi tu anak buat perangai sebab demam tapi i takleh skip meeting tu, sedihnya hati terpaksa tinggalkan anak bila anak perlukan kita time demam. so i pergi lah dengan selebetnya sebab sebelum bertolak keluar tu anak2 dah tarik2 i dah, Siap sebelah mata takde eyeliner hahah. Reaction clients bila nak mula meeting "Nameerah are u ok ? awak nampak kusut ?"

Kiranya, bekerja luar ni penampilan memang nak kena jaga.Dah macam mana nak dapat job tapi muka macam hantu kan.  Kadang ada syarikat siap ada etika pemakaian lagi. Kalau ikut hati , nak je pakai baju kedut kan sebab malas nak fikir. hahah. Ibu bekerja ni kadang sebab memang perlu bekerja untuk tokok dan bantu suami perbelanjaan rumah. Kadang ada yang suami mampu tapi jenis diri sendiri nak bekerja sebab nak duit belanja lebih extra untuk beli benda yang diidamkan.Yang kes kena kerja sebab nak bantu suami tu, walaupun kerja duit pun cukup2 je takde la tiap hujung bulan boleh beli rantai emas pun. 

 Tiap hari , stress kat tempat kerja tu belum cerita pasal politik tempat kerja lagi. Duduk mengadap laptop serious penat, masa kerja kat firm dulu rasa macam lemau jela dari pagi sampai petang ngadap pc. Penat mata, penat minda, penat pinggang. Pastu balik nak ngadap jalan sesak, lambat timing sikit ngadap la sesak berjam2. Pernah je tahap sampaii terlelap jap dalam kereta nasib baik tak accident.

Memang kerja luar ni , level of confidence naik lah sebab pakai lawa2 bergaya boleh makan sorang sedap tenang takde baby yang akan sepahkan meja. Tapi nak hadap perasaan meroyan tinggalkan anak tu ? Hati gundah gulana betul. Tiap kali i ada kerja luar, anak2 mesti ngamuk depan pintu panggil2 suruh bawak dia or tarik i masuk rumah balik. Masa tu sedih nya rasa, terfikir macam mana la orang yang kerja office tu hari2 hantar anak kat pengasuh. Kalau baby lagi lah sedih tak sanggup nak tinggal. Ada yang menangis2 nak tinggal anak kat pengasuh.   I selalu ingat kakak i, pagi kerja doktor, petang ngadap jem lagi balik nak uruskan anak nak breastfeed anak lagi mandikan anak semua lagi...pastu tdo bape jam je esok pagi dah kena bangun nak pergi kerja balik. T_T

Pagi sampai ke petang, rasa cepat je masa berlalu. Tahu2 anak dah boleh merangkak anak dah boleh berjalan . Moment yang tiap mak teruja nak tengok. Tapi sebab takde choice memang terpaksa bekerja.

Balik, setibanya di rumah. Siapkan suami and anak pulak pula. 

So ? 

Sebagai orang yang dua alam, i rasa penat dia sama je. Sama penat. Kerja tak pernah habis dan paling last tidur. Dua dua pun ada keseronokan yet at the same time perlu pengorbanan. 

Dah, stop the battle. Gaduh2 pun korang kena tidur paling last kan ! superwoman. 






16 comments :

  1. true..true.. pagi sebelum pergi kerja drop anak kat pengasuh, balik kerja amek anak, sampai rumah layan anak, rumah tunggang langgang biar dulu. kalau sempat baru hadap.
    nasib baik jugak i dapat suami baik, tak berkira. botol susu anak + botol pam susu semua die yang basuhkan. kadang² tak sempat nak kemas rumah sangat pun, balik kerja tengok rumah dah proper sikit. ni baru anak sorang. 6 bulan. kalau die dah pandai 'mengemas' nnt tak tahu lah.. huhu
    www.bella-wella.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. kesian tengok muka anak2 klu time anta ke ngasuh tu.. hmm bertabah jela

    ReplyDelete
  3. Sama je Namee.. adakala penat lagi dok rumah.. begitu jugaklah sebaliknya.. ada pro and kon dekat situ.. hanya mereka yang lalui faham situasinya macam mana.. ;)

    ReplyDelete
  4. had my break bila cuti maternity ni jadi dapatlah dok rumah jaga 2 org anak. mmg never ending. cerita pasal main air kat bilik air, 1 hari berapa kali anak request nk mandi (sebenarnya nk main air haha). kdg layankan aje, kadang xbagi kalau dh kerap sgt nk mandinya. habis air hoih :'DD nk masak pun kena msk benda yg cpt & boleh tinggal kjp mcm sup. if not kne tggu keadaan tenang baru boleh masak. haha. ada sikit masa jgk la utk tgk movie or tv. mlm ok dah sbb husband ada tolong.

    ReplyDelete
  5. Hahahaha gambar tu win lah adam & noah :)

    ReplyDelete
  6. salam namee ada buka untuk dropship tak untuk produk luminous tu? klu ada boleh wassup details ke 0123119379? thanks

    ReplyDelete
  7. Sme la mcm kite.. Pg2 da kelam kabut bangun mandikn anak 2 org..(dieorg xnk ayah yg mandikan) pastu hantar g taska..mse dlm kete si abg sibuk bercerita psl lori, bas etc yg die nmpk, while adk crying dlm carseat ( adk ade love hate r'ship ngn carseat😂).. Mama plak nk fokus drive.. Blk kije pn sme terkejar cmtu.. Pastu smntara tnggu husband blk, prepare brg nak masak + masak air etc.. Lyn c kecik yg nak berdukung je + abg yg nak susu, nk tgk tv.. Siap msk, br terkejar mandi, solat mghrb etc.. Lps dinner, berhempas pulas plak tidurkn anak2.. Hoih.. Penatnye smpai da x terkate.. Tp bile tgk anak2 snyum, happy je rse..

    ReplyDelete
  8. Kalau ade buat dropship luminous sy nak details juga ye namee.thanks :)

    ReplyDelete
  9. itulah kehidupan yang kena tempuh...boleh je kalau nak duduk rumah tak buat kerja TAPI disebabkan oleh kita dibesarkan dengan tanggungjawab, walaupun stress macam mana pun kena juga kemas rumah tiap-tiap hari..

    ReplyDelete
  10. besar dah dedua. lame xfollow citer :)

    ReplyDelete
  11. I feel u.. High five to all dua alam n satu Alam mummy out there 😊

    ReplyDelete
  12. Btul sgt kak namee.. Even baby baru sorang hdup rase totally change. Mandi skrg pon dg mcm mndi kerbau. Ok bab melawa utk suami tu mmg dh fails skrg xde mase uit nak gulung rmhut ke nak ape.. Kjap lg rmbut dah kene tarik dgn anak. Hehe.. Tp still enjoy this moment kan wlu kte org last skali tidur WLU WKTU ANAK DARA RATU TIDO . Hehe

    ReplyDelete
  13. itu pun mnteri suruh buat 3 kerja.

    ReplyDelete
  14. ms namee.. saya baru je lahirkan anak no 2, dan tgh maternity leave, ohh terkejar2 nye nak melayan anak ni sorg, anak tu sorg. nak mandi terkejar2, nak pakai baju pun main capai je apa yg ada dah takde dah nak belek2 carik baju yang dah lama tak pakai, asyik2 pakai baju yang sama yang dok bhgn almari paling atas la.. nak siram pokok kat luar pun, baru melangkah setapak baby dah nangis dengan anak yang first asyik mintak itu ini..kejap2 aiskrim kejap2 nak keropok pulak, nak air pulak.. so everytime i experience this with my kids (Which is all the time!), saya teringat post ms namee ni and i know i am not alone.. (maklumlah baru je mengalami handling 2 anak, sebelum ni baru sorg). thx for sharing :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...