Wednesday, January 13, 2016

playdoh

Hi

Walaupun dah ada helper, tapi selalu nak tampil paling hadapan jugak untuk uruskan Adam n Noah. Mek ego tinggi ekkeke. Plan awal, sepatutnya bila ada helper ni helper akan uruskan semua benda sebab sumpah kerja i belambak yang perlukan office hour form 9 to 5. Itu lah cabaran working from home mommies. Susah nak fokus, di saat tengah buat kerja kat atas tapi bila dengar jeritan budak ni rasa macam aku ni ibu yang kejam tak pedulikan anak. :( Tapi kerja tapi hati tak sampai hati. Bayangkan orang kerja office hari2 kena hantar anak ke pengasuh , meroyan.

Rindu anak tapi cabaran working from home ni lain. Kerja macam tak kerja pun last2 part time kul 3 pagi . :( Terlalu banyak benda dalam kepala, nak berfikir pun tak sempat. Hari2 biasa pagi i akan jemput bibik then sampai rumah i siapkan makanan budak2 ni dulu fikir nak bagi makan apa. Then nak menunggu bangun pun Adam tu kul 11 paling lambat baru bangun. Kalau awal2 hoorayyy i boleh check in office yang tak serupa office hanya la bilik kosong sendu yang penuh dengan stok produk hahaaaa. insyaAllah akan pindah office.

Apa nak buat sampai tahap kena tulis kat buku small diary sebab bila terlalu banyak tanggungjawab n kena buat , takde masa nak berfikir pun.Kadang rasa nak pecah kepala. 

Itu hari mandikan Adam, Adam ni pe'el dia kalau mandi nak main dalam tub jap. Alaa tub yang bagi mandi baby tu.Dia sibuk la nak berendam main bola dalam tub penuh air tuh.Ok lah kasi can, satgi aku nak naik atas buat kerja takde la serba salah sangat sendu , ok aku dah bagi can kat anak aku rasa cam ibu paling hebat lah. Tak la serba salah sangat nak terperuk buat kerja dalam office sendu.

Then time Adam tengah mandi, i tengok Adam tengah main Playdoh.

Dalam hati..

"macam macam la anak aku ni. "

"Main Playdoh dalam toilet pulak"

Nak marah tapi takpelah, mungkin sel otak dia tengah berkembang. Budak yang main tanah liat ni, main buih masa mandi ni boleh kembangkan otak wahh gitu confident.lagipun untuk elak perasaan serba salah nnt time nk naik atas buat kerja.

Sambil berdiri perhatikan dari pintu...sambil jerit kat bibik..

"bibik, Noah berak la . Bik tolong cuci boleh, saya mau urus Adam ,takut jatuh toilet nanti"

Then terpandang Playdoh Adam...

"bila masa i beli Playdoh warna brown"



Rupanya Adam berak dalam tub omaigodddd. Noah pulak difitnah . Nasib baik taik jenis ketul2 bukan lembik. Eee pengotor tauu hehh. T_T Jenuh i sental Adam lagi sekali 4 round. I boleh lambat pikap yg tu sebenarnya is poo .



Suspek playdoh.









12 comments :

  1. namiii, kt bace tgh sarapan hahaha

    ReplyDelete
  2. namiiiii, kt kan bce nie tgh sarapan hahaha tskkk

    ReplyDelete
  3. Errkkk hahahaha adam!!
    Pernah gak experience sekali anak berak time mandi. Tergolek2 la playdoh atas lantai bilik air T_T

    ReplyDelete
  4. kahkahkah Namee dengan anak sama kelakar

    ReplyDelete
  5. Hahahahahah berendam air dalam tub, air "play-doh" adam. Hahahaha macam-macam la adam ni :)

    ReplyDelete
  6. suka juga beli dulu-dulu, kerapkali lekat pada karpet kena pejam mata sahajalah

    ReplyDelete
  7. Hahahahah namee ini lawak ok. Ahhaha i pon prnh msukkn ank dlm pool bg dia berendam skali dlm tu ade 'playdoh' jugak. Ahahahah

    ReplyDelete
  8. hahaha seriously namee? adam main poo dia. hehehe adoi terkekek kekek gelak laily baca.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...