Saturday, January 23, 2016

Review Cerita Seram "The Boy"

Hi

Ok meh sini nak cerita. Malas la nak intro panjang2 bukan korang nak baca pun.

Movie hantu 'The boy'. Tengok trailer best hewhew. 

Cerita dia pasal satu pasangan tua ni. Umur dalam lingkungan 65 ke 70 tahun la pasangan tua kaya gila ni. Ada sorang anak nama Brahms . So diorang mencari2 pengasuh yang sudi bekerja and jaga anak diorang. Maybe diorang rasa diorang dah tua kot, sebab tu kena cari pengasuh cepat2. Jaga anak diorang umur 8 tahun. Tapi ramai pengasuh yang samada anak dia Brahms tu reject atau pengasuh tu sendiri taknak kerja sebab rasa keluarga ni pelik.

Rupanya , pengasuh2 yang datang tu disuruhnya jaga 'patung'. Patung tu size macam budak umur 8 tahun la tapi patung la. Of course kita pelik nak mengasuh patung pastu nak pretend macam bercakap2 pulak kan dengan patung tu hahahh siap kena baca kan buku, sediakan makanan , mandikan patung tu.


Ni la patung yang kena jaga tu eee gerunn.


 So finally ada la satu pompuan ni nama Greta , muda la dalam umur 27 ke 28 tahun la agaknya . Sape yang jadi pengasuh untuk Brahms ni gaji memang tinggi gila la. Greta ni pulak memang nak duit sebab dia ada masalah peribadi, dari cerita tu Greta ni ada masalah relationship and baru je keguguran sebab pakwe dia nama Cole baran sangat. Pi belasah dia sampai gugur kandungan.


Ni la Greta ! Lawa . Dalam banyak2 pengasuh yang datang banyak tua tua je. So Brahms reject. Bila Greta apply jadi pengasuh, Brahms nak.


Salah satu sebab dia lari and setuju nak jadi pengasuh Brahms ni sebab nak lari dari Cole tu and nak duit cepat. Mula2 sampai rumah pasangan tua tu, dia pun terkejut gak pehal la aku kena jaga patung, dah cuak jugak kot la patung ni berhantu ke kan sebab cerita sebenarnya rumah diorang pernah terbakar so anak diorang terbakar dalam kebakaran tu. agaknya pasangan tua ni x dapat terima kenyataan anak dah mati so depa bela lah patung Brahms ni pretend macam anak dia masih hidup.

Pastu lepas pasangan tua ni brief sikit pasal anak diorang aka patung tu kat pengasuh Greta tu, tetiba ada satu hari ni pasangan tua ni nak keluar rumah kata nak pergi bercuti. So Greta ni la kena jaga Brahms ni berduaan dengan patung tu. Of course la Greta ni cuak tapi apa yang dipesan oleh pasangan tua tu sebelum depa keluar rumah, satu pun Greta tak ikut. Cntoh...

Pasangan tua tu pesan..

Pagi2 kul 7 kejut Brahms, tukar baju dia. Pastu sediakan breakfast roti and susu. Pastu bacakan buku and bagi dia dengar music. Then bawak jalan, malam nanti tidurkan and bagi goodnight kiss.

And ada la few syarat yang pasangan tua tu tulis kat kertas and suruh Greta baca tapi Greta tak baca pun.

Dalam 3 hari gak la Greta buat tak tahu je kat patung Brahms tu. Duk sibuk nak dating dengan laki nama Malcolm. Malcolm ni pun kerja dengan pasangan tua kaya tu gak tapi kerja dia hantar barang runcit je setiap minggu. Rumah pasangan tua tu memang ceruk dalam hutan, besar rumah macam istana ada gak. Malcolm tu macam syok kat Greta sebab Greta ni lawa orangya, Greta pun macam respond la. Last2 hari ketiga, Greta dah macam kena kacau2 la sebab buat tak tahu je kat Brahms dan langgar syarat . siap patung Brahms tu beralih2 la.  So maybe dia assume dalam patung Brahms tu ada roh Brahms kot. Roh tu dah mula marah. 

Bila Greta nak keluar dating dengan Malcolm je, baju hilang then pintu terkunci. Tu kerja Brahms la tu, sebab dia x kasi keluar. Bila dah kena kacau tahap mcm tu, Greta pun ikut la pesan pasangan tua tu. Apa yang pasangan tua tu suruh buat , Greta turutkan je . Dah berhari2 jaga and bersembang walaupun sendu kan bersembang dengan patung , lama2 dia rasa macam sayang pulak kat patung Brahms tu. Sebab dia sedih keguguran anak, so dia faham la feeling pasanagn tua tu hilang anak dalam kebakaran. Dia ikut je pesan pasangan tua tu and manjakan 'patung' Brahms tu macam anak dia sendiri. 






Malcolm ada cerita yang dia dengar2 jugak gossip orang kampung pasal Brahms ni. Ada yang cerita Brahms ni budak baik tapi lagi satu cerita yang Brahms sebenarnya macam ganas and violent. Part tu i tak faham sangat, tapi i assume macam Brahms ni terencat akal kot tapi dia macam violent , ganas la . Sampai dia pernah bunuh satu budak perempuan sebaya dia, hentak kepala budak pompuan tu sampai pecah. So Brahms ni takleh bercampur dengan orang awam.

Dalam masa yang sama ex bf Greta nama Cole pun tengah cari2 Greta kat mana. Cole ugut2 family Greta sampai family Greta terpaksa bagitau Greta kat mana. Cole ni kaki belasah. Sampai satu hari ni tetiba Cole dah masuk rumah yang Greta mengasuh budak Brahms tu. Cole ajak balik esok pagi and bersama dia as pasangan kekasih balik tapi Greta taknak tapi dalam masa yang sama cuak takut kena belasah dengan Cole sebab tak ikut cakap.

Last2 malam tu masa nak tdokan patung Brahms tu, Greta selimutkan patung Brahms and cakap "saya janji tak tinggalkan awak esok pagi and janji la jaga patung Brahms tu smapai bila2. Tapi awak tolong saya boleh ?" . I assume, Greta macam suruh 'hantu / roh ' dalam patung Brahms tu tolong kacau2 Cole then buat Cole takut so nanti Cole lari lah dari rumah tu. Then konon "roh" Brahms tu pun kacau la Cole , siap titis2 darah lagi kat Cole yang tengah tdo .Tapi bukan Cole takut pun, dia jadi naik angin. Cole tanya "siapa yang buat ni ! Sape yang titiskan2 darah kat dahi Cole and tulis kat dinding guna darah GET LOST!" ..masa ni Cole dah syak Greta dah sebab dalam rumah tu Cole and Greta je yang manusia and dah standby nak belasah Greta.

Greta jawab ah bukan dia yang buat tu, dia kata Brahms yang buat. Cole pun lagi la naik angin kat Greta seolah Greta nak bodohkan dia, kata patung pulak kan. Then Cole amik patung Brahms tu and hentak kat meja and pecah la patung Brahms tu.
Tetiba lepas pecah patung tu, bergegar rumah and dinding semua bunyi macam ada orang ketuk2. Mula2 i ingat roh Brahms dalam patung tu keluar and nak mengamuk. 

Tetiba keluar dari dinding, manusia pakai topeng macam muka patung Brahms ni. Rupanya Brahms yang konon mati terbakar dalam kebakaran 20 tahun lepas tu hidup lagi cuma muka dia hancur la sebab terbakar , so dia pakai topeng. Kira skang Brahms dah umur 28 tahun pun sebaya Greta sebab tu dia suka Greta tu jadi pengasuh dia sebab Greta tu lawa , dia syok kat Greta la. hahah gatal punya Brahms. Siap dah ada bulu dada and jambang dah Brahms ni haha. I assume dari jalan cerita dia, Brahms ni mcm terencat akal la then violent / ganas. 

Rupanya selama ni, Brahms tu hidup je dalam rumah tu.  Selama ni, yang Greta duk dengar orang ketuk2 dinding tu Brahms la yang ketuk. Kiranya setiap dinding dalam rumah tu ada laluan untuk Brahms jalan. Then setiap perbualan kat ceruk rumah tu, semua Brahms boleh dengar. Ada satu bilik khas , pasangan tua ni kurung Brahms ni sebab entah la. Bab ni tak faham sangat, kot la nak kurung pasal muka anak dia buruk sebab melecur kebakaran atau sebab anak dia violent sebab musykil gak kan banyak duit boleh je buat plastic surgery kan plus zaman tu zaman moden dah. Zaman skang ni ko nak cucuk collagen pun boleh. Nak bibir mughil semua boleh. 


Ok sambung balik cerita. Brahms nak mengamuk sebab Cole nak pukul Greta so dia bunuh Cole. Betul lah cerita orang kampung pasal Brahms yang Brahms ni violent. Dia bunuh Cole pun rilek je macam takde perasaan. So Greta dah takut, and lari dengan Malcolm. On the way nak lari tu, diorang lari sampai termasuk kat bilik yang Brahms selama ni duduk. Siap ada peti ais semua then Greta nampak satu patung, pakai baju Greta . Patut la baju2 Greta asyik hilang je, rupanya Brahms ni curi and sarungkan kat patung tu. Brahms ni dah jatuh cinta kot kat Greta.

So Greta and Malcolm pun cuba nak lari. Last2 Brahms dapat tangkap Malcolm and hentak kepala Malcolm sampai pengsan then Greta lari sorang. Masa tengah nak lepaskan diri tu, Brahms jerit kalau kau lari aku pecahkan kepala Malcolm. 

Tapi Greta lari gak.....then akhirnya....

Masa dah lari sampai gate luar tu, Greta rasa tak sampai hati. Dia pun patah balik kat rumah tu . Then terus pergi cari Brahms. "Brahms ! Jom masuk tidur! " sebab kan tiap malam Greta kena tdokan patung Brahms tu so Greta pretend macam Brahms versi yang besar pakej bulu dada ni macam patung tu jugak ah. So Brahms pun angguk tanda "okay" nak masuk tdo.

Routine nak tdokan...Greta kena selimutkan and bagi goodnight kiss. So Greta pun selimutkan la Brahms versi bulu dada ni, tapi tak kiss. Then bila Greta nak keluar dari bilik, Brahms panggil and said "kiss" ..dia nak suh Greta kiss then Greta pun nak bagi kiss tetiba Brahms versi bulu dada ni taknak lepas and nak kiss lebih2, nak ajak romen ke i tak tau lah hahahh tapi gerun la jugak. 

Greta memang dah standby screwdriver dalam poket belakang dia. So masa Brahms taknak lepas kiss tu Greta tikam perut Brahms dengan screwdriver tu. Tapi Brahms ni kan cam ganas, so dia tolak Greta and cekik Greta . Siap angkat sambil cekik lagi tapi Greta gigihkan jugak cuba nak tolak screwdriver yang dah dicucuk kat perut tu tadi , nak tikam lagi kedalam. Then Brahms dah sakit kot so dia lepaskan Greta.  Cepat2 Greta lari pergi kat Malcolm.

So akhirnya mereka berjaya lari. Tapi Brahms hidup lagi, tak tahu la kot ada cerita sambungan The Boy 2 nanti hihih. Yang mak bapak Brahms dah bunuh diri, sama2 lemaskan diri dalam laut maybe sebab diorang takde waris lain so dia hope kat Greta jela untuk jaga and bg kasih sayang kt Brahms.  Best juga la tapi i rasa cumanya konflik cerita ni kurang. Cerita dia direct je. 



















25 comments :

  1. mcm chucky . huhu
    seram plak kalau main bunuh2 ni =.=

    ReplyDelete
  2. Baru tengok iklan kat tv tentang cerita ni.
    Pandai Namee cerita.. yg best part cucuk kolagen tu.

    Ermm..Nak pi tengok jugak la cerita ni.

    ReplyDelete
  3. Owh.. Bukan cite hantu la e.. Cam best pula.. Nanti try tgk la..

    ReplyDelete
  4. lawak nak nameeee hahah best review ever!

    ReplyDelete
  5. detail gilaa namee cerita haha. Dah tengok kat wayang 1st day. hmm boleh lah. i rate 3.5/5

    ReplyDelete
  6. Sediakan diri ngn emosi seram ms mula2 nk baca.. Tp review sis ni kelakar. Seronok baca. Xjadi nk seram.

    ReplyDelete
  7. Hahahaha namee cerita detail, dah takyah pergi tengok dah. Baca ni pon dah cuak. Hahaha

    ReplyDelete
  8. 1) Org baca la intro kak namee..best haha
    2) Yeah tak yah dah tengok cerita ni coz kak namee dh crita smua dengan jaya nya, haha.

    ReplyDelete
  9. Thank you review namee. Bila tengok iklan termimpi2 takut sebab ingatkan hantu..boleh lena tidor lah malam ni..hihihi

    ReplyDelete
  10. pembetulan ye:

    1) notis yg ditulis oleh Brahms tu adalah "Get Out".

    2) sebab utama pasangan tu kurung Brahms adalah demi melindungi dia daripada ditahan oleh pihak polis sebab bunuh Emily Cribbs sewaktu umur 8 tahun.

    Sekian

    ReplyDelete
  11. Agak kucewa. . . Friend request byk elemen mengejut. . . The boy buat aku mengantuk sedikit. . . Psiko

    ReplyDelete
  12. cukuplah baca jalan citer kat sini, kalau nak tgk mmg tak lah sebab sy memnag penakut hihi

    ReplyDelete
  13. "Brahms versi bulu dada"---> Muahhahahahahaha!!!

    ReplyDelete
  14. Cerita unsur terkejut, tapi jalan cerita tu memang bak kata kak namee direct habis,

    http://mezquitalifestyle.blogspot.my/2016/01/review-filem-boy-2016.html

    ReplyDelete
  15. kikikiki..terus rasa nk tgk movie ni...

    ReplyDelete
  16. baca pon da ngeri... memang tak lah nak g tengok movie ni...

    ReplyDelete
  17. Kakak dah cerita semua. tak payah pergi tengok la. Hiks mcm bukan review. tapi sinopsis details. hiks.

    ReplyDelete
  18. ishh scary..mcm kene tengok je ni :)

    http://prettyvrach.blogspot.my/2016/01/review-urban-decay-vice-4-makeup-review.html

    ReplyDelete
  19. kata review, hahaa..da best review ever. 😂

    ReplyDelete
  20. betul2..i terpaling suka review mcmni!
    tahap tayah p tgk wayang dah. hahhaa
    pelingkup org buat movie. eh tapi takpe namee..
    akk soka! kdg2 dari org tanak tgk,jadi beriya2 nak tgk ken ken.
    godjob bebeh...kipidap!!

    ReplyDelete
  21. ada mcm Annabelle tak? kuahahah baru tengok Annabelle minggu lepas. haram tak seram pun :3
    buang masa je rasa berdebar-debar

    ReplyDelete
  22. hui...detail gilak..mula2 mcm berminat....last2 dh mcm kureng plak....tq Namee...kurangla rasa seram nnt kalau nak tgk....wakaka

    ReplyDelete
  23. besttt. takyah tengok dah pasnii

    ReplyDelete
  24. dah la tgh ngantuk, stress2 bagai semua... xdapat tgk movie, baca summary citer pon dah best dah.. tengs namee!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...