Monday, February 15, 2016

Demam Denggi

Hi

Lama i senyap. kat facebook personal pun banyak senyap je. Jeng jeng. I kena demam denggi. Malam tetiba kena demam panas, badan dah sakit gila, kepala dah berpusing. Rasa tak sedap hati, denggi kah aku ni. Then esok pagi tu ngadu kat husband , terus husband bagi panadol the rasa ok dah tapi badan sakit2 lagi. Rupanya malam yang i demam tu pun, husband pun sama demam cuma dia tak potpetpotpet complain. 

So second day pun sama, demam and sakit sendi and kepala semua la sakit. Lain macam sakitnya. Then second day tu rasa nak pergi check la, fikir nak pi swasta ke kerajaan. Takpela, kerajaan dulu lah sebab depa ni detail lebih sikit. Ok so pergi lah check darah, instinct rasa ni memang macam denggi sebab sakit sendi segala. Sekali check darah, platlet memang drop tapi still tinggi la platlet dalam 180 camtu. Patut masa hari kedua demam tu, doktor kata check esok jela darah sebab ni baru demam hari kedua tapi sebab i nak jugak check darah haritu so i tipu la kata haah hari ni masuk hari ketiga demam. ekekek

Selalu demam denggi ni, doctor prefer check darah hari ketiga demam pasal nak tengok jauh beza platlet tu. Bacaan platlet normal is 150 to 450 . 

Terpaksa tipu kata i dah demam 3 hari padahal baru 2 hari mehehhe. Sebab i ada anak kecik, taknak lah tunggu platlet dah drop gila,  badan dah weak betul then baru lah nak pi warded ke apa. Then hari kelima demam, doctor klinik kesihatan tu suh check darah lagi kat hospital tapi sebab Sabtu pun masa hari kelima i demam tu...so i pi swasta jela dekat dgn rumah. Kepala dah sakit sangat2 x tahan, sendi2 semua dah sakit sangat. Plus pagi tu i try korek hidung siap dah keluar darah dah wey risauu. Ni nak ke arah demam denggi berdarah dah ni. Risau nya. Denggi boleh bawa maut . I duk fikir la anak2 i kecik lagi cemana la, siapa nak jaga, pastu fikir apa la amal dalam hidup ni .

Then bila check kat hospital Columbia Seremban tu, platlet i dah 130, drop lagi. I ada choice nak tunggu lagi pun boleh. Kalau hospital kerajaan ni suh duk rumah je, takyah warded sebab platlet 130 tu not too low pun cuma badan i dah sakit tak boleh nak berdiri pun. Tapi badan i memang sakit sangat, biji mata semua rasa sakit rasa nak pecah dah. Tak boleh nak jaga budak2 ni pun, so takpe la i decide untuk warded je sebab i taknak wait sampai badan i dah weak menggeletar tu. Dalam hati susah hati cemana la anak2 nanti .

Hari pertama , platlet 130..then esok turun lagi 106 then esok lagi turun lagi 85 then turun lagi sampai 70.

So hari pertama warded, masuk air dalam badan. So takde la rasa lemah sangat badan, badan kuat sikit nak lawan penyakit. Ubat denggi ni dua je, banyak rest and minum air banyak2. Tu je doktor cakap.Hari kedua , husband i pulak sekali kena denggi. Makanya duk lah dalam bilik berdua honeymoon.  Dalam seminggu juga la i duk hospital sampai buntu dah. Finally , bila hari terakhir tu check darah, platlet dah mula naik 106 ...terus doktor cakap awak boleh balik. Husband pun boleh balikk .yayyy. Masa doktor datang nk bgtau result darah tu dah x semangat dah, malas nk dengar platlet turun. Sekali naikkk !

Sebab demam denggi ni, once platlet naik dia akan terus naik tapi dengan syarat kena minum air banyak and banyak rest. Sampai nak muntah la i minum air dah la tekak payau.Buntu dah nak buat apa kat hospital. 

Kadang bila seharian penat sampai ke malam then babies buat perangai lagi..kadang terlepas cakap jugak...

"Korang ni bagi la mama rehat jappp jee. Tak henti2 la korang ni !"

Cakap kat husband...

"Awak saya rasa nak honeymoon jap lah 3 4 hari ke. Kita dua je tenangkan fikiran jap jom"

Tiap kali stress and penat sgt itu lah yg diulang ulang. Tapi kadang dalam hidup ni takleh selalu complain, Allah bagi betul2 .


I and husband dua dua kena denggi. Checked in bilik yang sama berdua, boleh baring boleh tidur, boleh sembang. 

Kan dah dapat honeymoon betul2. 
tapi dua2 monyok je rindu kat anak2. T_T . tak sembang pun, dua2 bad mood. 

Sumpah taknak request honeymoon lg. 

Some tips for denggi la..

1) Kalau demam secara tiba2. Badan sendi sakit, elok hari ketiga tu gi check darah nak tengok samada denggi ke tak. Kalau platlet nmpk drop tu, hari ketiga demam n ke5 tu pergi check darah lg.

2) If platlet drop dari hari 3  sampai ke 5 mendadak..pilih la nak warded terus ke tak tapi kalau nak warded baik pi swasta. Kalau kat kerajaan selalu prefer pantau dari rumah and take panadol. Platlet rendah tu 50 rendah la. Kalau swasta platlet 100 tu kalau korang nak warded, dia bagi dah.

3) Minum banyak air and rest. Kalau minum air 100plus, jangan beli yg bergas sebab denggi ni dia attack perut kang cirit2 pulak. 

4) Kalau dah mula nampak darah2 gusi, jangan gosok gigi sampai berdarah sebab time darah tu keluar la virus lagi bermaharajalela. So jangan biar kan diri anda berdarah time kena demam denggi. Itu hari i punya hidung dah berdarah, so i stop jap korek hidung jap ekeke. 

5) Extra, sup ketam, jus daun betik , and any other petua lah. 


Toodles.





25 comments :

  1. Take care kak Namee :)

    Jemput baca:
    http://nurulzayani.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Uhh honeymoon dlm spital .. semoga cergas semula selepas ini ye.

    ReplyDelete
  3. Kesian Namee, get well soon. Been there before, warded for 8days haha so rasa buntu xterkata. On my 7th day, my aunt suruh minum fresh milk sbb platelet still rendah, then esok tu terus naik mendadak *beza dlm 80-90 jgk kot hehe. Even dah discharge pun badan still rasa lemah sbnrnya. Amik masa utk recover. Bnykkn minum air isotonik, klu perut xtahan 100Plus, boleh try Gatorade. Hee, may Allah ease you Namee. Take care

    ReplyDelete
  4. Sweet weh honeymoon dalam hospital T.T

    ReplyDelete
  5. get well soon kak nami....saya pun penah kena denggi....derita sgt ^^

    ReplyDelete
  6. Kak name try nutriferon ni. Memang berkesan kak. Hihi semoga info bermanfaat. Hope kak namee & husband cepat sembuh. Amin Nutriferon

    ReplyDelete
  7. Haritu de gak terpikir ehh kak namee ni lama tak update. Rupanya demam. Heehe Get well soon ;)

    ReplyDelete
  8. Get well soon namee.. no wondeer senyap je namee kat blog. huhu. takpe, take care and all the best yea. :)

    ReplyDelete
  9. huhuhu.. betul2, bila sesekali mintak nak rest berdua dapat tapi tapi dapat pulak dalam keadaan yang seperti diinginkan, memang tak jadi apalah kan..
    Moga Namee dan hb cepat baik dan moga anak2 berdua tu tak meragam teruk hendakNYA.

    ReplyDelete
  10. Maaf sgt2 dok sms nak beli skincare tu. Sbb tgok kat Shopee out of stocks..GWS

    ReplyDelete
  11. Hi Namee. My friend pon kena denggi but doc tak advice makan daun betik tu takut radang hati. Lain2 remedy tu lulus katanya. Gituhh

    ReplyDelete
  12. ptutlah tak update blog.. semoga namee balik seperti sedia kala je leps ni..

    ReplyDelete
  13. haaaa!!! semoga cepat sihat nameee

    ReplyDelete
  14. Salam kak namee. Tu lah kadang kita ni mcm complaint then Allah bagi tapi dgn cara mcm ni jd tak best kn. So kena redha jela. Btw jaga diri akak.

    ReplyDelete
  15. Saya dulu kena time tengah pregnant 13 weeks.haruuuu.get well soon, namee :)

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. first time ni honeymoon dalam hospital haha. thanks for the tips. denggi ni gila menakutkan.

    ReplyDelete
  18. get well soon namee. patut banyak senyap je

    ReplyDelete
  19. Mencegah Lebih Baik Daripada Merawat. Bantu Keluarga Anda Dan Selamatkan Mereka Sama Ada Yang Belum Menghidap Kanser Ataupun Yang Telahpun Menghidapi Kanser, Leukemia, Denggi Dan Penyakit 4 Serangkai Dengan Ubat Kanser Yang Terbukti Berkesan Sebelum Terlambat...

    SiLa KLik Sini

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...