Saturday, February 13, 2016

Isteri Pemalas

Hi


Nampak ni kat facebook. Tapi x tahu siapa punya.


Isteri pemalas. Masa awal kahwin dulu, husband pi kerja, i sorang la kat rumah.   Kemas , lengkap lap cuci kipas segala. Hari2 ulang benda sama, dah kemas semua tempat siap cuci longkang pun by tengahari memang dah boleh settle.  Esok lusa esok minggu depan pun ulang gak benda sama sebab acah2 nak menjalankan tanggungjawab isteri walaupun xde habuk pun . Yela baru kahwin, apa benda je nak buat. i sampai buntu dah nak buat apa kat rumah. Toilet 3 kat rumah, yang guna 2 toilet je itupun tak tahu nak sental macam mana dah sebab habis kilat dah hahahh. 

Paling2 complicated nak kemas pun dapur  je lah sebab hari2 memang makan and guna dapur. Setakat ruang tamu tu, susun2 bantal dah, sapu dah, mop dah, lap dah ,cuci baju dah, lipat dah. Baju dua orang je pun nak settle kan pun, baru kahwin hidup berdua . Cuci dapur 20 minit pun settle dah sebab boleh kemas dengan tenangnya tanpa ada gangguan apa2. Pastu esok bangun pagi pun , kat mana bantal i susun atas sofa tu semalam kat situ lah tempatnya jugak untuk hari ni . Takde sape buat sepah pun, suami balik kerja pun dah penat tengok2 tv jap pastu naik tidur. So peluang untuk rumah selerak sungguh tipis cisss . Baru acah nak pikul tanggungjawab isteri secara komitednya. Senang je jadi wife ni ekkkk. hewhew

Tapi tu masa berdua .Lepas beranak Adam, slow2 ada kerja rumah yang mula delay. Tak skip tapi delay lah sehari dua tengok mood baby macam mana. Kalau time nak berdukung tu, ngadap dia je lah. Nak babywearing memang lah boleh tapi time dia kecik umur sampai 4 bulan tu boleh la nak bawak berunding lagi . Masuk stage dia dah nak belajar berdiri2 tu memang seharian la tengok dia takut dia jatuh jatuh panjat sana sini. Awal2 tu tak perasan pun , tapi lama2 tu jadi berlonggok pulak kerja rumah. "eh tapi aku buat apa eh kat rumah ?" . Kadang pagi tu dah set dah nak sediakan bahan tumis, nak potong la apa yang perlu dulu..sampai ke petang anak buat perangai nan hado lah nak potong apa2, nak kupas ubi sebiji pun hmm sayonara lah time anak nak berkepit je. 

 Sibuk tengok anak je. Tengok kawan i lagi lah sebab jenis fully breastfeed , duduk jela dengan anak. Anak nak bf mak dia je, tidur nak peluk je dah tu kita nak gerak cemana. Dah tu kerja rumah nak buat masa bila. I yang formula milk ni pun rasa susah nak bergerak sebab anak nak berkepit je. Try je nak lipat baju sama2 tapi apa yang kita lipat tu dia punggah balik. mehhhh so dari perasaan nak naik angin tu datang baik la focus tengok anak dulu. Budak bukan faham pun. Time Adam tidur lah, baru lah boleh lari2 jap buat kerja. Pernah satu time, Adam tengah tidur, then i pi lari la senyap2 nak iron baju husband 3 helai sekali time tengah iron Adam nangis...tinggal la iron tak off switch sampai ke malam. Nasib baik lah tak terbakar rumah. Lupa gila sebab duk kalut. 

Kerja rumah delay2. .

Tu baru Adam.Masuk bersalin Noah, dari delay sehari dua terus boleh delay seminggu, sebulan pun pernah. Hari2 cuba komited lipat baju tapi mesti ada jugak yang delay. Siap kena pilih nak buat apa mana yang priority elok buat dulu. Kadang nak komited sangat sampai terpaksa lari2 untuk buat kerja rumah sebelum husband balik. Berpeluh2 tapi sebab acah2 nak sempurna. Dah la masa tu master tak habis lagi. Asalnya husband jenis tak reti buat kerja rumah, tapi atas dasar ihsan dia kat bini dia iols ni, tetiba terus husband jadi rajin tolong. Benda2 yang dia rasa dia boleh buat, dia buat . Tak pernah2 pegang penyapu, boleh plak dia sapu serbuk keropok tertumpah . Tanjat titeww.

Asal dulu , i yang buat semua benda. Pastu lepas sikit2 kerja i dari delay seminggu sampai beranak ke Noah delay berminggu..masa tu nampak la tetiba husband buat. Dari tak pernah buat, dia cuba buat untuk cuba. Bila time i mandikan Noah, nanti cepat2 husband amik towel and sediakan perkakas bedak semua. I dah tak ingat bila last time i sidai baju sebab cuci and sidai baju husband yang banyak tolong. Mula2 rasa macam "eh takpe ke awak cuci baju?" then husband yang cakap..dah tu sama sama kahwin buat anak , kena kongsi sama2 penat lah. Awww terus bisik yesss dalam hati ekekekke. I baru anak dua, kalau anak 5 ? Kira pemalas sendu ke cemana i ni ? mehhh. T_T

Dulu masa umur awal 20 an muda remaja, kalau nampak mak bapak naik angin kat anak kat public mesti dalam hati kata "ish apa la mak bapak cengih sangat nih!". "tak baik la buat budak camtu, apa lah kan budak tu". Ada satu time dulu i pernah tengok, mak dia biar je anak dia mengamuk terbaring kt lantai sambil muka buntu xtahu apa nak buat. Reaction the young hingusan me of course la 'ish ish". Perlu belajar 'public parenting nih !" . Cececece bisik hati the young Namee yang masih belum anak. Pada masa tu la ajet terror . 

The young Namee Roslan. 

Sekarang, lepas ada anak then only tahu buntu tak buntu bila anak buat perangai di khalayak ramai. Kalau buat perangai sikit2 tu boleh lah nak dukung lagi, pulak my son Adam ni kalau time nak mengamuk maximum tu, nak cuba dukung pun tak boleh. Kadang dukung naik escalator memang dia akan usaha menggeliat badan dia saja nak hempas badan sendiri. Dengan kita2 sekali tergeliat, sampai skang tangan i tergeliat. T_T . Sampai skang pergelangan tangan i dah tak kuat sebab tergeliat banyak kali. 

Bila sendiri dah lalui pengalaman, then only tahu oh ini donia yang sebenarnya . 


husband yang beli ikan2 and barang pasar semua, kira i pemalas tahap parah dah ke cemana ni?





29 comments :

  1. Suka baca entri ni Namee, lebih kurang, dari kawin progressnya lain, anak-anak diberi perhatian, yang delay skit tapi accumulate, budak-budak tunjuk perasan lebih kuat dari parents tu, tu kita standby bag silang, kasut flat senang kejar. Syukur dapat husband understanding.

    ReplyDelete
  2. Kena cop or label pemalas ke cm tu namee? I yg bru msuk sorang ank ni, since preg lg husbnd yg bsuh, sidai, menyapu, mengemop sgala bagai kat rumah. I hny tlg hang kan bju, iron bju keje, lap2 hbuk skali smgu. I dilabel as ap plak 😂😂😜

    ReplyDelete
  3. haha.macam gitulah saya dr awal berkahwin, till now saya ada lima orang anak.Bila orang tanya saya, macam mana saya boleh handle kerja dan urusan rumahtangga, saya jawab, syukur saya ada husband yang banyak tolong kerja-kerja di rumah.tu je.Dulu sebelum kawin memang bajet ank jadi isteri mithali nak buat semua untuk suami.Tapi sekarang, macam suami pulak yang banyak buat untuk kita.heheh.Yes, perkahwinan itu is sharing n caring..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup.. Saya setuju ngan Cik Matahariku.. Macam saya ada 6 orang anak.. Syukur sangat sebab ada husband yg rajin menolong buat kerja2 rumah walau tak disuruh.. Awal2 kawin memang semua kerja rumah kita boleh settle sorang diri..Sebab tk de gangguan.. Bila dah ada anak baru tau macam mana kelam kabut kalau anak2 buat hal n sepahkan rumah.. Bayangkan kalau kita sorang2 jer buat kerja2 rumah n suama macam raja asyik rilek jer.. Tak ker hangin satu badan.. So far alhamdulillah suami saya mmg suka memasak n dia akan suka kalau anak2 makan hasil air tangannya.. Cik Atenn Azlan ni masih jauh perjalanan.. So takyah ler nak budget diri kita tu isteri mithali yang terbaik n terlalu sempurna dalam dunia ni.. Masing2 ada cara tersendiri untuk bahagiakan keluarga..

      Delete
  4. Malas mmg x de ubat nya....
    Yg penting saling tlg menolong....
    Itu yg penting...

    ReplyDelete
  5. Org yg belum ade anak @ tak pernah rasa jaga budak kecik camtu la dia punye status hahaha lepas tu org lain komen, nak meradang. Org fisbuk mmg selalu serious. Tak boleh tegur langsung :') peyus ni pun even belum kawen, tp dah rase jaga baby/bdk kecik ni. Adik ramai + ade pengalaman jaga anak buah. Haihh kena banyak sabo jaga budak kecik. Kdg sehari tu takde buat apa jaga diorg je. T.T takut nak kawen hahahaha

    ReplyDelete
  6. hi namee..i follow u dah lama dah..u kan glemer..hehe hari ni baru dapat komen sebab i baru je ada blog..by the way,im working mom,ada buat kerja sampingan juga.dan i pun buat keje rumah..penat tapi happy..suke baca cerita u..santai dan menghiburkan..jemput singgah di irdagarmin

    ReplyDelete
  7. Dah viral tu...belum ada anak, lagu tu la rasa honeymoon kepit2 berdua ajooo. Mehh nk bgtau tahap pemalasku..today dari subuh hingga jam 10pagi, suami take over jaga anak..tukar pampers, ajak anak pi beli mkn..bg mkn bagai sambil kemas2 rmh then basuh baju. Teka sy
    buat apa??? Sy TIDOOOOO ..yesss lepas solat subuh, sy bgtau suami sy x larat, ngantuk sgt pasai pulun menjahit mlm tadi. Sy jarang2 jadi, so bila sy suarakn tu maksudnya penat sgtlah tu. Bila start dah bangun isteri pemalas ni..non stoplah take over semula anak then buat kerja rmh. Sekrg sy masih di bilik menjahit, suami request jahitkn cadar tilam kerja dia, sy nak pi teman en.suami mkn kari yg gila sedap katanya hasil dr air tgn isteri pemalas ni..malaskan kite seme..mkn kari cicah roti..sedap yooo.
    Adik jgnlah takot nk nikah wehhh...yg penting kena saling membantu antara satu sama lain...saborjelah ngadap ank kucil yg tak mengerti apa2. Hidup berumahtangga mmg kena byk sabor2222. K baiii..dari pemalas ke daku + mak boy twinz(2y 10m)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. suami isteri kene saling bantu membantu buat kerja umah and dua2 kena saling tolak ansur.. zaman sekarang dah tak de istilah, suami itu raja.. Raja skrang pun kene buat kerja umah & tolong sama jaga anak..

      Delete
  8. Berbeza kan namee life masa single, masa belum ada anak n da ber anak. tp i kesian kadang kadang dgn parents masa keluar anak mengamuk. Org mesti pandang semacam je. Bab kerja rumah tu memang kena saling tolong menolong. mcm kes atas tu mungkin keadaan tenang lg tak de anak. Cuba ada anak, mau jadik sotong agaknya. haha

    ReplyDelete
  9. Sebelum ada anak, dengan dah ada anak ni jauh beza. Janganlah nak terus cop org lain ni pemalas.

    Kalau asyik si isteri je buat keje, suami goyang kaki, susah lah. Kena sama2 la bantu membantu..haihhhhh

    ReplyDelete
  10. hahahahaha. jalan cerita yang sama. bukan u je name. i ni lagi laaaaa huhuhu senduuuu tahap panda.

    ReplyDelete
  11. its normal namee...every mother akan lalui benda sma..

    ReplyDelete
  12. Macamana nak handle dua anak kecik namee bagi tips sikit? anak saya, yg sulung 1y7 month. 2nd da 4 months.. kalau salah sorang tido. al senang laa bekerjaaa. walaupun si sulung blm tido.. dah kemasnya barang mainan, dia kepahkan balik. pastu kdg sentap sebab husband igt kita tak buat keje rumah.. bersyukurlah ada husband yg rajin tlg sama-sama walaupun tak perlu dicakap.. suami pun pandai masak.. kadang suami terajin, isteri lak jd extra pemalas.. boleh jadi gado pasal ni.. bertabahlah para isteri. huhuhu..
    p/s: adik atin ni berkebolehan. inshaAllah nanti semua benda dia bleh handle.

    ReplyDelete
  13. same goes to me.. saya dulu seorang OCD.. Pantang Nampak habuk & pantang barang beralih, sure gelisah satu badan. tapi sejak ada anak ni, umah jadi macam tongakng pecah pun dah tak kesah sebab memang tak terbuat [un kalau nak kemas umah hari2 dengan my anak stil fully bf.. huhu

    ReplyDelete
  14. tu la dulu bila tgk ank org berguling2 kt lantai kita jd mcm napa la mak pak nya tak tgok or angkt ke..skrg nie bila ank sendiri yg guling2 kt lantai..i hanya mpu tgok smbil memikir kan kaedah nak pujuk..sbb tgh mengandung and ank dh 16KG++ tak mpu nak angkt dh..so skrg nak gie mn2 kena ada laki tgk sekali senang klu ank mengamuk..di dukungnya..tahap pemalas i lg teruk..i cuma masak and basuh baju sendiri and ank jer yg lain laki settlekan..termsuk la mandikan ank,tukar pampers ank, tidokan ank..alhamdullilah dpt suami yg memahami..tp tu la tak nak jd kan kebiasaan sbb laki boleh cari 1001 alasan nak cari pomp lain kan..lepas bersalin ank kedua nie nak cuba merajinkan diri..

    ReplyDelete
  15. ehhehe apa benda entah minah tu. tak payah nak rasa bersalah sangat lah. dah ada anak baru tau macam mana nak bersilat. ni masih mood honeymoon, ngangkang je kat umah memanglah harus pastikan setiap inci bersih. kalau working mommy ni ha, nak lari sana sini. anak bergolek anak amek garam taburkan , anak bukak almari pastu sepahkan semua benda memang tak cukup tangan. T_T jangan kata pertolongan dari pihak suami, rasa macam nak mintak tolong dari mak bapak jiran kawan yang datang umah. semualah . T_T

    ReplyDelete
  16. kan namee... dah hadapi baru paham apa itu kesukaran.. tak suka point yang dia kata talak kat tangan laki.. lol.. org rajin pon kalau nak kena talak tu, kena jugak.. kah3

    ReplyDelete
  17. Hi Namee,

    First time akak tergerak hati nak komen ni. Untung sgt korang suami ringan tulang. Tu takpe lagi.

    Ni kes lain sikit. Ada la si polan ni, elok2 kahwin dgn bini dia (my good friend). Dua2 ada kerjaya meletop. Sentiasa ada orang gaji. Dek kerana tuntutan kerja, mana ada masa nak mengemas, nak menjaga anak, nak pantau pelajaran anak2 lagi. Tu belum lagi harap bini buat benda remeh-temeh yg boleh dibuat sendiri (do i need to list down??). Ok, one example, buat air!!!. Typical Malay men.

    Dipendekkan cerita, si laki kahwin senyap2 dgn org seberang siap beranak pinak lagi. Tu pun kawan lain yang found out. Akhirnya, bercerai dgn isteri pertama tadi. Tu satu hal.....

    Dgn bini baru (yg membuatkan akak nak muntah), boleh pulak ringan tulang!!!!!. Siap tolong masak masa raya, kenduri. Jaga hal-ehwal anak2. Paling tak tahan yang bab jaga hal-ehwal anak2 tu. And of course, buat air minuman!!!

    Bini baru pulak org kampung je. Tu belum lagi bab ringan ape ye ni.... kalau yg bagi duit byk2 macam tu je....

    Really breaks my heart tgk semua ni. Typical malay men gini. Masalahnya bila umur meningkat perangai mcm tu baru keluar. Tu belum lagi potpet bab2 agama mengalahkan seorang ustaz yg dah belajar berpuluh2 tahun.

    Nasihat akak, org perempuan kena ada duit simpanan sendiri!!

    my blog http://www.terataiorenfaizz.com

    ReplyDelete
  18. Hi Namee,

    Tergerak hati nak komen. Ni kes lain sikit.

    Ada la si polan ni, kahwin dgn bini dia (my good friend). Takda masa nak beringan tulang pasal dua2 laki bini ada kerja meletop. Tapi org gaji sentiasa ada. Dek kerana perangai typical malay men, si laki kahwin senyap2 dgn bini baru org seberang. Lepas ada dua anak baru terbongkar. Tu pun kawan lain yg dapat tau.

    Masa dgn bini lama, perangai macam raja. Benda remeh temeh pun nak bini buat padahal bini pun sama2 cari duit. Contoh mcm, buat air minuman!!

    Takdenya dgn rela hati suka2 nak tolong masak, mengemas rumah. Lagi lah nak menjaga anak dan paling penting pelajaran anak2.

    Tapi dgn bini baru, kemain. Jgn nak kata buat air minuman, masak-memasak masa raya/kenduri langsung takda masalah. Macam mana tu?? Yg paling i menyampah boleh cari masa nak bersama2 anak2 baru dan pantau lagi pelajaran dia orang.

    Yg susahnya perangai mcm ni, umur dah meningkat baru keluar perangai mcm ni. Typical malay.

    Pasal tu, akak nak pesan, org perempuan kena ada simpanan sendiri.

    blog akak http://www.terataiorenfaizz.com

    ReplyDelete
  19. Haha..Memang realiti mcm tu..Sebelum ada anak semua kerja rumah perfect..Rumah bersih samapai tak tahu nak buat ape..sya baru anak sorg klu yg ramai tu lagi la malas tahap gaban agaknyer...hati nak buat semua kerja2 rmh tu..Tp klu dh ada ana,kome jgn nak gebang ler..Teman dah rase..bagun pagi htr anak kat pengasuh..Balik koje amik plak anak tempoh jem Lg..Sampai umh paling koman pun kol 7.30 mlm..Ikut kwasan masing2..Penat tak reda lg..Peluh pun tak kering..Bedesub pg dapo kuarkan ayam ikan yang beku nak masak..layu time tu..Mate tu negok jer katil n batal..Nak landing rase nyer..Tp x leh..Gedabak gedebuk...Masak kol 8.30 paling awal..Paling lmbt 11mlm..Somi mkn kat umh jer..X suka mkn kedai..Nak wat camner...cuba jugak kawal masa tu tp kudrat x sama mcm dulu..Teman mude lagi..Tp disbbkn faktor masa dan tgjawab tu lebih pd isteri nak wt mcm maner..tgh mlm jgn citer ler mmg tido x pernah lena..Ank nak menyusu plak..Haha...'teman' mmg isteri paling malas..Nak buat mcm maner..

    ReplyDelete
  20. Tak rasa lagi boleh la cakap kan namee..hehe..tp mmg alami pn benda cmtu smpai suami rjin to long..tp Ade plk mentaliti org lama yg kata x elok laki buat keja Rmh...erghhh..stress I.nsb baik suami sama2 jga ank n to long mna yg boleh..syukur

    ReplyDelete
  21. Saya ank sorang pon dh tingtong dlu ms dia kecik2.. Skrg dia dh 4 tahun.. Lega la sikit... Ni br nk beradik pulak... Mule smula rutin y dlu... Harap ok la..

    ReplyDelete
  22. Mak saya dr muda smpai dh berumur emas skrg tetap rajin mngalahkan menantunya sampaikan makanan sy pun dia tlg ltk dlm pinggn dan bagi kpd utk mkn. Sbnrnya sikap seorng isteri. Mcm mna dia ank dara dlu,mcm tu la bila dh kwen. Memang tnggjwab suami. Tp xperlu berkira sgt. Tp kna berkira dgn suami yg pemalas dan xda belas ehsan

    ReplyDelete
  23. hahahahahahahah..gelak je bc artikel namee..

    ReplyDelete
  24. Mentality melayu sangat pompuan tu. melayu yg layan anak jantan mcm raja. Bersyukur saya dpt partner ringan sama dijinjing berat sama dipikul

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...