Monday, February 29, 2016

Kahwin Grand Kat Hotel

Hi

Tetiba ternampak ni...





Last2 duk terperuk je atas almari ye album kahwin. Takde la belek hari2 pun, i pun lupa pasal album kahwin. hahaa

Dulu teringin nak kahwin mewah kat hotel pelamin grand. Kahwin mewah grand pelamin besau besau. Kalau ikut hati, i punya rancangan nak kahwin hotel pelamin besar2 rumah teres ekekek . Siap dah research and quote dah hotel2 pilihan. Yang pilihan hati, hotel Concorde. Satu kepala RM80 , makanya untuk 500 jemputan untuk catering saja RM40ribu. Tu tak termasuk pelamin besar yaaa, pelamin kalau besar punya ada la dalam RM10k i tanya dulu. Kalau amik yang pelamin pakej hotel, pelamin buruk design dia mehhh. Baju bajet dalam RM5k , hantaran pun kalau boleh nak yang barang mahal2 punya (entah la apesal barang hantaran ni tak pepasal nak tissot. Asal letak atas dulang je tetiba nak high end punya brand ekekke  ) . 

Memang dah set dah ni nak kahwin cenggini. Yela, teringin. Husband pun angguk2 je dengar i cakap. kekkeke. Kalau korang tengok rancangan say YES to the dress yang kat channel DIVA astro tu lagi la, nak pilih dress wedding je pun kemain nangis2 macam dress tu yang nak bagi kita makan lepas kahwin mihmih. Maybe pasal kahwin ni sekali je seumur hidup so yeah feeling lain macam skit.

Tapiiiiiiiiiii.... bila time i kahwin, satu pun tak tepati my dream. sorry to say, takde satu pun yang macam i idamkan. Masa buat preparation nak kahwin tu ada la jadi bridezilla kejap. Semua benda tak kena. Tu tak kena, ni tak kena . Padahal kalau i punya character betul2 jenis tak kisah memang jenis cincai2 lah mehh. Time kahwin tetiba cerewet sana sini. Dah la kurang budget, lagi nak cerewet. Whtazehell. Kahwin pun nak cepat je sebab malas nak tunggu lama, sebab i dengan husband memang dah kenal lama sangat. Masa nak kahwin tu , husband baru dapat kerja baru. Masih dalam tempoh training.

Ada dua choice..

First. Samada i extend tarikh wedding lagi 6 bulan and tunggu kumpul duit lagi pasal masa kitorang decide nak kahwin tu husband baru je mula kerja baru so gaji basic and still under training. so husband macam sian kat i sebab dia tahu i nak kahwin cemana hahaaa so dia kata why not kita lanjutkan tarikh lewat 6 ke setahun kasi saya can kumpul duit . 


Second choice is kahwin seperti tarikh yang dipilih tapi kita hutang. Loan bank. kahwin hotel 80k ye. 

I pun dah serba salah dah sebab ya la duit nak cekau mana. Kitorang ni kahwin satu sen pun tak guna duit family. Sendiri2 je kami dua. Then husband baru je mula kerja baru so masih dalam training and i pulak kerja jaga website gaji ciput je (awal2 dah resign dari kerja kat architect firm), tolak2 kasi mak, ayah tinggal lah cebisan ekekke. Lagi satu cabaran bila bercinta dengan orang usia jauh ni..expectation orang tinggi. Kau tua mesti banyak harta maaaa. Seriously tak, i kesian gila kat husband sebab macam pressure . Padahal kalau pilot ni bukan senang dapat kerja, dulu zaman bercinta pun duk sama2 la cari kerja and isi borang. Airline sikit, pilot banyak tu pun nasib baik husband memang dah ada hours flying so boleh cari kerja . Kalau cadet zero hour lagi sedih. Sebab kesusahan hidup orang kita tak tahu. Part tu lah sian, bila orang duk expect tinggi2 ni..sama sama kita jadi pressure. So nak kahwin tu takde la boleh nak harap family tolong ke apa. Pandai2 kau lah. Tapi dipermudah, kahwin jugak. Alhamdulillah muah ciked kat husband mihmih.

Bersyukur nya tak kahwin mewah kat hotel sebab kalau nak kahwin mewah kurang2 pun i nak kena ada 70k bayar cash sewa dewan hotel, catering, baju, pelamin, gift , (bayar sendiri ya)..then dah kahwin grand takkan nak pakai photographer cikai2, videographer cikai2....paling koman pun untuk satu majlis RM1800 kalau yang tahap artis tu. Masuk gambar, video 80k ada lah kot. Kalau ikut 80k tu tak mampu la. Perkataan mampu ni dari segi bayar sendiri lah. Kalau hutang tu kira tak mampu lah mehhh .Kalau kahwin grand, kadang family yang request sebab mak bapak pun kadang ada dream untuk anak tapi depa bantu bayar tu kira mampu lah. Anak orang kaya . beres. 

Masa mula2 husband cakap x cukup duit, hati macam luluh juga lah sebab berangan nak kahwin grand berapa lama plan kemain dah bertahun2 hahaaa pastu tak jadi. Tapi hati luluh2 merajuk pun nak gak kahwin mihmih. Sampai bila nak bercinta rasa tak happy tak tenang. So i decide nak kahwin jugak takpe la majlis biasa satu kali majlis je. Bila kawan tanya minta pendapat tak cukup duit nak kahwin sebab family request buat majlis ikut adat kira majlis berinai , majlis family apa entah lagi semua nak, i dengan terus terang nya cakap tak payahhh !Walaupun muka kawan i tu acah je minta pendapat tapi sebenarnya mengharapkan jawapan yang dia nak iaitu "Yaaa kau patut pinjam !" Lebih baik kahwin nikah kat Siam ekekekke tapi bawak family la kahwin Siam mihmih . 

Lepas kahwin, walaupun takde pun ikut my wedding dream. Seriously i takde rasa terkilan langsung. Rasa bersyukur. Eyy nasib baik tak kahwin grand2 lebih2. Sebab bila dah lepas kahwin, takde sape pun nak ingat wedding kau. Jemputan kahwin ni tiap2 minggu ada macam2 pelamin ada so macam exhibition je untuk tetamu hehh. Orang datang makan, tengok dan pergi. Takde pun pertandingan wedding sape paling grand. Sekadar orang upload facebook jela pastu esok tu orang tak tengok dah. Kahwin mewah tapi mampu tak apaa atau family request dan tokok wang mihmih anak orang kaya takpe maa. Jangan kahwin mewah berhutang. 

Nanti lepas kahwin akan rasa alaa nyesalllll. Bila lepas kahwin, perasaan tu macam oh dah lepas lagi satu level candy crush. Dah taknak ingat dah liku2 level sebelum.


See betapa ramainya terlalu kejar dream wedding sampi wujudnya pakej cenggini. Benda yang dah lepas tapi korang masih struggle nak bayar lagi. Akak pelamin siap cakap kat i, ramai je orang amik pelamin sampai anak 3 tapi tunggakan pelamin tak bayar lagi. See, kahwin duk atas pelamin kejap je , nanti lepas kahwin tak nak ingat dah. hutang pun buat2 tak ingat. 



JANGAN !

Lepas kahwin je terus lega, tak fikir dah kebelakang. Betul , percayalahhh . 

Ni je yang kita paling mampu. Cuma mahal belanja kat catering ada 11 khemah tapi xpu tu untuk jamu orang makan. then pelamin pun bajet lari sikit. Tapi lepas kahwin rasa waste pulak pelamin mehhh.  Kalau dah viral pelamin tisu tu i buat tisu diy je dulu heh.


Nampak tak inai kat tangan i tu, ink punya je. Semalam buat inai pastu balik i cuci tangan habis hilang. Cincai habis dah masa wedding sbb i fikir nak kahwin je sebab dah 6  tahun berkawan. husband punya baju melayu tu , petang semalam sebelum wedding baru pi cari RM80 . cincin kahwin husband pun cari petang semalam harga RM60. cincin tu dah pecah dah hahaaa nanti i nak hadiahkan platinum  . Lepas kahwin , life totally bertukar. Rezeki sikit2 datang, lepas beranak Adam and Noah lagi la alhamdulillah. Memang lega la tak ikut nafsu nak kahwin grand melebihi kemampuan. I kahwin sederhana je and satu majlis je. Mahal kat khemah and catering la sikit sebab melibatkan kawan2 ayah kan, so xkan nak hidang menu RM3 sekepala, nasi and ikan bilis je haha air sirap secawan je catu. Kata menantu pilot , berumur pulak tu. Serius la org kalau dengar pilot je mesti cam expect lebih padahal diorang pun ada kesusahan dan liku2 kehidupan juga maa. Kalau tengok drama melayu lagi la, asal hero je pilot muda tak boleh blah captain terus naik bmw x6 hahaa .  Whatzehell is this ikan bilis renjis renjis dipilis. ekeke



Ni pun album x belek pun. Simpan untuk anak cucu tengok jela. Husband lagi power, dia tak tengok pun album kahwin ni hahaaa.entah pehal. Kahwin simple je tapi idea exclusive, i tengok kat facebook viral pelamin guna tissue lah, pakai plastik la..ehehhe. tu lagi best ! hehe . Masa i kawin haritu tak terfikir pulak nak buat2 camtu. mehhh









16 comments :

  1. sya yg x kawin lg ni berangan nk buat simple tp nmpk eksklusif... ce mana entah nnti nye.. hehe

    ReplyDelete
  2. me too. Masa sblum kawen mcm2 diimpikan. Bila dah beranak sorang ni ade jugakla part2 yg rasa mcm bazir tp takpela. Dah berlalu hihi

    ReplyDelete
  3. bila teringat masa PG kawen dulu, rasa menyesal ada juga. rasa tak tu pun ada juga. rasa macam membazir pun ada juga. rasa tak ada juga. adui. macam-macamlah :D

    ReplyDelete
  4. ramai org dah start plan idea2 kahwin ni DIY nye style. menarik jugak kannn :D

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  5. ya Allah akakk! lawa nak mamposnyaa!!!

    ReplyDelete
  6. yess i agree namee. the worst part is ada yang kawin berhutang pastu cerai. tu lagi naya. i always said to my hub takpe kita kahwin simple yang penting lepas kahwin kita buat rumah kita cantik2 and ada kehidupan yang selesa. even duit hantaran pun i simpan untuk beli brg untuk rumah. biar deko rumah serupa hotel shiok sikit khennn hahhaah.. btw dulu penah kerja sama dengan isham. dengan both company. such a humble guy.tak sangka now baca plak blog bini dia hahah.

    ReplyDelete
  7. Samalah, dreams nK yang grand2, lastly simple je. Tp 15k jugak habis !! Yang mahal tang catering !! Yang lain dah boleh cut cost

    ReplyDelete
  8. Namee nak tanya u punya photographer siapa eh? Chansssss sangat pic dia! ��

    ReplyDelete
  9. I sokong sangat..part jangan berhutang tu..i pon boler tengok iklan soh pinjam tuk kawen tu.. terus dalam pala i macam nak mencarut.. hahaha.. siyes keji iklan tu tau.. galakkan orang meminjam semata tuk kawen grand yang setakat 2 hari..sok lusa orang terus lupa dah..puufftt..

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum.....
    Ikut kemampuan.....berbincang utk dptkan idea yg paling tip top.....
    Berhutang.....
    Jgn cari pasal.....
    Duit Anda Anda Tentukan
    Kipidap

    ReplyDelete
  11. Hahahaha...sgt bersyukur tak de hutang langsung masa kawen...memang rasa nak wat loan..lepas kira keuntungan dan kerugian terus cancel....tk pe majlis biasa2 asal lepas tu bahagia tak serabut pk utang....tambah kalo rezeki cepat ada anak....wooohaaa...lagi serabut nanti....syukurrr sangat

    ReplyDelete
  12. Sy kawenboth side x lebih 20k hihi...xde hutang.suami guna duit simpanan dia dr kecik.sebulan sebelum kawen dia resign sbb boss dia nk transfer dia kt indon.lepas sebulan kawen sy pregnant.long distance.suami ipoh sy kl.pregnancy 2 bulan suami dpt keje.sy benti keje.stay ngn suami n in law.pregnancy 5 bulan suami kena VSS.pregnancy 7m spt keje baru smpai skrg ank dh 2.ank 1st 4 bulan baru beli kereta sendiri.klu x pinjam mil je.yg 1st dh nk dkt 3 tahun dh.alhamdulillah bnyk sungguh rezeki Allah bg.last week dpt beli rumah.suami naik pangkat.kami kawen sederhana sgt.xde photographer.kebetulan kwn mmg photographer so dia amik pic kami fo free hihi alhamdulillah rezeki jugak.

    ReplyDelete
  13. lupa dah pasal album kahwin..mana saya letak ek?

    ReplyDelete
  14. Jarang bagi komen kat blog, btw tahniah Namee, buat decision yang tepat untuk pilih buat majlis secara sederhana.. Kawin majlis sehari, tapi hidup bersama sampai hujung nyawa.. Merancangan kewangan bersama amat penting untuk kebaikan masa depan. Kiteorg pun buat satu majlis secara sederhana (sesuai la kan background family pun orang biasa2). semua bayaran dalam bentuk cash hasil penat lelah sendiri, control ccris rekod etc. Alhamdulillah walaupun bermula lewat, dalam jangka masa 5 tahun perkahwinan, kami sudah mempunyai 2 rumah untuk aset, investment dan kereta yang boleh dikatakan mampu milik bagi golongan muda yg mempunyai impian tinggi. Nasihat kepada anak2 muda sekiranya ada terbaca komen di sini; tak salah berimpian setinggi gunung. tapi kadangkala kita berpijaklah di bumi nyata... kaya tak semestinya bahagia sederhana tak semestinya tersiksa yg penting bahagia kekal hingga kehujung nyawa.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...