Monday, February 1, 2016

Synopsis The Revenant .

Hi

The Revenant. Cerita dia camni.

Pelakon utama is Leonardo De Caprio. Watak dia dalam movie ni sebagai Glass. Pecah kaca pecah gelas gitu. mihmih. Musim sejuk dah nak tiba, so kumpulan Glass ni dah pakat2 dah buru rusa untuk dapatkan bulu rusa and daging. Buat spare untuk musim sejuk , so nanti bulu and daging tu boleh lah jual and guna time sejuk tuh . Masa dah hampir settle ekspidisi buru rusa and dah siap2 packing dah bulu and daging tu…tetiba kumpulan Glass ni kena serang dengan puak Ree. Puak Ree ni macam orang asli kot, entah lah macam red indian pun ada. Tak pasti pasal tu. Puak Ree ni serang sebab nak rompak bulu rusa yang diorang dah siap2 buru tu. Jahat gila nak curi bulu rusa orang puihhhh.

Puak Ree ni dah janji dengan satu kumpulan Perancis ni, nak bagi bulu. Kira macam nak pertukaran lah ,”aku bagi kau bulu rusa ni , ko bagi kau kuda” .Puak Ree nk nak kuda sebab nak cari anak pompuan dia hilang, anak pompuan dia nama Pawoqa. So memang dah buat perjanjian, nak pertukaran camtu. So masa puak Ree serang kumpulan Glass ni ramai lah mati, kumpulan Glass dari 30 orang tinggal 9 orang je. 9 orang tu je berjaya lari and naik bot cepat2. Puak Ree ni syak kumpulan Glass ni yang culik anak dia Pawoqa , tu yang dia serang kaw kaw tu. 

So tinggal lah 9 orang , kumpulan Glass ni lari naik bot. Then dalam bot, Glass suarakan pendapat …”kita patut hanyutkan bot ni sebab kalau kita naik bot ni lagi senang puak Ree nak serang hendap kita dari dalam hutan” . Dah la depa puak Ree ni pakai senjata anak panah tu, sekali cucuk mati. So sebulat suara setuju, ‘ok kita hanyutkan je bot ni acah2 macam kita dah mati lemas sebab air deras pun” ..so diorang plan nak balik ke pengkalan/ kampung diorang jalan kaki je ikut jalan hutan walaupun jauh sikit. Tapi dalam group tu ada sorang la nama Fritzgerald tak setuju sebab lambat la nak jalan pun, dah tu nak jalan sambil angkut balance bulu rusa tu cemana, berat gila kot. Fritzgerald ni memang tak puas hati la dengan Glass ni sebab bagi idea camtu, sekali dengan anak Glass kena tempias. Dalam cerita ni, Glass ada sorang anak laki nama Hawk, umur dalam 18 tahun kot. Glass dulu kahwin dengan orang mcm red indian rasanya, tak pasti la puak apa tapi bini dia bukan orang putih macam dia so muka anak  dia Hawk ni macam bini dia, orang asli camtu. Bini Glass ni dah mati dah masa kampung diorang kena bakar dulu.Tinggal la dia dengan anak dia Hawk tu. Muka anak dia serupa bini dia la. 


Glass and blakang Fizgerald.


Dalam duk gaduh2 tu, akhirnya captain kumpulan tu backup la Glass sebab betul pun apa yang Glass cakap tu. Dari naik bot acah nak cepat sampai nanti akhirnya mati kena serang hendap dengan puak Ree. Diorang pun mula la masuk hutan and sorok bulu rusa tu, sorok and simpan kat ceruk hutan. diorang plan nak balik pengkalan/kampung dulu then nanti datang dengan bantuan sebab kalau nak jalan sambil angkut bulu rusa tu memang penat la , berat gila bulu rusa tu.

Lepas dah settle sorok bulu rusa tu, diorang pun jalan lah then rehat satu malam dalam hutan. Bila dah pagi, semua ahli kumpulan Glass tu masih tidur rehat lah, Glass pulak pi masuk hutan saja tengok2 dalam hutan. Sekali tengah tengok2 tetiba nampak mak beruang dengan anak2 beruang tengah jalan2, tengah window shopping grocery agaknya dalam hutan tuh ekekke. Sekali Glass kena serang dengan mak beruang tu. Gila ganas, 3 round pulak tu kena serang. Memang lunyai la Glass , siap kaki dia kena patahkan dek beruang tu package dengan cakar2 satu badan. Luka sana sini, siap tekak dia kena cakar skali. Rasa cam bocor je, kalau telan air mau air keluar balik dari tengkuk tuh. T_T . Geli tengok scene darah2 ni darah period takpe.haha

Beruang sedang atttack Glass.


Then masa tengah gila kena serang tu, Glass sempat la capai pisau dia dari poket and tikam beruang tu bertubi2 sampai mati. Tapi masa beruang tu mati, keadaan Glass pun dah parah gila dah. Sana sini patah dah, xde sape pun dengar. Then dah beberapa ketika, kumpulan Glass ni pun masuk hutan cari sebab dah lama Glass keluar pun plus maybe dia dengar bunyi das tembakan masa Glass nak cuba tembak beruang tuh. Time diorang jumpa Glass pun, dah teruk gila and mayat beruang tu siap hempap atas Glass tu.


Sana sini kena jahit.Nasib baik salah sorang ahli kumpulan Glass tu ada captain tu memang ada ilmu sikit la pasal doktor2 ni so tahu la jahit2 setakat jahitan kia tu boleh lah mihmih. So bahagian mana yang kena cakar and bleeding tak henti tu memang terpaksa la jahit. Glass koma jap sampai tahap takleh bercakap sebab teruk gila kot beruang tu serang.  Paling seriau masa dia nak jahit bahagian tekak tengkuk Glass tu eeee goli den. Glass memang takleh berdiri pun, so terbaring jela terpaksa kumpulan dia usung dia.

Lepas settle , diorang pun teruskan perjalanan sambil usung Glass atas papan kayu. Tapi perjalanan tu jadi mencabar la sebab dah la ikut jalan hutan, dengan nak redah sungai semua…sambil nak usung Glass.? Fritzgerald apa lagi, merungut2 tak sudah la and bagi idea “apa kata kita bunuh je Glass ni lagipun dia nampak tenat dah, maybe tak boleh hidup dah ni” tapi ahli kumpulan lain naik angin la. Takleh gitu, bakpe hati busuk sangat mu ni Fritzgerald. Glass memang kuat semangat, kalau orang lain maybe dah mati kot tapi dia kuat kan semangat untuk hidup.

Then bila itme diorang nak naik cerun, lagi la payah nak naik cerun sambil nak usung Glass ? Tergolek2 jatuh la diorang, lagi la Fritzgerald tu merungut and terus keluarkan pistol cakap dah tak tahan la nak jalan jauh penat gini then nak usung Glass ni lagi. Tembak terus please. Tapi kumpulan lain tak setuju sebab rasa serba salah, tak baik la buat camtu. Tapi memang susah nak naik cerun sambil usung Glass. 

Then diorang capai kata sepakat, takpela kita pecah kepada dua group. Satu group teruskan perjalanan ke pengkalan and akan datang balik with bantuan, lagi satu group stay dalam hutan sambil jaga Glass tapi dengan syarat tak boleh bunuh Glass unless Glass yang mati sendiri and kebumikan  dengan cara bermaruah. Group kedua yang stay dalam hutan jaga Glass is anak Glass nama Hawk tu, Bridges and Fritzgerald jahat tu. diorang pun bermalam la dalam hutan tu berempat while group yang pertama tu pi balik pengkalan dulu.

Bila dah pagi tu, Bridges and Hawk pi la sungai nak minum air amik air sikit. Tinggal la Fritzgerald tu dengan Glass. Glass tu memang dah koma terbaring je, nak cakap pun tak boleh. Masa tinggal berdua je diorang, Fritzgerald ni cuba nak bunuh Glass ni sebab dia rasa Glass ni menyusahkan je dah nak mati tu mati jela. So dia tekup mulut Glass dengan kain nak bagi lemas, sekali masa dia nak lemaskan Glass tu,,,,anak Hawk sempat smapai masuk hutan balik and berjaya halang Fritzgerald tu “woi bakpe mu nak bunuh bapak aku !”

Then terjadi la pergaduhan , Fritzgerald tikan Hawk depan mata Glass tapi Glass takleh buat apa sebab dia tak boleh bangun pun, nak jerit suara pun tak larat. Glass sedih gila sebab dah la dia sayang gila kat bini dia then tu jela anak doa satu2 nya. Lepas Fritzgerald tikam Hawk sampai mati…Bridges balik masuk hutan and tanya Fritzgerald..”wey ko nampak Hawk tak ?” … Fritzgerald pun jawab “tak nampak. bukan dia dengan ko ke” padahal dia dah sedap bunuh orang tu sampai mati and sorok dah mayat tu. Bridges ni budak baik, jujur la dia pun taknak bunuh Glass tu sebab tak sampai hati. Fritzgerald ni awal2 lagi dah gali kubur Glass ni sebab dia memang nak Glass tu mati.

Then tak lama pastu , Fritzgerald cakap kat Bridges “aku nampak 20 orang puak Ree kat sungai !” .So Bridges ni cuak lah, takut kena bunuh dengan puak Ree , then cepat2 Bridges nak angkut Glass sekali then Fritzgerald kata “takyah angkut dia. ko ingat kita sempat lari ke kalau angkut Glass ni sekali. tanam jela lagipun takde sape tahu.Aku and kau je tahu !” . Bridges ni budak baik and tak sampai hati, Fritzgerald terus tarik Glass kasar2 yang tengah koma tu terus masuk dalam lubang kubur yang dia dah gali awal2 tu. Terus nak kambus dengan tanah then smabil tu Bridges halang lah “wey mana leh buat camni woih!”.. Fritzgerald jawab sukahati kau la, yang aku tahu ada puak Ree kat bawah tu tengah cari kita. Bridges cuak then terus lari sekali ikut Fritzgerald tapi sebelum lari tu dia sempat la tinggal kan botol air dia kat Glass dalam lubang tanah tu.

Bridges . entah eja betul ke tak.



Tinggal la Glass sorang2. Entah camne Glass rasa sedih, campur rasa marah dekat Fritzgerald pasal dia bunuh anak dia…dia boleh kuatkan semangat angkat badan dia bawak kuar dari lubang yang Fritzgerald tanam dia tu, seret2 kaki pergi cari mayat anak dia sebab dia nak cium anak dia. Sian Glass, masa tu sedih gila lah. Macam hubungan kasih bapak dengan anak la. Bini Glass selalu pesan dulu..

Selagi bernyawa, bertarung lagi.

So Glass lagi semangat la bila ingat pesan bini dia. dia pun seret2 la badan ni guna tangan masuk dalam hutan. Japg penat, pengsan jap pastu pasang api jap. Pastu sambung jalan lagi seret lagi badan pastu pengsan balik, makan pun rumpai2 tepi batu rumput2 gitu je. Dia mampu seret2 je sebab kaki dia patah teruk. Then ada satu time Glass tengah lepak kat tepi batu tetiba dia dengar macam ada orang..nampak macam puak Ree. Sekali tengah dia menyorok , puak Ree tu nampak dia and cuba nak panah dia la.Glass cepat2 lari masuk dalam air and biar air hanyutkan dia. Masa dia tengah hanyut tu air deras gila, tetiba miracle gila dia boleh ayun2 kaki dia untuk berenang. So dari situ la terapi sikit2 kaki dia. Hanyut dek air sampai la kat tepi sungai tu , terus dia settle down and baring tepi sungai tu pasang api.

masa hanyut tu.


Sampai satu malam ni dia tengah tidur kat tepi sungai tu, tetiba dia bau macam api. And dia tengok la, then nampak ada satu laki ni tengah ratah daging kerbau ke apa binatang im not sure la haha. Tapi tengah ratah daging mentah la, then Glass beranikan diri datang dekat “bak sikit” ..Glass pun lapar gila dah bpe minggu kot xdpt makan daging. apa entah nama laki yang tengah ratah tu, nama dia Abu je la ek. Abu ni mula2 nak serang Glass then Glass tunjuk la yang dia tengah cedera, nak makan daging sikit. Then Abu ni pun bagi la. Glass boleh makan sampai tertidur dia atas ais. Cerita ni, dah musim sejuk dah..musim sejuk yang extreme gila .


So esok pagi tu Abu kejut Glass and nampak luka Glass ..teruk gila so Abu ni nak tolong Glass la. Dia ajak Glass naik kuda skali dengan dia. Abu ni pun habis penduduk kampung dia kena bunuh, dia sorang je survive. So Glass pun follow je la Abu ni , then sampai satu tempat ni Abu buat kan rumah kecik untuk rawat Glass ni. Sebab Glass ni cedera parah, so kena banyak rehat at least kena tidur lama la kasi badan rest.Then tengah pengsan tertidur, Glass terjaga. Dia pun cari2 la Abu ni mana tetiba nampak Abu ni tergantung kat pokok. Bukan bunuh diri rasanya tapi  kumpulan Perancis yang bunuh.

Sebab tak jauh dari mayat Abu tergantung tu, ada pengkalan kumpulan Perancis tu tengah enjoy mabuk2 buat bachelor party ke apa entah. So Glass ni menyeludup lah gi masuk sana nak curi kuda . Actually bukan curi kuda, tapi kuda yang Abu punya kumpulan perancis tu amik rasa nya . Masa Glass tengah nak cuti kuda tu tetiba dia nampak satu pompuan macam puak Ree la. Rupanya Pawoqa si anak perempuan puak Ree yang diorang duk cari sana sini tu kumpulan Perancis ni yang culik. Konon2 je kawteam dengan puak Ree buat sistem barter nak tukar bulu rusa tuh padahal dia yang culik Pawoqa tu.

Buat jadi hamba sex sesuak hati dia je. Masa Glass tengah nak curi kuda tu, ketua group Perancis tu tengah on the way nak merogol Pawoqa ni so Glass dari blakang senyap2 acu pisau kat ketua Perancis tu and pass Pawoqa pisau tu. Lalu Pawoqa memotong yang sepatutnya dipotong aduii. 

Terus Glass lari naik kuda, tertinggal botol air dia yang Bridges kasi masa Bridges sebelum ikut Fizgerald lari tu. Tu yang orang Perancis dapat jejak Glass tu sebab seingat Bridges last time botol air tu dia kasi kat Glass.  Kiranya Glass masih hidup la. Bila botol air sampai je kat pengkalan captain Glass ni , Fizgerald muka cuak la sebab Glass hidup lagi . Nanti Glass buka la rahsia apa yang sebenarnya berlaku and Fizgerald akan kena hukum gantung sebab tak amanah. Bridges dari awal sampai akhir dia bad mood je sebab serba salah kat Glass. Even duit ganjaran pun Bridges tak amik sebab dia serba salah kat Glass. 


Panjangnya, boleh tak i terus ending je ? hahaa

Fizgerald tahu je Glass hidup dia terus lari sebab nak avoid dari hukum gantung. Kumpulan Glass terus bawak Glass pergi balik untuk berubat tapi Glass kata kat captain dia, dia nak jejak Fizgerald nak balas dendam balik sebab dia bunuh satu2nya anak dia. So depa pun pi la masuk hutan tapi captain tu mati kena tembak dengan Fizgerald.

Akhir sekali, cari punya cari dalam hutan tu dengan sejuknya cuaca, Glass dapat cari Fizgerald. Lawan punya lawan , tikam sana tikam sini kapak sana kapak sini, akhirnya Glass ada peluang nak tikam Fizgerald macam mana Fizgerald tikam anak dia haritu. Tapi masa nak tikam tu, dia teringat bini dia pesan “bukan kita yang menghukum”. Dan dan masa dia tak jadi tikam tu, puak Ree datang dengan konco2 dia naik kuda. Pawoqa dah bagitau semua benda kat bapak dia, yang sebenarnya bukan kumpulan Glass ni yang culik dia…walhal kumpulan Perancis tu yang culik dia. Last sekali puak Ree bunuh Fizgerald. 

Itu je. 

Panjang gila haha tapi cerita dia best la. patut tengok. Maaf la nama semua dah lari ejaan segala haaahaa . tapi gitu la jalan cerita dia. Gambar dia semua cantik.

Kita ni kalau takat lapar tak cukup duit nk makan Secret Recipe, sila tengok cite ni  . Dari kisah benar kan cite ni. 

10 over 10 lah.


Fizgerald, Tom Hardy rupanya. terus rasa tak jadi nak marah ekekkekee

























23 comments :

  1. haha.xyh tengok dah la. dah tau cte dah..

    ReplyDelete
  2. actually watched the movie. mmg sangat intrigued & menarik juga crita dia cuma ada certain part tu yg cencor sikit... && sebab malas nk tau actors dia, hari ni baru tau pelakon dia actually Leonardo haha.

    ReplyDelete
  3. mmg nk kne donlod ni....jenuh bca smpi hbs hihi

    ReplyDelete
  4. Pelik betul. Dah tau fiz tu nak bunuh glass, nape tinggal fiz ngan glass dlm hutan. Tak logik betul. Hahahs..

    ReplyDelete
    Replies
    1. actually captain a.k.a ketua dlm grup Glass tu ckp akan bg ganjaran kt sesape yg willing nk jaga si Glass tu dlm hutan.tu pasal si fiZ volunteer konon2' nk jaga si Glass tu

      Delete
    2. actually captain a.k.a ketua dlm group Glass tu janji akn bg rewards kt sape2'yg willing nk stay jaga si Glass dlm utan. dats why la si Fiz volunteer konon2'nk jage si Glass..

      Delete
    3. lgpn yg lain smua x snggup nk stay huhu

      Delete
  5. amaigadddd..baca 3 perenggan prtame je.lepas tu surrender dah,pnjang bebenor!haha..

    ReplyDelete
  6. Ala, haritu ingatkan cerita ni macam tak best, jadi tak la pegi tengok.


    Jemput baca: http://nurulzayani.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. Nameeeeee rajinya karang balik cerita. Iday nak baca, tapi tunggu tengok dulu. ni memang spoiler habis ni. Hahahahaha

    ReplyDelete
  8. Haha... xyah gi cinema dah... nsib plakon dia gempak2

    ReplyDelete
  9. Hahaha...kalau msk story telling ni confirm menang namee..

    ReplyDelete
  10. hmmm..kena ajak en suami gi tengok ni..

    ReplyDelete
  11. bab nama Abu tu sgt xleh tahan.. rs nak g tengok sgt ni sbb nk tau cmne rupa Abu itu hehehheeh

    ReplyDelete
  12. mmg details sgt nih..bab Abu tu yg xleh tahan.. cam nk g tengok serta merta je cite ni semata2 nk tgok rupa Abu ituuu hehhehheeh

    ReplyDelete
  13. Menarik sipnosis sis. Lengkap. Dah boleh bayang dah apa yang berlaku. Heheh.

    http://angellovesoldier.blogspot.com/

    ReplyDelete
  14. mmg wajib tgk lepas ni..hehehe
    follow me back
    http://nuruleimanhikmah.blogspot.my/

    ReplyDelete
  15. thank you for writing this summary. mmg enjoy!

    ReplyDelete
  16. Adoi baca sinopsis kat wikipedia sudaa haha

    ReplyDelete
  17. Bes plak cite die nih. Xthn de dialog ganu jgk tu

    ReplyDelete
  18. Bestnyaaa cara Namee sampaikan cerita ni... rasa mcm tgh mnntn wyg tu melalui pembacaan entry Namee ni.

    ReplyDelete
  19. mmg awesome movie ni.no wonder byk menang award. t daa keluar dvd kene carik laa.hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...