Thursday, March 24, 2016

Bibik Job Scope

Hi

Hahaa, bibik ni kira macam perempuan simpanan i lah. Job scope tu tak tetap, semua benda la dia buat. Mengemas pun ye, jaga anak pun ye, as a runner pun ye. Time i busy sangat tu, memang dia tengok and main2 dengan budak2 ni je kat bawah while i terperuk dalam office ( office ke ) tongkang pecah stor hahah . Ya la walaupun dah ada staff yg uruskan order and all tapi yang buat marketing i juga maaa, then kerja blog. So time busy tu, bibik la kena jaga diorang dari pagi sampai petang. I cakap kt bibik, tengok anak je kalau tak sempat buat kerja rumah takyah buat. 

Kalau time bibik kena jaga budak , memang i x kasi bibik buat kerja lain sebab i xnak dia stress. Nanti stress anak i jadi mangsa kan. hehhh. Suh main2 je dengan Adam n Noah walaupun kadang2 bibik ni ajaran sesat je kat anak i hahaa. Haritu intai bibik dari tangga tengah bacakan buku kat Adam, gambar buah oren, "iya bola ini bola " . Sabo jela haha bibik ni tak berapa pandai baca tapi pandai buat kerja. Tak apa lah, even umur dia pun dia xtau berapa. Dia kata dia xde surat beranak. I agak cam 55 tahun kot umur dia. 

Dulu Adam xnak dengan bibik, skang ok dah. alhamdulillah. Bila lama sangat i terperuk kat atas buat kerja then dah petang turun ke bawah rasa macam artis pulak sebab Adam and Noah lari2 nak sambut i dari tangga. hahaa. meletops sangat perasaan tu uols , macam ramai peminat uolss. hahaa. 

Noah tu kalau datang perangai nak dukung tu , mmg dukung jela. Manja.  Awal2 memang i ajar bibik cara main mainan dengan Adam and Noah. Sedih jugak, Dilemma mommies working from home tu la...sebenarnya 'working from home' ni tak wujud pun. Samada buat tengah malam atau commited kerja working hours jugak. Time i banyak kerja tu memang buat keras hati la dari kul 8 tu dah naik atas terperuk. Japg turun jap mandikan diorang n suap makan then i naik balik. Flexible tapi still perlukan waktu untuk buat kerja. 

Time i mandikan budak2 ni pulak, awal2 bibik dah standby sediakan pampers baju lotion semua, then tercegat depan pintu toilet nak bagi towel. Senang. Jadi runner. Kalau i nak tidurkan baby2 ni, at least i boleh minta bibik layan Adam dulu while i settle Noah. Yang paling best, bila i kelam kabut buat kerja kira stok kotak semua dah terabur terabur dalam bilik , bibik susun2 kejap je dah kemas balik bilik stok. ihihihiihihi ahkak suka . Lipat kotak, susun stok. 

So rasa RM1500 tu , kira2 duit minyak anta amik dia, duit makan dia ada lah dalam RM2000. Berbaloi juga lah untuk kerja bibik yang pelbagai ni ekkekek.

Skang plak dah ada job scope baru, fashion advisor..

Sebelum i keluar rumah tu dah mula dah kritik2..tak cantik lah kasut ni...kok warnanya gini tak sesuai sama ini itu...eh ehhh sukahati je eh . Tapi dalam pada yang sama i maintain garang je dengan bibik ni. hehhh. Mudahan kerja lama lah. Sebab i cam malas nak berkenalan dengan orang baru hahahh

Cam risau kot la kita baik sangat nanti dia buat hal kita frust. T_T



Skang bibik dah pandai flatlay tau jangan main2. ekekke. Kalau i ootd pun suh dia snap kan. 









15 comments :

  1. Moga bibik tersebut bekerja dengan baik dan dapat kekal lama bekerja dengan Namee.. ;)

    ReplyDelete
  2. heheh mak i pun suka mcm tu. padahal benda lain , dia ckp benda lain. sbb mak i malas nak explain pepanjang -__- risau i kalau sampai besar anak i akan ingat apa yg nanny dia ajar. wahduhhh

    ReplyDelete
  3. InshaAllah berkekalan, betul perlu akan dipermudahkan, serasi dengan anak-anak Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  4. Hehehehe bagus namee layan bibik tu, harap2 dia pon lama and selesa kerja dengan nameee. Hehehehe kalau bibik pandai baca, dah lama buka blog namee ni. Hehehehe :p

    ReplyDelete
  5. kalau dpt bibik yang baik dan serasi, memang best la!

    ReplyDelete
  6. hehe comel gelagat namee dgn bibik.

    Part mandi n bibik bawa towel tu sbijik cm ika n asben.

    Kalau asben mandikan Adra, kite siap2 letak diapers,baju lotion semua sbb kang klu ayahnya yg pilih, matilanakkk baju lain sluo lain. Hahahaha. Pastu tggu nak bg towel. hehehe.

    SMoga dipermudahkan urusan Namee dan smoga bibik kerja baik2 aja. Untung bbik tau dpt boss mcm namee. Baik hati.

    ReplyDelete
  7. comel je bibik masa komen pasal fesyen tu. selain kemas rumah, dia pndai bab fesyen maybe..harap2 bibik ni jenis baik, x buat hal..aminnn

    ReplyDelete
  8. Bibik itu orang gaji kan..memang best kalau da orang gaji

    ReplyDelete
    Replies
    1. bibik tu dalam bahasa jawa, bermaksud "makcik" kadang orang panggil tan-ter. eh betul ke ejaannya... hahahaa

      Delete
  9. semoga maid sis tak buat peragai. amin!

    ReplyDelete
  10. Malas nak berkenalan dgn org baru tu, sama mcm akak juga. Rasanya itu mmg ciri2 org setia kot. Heheh.

    ReplyDelete
  11. baca tajuk je dah geli hati haha...bibik oh bibik!

    ReplyDelete
  12. wahh.. bagusnya cara nami layan bibik :) hopefully bibik tu okay je lah ek =D

    ReplyDelete
  13. I cuti maternity, lepas habis pantang nak buat kerja ala-ala work from home mom. Nak makan,mandi,membuang pun struggle, apatah lagi nak kerja.. memang kena jadi zombie. istilah work from home mom mmg tak patut wujud. I faham ur point. Sobsob...

    ReplyDelete
  14. Hi Namee, I like your story. Boleh tak nak tahu katmana agensi bibik yg okay? I tgh survey cari2 bibik tp tak jumpe yg bersesuaian. Boleh tak you share?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...