Monday, March 14, 2016

Dunia Blog

Hi

I rasa macam kejap je dah nak masuk 5 tahun umur blog ni. Taknak la ingat awal2 blog dulu, poyo gila. Annoying dengan diri sendiri hahaa. Kalau tengah sembang dengan Cik epal pun saja je ungkit2 kisah dulu pastu masing "eh takyah sebut la dulu2 hahah" . Masing2  cam annoying dengan zaman dulu. I mula blog pun dulu tak tahu lah kenapa, masa tu baru habis degree so cam taknak kerja kat firm. Kerja kejap je pastu resign. Menganggur jela, fikir nak buat business je atau kerja online. Apa2 kerja la asal online sebab jenis tak suka keluar rumah. Those were the days, best nya tidur bangun kul 2 petang.  hahaa, skang jangan harap la nak bangun lambat. Skang i terpaksa ubah waktu kerja ke pukul 430 pagi so that semua kerja dapat disiapkan. Tahajud skali tu yang bagus tu minta ke arah lebih baik and lapang hati. 

Serious cepat masa berlalu Tadi i bangun kul 430 , skang dah kul 7. gulpp. dulu masa awal blog, i tahu nak tulis pasal apa, blurr je. Kenal Hanis Zalikha pun masa i mula kenal blog, dulu duk dengar orang sebut2 je masa zaman belajar dulu. Skang dah jadi artis dah siap ngandung dah, pantas je masa. Masa awal2 tulis blog, mula2 tulis sikit pasal diri sendiri, alah tulis produk la tips la poyo je mihmih pastu lama2 rasa tak selesa plak sebab blog kan macam luas kan. Bila family google2 nak stalk tu lagi la rasa tak suka sebab i blocked semua family kat facebook hahaaa. 

So i hide balik semua muka2 and gambar i. I ni macam mysterious kot, habis semua makcik2 nak google and stalk pasal risau la. So agaknya depa nak check la kot i pi club ke kaki ketum ke apa. Takde lam seumur hidup i xde la buat benda2 yang jahat sangat. Takat ponteng kelas camtu jela. Masa tu blog takde view pun hahaa. Traffic cam belas2 je. 

Then pastu xtau nak tulis apa kt blog. Then i tanya adik i, blog ni untuk apa. Then dia kata macam diary, tulis la diary hidup seharian. Oh yeke, tapi masalah hari2 i melepak dalam rumah je diary ape benda nya tu hari2 cerita bangun kul 2 makan kul 4, minum Milo kul 5 . Diri sendiri baca pun rasa tak menarik apa lagi orang lain nak baca hahahh. Tapi i suka tulis pasal relationship. so sikit2 muka tulis, siap lukis2 cartoon la edit2 . entah apa2 entah bila fikir balik. mihmih. 

I banyak sorok diri je i maluuuu. Kalau letak gambar pun, i letak gambar2 i yang acah2 tersorok dari sudut tepi ke. Sampai orang kata i ni fake la. Kiranya curi gambar orang lain, then claim diri sendiri. Siap suruh buktikan diri i sebenar wanita. Sebab before ni banyak je dalam dunia blog ni ada orang fake fake ni. Yang hot i tahu orang duk cerita kat i dulu pasal Fida Aisyah ke apa, konon blaja kat Aussie la, pandai lukis pandai main gitar la memang macam wanita idaman semalaya lah. 

Tapi penulisan dia best macam novel, orang suka baca la sebab tu dia famous cuma yang silapnya dia fake and curi gambar orang. Rupanya makcik umur 40 tahun. Tak tahu lah sebab zaman Fida Aisyah tu i tak buat blog lagi. Itupun tahu pasal kes Fida Aisyah tu bila orang duk tuduh i ni lelaki, then diorang buka cerita pasal Fida tu, entah ler. Takpela fake pun, tapi tulis best. Apa ada hal kan, as long as bagi benefit kat orang. Orang suka jalan cerita walaupun kisah yang fake ekekke.  Ala sama la macam drama2 tv tu, kisah yang best tapi dilakonkan oleh pelakon maaa.

I tulis memang takde view sangat pun, tulis suka2 je pasal relationship tips poyo je semua inii. Then time dah nak kahwin, i happy sangat masa my mum restu my relationship. Memang happy sangat lah then terus rasa nak share cerita kat blog. Masa tu first time la i share kisah personal kat blog. Masa mula2 nak tulis tu cam laju je taip, excited nak tulis maybe sebab happy sangat agaknya mehhh. Lupa diri jao, terus sasau ! Pastu masa tu first time la i letak muka betul2 kat blog. Selfie pun taktahu , masa zaman nokia cikai2 ja. Tiba2 start time tu la traffic blog tiba2 mencanak. Omaih Isham pun kena tempias tetiba bini2 captain,  kawan dia semua ada baca. Reader blog ni sampai umur 50 tahun pun ada. Mekasih kak sudi baca, mihmih.

Zaman skang ni zaman viral. Apa2 cerita cepat je viral. Tengok kenapa tetiba view tinggi sangat ni. Tak pernah2 cecah ribu view tetiba cecah ribu. Dah cuak dah tapi since then i dah natural dah tulis blog. I tak faham pun blog ni pasal apa sebenarnya, bila dah first time tulis dari hati then baru faham apa maksud blogging ni. Macam memory je sebenarnya. Skang memory anak pulak. Payah juga bila zaman dah canggih, camera dah canggih tak pakai kodak dah so takde keperluan untuk wajib pi cuci gambar sebab skang snap je memang dah boleh terus tengok gambar. Cumanya bila hp rosak lah, habis semuaa !

Tak tahu la sampai bila akan berblog, tapi terima kasih kat siapa2 yang sudi baca. Minta maap banyak cheq ni tulis merapu meraban je. Naik segan jugak bila terjumpa reader kat mana2 then diorang excited cakap "ehhh kita slalu baca blog awak!" . Sebab i tahu i tulis ngarut dah tak bawak faeda lagho semua ni. Skang kalau nak update, segan nak update so selalu cari tips2 je nak share. ekekke masalahnya bila tulis pasal tips view pun tak setinggi kisah personal . Why meh. Tapi akan terus share perkara yang baik2 dan beri manfaat kat hangpa naa. Minta maaf  kalau ada terkasar bahasa ke apa. 

5 tahun dah umur blog ni. Umur penulis pun udah ditambah lagi 5 tahun. eh lambat lagi nak 30 tahun. Muda lagi ekekekke.

Terima kasih. 


Ini semua poyooooo ! hahaa . banner 2012 sampai 2014 kalau tak silap. 









15 comments :

  1. Hehehe,tak sangka kan kejap je masa berlalu.. Apa apa pun org masih ingat lagi zaman mula mula namee berblogging.

    Malu nak tunjuk muka katanya..hehe

    Tapi skrg zaman dh berubah, sejak ada anak rezeki tu pun datang banyak. Alhamdulillah..


    www.mejuez.com


    wanz mejuez

    ReplyDelete
  2. pantas masa berlalu..

    teruskan berblog k.Namee..Cik Wawa berblog since 2010 tp xdop pape prubahan.. Y_Y

    ReplyDelete
  3. kejap je kan dah 5 tahun..
    suka baca blog ni walaupun kadang-kadang tu sempoi je.. tu yang best tu.. santai je baca..

    keep it up kak Namee!

    ReplyDelete
  4. hahaha. tau xpe. ni pon sy bru start blogging balik sbb dah habis study. Kenal vivy yusof, kenal hanis before dorg famous lagi. how time flies. xiaxue pon, baby siap dah besar. HOW TIME FLIES! Syok sbenarnya blogging ni. Tgk improvement about life to be inspired. LOL.

    ReplyDelete
  5. Suka baca blog namee.very humble blog.cerita ttg kehidupan dan anak2. cerita ttg kehidupan rakyat jelata.bukan mcm blog cinderella yg suka cerita ttg handbag gucci prada,kasut jimmy choo,baju jovian,kereta bmw dan sebagainya.keep writing and share you story namee!!

    ReplyDelete
  6. suka baca blog namee :) keep up the good work!

    ReplyDelete
  7. Kite knal namee dr segemn bang ben. Komen first pasal album kawen akk namee. Masa tu smpat lg tgok slaid namee ngn isham hihiiii

    ReplyDelete
  8. kita singgah kat blog akak pun sebab akak sharekan cara untuk putihkan kulit..since dari tu sampai sekarang sentiasa baca blog akak...teruskan menulis k..

    ReplyDelete
  9. I baru start blog.. A newbie I am but I'm one of your fan too. Suka baca. ❤️

    ReplyDelete
  10. Hihi suka la blog akak sebab funny gituuu hahaha btw happy 5th anniversary kak namee love you and your blog

    ReplyDelete
  11. Dah 5 tahun rupenye kau berblog.
    dari bujang sampai anak dua ye dak.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...