Tuesday, March 1, 2016

Noah Mana ?

Hi

Bila ada urusan luar, memang nak kena arrange betul2 lah..siapa akan tengokkan Adam and Noah. Sampai skang tak berani nak hantar pengasuh sana sini kes dera aishhh i akan sakit jiwa seumur hidup kalau apa2 jadi kat Adam and Noah. Selalu memang i hantar Adam and Noah kat rumah my mum, minta adik2 tengokkan. Kira upah la satu kepala RM50. Adam bernilai RM50 , Noah bernilai RM50 ekekekke lelong lelong. So satu hari if i kerja luar RM100 la kena spent untuk jenguk babies ni.

Cumanya problem kalau tetiba i ada kerja luar, then adik2 i takde. Skang ok la pasal yang adik bawah i tengah cuti sem, tak lama lagi adik pompuan yang lagi satu pulak dah nak masuk U ..ni kat rumah tengah tunggu result SPM lah ni. Contoh haritu, i kena jumpa my blog manager then salah sorang adik tak free pulak. Tinggal la sorang adik pompuan kat rumah , plus kan i ada adik lelaki autism so susah sikit la kalau dia nak handle dua orang. Nanti nak handle anak i lagi, and at the same time nak handle adik i Daniel yang autism tu.

Kes cenggini yang dilemma ni. Nak kena pilih anak mana yang nak bawak. Samada Noah atau Adam. Sebab i tak trust bibik kalau dia jaga dua orang, seriously bukan senang nak handle dua babies nak nak character Adam ni amukan ablasa je selalu sedang dalam fasa tantum. Kang orang dera pulak. Banyak kali dah Adam ngamuk kat rumah, then bibik xtau nak buat apa.

so bibik bagi je dia main tupperware biskut main2. Habis la semua biskut smua masuk angin. I tengok nak marah pun , em xpelah. Kang marah bibik, bila i kerja kat atas dia buat apa2 pulak kat anak i. T_T

Pernah sekali, gate tangga terbuka, dia biar je Adam panjat sampai ke atas. Kalau la Adam jatuh tergolek dari tangga macam mana. Berdarah kepala , berjahit ke. Hmm yg tu mmg i tegur la cakap jgn la biar anak saya buat benda bahaya. saya bayar bibik gaji tinggi, masa mula saya pesan apa...anak saya paling penting. 

Banyak la benda yang i rasa bahaya. Just because dia x reti nak handle Adam ngamuk so dia biar je sbb buntu nak buat apa. Sebab dia x tau nak handle macam mana. Tapi so far ok je bibik, cuma bab2 jaga budak jela i paranoid sikit. hehe

Bibik awal2 dah cakap, "kalau Noah tak apa, Adam saya takmau. Ngamuk terussss."

Awal2 dah warning taknak jaga , i plak terkedu . Bagi gaji mahal ke murah ke sama je. So kadang kalau kes macam ni, memang i bawak Adam lah sebab kang tinggal dengan bibik kena dera pulak. Noah terpaksa tinggal sebab Noah senang nak urus. Patut yang senang nak urus lah patut i bawak kan sebab nanti duk senyap je time i meeting. mehhh. Last2 bawak Adam sebab nanti kalau dia ngamuk2 kat rumah tendang2, takde la i risau sangat kot bibik buat apa2 kat dia ke.  

Tapi time bawak time i kerja pun huru hara jugak lah. Jap2 nak terbaring tengah2 jalan, jap2  buat badan kejung baring kat atas escalator. apa kehe la Adam. Biasa la sebab Adam kan tengah phase tantrum , so memang budak macam tu. 

Cumanya bila time nak pergi tu rasa sedih sangat tengok Noah jenguk dari tingkap. Bukan niat nak pilih kasih taknak bawak Noah tapi sebab Noah ni baik senang urus, semua orang willing to jaga Noah . 

Sedih tengok Noah jenguk dari tingkap ...





Ni first time tinggal. 2 jam lebih la. Lepas habis meeting terus pecut balik to Noah. hehe. Next time Noah ikut okay. Nak bawak gi Melaka, Adam punya turn tinggal tapi tinggal dengan makcik la. Kalau dengan bibik xtau la .risau. Bukan takut bibik dera tapi takut bibik ignore sampai dia benda merapu. 











17 comments :

  1. Lebih senang bila mengenali character anak anak ni kan. bila bibik bagitau mahu Noah tu saya pun rasa memilih nya macam nak marah juga haha tetapi bibik ni lebih baik ada dari tak da. Sedih juga dgn Noah inshaAllah ok

    ReplyDelete
  2. Alahaiii sedihnya tengok Noah tu.

    ReplyDelete
  3. Sian Noah kena tinggal. Siap jenguk kat tingkat. Fist tengok gambar atas, carik jugak mana Noah. Sekali sis Zoom kan. Okay da nampak da mana Noah. Hehe !

    ReplyDelete
  4. kalau pasal anak hati mesti rasa sayu kan...

    ReplyDelete
  5. alahaii sy pulak rasa sedih T.T

    good boy noah..tp cousin I pon ada jgk bdk tantrum mcm adam.sabar jela sbb dia suka mengamuk2 kalau tak nampak mama dia..sabar yea name!:)

    ReplyDelete
  6. pernah lalui phase ni anak setahun sorang ambik bibik dan adik yg tunggu result spm dok umah jaga sorang satu itu pun bibik dpt gaji boleh lari lps tu tk ambik bibik dh smpai anak dh besar baru ambik bibik semula pelikkan selalu org ambik utk jaga anak kecik tp kita sendiri blh rs level confident kita ngan bibik tu kat mana

    ReplyDelete
  7. kalau namee citer pasal noah atie selalu rasa sedih.....tambah plak tgk dia intai dari tingkap mcm tue...lagi sedih...waaaaaaa

    ReplyDelete
  8. PG yang baca pun sedih je noah ditinggalkan. tak pe syg. mama pergi kerja, kejap je :)

    ReplyDelete
  9. alaa sedihnya. I sedih bila nak tinggal anak pegi keje :( kalau dorang belum bangun okay la. tapi kalau dah bangun, si abang akan hulur tangan nak salam lah. cakap nak ikut lah. kekadang sampai dah jauh dgr dia jerit babai. adoi T_T

    ReplyDelete
  10. Tiba2 menitis air mata teringat anak kat rumah. Sekarang tengah kerja. Bila ye nak pukul 5 nie. Baby baru 2 bulan lebih dah kenal tinggal dengan pengasuh. Runtuh hati bila tengok dia pandang kita masa nak pergi kerja. huhu..

    ReplyDelete
  11. Mata berair tengok noah intai tepi tingkap :') fira tak de baby lagi baru kawen 3 bulan mood honeymoon lagi. tehee

    ReplyDelete
  12. maybe adam buat pernagai mcm tu sbb awal sgt dapat adik. die nak attention mama die sorg. mcm my case dulu, kena selalu bgth dkt the big brother, mama always love you, adik pun mama syg. just to give him the confirmation n kelegaan. hari2 ckp lps tu peluk. so that die x compete dgn adik for attention sbb kte mmg kn bg kat yg plg kecik. then lps tu, kn bwk pegi bersosial dgn budak sama baya, so that die tahu how he should behave.masuk playschool ke activity just nak lepas kan tantrum di jiwa. insyaAllah.

    ReplyDelete
  13. Takpe Noah.. tunggu turn g Melaka nanti ek.. hehehe.. ;)

    ReplyDelete
  14. bebegitulah bila anak ditinggal..rasa sayu hati

    ReplyDelete
  15. pendapat akk..yg berbibik dh dekat 8y,bibik yg sama dr 1st baby sehingga skrg dh 4 org anak..mmg kita akan rs cm nak marah bila dia sebut memilih untuk jaga siapa..tapi hakikatnya dia jujur dgn kita,rsnya lg elok dia ckp drpd x ckp langsung...selama 8y jugak,akk belum pernah tinggalkan kids bermalam dgn bibik/berhari2....ye paling2 pun 2 jam atau waktu bekerja..x bole jugak bg tahap kepercayaan sepenuhnya pd mereka kan..

    ReplyDelete
  16. mcm tu lah kan.ada anak..mcm anak shaz pulak , asyik nak bkepit je...kalau boleh die nak muka i ada depan die 24hrs..nak buang ayak besaq pun kena laju2..tak sempat nak.feeling2...haha

    ReplyDelete
  17. Baru perasan noah dekat situ sian noah.noah tunggu turn melaka plak

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...