Thursday, April 14, 2016

Makanan Ala Bendang

Hi

I bukan pan asian pun hahahhh tapi fav food western food. Selera memang totally beza with Isham hehhhh dia tekak makan melayu je. Sampai bila kita keluar berdua dating dari zaman  berkawan 2006 sampai now dah kahwin tahun 2016 , makan mesti tapau asing2 . Takpe laa tolerate, kata love forever ever after hahah. Tapi sebab i asyik makan western and benda2  cam lasagna steak la ape benda semua tu ...sampai tahap dah muak gila. Tetiba teringin makan makanan melayu pulak.

Melayu tulen tau ! Amik kau, sekali teringin terus makanan melayu kampung yang i teringin. Eh bukan ngidam ngandung lah haippp. Kang ada yang suruh i buat pregnancy test. 

So yeah, makanya sampai lah kami di Intekma Resort kebetulan sebab haritu nak pergi urusan kat Shah Alam. Sesat jap pergi makan kat Intekma Resort. Dapat tahu Intekma Resort ada menu baru makanan kampung A La Bendang Pendeta. Makan kampung melayu tulen omaihhhh this is what i wanttt. Murah pulak tu untuk dua orang makan. Tu yang terkejut juga lah. Nasi with lauk pauk dengan air sekali satu jug.

Ni set untuk dua orang makan. Serious sedap. Simple je makanan kampung. Actually untuk set ni boleh pilih nak lauk apa. 

Ada 3 choices..
1) Ayam kampung berlada
2) Siakap 3 rasa atau siakap goreng
3) Kambing bakar

So pilih la salah satu main lauk. I pilih lauk utama siakap tu so siakap goreng dengan sauce siakap tiga rasa. Dua dua boleh pulun.



Dalam set akan ada..

- ulam of course. kata makanan kampung . ( timun, tomato, kacang panjang , daun selom, ulam raja, kacang botol)
- tauhu
- telur masin
- ikan pekasam
- sup
- nasi putih
- keropok ikan
- sambal belacan
- sambal bendang

Minuman pilihan, samada nak limau kasturi atau ABC kelapa. Dua dua pun sedap so kalau makan kat sini memang kelaut lah order macam2. Dah takde pilihan2 lagi, dua dua taram nak . hahaaa





Tulis pun tak tahan . Sambil taip sambil tenung gambar lama2. Ikan siakap dia besar2, so Isham jenis suka ratah ikan, i pulak makan sikit2 letak sauce masak tiga rasa tu. 

Kata makan makanan melayu kena la sopan2 sikit chiaa chia chiaa. Jarang la dapat makan camni, so kalau nak makan ni i singgah Intekma je. Intekma ni dekat je dengan UITM Shah Alam kan ? Student2 sana takde singgah Intekma , makan lunch. 

in process gaining weight balik :(



Ni la dia ABC kelapa tu. terliur tak ? haha



Ni plak yang lauk ayam kampung. Semua side dishes sama cuma lauk utama je lain. Ni i cilok tengok meja orang sebelah punya. diorang pilih main lauk yang ayam kampung tu.



Tak puas hati lagi, order lagi air. Strawberry milkshake. Kat Intekma ni menu macam2. patut lah kalau company2 ke apa suka buat event kat sini. Boleh meeting sambil makan sedap2 kemain.


10 bintang i bagi ! Tengok la next week nak singgah lagi . Sendiri taip sendiri tak tahan. 

Korang kalau nk try boleh terus pergi Intekma Resort je atau call 

03-55225000

03-55225009












5 comments :

  1. Teruja tgok makanan tu semua..sedapnyaaaa...

    ReplyDelete
  2. Perghh namee. Nampak sedap gilesss.

    Namee apsal makan skit sangat hahahahahaha

    ReplyDelete
  3. hui sedapnya tgk gmbr, namee! ^^ kitorang family klau bulan puasa pun suka berbuka kat intekma (dulu la before kahwin. now dah kahwin tak duduk shah alam hihi). students situ makan kat seksyen 2. seksyen 2 harga mampu milik untuk pelajar :D

    ReplyDelete
  4. sedap nya Namee....portion pun nampak besar
    berapa harga satu hidangan tu Namee...mahal tak
    alamak terliur sudah...akak nak salahkan Namee sebab berjaya meracon diri ini

    ReplyDelete
  5. adess.. semua nampak sedap2. terliuq dah nie.. dah la kita ni memang suka lauk2 kampung ni. Aih.. kena singgah ni...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...