Tuesday, April 19, 2016

Resepi Chocolate Chip Cookies

Hi

Dah lama teringin chocolate chip cookies . Berkurun. Ni baru dapat buat. mehhh. Cookies ni i belajar dr aunt recipe dari US. Bila teringin baru buat yalaa nak buat selalu takde masa . Last time buat masa wedding haritu, acah2 nak buat untuk tetamu then buatlah beribu2 cookies siap ada yang lemau lah sebab nak buat cepat sangat haahaaa.Masuk balang cepat sangat memang lemau.


Simple je recipe cookies ni. Sedap , tak terlalu manis. Nak buat pun campak2 je, itu yang ahkak suka sangat mihmih. 





Bahan-bahan


- 2 buku butter

- 1 1/2 cawan gula putih

- 1 1/2 cawan  gula perang

- 1  sudu besar emplek


- 1 sudu besar esen vanilla

- 1 sudu kecik baking powder

- 3 biji telur kuning sahaja


1 cawan kacang ( additional je, xnak telak pun xpe. I tak letak kacang sebab my son Adam allergic to kacang)


- 5 cawan tepung


1 paket chocolate chip



STEP 1

- 2 buku butter

- 1 /1/2 cawan gula putih
- 1 1/2 cawan gula perang
- 3 biji telur kuning




Masukkan butter yang sudah lembut, bukan butter yang baru keluar dari peti ais tu jenuh lah  na kacau sampai sebati butter keras macam batu hahaa. Kacau je 3 bahan butter, 1 1/2 cawan gula putih , 1 1/2 cawan gula perang sampai sebati sampai gula2 tu dah hancur dan kembang ! Masukkan telur kuning.



kacau sampai sebati je dah. Takyah lebih2. 




STEP 2

Masukkan  1 sudu kecik baking powder

1  sudu besar emplek
1 sudu besar esen vanilla




Masukkan 1 sudu kecik baking powder, 1 sudu kecik emplek, 1 sudu besar esen vanilla dah gaul sampai sebati. Done, move kepada step 3.



STEP 3
masukkan1 cawan kacang

Masukkan 1 cawan kacang. Kacang ni sukahati la korang nak guna kacang apa. Ada banyak jenis kacang.


- badam

-gajus

I suka kacang yang simple je . Nak masuk 2 ke 3 jenis kacang pun takpe. Tapi i tak letak sebab Adam allergic to kacang. 





STEP 4


masukkan 5 cawan tepung . Satu persatu cawan .




Masukkan 5 cawan tepung , gaul sampai rata. Gaul guna tangan pun boleh. Kalau malas , guna la mesin mixer tu tapi masalahnya lepas dah settle tu malas nak cuci  mixer punya kepala tu kan berlekuk2 hahaaa .



Adam yang gaul niii. 





STEP 5

Masukkan 1 paket coklat chip




Last step masukkan chocolate chip. Chocolate chip ni paling last masuk. jangan masuk awal2 nanti hancur! Sepaket chocolate chip, takleh banyak2 sebab nanti cookies korang akan manis sangat. 



Adunan ni korang akan dapat dalam 200 biji cookies. 




STEP 6


Amik loyang, sapu butter. Then cuit cuit je size 10 sen tiap satu. MAcam kecik kan , tapi nanti dah bakar dia akan kembang. Then kecik2 camni akan jadi rangup and elok2 je masuk mulut  korang krap krup krap. Jangan cuit besar2 sebab nanti lambat masak and ada bahagian dalam yang lemau. 











Bakar. Panaskan oven dengan 250 darjah. Then oven dah panas betul2, masukkan loyang. Bakar dalam 15 to 20 minutes . Loyang pertama korang pantau2 dulu, agak dah warna perang...tu dah masak lah. Sebab oven lain2 so kadang lain masa masak tu. Mana tau oven canggih 1 saat je siap haha. 




Then wallah dah siap. Tak manis sangat, risiko kencing manis tak begitu tinggi hihihhhh.


Warna perang macam ni.dah masak. Then tunggu sejuk , baru masuk balang !

Senang je kan.

Toodles !









18 comments :

  1. Mudah dan nampak krup krup yummy..

    ReplyDelete
  2. Wah..pagi-pagi dah ada resepi, chocolate chips pulak tu <3 <3 <3

    ReplyDelete
  3. Nampak memang mudah ni. Nak cuba jugak. =)
    Tepung tu diayak dulu ke?

    ReplyDelete
  4. bestnya...boleh buat kudap-kudap..simple je senang buat..nanti ada lg resepi share k sis..

    ReplyDelete
  5. sedapnyaaaa, semua bahan dah ada, emplek pulak takde, kalau tak boleh buat dah petang ni.

    ReplyDelete
  6. nampak mudah la namee, dah macam choc chip famous amos dah gayanya

    ReplyDelete
  7. cookies always my pebretttt! :D kalau ada masa nanti nak cuba jugaklah. ada resepi red velvet cookies main campak tak? hihihihih

    ReplyDelete
  8. nampak senang je bt..tq share recipe

    ReplyDelete
  9. tang 1 saat dh siap bakar tu lawak la...hihihi..best2..nnt nk try la buat

    ReplyDelete
  10. hai namee..bestnya resepi campak2 cmni..i nk buat jgk la..thanks ya..
    tpi ade soalan:
    1 : emplek tu ape
    2 : seketol butter tu yg brapa gram..?

    ReplyDelete
  11. Lama dah tak pegang oven. Huhu. Tengok resepi termengidam pulak nak buat. Aduh..

    ReplyDelete
  12. Guna cawan yang mcmna ya? And emplek tu rupa dia cemana?

    ReplyDelete
  13. boleh buat untuk raya nanti..(tengah cari resepi biskut yang senang)=)

    ReplyDelete
  14. Waaa senang. Hujung minggu nak buat. Thanks Namee :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...