Friday, May 13, 2016

keyboard warrior.

Hi

Power betul keyboard warrior skang ni. Sian baca comment2 kat instagram pelakon Hafiz Roshdi tu. Kenal Hafiz tu pun pasal tiap kali i datang rumah my mom kul 7 mesti depa duk tengok cerita tunduk playboy tu. Tak ingat la apa tajuk dia tapi budak Hafiz tu berlakon lah. Baru2 ni budak Hafiz tu kahwin, ramai pertikai apesal bini dia tak lawa, tak semenggah. Kemain masing2. Selalu kalau orang yang jenis cakap2 belakang ngumpat2 belakang ni kita panggil pengecut kan ekekek tapi ni keyboard warrior yang tinggalkan negative comments guna acc social media sendiri siap terpampang profile picture muka sendiri , kira berani gagah perkasa betul lah. 

Benda ni bukan baru jadi. Time Jehan Miskin kawen dengan pompuan Korea pun sama juga. Siap ada orang tulis komen, kenapa muka isteri Jehan Miskin muka basic sangat , kan bini dia orang Korea kan. 'Basic' eh tak boleh blah perumpamaan , kiranya maksudnya 'basic' tu kosong la macam plain. Kan Korea kan ada yang mata kecik, hidung kecik, mulut kecik so tu la 'basic' maksud dia kot. Tapi taste kan lain2, macam korang sendiri pun ada taste2 yang tersendiri, ada yang suka jenis Kim Kardashian. 

Tapi i tanya je Isham, awak rasa Kim Kardashian ni hot ke besar lekuk2 sana sini...hahaa. Macam dia jenis suka pompuan plaine. Biasa, nampak kemas . yang terkeluar lekuk2 sangat x berkenan ekekek. See citarasa orang lain2 kot.  Ada yang suka laki yang jenis badan otot steroid ketul macam tak proportion tu, kahkah...ada yang suka kulit gelap. Taste lain2 kot, apa yang nak dipertikai nya. Apa benda lah. Kan taste lain2, kenapa nak pertikai. 

Dulu masa i mula2 nak kahwin , even orang terdekat pun smua siap hasut. Ko boleh cari yang handsome muda lah  . Padahal masa tu dah dekat wedding dah, ada la lagi 3 weeks nak kahwin. Orang taktahu apa benda yang buatkan i stay dengan husband ni. Cara dia layan tu, jauh pun tetap usaha contact. Kesungguhan. Walau tak jumpa 8 bulan dulu pun still ada effort nak contact hari2 setiap 30 minit ok. and of course our susah senang together naik turun sama sama. Sebut je apa sakit, tiba2 dah datang dengan minyak angin lah, minyak gamat lah. Takde kemewahan apa pun takpe, tapi nak jadi soulmate tuh. 


Susah senang orang kita xtahu. Dulu time Izzue Islam nak kahwin pun semua kata tak sesuai lah apa lah. Kenapa bini dia tu tua lah, nape pilih yang tua. Izzue Islam kan baby face katanya. Tapi Susah senang orang kita tak tahu. Macam kisah Izzue Islam, kan wife dia yang bersama dia susah senang dari masa dia kerja kedai restoran ke apa entah sampai la skang wife dia support dia jadi tulang belakang dia. Lawa je bini dia, cuma jenis tak bersolek je. Jenis simple takde lah gigih sangat nak makeup dengan bulu mata palsu semua. Muka tak makeup pun camtu, apa lagi kalau makeup. Kalah korang yang keyboard warrior ni. 


The power of makeup Terus terang la, i sendiri kalau tak makeup pun nampak matang jugak. Makeup pun nampak matang, tak makeup jd nenek kebayan terus. ekekekek. Calit sikit lipstick pun dah nampak seri seri berseri seri . Sama gak macam wife Hafiz tu, muka dia elok dah tapi orang compare dengan dunia artis, memang lah x sama . Mace mace mu nih. 


Yang pertikai ni mungkin dengki ke apa tak tahu lah. Pernah one time dulu iols minat kat Ashraf Sinclair tuh. Gigih la minat kan. Pan asian uols .Masa tahu dia bercinta dengan BCL tu terus rasa BCL tu eee tak lawa langsung. Padahal bukan tak lawa, hati ni yang jealous ekekke. MAsa tersebar gambar diorang bercium kat Bali tu lagi lah i is cannot ok, siap sorok suratkhabar tu taknak tengok ekekke. Tapi skang tak minat langsung dah Ashraf sinclair tu tetiba rasa BCL tu lawa pulak. ekekekke. Ni mainan hati je sebenornya ni. I dah merasai nya dulu ekekekke. Padahal lawa je BCL tu khenn. 


Salah satu sebab juga kenapa i tak share hal personal and husband sangat sebab golongan2 macam ni lah sebab yang i tahu Isham ni memang handsome masa muda cuma its a matter of age and weight je. Orang ejek2 edit2 gambar , tulis2  , i tahu and baca je. Tinggal komen kt blog suh husband mkn ubat kuat lah. Bila tengok muka yg tukang tulis komen pun lagi menyayat hati. 


By the way, hati2 lah kalau tulis on social media. Sebab i dulu pun selalu tulis ikut sukahati. Orang yang terasa, kita tak tahu. Pastu nak minta maaf macam mana ? Dulu i tulis mean sangat, kasar2 je tulis lepas2 je nak tulis apa. Nak sindir, tulis je. Tapi bila dah matang ni ekekek, lebih2 hati2 . Apa yang i tulis comment2 dulu dah tak ingat dah tetiba the person yang terasa dengan i tampil sendiri cakap dulu dia tak suka i sangat tapi bila dah kenal elok pulak perangai . See. T_T










22 comments :

  1. haaa...yaya setuju yang ni.serius...masing2 taste lain2 kan...mcm yaya taste yg gelap sikit...

    ReplyDelete
  2. Betul tu namee. Mainan hati semata2 padahal jealous kan. Iri hati tengok org lain. Huhuhu

    ReplyDelete
  3. betul tu namee, ain setuju tu semua mainan hati. hati orang pun memasing lain2 aokk :D

    ReplyDelete
  4. Kenapa kita pilih insan yg kita kita suka, hanya dlm hti kita yg tahu knp. Yg lain tak kn tahu. Event tkk pernah brjmpe pun kdng kala dpt mnjdi suami isteri yg pling bahagia.

    New Entri PROMOSI HARGA RUNTUH SHAWL Exclusive by Papaglamz

    ReplyDelete
  5. Well said Namee! Setuju sangat2!!! Keyboard warrior ni bila mengutuk tu macam tak ingat diorang pun nan hado jer kuikuikui

    ReplyDelete
  6. Lama tak komen kat sini...Tapi gitu lah manusia...mereka akan berkelakuan 'aneh lagi gila' bila mereka tak dapat nak jadi seperti kita dan tak dapat nak merasa bahagia seperti kita...

    ReplyDelete
  7. Keyboard warrior ni memang berani sungguh...sedap semendang je kutuk bini orang la laki orang la. Please pergi IKEA beli cermin tilik lubang hidung uolls sendiri.

    ReplyDelete
  8. Biasalah tu sis, manusiakan. Sekarang ni kalau nak share apa-apa kat media sosial pun kena pikir banyak kali sebab tak semua yang boleh terima..happy weekends sis.

    ReplyDelete
  9. tak faham dgn org macam tu. langsung main cakap je terus tak fikir apa-apa. konfiden betul diri sendiri dah perfect kot huhuhuu

    ReplyDelete
  10. kan... org yg komen tataw camne susah senang dorang bersama, kenapa si A terima si B yg dirasakan biasa2 je. Kadang-kadang kita stay dengan seseorang bkn sebab luaran dia, tp sbb effort dia. kesungguhan dia yg buat kita yakin utk terus stay dgn dia & yakin dia akan ada waktu kita susah dan senang :')

    ReplyDelete
  11. sesetengah manusia (kebanyakan tapi tak semua) nie suka pandang kecantikan... bagi pendapat diaorg yg cantik mesti (wajib) berpasangan dengan yang tampan, begitu jugak sebaliknya... sebab itu kalau tengok cerita kat tv/ movie atau cerita dlm novel pun macam tu.. hero & heroin cantik + tampan, barulah sepadan n pinang dibelah dua..tapi pada sayalah setiap org tu kan ada kecantikkan / ketampanan dan kelebihan yang tersendiri... tak perlu kowt nak perfect semua... janji dia memahami kita, sokong apa yang kita buat dan membahagiakan kita.. kira oklah tu... saya tak suka org yg jenis suka kutuk2 paras rupa dan fizikal org nie tak kisahlah secara berdepan atau umpat kat social media (keyboard warrior).. sebab kita semuakan makhluk ciptaan Allah SWT.. kalau dia kutuk2 rupa paras org tu, bermakna dia kutuk ciptaan Tuhan... semoga org begini diberikan hidayah..

    ReplyDelete
  12. well said namee...mmg lumrah camtu..dulu akak pas kawen upload pic kahwin kat fb..pastu ramai org tak kenal dok komen2 pic kawen tu..ckp hubby mcm2...kutuk2 pic mak2 sedara...last2 akak delete je semua photo kat fb tu..senang...hahaha...akak pun dah jarang update pape kat situ until at the end lepas stop jual2 barang kat fb, akak clean off friend list..yang betul2 friend akak je akak keep..yang lain semua unfriend..la ni dah bole upload pape yang akak suka..hahahahah...

    ReplyDelete
  13. setuju dengan Namee. cantik tu subjective. ada pmpuan suka lelaki jambu, tapi ada yang suka gelap sikit nampak macho. taste memasing kan. ala pompuan kalau tepek mekap pakai baju bergaya sikit kompem masuk kategori lawa punyalah, make up boleh ubat muka seseorang. biasalah kebanyakan orang definisi lawa ialah bulu mata 3 lapis, lipstic merah, blusher blablabla.

    hahah BCL tu kelaka. dia memang cantik ler =p

    dulu I dengan husband I pun selalu dikomen. I ni nampak macam kakak dia katanya. kuang ajo punya mulot. cis. Tapi I memang suka lelaki yang nampak muda belia pun. sampai skrg I dok bising tak bagi dia simpan janggut and misai. tapi dia nak jugak, baru nampak macam bapak anak 3 -_-

    ReplyDelete
  14. alahai namee..akk ni kawen dengan oku berkerusi roda. lagi macam2 orang kata. bila makin tua ni kita pun dah boleh persetankan cakap2 orang

    ReplyDelete
  15. Hahahah kadang org yg comment tu xde keje nak buat kot.. ignore je org cm tu xde mekdahnye

    ReplyDelete
  16. Yeayyy, memang ntah hape2 je keyboard warrior nie. Masing2 ada pilihan hati masing2.

    ReplyDelete
  17. Deme tu bajet warrior sangat..tu yang ikut sedap jari je nak menaip tu..

    ReplyDelete
  18. Org skrg smua nk ditype nye...kalo mata kita rasa x ngam ckp jela dlm hati..ini smua nk dizahirkan..x takut dpt byrn cash ke...ish ish ish

    ReplyDelete
  19. kita yg baca komen² diorg nih pon dah rasa terkesan, apa tah lg perasaan org yg diorg mengata tu.. hurm jenis mcm nih mengata org mcm diorg yg hebat.. padahal klau kena tang btg hidung sendiri taw plak nak mind ur own business..

    ReplyDelete
  20. hahahaha...muka menyayat hati tu...

    ReplyDelete
  21. Tu la namee..mcm2 jenis ragam manusia.mcm sy ni pun xtau la mgkin org kata2 blkg tp sy x tahu...sbb sy ni kawen dgn husband beza 7thn means sy lg tua dr husbnd..tp kami amalkn jaga hbgn ni baik2 dan jgn cepat melatah dgn ckp2 org

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...