Thursday, June 2, 2016

imperfect mom

Hi

I ada dapat satu email yang berbunyi begini...

"Saya rasa menyesal beranak awal. Sebab saya baru habis belajar, dah tak boleh kerja sebab kena jaga anak kat rumah. Skang anak dah 9 bulan dan mula banyak ragam, saya selalu terlepas pukul dia teruk2 sampai bertanda padahal dia baby lagi. Tapi kadang tak dapat tahan sabar sangat sebab saya tak suka budak2 atau belum ready nak ada anak tak tahu lah. Saya jadi buntu dan rasa menyesal beranak dan kadang rasa semua ni salah suami sebab tak bincang dengan saya. Skang tak boleh kerja, duduk rumah je mengadap anak. Saya nak minta pendapat akak, sebab saya risau sangat kalau anak saya mengalami tekanan sebab saya selalu buat dia macam tu."

Email dia panjang tapi i edit untuk jaga air muka. I need to share sebab i rasa ramai ibu2 yang pernah rasa benda macam ni juga. Maybe not all of us tapi i sendiri pernah rasa macam dia rasa. Rasa macam ramai je pernah rasai benda macam ni. Khenn ?

Menyesal tak bersalin awal? Tak sempat honeymoon ? Menyesal tak bersalin rapat sangat ? Menyesal tak , tak dapat kerja luar ? Pukul anak tak ? Marah anak tak ?




Masa awal kahwin, i fikir nak kerja atau nak sambung blaja je . So gitu lah plan nya. Masa dapat tahu pregnant kat Adam, perasaan pertama yang hadir is i nangis sebab 'takut'. and alaaa baru nak bina career.  Career apa entah aku pun xtau hahaaa pergi ofis balik ofis je lah kot. Mungkin asal pakai baju kerja dipanggil career kot ekkekeke. Bukan tangisan gembira ya tapi takut. Takut nak beranak . Lagi lah masa dari mula kenal Isham which i was only 18 at that time...i dah cakap "saya taknak anak ya". Sebab i memang tak reti nak jaga anak and i tak reti masak so macam mana nak jaga anak pulak kan . So Isham 'ya ya' kan jela. Acah2 pemikiran moden lah ni. Bila 3 bulan lepas kahwin, tahu2 pregnant. I rasa macam mengandung ni satu halangan untuk i capai impian .Susah ada anak, mana nak kerja mana nak belajar.

Tak tahu nak react macam mana. Rasa macam punah juga la sebab i nak sambung blaja acah nak ke menara gading kejar donia donia.  Macam mana nak sambung blaja kalau ngandung ni. Nak jadikan cerita I jenis takde mabuk2 morning sickness ni sampai i terlupa yang i pregnant. Siap ter apply permohonan master lah, serius i lupa yang i pregnant.  hahaaa. Bila dah masuk semester 1 tu kira i dah 6 bulan lebih dah, hujung sem dekat nak exam i dah sarat. waktu exam pulak jatuh pada hari i dah due. Bayangkan lah dah sarat kejap2 perut mengeras macam mana nak study. Kadang dalam hati terlintas juga macam salahkan anak dalam perut ni ..kalau pregnant lain kali kan mudah nk blaja.Sian Adam kan, bukan salah dia pun. Kalau Adam tau cakap dah lama dia cakap ...Sape suruh beramah mesra. Kawan2 smua kerja boleh beli kereta. :( 

Rasa macam anak ni penghalang betullah. Selalu dengar orang cakap, anak ni rezeki. Yekee rezeki ? Tapi bila i dah redha dengan ketentuan tiba2 segalanya berubah , rezeki melimpah ruah sangat. Pointer masa bersalin kat Adam 3.9 . Zaman degree pun tak pernah score camtu. Orang kata anak ni bawak rezeki, time Noah pun sama lah. Perasaan stress tu datang balik. Terlalu banyak fikir, i macam banyak termenung je. Kejap2 nak datang rumah mak, sebab kat rumah mak ada adik beradik so boleh jaga anak i sama2 hahaaaa. Tapi lama2 i pun mual dengan diri sendiri, dah la anak sendiri sibuk nak melepak rumah mak pulak. I rasa nak berubah  sebab sampai bila nak menyusahkan orang. 

Selalu jugak terlepas marah2 tapi lama2 rasa kesian sangat. Bukan salah Adam and Noah pun. So i cuba untuk berubah. Apa yang i buat is, i try untuk enjoy moment dengan diorang. cuba belek2 mainan and main sorok2 ke apa lah yang boleh  buat diorang happy. Dulu husband selalu risau kalau nak keluar and tinggal i alone jaga budak2 ni sebab dia takut i stress . Tapi lepas i praktis untuk cuba dekatkan diri Adam and Noah, jadi makin sayang. Tak rasa beban pun.  Bila time diorang nangis then i stress, i akan biar dulu jap. Skang ni pakat bergaduh je diorang ni. Then i datang balik, and dukung peluk dua2. 

In my case, i rasa lambat bonding dengan baby. Pulak orang tua2 selalu cakap 'jangan angkat anak sangat" ..nanti susah nak buat kerja sebab nanti anak nak berdukung je. Memang betul, kalau asyik dukung nanti anak nak dukung je susah nak buat kerja. Tapi i dukung jugak ( selepas pindah rumah snediri ) sebab i rasa kurang bonding dengan Adam and Noah sebab i tak breastfeed sampai setahun pun. Korang ibu2 yang breastfeed kan, anak kerja nak melekat je kan. Bonding korang lebih kuat. Camtu ah i tapi i tak breasfeed , so takde bonding tu la kalau tak dukung and belek.  Dulu biar je diorang ni golek2 atas tilam main sendiri. 

Tapi lama2 fikir, i kena berubah. Anak2 ni macam investment, esok i tua insyaAllah ada peneman. Dulu i selalu stress sebab banyak kerja tak siap sebab anak2 asyik merengek je. Pagi memang tak boleh buat kerja langsung. Kalau uruskan hal rumah , masak makanan diorang ke ajak masuk dapur skali gilir2 dukung sebab masing2 sibuk nak tengok mak dia buat apa. Mula2 rimas sangat sebab kita nak buat kerja cepat , depa ni sibuk nak tengok and minta dukung. 

Theni cuba untuk biasakan diri. Tapi memang nampak beza, diorang pun kurang tantrum and nampak happy. Bila time masak makanan diorang, then dah siap depa ni pulak excited cepat2 tarik i duduk depan nak makan.  Skang , pagi i focus anak2 je. dulu selalu kalau kabut kerja tak siap, i akan call kakak ke mak suh datang rumah i minta diorang main2 jap dengan diroang while i nak buat kerja. Sukahati je kan hahaaa tapi of course la i bagi duit and belanja smua. Cuma lama2 mual dengan sikap sendiri. Yang paling penting is time management. 

Jangan rasa anak tu beban. Sebab anak akan cepat besar, nanti bila diorang ada kawan kat luar...jangan salahkan anak kalau anak lebih suka meliar keluar. Ini yang selalu doctor i pesan, jangan pernah rasa beban atau suruh cepatlahhh besar engko ni. 

Jangan banyak fikir , kenapa aku tak kerja atau macam mana nak cari duit extra. Jangan fikir. Anak tu sendiri pembawa rezeki cuma cepat atau lamabt saja. Serious betul anak tu rezeki, akan nampak sikit2 rezeki masuk. sebab bila fikir banyak sangat, stress and end up pukul anak. Im not perfect also and pernah terlepas pukul nak2 Adam tu dia punya mendesak aduhaiii betul. Dia x heran samada u tengah nak tercirit ke, nak terpengsan ke..apa yang dia nak, dia nak jugak ! 

Try enjoy moment dengan diorang. Contoh kalau diorang ajak main botol, belek2 sekali botol tu dengan diorang. Nampak remeh kan hek elhh botol pun nak main ke tapi besar makna kat diorang. Sebab dioran tengah stage nak explore. Dulu husband selalu risau nak tinggalkan I tapi since badan husband dah naik sangat i suruh dia pergi gym tapi malam jela ada time nya pun . Husband taknak sebab risau i sorang2 dengan anak. Seriously tak susah pun, 2 jam husband g gym i main sorok2, main kejar dengan diorang ni, ajak lepak tepi peti ais minum air . Enjoy setiap moment, time nak bagi mandi, nak suap makan. 

What past is past. I sendiri pernah pukul anak, i bukan angel dan hipokrit ya. Kita manusia, ada tahap kesabaran. Cuma pilihan kita nak berubah ke tak. I sendiri dibesarkan dengan cara maki caci carut..muka masuk jamban. I tak faham kenapa my mum nak garang sangat tak tentu hala. Tapi bila dah besar ni, sendiri fikir mak i kahwin umur 14 tahun. Bayangkan la nak jaga 3 orang anak kecik rengek pulak me and my sis perangai macam Adam ni. hahaa. Skang pun kadang terlepas je marah Adam tapi mrah bukan sebab benci. Sayang. Lepas marah cepat2 peluk pujuk balik. Kalau mak i tak sayang, takkan dia ajar i baca buku, jaga i time demam semua. 

Anak itu rezeki. Serius anak ni rezeki. My mom yang cakap, rezeki hang melimpah2 sejak ada anak. 

Minggu lepas ada one girl tanya i " u nyesal tak kahwin? ya la tak boleh kluar happy 2 dengan kawan lepak lama2." sebab this chinese girl macam nak moment lepak dengan kawan. dia pun kawen muda gak.

Tak nyesal langsung. Kalau korang tengok my instagram ke facebook ke ada ke i kerap kluar dengan kawan ? Takde kan, sebab since ada anak memang commitment i anak je.  Seminggu hanya ada 7 hari, dalam 7 hari tu ada hari yang i kena kerja atau pergi event. time tu la anak kena tinggal rumah my mom. Kalau urusan business amik stok ke apa semua i angkut anak sekali. Kluar dengan kawan 3 bulan skali ok la. Skang i jarang2 singgah rumah my mom, tak sekerap dulu. 

Jangan menyesal kalau aturan hidup tak ikut macam yang dirancang. Just enjoy the moment sebab Allah lagi power rancang. Hidup i semua pun tak macam in plan pun. hehee tapi alhamdulillah baik2 saja. 




Menyesal tak bersalin awal? Tak sempat honeymoon ? 
Tak. 

Menyesal tak bersalin rapat sangat ? 
Tak. Sebab Adam ajar i erti keibuan. Noah ajar i erti sabar. Tahap naik angin dah kurang banyak sangat. hehh

Menyesal tak , tak dapat kerja luar ? 
Tak. Rezeki ada kat mana2. I bagi contoh business, ramai orang buat produk tapi sikit pun i x rasa macam saingan sebab masing2 ada rezeki masing2. Just focus on what u have. 

Pukul anak tak ? Marah anak tak ?
Yes. Datang time geram , memang i jerit NO!! nak2 time diorang ni bergaduh sampai tolak2 each other kat dinding. Adam plak pandai cari spot, kat dinding bucu juga dia nak tolak adik dia. 













25 comments :

  1. Terasa sangat manis bila sabar dan redha :)

    ReplyDelete
  2. aa. kadang ade terlepas marah dekat anak tapi lepas tengok muka dia, kita sendiri yg akan rasa bersalah. *mata masuk habuk*

    ReplyDelete
  3. to the girl kalau dia baca ni; anak2 kalau time masih kecil memang byk benda parents kena handle. especially young mothers mmg akan stress. tapi alah bisa tegal biasa, dik. lama2 akan biasa. dan semakin anak besar, semakin mudah menjaganya.

    but if you'r in stress, please don't hit ur kid. umur awal2 ni dan cara membesar sangat penting utk perkembangan anak & sikit sebanyak akan mempengaruhi personaliti dia di kemudian hari. memukul anak akan merosakkan potensi. jadi slowly try untuk bersabar byk. nk undur benda yg dah lepas tak boleh. so face the challenge ahead and be a strong, good mother. all the best :)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum namee. This is so touch. Masa pantang tu ada gak rasa macam2. After dpt sesuaikan diri beranak dua, i enjoy sgt dgn my adam & umar. Mengulit anak2 setiap hari sgt precious ;)

    ReplyDelete
  5. Kte yg belum kawin pn rasa kne prepare mental ni. Haha. Mmg cm tu prasaan rasanya jd org pmpuan kak namee. Pas tu msti akan kalau itu n kalau ini. Yg kte otw nak kawin pn mcm2 rasa. Haha

    ReplyDelete
  6. alahai comel benor budak berdua ni. melting tgk :DD

    ReplyDelete
  7. dah besar dah Noah sekejapan je kan. eh eh org yg bela rasa sekejap tak hehe..lepas ni sy pulak ank rapat2..harap tabah huhu

    ReplyDelete
  8. Bagus namee buat post tentang ni, nanti senang iday nak prepare bila dapat baby. Iday pon sebenarnya takut. Takut ida tak bersedia. Thanks Namee! :)

    ReplyDelete
  9. betul tu namee..nad ni pun baru anak sorang.rasa happy je bila ada dia..masamula-mula meroyan jugak..hahaha..lama-lama ok..

    ReplyDelete
  10. tq sngat membantu...me penah keja..tapi stop sebb morning sickness yg amat truk..sellau rs down..ms kwn2 keje..travel oversea...ade keta..
    tapi tula manusia..padahal.oke je hidup..bukan susah pon... allhamdulillah sejak ank 2.rzki husband betambah...lebih dr ckup... i buat mcm u kata..ignore apa org kata...fokus apa yg kita ade.. thank you! buat i lebih fokus..apa yg ade :)

    ReplyDelete
  11. Hehehe anak memang pembawa rezeki. And my sister yg kawin August last year asyik bimbang knp lepas sebulan takde pregnant lg & bila thu je dia pregnant awal thun terus muka berseri gila. And me terasa tua tiba-tiba T_T bila nk dpt anak sedara ni.

    ReplyDelete
  12. Tak menyesal jugak bunting pelamin and now preggie 2nd baby. Kes sama tak breasfeed sampai setahun so mmg kuat dukung n manja2 dgn anak. Tq namee share experience best dan sgt tak hipokrit hihihihi :)

    ReplyDelete
  13. perghhh sebagai parents (IBU) harus melindungi ank . kalau bukan kita sapa lg ?
    ank tu xde dosa yg dosa Parents . cuba korng bayang kn tiba2 kena lepuk ngan org yg dekat ngan kita ?apa perasaan ? dendam 7 nasab x pasal2 .
    sy yg kerja ni rs sgt rugi ank x membesar depan mata tau2 dh pandai mcm2 .Jgan pentingkan diri utk belasah manusia lain .

    ReplyDelete
  14. namee kawen muda tapi matured..akak kawen umur 28, dpt anak 1st mse umur 29..pastu umur 31 dpt anak 2nd..walaupun jarak 2 tahun tp tahap stress tu xtau nk ckp camne..dgn bekerja lagi..penat sesangat..masa anak no.2 tu kecik, selalu sangat naik "antu"...jerit2..pukul2...lama2 akak nangis sendiri sengsorang sbb rasa diri ni bad mom sangat...rasa macam diri xguna...xreti jaga anak..xreti manage family..pastu same mcm namee...terus rasa nak berubah..xmo marah2..try very hard..at the end, alhamdulillah..skung much better..wlpun kdg2 ade gak marah bila memasing gado2 xmo ngalah..tp xla macam dlu smpai bantai2 jerit2 sume tu...btl ckp namee..just try to enjoy each moment...bygkan if diaorag xde lagi...nyesal x...akak slalu pikir camtu...terus rse syg gile..peluk anak xmo lepas..eheheh

    ReplyDelete
  15. entri yang menarik..hehee.. awak kawen umur berapa? rezeki awak kawen awal.. doakan utk sy pulak ye.. :) hihih

    ReplyDelete
  16. Saya pun among mama yg study pastu dpt rezeki anak awal, tak pernah menyesal tapi ya sememangnya kadang2 diri ni pun xcukup sabar layan kerenah anak.huhu Syukur Alhamdulillah, kita ada anak. Ada org lain xda anak walaupun dah kawin bertahun2. :(

    ReplyDelete
  17. salam... hi namee... entry yang sangat jujur. sedih tau...

    ReplyDelete
  18. Dear Mom,
    Tak semua orang sesuai jadi suri rumah fulltime, Its hard work, all of your time is just focused on your kid and chores. If being a housewife makes u stress, find a job, go to work, enjoy ur 1 hour lunch break with ur colleagues/friends (time ni la nk curi masa utk diri sendiri), you can send ur baby to the daycare in the morning and pick him/her up after work, and then u go home, to ur beautiful family, and u can focused on ur baby. Plus you'll have ur own pocket money. Its just an option. I've tried to be a stay at home mom, it's just not working, I'll be tired and stressed most of the time. So i keja, Jumaat malam or sabtu pagi2 i settle kan semua keja rumah, lps tu bleh spend time dgn family. Not everyone is the same, It wont make you a bad mother. Trust me, there's option. Whatever you think is good for you, and ur baby. You have to find a way that works for u and ur family, xpyh ambil kisah kalau org judge you. At the end of the day, ur the one yg kena buat smua, not other ppl.

    ReplyDelete
  19. Kepada Adik tersebut,

    Bincang dengan suami ya. Bagitau dia tentang perasaan adik. If you want to work, tell him nicely that you need to work to be sane. Do not be revengeful to your baby because of your past which can't be undone. It is not fair to your children later on if you have more kids. Jangan lepaskan pada anak2..tolong sangat. Nanti menyesal tak sudah. I agree on the comment by Sis Suehana Ahmad above, tak semua orang mampu jadi housewife. Kena ikhlas. Sabar ya dik. Mintak petunjuk dari Allah dan bincang dengan suami. All the best ya...

    ReplyDelete
  20. For me la kan namee tak kisah la kawin awal or dapat anak awal. Semua tu rezeki Allah nak bagi. Bersyukur la Allah tu nak bagi anak.Orang lain sampai 10 tahun tunggu nak mengandung dan dikurniakan anak. Just bersyukur anak tu anugerah Allah tak semua orang dapat.

    ReplyDelete
  21. rasa macam nak nangis baca entri namee... sebab kadang2 husband kena kerja smp lewat malam. belum lagi kalau dia kena outstaion. baru nak menjinakkan diri dalam arena ibu beranak 2. kena plak kalau malam yg 2nd tak nak tido menangis-nangis, terus kesian kat anak 1st tak dapat nak pay attention kat dia. tiba-tiba babitkan papa dia dalam hal ni, papa takde, terus jadi nak marah kat anak2, marah papa. Padahal papa kerja. Kasihan. kasihan anak2 juga tak pepasal kena marah. Nice to know that im not alone in this. I takde penyesalan dalam melahirkan my precious 2. baby pun baru 4 bulan, baru 2 bulan + masuk kerja. penat letih ngntok nak tido... cuma as a mom kenalah belajar nak adaptkan diri... Berangan nak anak 4~~~ 2 pun dah kelam kabut.

    ReplyDelete
  22. Trima kasih kak namee.. Sries entri ni buat ana refresh. Trima kasih sgt. Klu sudi kak namee snggah blog ana. Ana tulis pngalaman ana jgak dlm kdaan yg sama sbagai mama muda.. Again tqq kak namee

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...