Sunday, July 3, 2016

Cari Kasut Adam & Noah

Hi

Hmm macam biasa lah, cari2 baju raya ni memang last minute sangat lah hahaa sebab tu la konon nak pakai sedondon tapi jadi lain macam pulak scheme warna. Masing warna kena rasuk hahaa.  Macam last year nak pakai biru ke hijau. Pastu last2 masing hijau kena rasuk.  Adam hijau lumut, i turqoise, noah mcm biru pulak haha. For my baju this year, cari online dah awal2 eh of course kan kita ada saka paling power Zalora. hahaaa Korang perasan x iklan Zalora ni ada kat mana mana je. Annoying betul. 

Pastu dari xnk beli mesti akan beli patu tersesat kat page lain then add to cart semua. Sama ah website nile.com tu jugak. Naik segan dengan bibik hahaaa sebab i asyik beli baju je hari2 van or motor anta baju i  kat rumah tapi bibik macam ada 5 helai baju je T_T . Takpe next week i rasuah dia beli baju raya. 

Haritu ada meeting so alang2 tu terus la pergi cari kasut Adam and Noah. Skali beli baju casual sikit. Tak faham gak, raya ni baju melayu dah la. Pastu nak beli baju casual semua buat apa kan then husband cakap i kedekut . Bukan kedekut, jangan membazir hahaaa.  Ok la beli la beberapa helai baju casual kat budak2 ni. Sebab baju diorang banyak dah tshirt2 tu nak beli lagi buat apa. haha. Baju diorang macam banyak dah je. 


Pergi Pavilion je. Cari dalam Parkson tu, ingat nak cari kasut sarung kulit je kat diorang ni sebab kalau keluar jalan asyik la sarung selipar Crocs tu. Berapa kali pergi dah Pavi ni, beli kasut Adam salah size. Kena pergi lagi tukar kasut plak .


Dalam Parkson Pavi banyak juga choice cantik2. Selalu kalau barang , i suka cari dalam Parkson je hehh. Takyah la nak feeling butik2 sangat. 

Noah ni makin manja sangat. sian dia bila teringat time i buat xtau kat dia time pantang tu. Skang malam tidur siap raba2 perut i lagi hahaa nak tidur atas perut. Lepas tu merungut2 sebab perut i macam melengkung tulang. Eh eh cerewet pulak. 

Ni cantik kan..ingat nak beli kat Noah tapi xde size :( handsome sangat dah kasut ni dengan Noah. Sarung macam ni la senang. Casual boleh formal pun boleh. 
  
Tips kalau nak beli stroller, beli lah pattern yang senang lipat payung atau yang macam babyzen yoyo ke yuyu ke. Senang boleh pakai sampai besar. Masa Adam dulu kitorang beli stroller Bumbleride kan besar gabak , 3 roda lagi so susah la. Korang kalau nak beli stroller, beli 4 roda, naik escalator senang ekekek. Pastu kalau time jenis escalator yang xleh bawak stroller tu, kan haru nak tunggu lift. So at least beli stroller senang lipat ni, time tempat escalator camtu boleh lipat je sambil dukung anak. Yang Adam duduk kat atas ni i beli kat toys r us je murah tapi tayar teruk la..nak tolak susah,



Tu jela cerita nya. tu pun nak cerita kan. hahaa sebab blog lama dah tak update macam krikk krikk krikk sangat blog ni.  



Ni Adam punya . Macam hero drama tv3 sangat uols. ekekke


Tu je. Selamat hari raya korang. Maaf zahir batin kalau ada terkecik hati, i ada tulis buat korang terasa ke. Kadang tak sedar kita tulis ni laju je, tapi kot orang terasa. Maaf uols. :( 





3 comments :

  1. selamat hari raya namee :)

    strunggle tak bawak dua dua keluar?

    ReplyDelete
  2. noah makin besar makin comel :)

    ReplyDelete
  3. kasut bebudak lagi vogue dari orang dewasa...geram tengok...btw hai kak namee ingat saya lagi tak...hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...