Monday, July 11, 2016

First Day Raya

Hi

Oh raya tahun ni best. Sebab i takde skip rumah sape2 pun. Semua rumah saudara open house semua i jalan. Last year macam cuak nak bawak anak kecik lagi. Dilemma takut ganggu majlis. Kot la nangis kuat2, ngamuk ke, buat huru hara ke. Tapi let our kids be kids lah. Mak bapak la main peranan penting. Kalau dah tahu anak buas semacam memang kena ikut jela, nasi tumpah ke apa kena kutip and sapu balik. 

Makanya tahun ni concept kita redah ! 

Mula2 pagi raya pun dah lambat. Sebab Adam taknak bangun. Rumah pertama is rumah my mum yang sekangkang kera je hahah 1 minit je kot sebab stay sebelah taman je pun. Tapi i paling lambat. Patut berkumpul nak makan sama2 tapi saudara lain semua datang dulu. This year semua raya seremban sebab most of the family dah pindah Seremban. Dulu iols benci betul Seremban ni , biasa la berlagak dulu stay Subang Jaya maaaa semua benda ada. Tapi skang syukur gila duduk Seremban. Tak busy sangat, tak sepi sangat. Just nice je. 


Saudara mara , mostly adik beradik mama and ipar duai je. Yang kecik2 tu kira my cousins la. Cinonet je semua. Adik beradik kitorang je yang dah tua sebab my mom kahwin paling awal. 


Ruang tamu baru mama. Semangat oih diorang ni siap extend rumah buat ruang tamu baru lagi untuk raya ekekkeke




Our family. Eh tetiba i pakai tudung kan hahaa. Dah la sampai lambat, masuk2 rumah je rumah dah penuh dengan saudara cousins segala. Tengok semua cousins yang kecik2 pun pakai tudung. Terus jadi segan hahaaa. Sumpah, i sorang je tak pakai tudung. Lama dah fikir pasal tudung ni cuma tak tahu where to start je sebenarnya.  Ye la, umur few years lagi nak masuk 30 tahun dah sampai bila nak rugged sangat nih. Hari2 fikir. 


Kakak sulong and bro in law..paling kanan tu my brother Daniel. Kan pernah mention Daniel before kan, kanak2 autistic. Skang besar dah. Lama tak cerita pasal Daniel kat dalam blog nih. Dia pun dah besar gagah perkasa dah. 


Cousins. Kontot je semua. Adik beradik kitorang je tua. haha








Ok nextttt, rumah nenek pulak. Semua saudara ikut sekali beraya rumah nenek i belah ayah. Seremban je. Paroi sana tu haa. 

Macam biasa, Daniel takde perasaan. Yang penting aku ada hp aku ni haaa. Kerja Daniel ni tengok youtube je gambar makanan.  Masuk rumah nenek terus sebut handphone, handphone..wifi wifi !!

The Roslan and Adam. 

Biasa lah datang rumah orang, susah hati tengok diorang ni duk golek2 tabut balang kuih raya orang. Pecah la biskut dalam tu. :( Public parenting bukan mudah, bukan boleh main jerit je. Tapi i tepis2 je tangan diorang ni, baru tahu mak dia tengah marah. Kalau takat cakap no no no tu diorang tak makan saman pun. NO tu nak kena CAPSLOCK baru faham !

Rumah nenek


Biasa la budak kecik. Yang sorang nak makan nasi sendiri.Tangan besar sudu ada hati nak pegang pinggan sendiri. Abis bersepah nasi kat rumah orang. Noah skang nak makan sendiri je, tak kasi orang suapkan lagi. Tapi satu pinggan ni bertaburan je. I nak makan pun sorok bawah meja taknak bagi Adam n  Noah nampak i hahaa.  Depan i lagi teruk diorang active buas2 nanti.

Yang ni bawak lari balang kuih bahulu tapi bukan makan pun. Sepai sepai je bahulu tu. Sabo jela anak kecik2 ni, mak bapak memang kena work as a team lah. Nasib baik la dapat husband yang senang nak tolerate. Dia makan dulu, then i pulak tapi i kena makan sorok2 lah sebab budak2 ni kalau depan i lagi buat perangai teruk. Tak tahu la nak mak dia bertukar jadi Hulk ke apa. Kalau duk dengan makcik2 dia atau ayah diorang boleh duk elok plak tengok tv and main2 sendiri je. eh eh eh. 

Then after rumah nenek, we all pergi rumah makcik pulak lagi 2 house then off we go to Cheras rumah maklong pulak. 

Final destination, rumah maklong. Tapi time ni i dah balik Melaka dah raya sebelah husband. Kiranya singgah kejap je duk dalam 1 jam. Ramai sampai lambat hehhhh . Anak2 i dah buas dah siap main lori atas meja atas kuah laksa segala. Cannot lah, i kena make a move dahh. 

Raya 2016

Rumah mama
Rumah nenek
Rumah makngah
Rumah makcik pipah
Rumah maklong.

Woo kagum jap dengan diri sendiri sebab berjaya bawak Adam n Noah pi beraya. Tahun sebelum macam risau je and duk terperuk je kat rumah tapi macam anti social pulak. So this year cuba jela tapi penat gila. Nak menikmati makanan tu memang tinggal kenangan saja lah ye. Sibuk kejar anak je. 



OOTD raya. Pun kena pantas. Nasib baik photographer pantas amik gambar and angle elok ekekke.

Family photo. Ni je mampu. Isham of course not in the photo, dia tak suka bergambar pun so taknak la paksa. Sebab nanti paksa2 benda yang dia tak suka buat jadi kecik2 hati pulak. Kan raya ni, hahaa so kena harmony. 

Selamat hari raya korang. Maaf ada kasar tulisan. Bukan kasar bahasa, kasar tulisan. ekkeke. Kot la tulis ikut sukahati je sampai mengguris perasaan orang. Ampun ok. muah ciked. 








20 comments :

  1. Selamat hari raya nameee. Cantik sangat bertudung tu! 😍

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya kak Namee! lawanya pakai tudunggg. hehe

    ReplyDelete
  3. Selamat hari raya kak namee. comelnya kak nameeee <3

    ReplyDelete
  4. selamat hari raya sis!..cantiknya sis walaupun dah ada anak 2...

    ReplyDelete
  5. Selamat Hari Raya Namee dan Famili..
    Abang Adam dan adik Noah, selamat hari raya..

    Kita sama Namee, pic raya takde yg perfect bila si kecik tak memberikan kerjasama...mak redha je. dah 3 tahun takde pic raya yg semenggah.. hehe

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum namee, hahaha. Redho kan beraya bila anak dah membesar. Hihiii selamat hari raya namee sekeluarga. Maaf zahir dan batin. Next year raya la baru sheila merasa nak kejor 2 hero. Tahun ni adam je kena kejor, umar cinonet lagi. Huhuu

    ReplyDelete
  7. Amboi meriahnya. Selamat hari raya. Maaf zahir dan batin. Diari Mommy Muhaimin

    ReplyDelete
  8. Selamat hari raya Namee.
    My 1st raya pun kat Seremban. Best kot.
    Raya ke-3 dah kena balik Melaka. Huhuhu.
    Papepun kena kekalkan keharmonian. Peace no war. Hihihi.

    ReplyDelete
  9. Selamat Hari Raya Namee :)

    http://felizjo.blogspot.my/

    ReplyDelete
  10. happy raya, namee!! ^^ lawa rumah ur mom, berbaloi renovate hihi

    ReplyDelete
  11. cantiknya rumah.. lawa-lawa family namee ni kita tgk. salam lebaran namee =D

    ReplyDelete
  12. namee im ur loyal reader n fan. namee cantik ngat pakai tudung. I support u 100% if u nk brtudung n tutup aurat namee. ia tuntutan agama. dont say where to start bcoz we also do not know when to die as well...suami pn turut dpt pahala...

    ReplyDelete
  13. Assalam..1st time nak komen kat sini. Gigil pun ade.

    Selama ni duk silnet reader je tapi terpanggil nak komen bab tudung.
    Belum terbuka hati untuk pakai takpe slow-slow (paham sangat mcm aman rase tu) tapi apa kata namee mulakan dgn pakai selendang je dulu. Biase-biasekan kemana-mana pakai selendang pun dah orait. Orang cantik pakai tudung saji pun cantik..hehehe..

    Have a nice day namee & family. ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...