Wednesday, August 10, 2016

Macam Mana Cara Yang Betul Untuk Melayan Maid ?

Hi

Tetiba tengah makan kat restoran, aunt table sebelah menyapa, 

"u kasi maid u makan ? Pastu u suap , kutip anak2 u makan ? Patutnya maid u kena buat, bukan u.

Alkisah, haritu ada urusan kat KL. So husband kata bawak la maid skali sebab nak bawak Adam n Noah skali. Selalu kita tak bawak pun maid tapi sebab haritu urusan yang i kena keluar kereta pergi kilang botol, then nak pergi jabatan apa nama dia sebab nak uruskan import export punya cerita. Then bila waktu lunch time we all go to satu restaurant minang. Plus sian bibik, dia selalu masak ikan goreng je makan dengan kicap sebab dia tak pandai masak sangat katanya. Kot la dia rindu makanan tanah tumpah nya darah dia Indon kan ekekke. so bawa la makan kat restoran minang. 

so dah jadi routine kalau keluar makan kat restoran, i dah pergi sambar baby chair dulu dua ketul. Then Noah duk belah kanan I, Adam belah kiri, then sebelah tu bibik. Selalu i yang suap diorang makan. Makanan pun sampai, husband dah start makan , then i pun dah mula suap budak2 ni makan sambil i pun curi2 makan. Tengok bibik duduk je tak makan, Oh lupa plak aku suruh bibik makan. So i pun " bibik apa tunggu lagi, makan lah sedap ni makanan negara bibik nih. ekekkeke" . So bibik pun tersipu2 malu then makan tapi nampak la mkan berselera sangat. Memang sedap pun lauk situ. 

Yang budak2 ni dah baling2 makanan, tumpah2 kan air. Bibik pun terkebil2 tolong kutip, then i pun sama2 kutip. Isham pun kutip2 cawan yang depa ni tuang2 ke bawah. Seriously Adam n Noah kalau kat kedai makan dia punya buat sepah lain macam. Padahal i garang je kat rumah, marah and suruh kutip balik kalau diorang sepaikan makanan. Air tembikai habis semua tumpah, nasi tabur je kat lantai. Ayam masuk air jus ehhh ey tahan sabar je tauu.  so selagi i sempat and ada kederat memang akan kutip2 lah. Sambil2 bibik makan pun kutip jugak. 


Masa tengah makan, perasan aunt table sebelah ni duk tengok2 then bisik kat suami dia. Kot la dia bisik, eh lawa nya mak budak2 ni ekekekkeke ahaks sangat kan wawawawaa. Ekekke gurau ja. so masa dah settle makan, bibik pergi cuci tangan while i duk lap2 yang mana patut..makcik sebelah sengih tanya...

"u kasi maid u makan ? Pastu u suap , kutip anak2 u makan ? Patutnya maid u kena buat, bukan u." 

I pun tetiba terkedu...

Takleh ke kasi bibik makan. Pastu anak i , nape bibik pulak kena suap. 

Sampai dalam kereta pun i terngiang2, macam mana patut layan bibik cara procedure sebenar ? Masa awal bibik kerja dengan i, i pun xtau nak layan bibik macam mana. Patut garang ke, tegas ke. Tapi awal2 masa bibik kerja i dah cakap kat dia yang i masak untuk anak2 i makan je sebab i tak makan pun. Ahaks padahal diri sendri takde confident nak masak untuk orang lain makan. Plus kita xtau dia suka makan apa, lauk apa cara masak macam mana. So bibik pun cakap takpe dia bawak bekal dr rumah dia .

Bila dah seminggu kerja, i tengok dia bawa roti je. cehhhh bekal apa benda tu beli roti je. Pastu rasa kesian pulak. So time i masak sedap tu, jamu la dia makan skali . Now i beli je lunch box yang delivery hantar rumah tu. Lunch hour kita kita je kat rumah pun. So beli untuk bibik sekali.  Plus korang boleh senang hati ke makan tapi bibik yang pangkat umur bapak korang tengok je ? Of course tak kan. 

Masa awal bibik kerja, tak tahu nak layan macam mana. Jangan ramah sangat ke, kena tegas ke.Takut kang tegas2 sangat, japg i takde rumah dia lepas geram kat Adam Noah pulak. Selalu kalau i takde rumah,  bibik x sempat pun nak buat kerja rumah, kadang cuci toilet pun tak sempat sebab terkejar2 ..masa mula2 tu rasa macam x syok gak then bila letak balik diri i kat tempat bibik tu then rasa lapang hati sikit. dulu masa i takde bibik, bayangkan la mana nak kemas rumah sambil jaga dua budak ni. Tengah malam bangun baru boleh buat kerja rumah. so situasi dia sama je. Beza nya skang, i boleh kluar kerja sebab skang memang banyak urusan yang i kena keluar rumah. Dah bukan housewife lagi dah. 

So kesimpulannya, i layan bibik macam manusia normal. ekekkeke Kalau dia buat hal, dia rugi.

entah la, mudahan bibik betul la sayang anak i. so far tengok dia sayang budak2 ni. Sebab dia ada anak sorang je kat kampung.  Duit gaji semua bagi anak dia . Anak tunggal, manja la..marah sikit xleh. so kalau time i marah adam or noah pun bibik marah i balik. "kok dimarahin ya anak kecil gini tak paham dikk ggak usah dimarahin !" ekekke




So bagaimana kah cara yang betul melayan bibik ? 







27 comments :

  1. Pada kak PC apa yang Namee buat tu dah betul dan elok la...ya dia bibik tapi tidak bermakna kita bayar gaji kita kayan dia teruk..selagi dia ok dengan kita...selagi boleh toleransi itu lebih baik.Kak PC suka sanfat bila Namee suap sendiri bila anak2 makan..terbaiklah.

    ReplyDelete
  2. as long namee tengok the bibik ok, tak buat hal, mean ok. buat biasa sahaja. lagi nak pikir, satu kerja tak jalan ;)

    ReplyDelete
  3. Abaikan apa yang orang ckp.. Just be your self.

    ReplyDelete
  4. sama je bibik pun manusia biasa..hehe

    ReplyDelete
  5. Saya trigt bibik saya dulu.. Betul la tu caranya. Bibik ni pun manusia jugak, kita dgn dia sama taraf je, bak kata Pn Vivy Yusof, bibik ni cuma berbeza skop kerja je. ;)

    ReplyDelete
  6. sebenarnya tak ada SOP pun, bergantung kepada ehsan dan budi bicara majikan. kitorang xde bibik, tp kalau sy keluar mkn mana2, mmg kebiasaannya nmpk bibik yg ikut majikan dia kat foodcourt/kedai makan, depa xmakan. depa tolong suapkan dan jaga anak2 majikan. majikan yg makan. itu mungkin norm la. tapi ada majikan yg layan bibik macam family pun ada. makan sesama kat meja contohnya. semua bergantung pada majikan, mana yg mereka selesa.

    ReplyDelete
  7. betul dah tu..mereka pun manusia juga..cuma ada yang merasakan, bibik ni orang gaji, jadi seharusnya mereka dilayan seperti orang suruhan. kadang kesian juga, mereka pun lapar, penat segala. Makanan yang di beri pada mereka, jadi darah daging. pahala juga yang kita dapat. bukankah itu lebih bermakna? kan?

    www.ceritaejoy.com

    ReplyDelete
  8. wlapun sy xde bibik tp sy rse ape namee buat tu dh ok..just pantau2 je sekali sekala..walau maid baik camne pun ttp kne tgk2 juga..bab layan kt dia pikir gini jela..kt layan dia mcm manusia..dia pun akan berjiwa manusia layan anak2 kt..doa je yg baik2..insyaAllah kalau terlintas dia nak buat jahat skali pun, mane tau time tu akan terkenang jasa kt kat dia..then xjadi buat jahat..manusia kdg camtu...

    ReplyDelete
  9. Ya betul tu..layan sebagai manusia:).

    ReplyDelete
  10. tak pernah ada bibik. tapi rasanya the best is kita layan dia macam kawan2 kita. kalau pun lah dia nak ambil kesempatan ke nak buat jahat ke....tu dosa dia. kita buat baik sudah..

    ReplyDelete
  11. Atas majikan jugak nak bagi layanan macam mana kat maid dia, as for me better layan bibik macam family sendiri even kalau dia ada buat silap ke apa just tegur je.

    ReplyDelete
  12. tak sukanya strangers tegur suka hati macam tu macam kenal kita huhuhu

    ReplyDelete
  13. kalau saya, tak kisah pun bagi makan and saya suapkan makanan kat anak2. even i layan my maid like she is my family member also, dah macam mak sendiri.. sebab my maid sangat baik... and i kisah pun kalau pergi mana2 hotel, my maid duduk satu bilik ngn i sebab bagi i die tu my family members.. *just my 2cent , even i know namee tak kan balas komen ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi awakkk :D kita reply heheheh. selalu kita tak reply bukan sebab sombong tau tapi sellau terkejar2. :( insyaAllah kita akan reply kalau sempat tau :) perihal maid tu...sellau kalau namee ada, mmg namee yg akan suap anak2 sebab anak kita pun. Bagi bibik nikmat makan sedap. ekekek

      Delete
  14. tu lah persepsi orang berbeza-beza..pada saya maid tu manusia gak..ada perasaan..kita kena layan dia baik tapi mesti ada bezakan majikan dan pekerja..supaya dia tahu situasi dia..

    ReplyDelete
  15. Namee..my opinion from different angle. Xkisahla ada maid ke ada helper means mak or adik beradik ke.. klu ank i, i nak suapkn sndiri.. never maid suapkn i akn jeles. Termsk mandi dan tidurkan. Maid cm buat semua tu bl i'm not around.

    ReplyDelete
  16. Setengah orang akan treat maid seperti maid. Suruh buat mcm2 sebab dah bayar gaji. Tapi i solute kat u namee sbb u treat as a family. tak semua orang boleh buat macamtu. Maid akan rasa lebih selesa kalau kita treat dia macamtu.

    ReplyDelete
  17. kan! Takpa buat baik insyaAllah di balas baik. isy.. bibik pun mesti dpt rasa susah nak dpt majikan baik, so confirm la dia xbuat hal punya.. kalau x mmg dia yang rugi =D

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. Layan dia seadanya, tak perlu ubah apa2.. asalkan Namee selesa begitu juga dia. Pedulikan apa orang nak kata.. bibik pun manusia biasa macam kita jugak.

    ReplyDelete
  20. betul cara you tu namee.i dah 4 anak dah bape org maid bertukar since anak sulung umur 6 bulan sampai dia dah umur 10 thn sekarang.Mcm2 peel maid ada..i layan mcm family members..tp biasalah ada yang take for granted, ada yang panjang tangan, yang menggedik dengan husband i pun ada. slalunya bila diorg buat hal i trus batalkan permit diorg dan hantar balik..maid sekarang dah 7 bulan kerja, umo dah 56 tahun..so far ok je dia.sayang kt anak2..so i pun takde la expect tinggi sgt dr dia..yg penting, kita kena put ourself in their shoes..apa pun org kata jangan pedulik.Mcm i, my mil selalu komplen mcm2 psl maid tapi buat dunno. Bg i, kita je tahu rumahtangga kita camne.so dun bother.

    ReplyDelete
  21. Namee,cara namee tu dh betul bagi saya..maid saya sudah 8y bersama saya..itula 1 1 nya maid yg saya ada.Dia dtg masa 1st bb umur 7m,sekarang saya dh punyai 4 org anak..9Y/8Y/5Y & 3Y.maid saya sampai sekarang x reti masak makanan kita..tapi dia pandai la masak utk makanan dia..dan cuma dia pandai masak feberet anak yg 1st n 2nd ayam paprik dan kurma ayam.Cara namee tu dh betul,kita layan jek dia mcm manusia biasa,dan kalau dia yg x betul mmg dia yg rugi..abaikan pandangan masyarakat luar yg mana makcik sebelah tu mmg hidup bergantung maid jek kot utk jaga anak2,,kekkeeke,,

    nak tahu maid tu ok ke x dgn anak kita,tgk anak kita sudah cukup.Ada 1 1 masa dia mahukan dgn bibik tu saja.

    ReplyDelete
  22. layan mereka seperti manusia normal..tak kisahlah nanti dia orang buat masalah kat kita ke apa yang penting kita dah layan mereka dgn baik.

    ReplyDelete
  23. Hi Namee..
    I ada maid for 9 years. Bagi saya, maid juga manusia normal macam kita. Jadi, saya lebih prefer layan maid saya macam keluarga sendiri asalkan dia faham skop tugas dia di rumah. Bila saya ada di rumah, saya adalah ibu kepada 3 anak saya dan maid hanya membantu saya melancarkan urusan rumahtangga. Kalau makan di luar, saya akan bagi bibik pilih sendiri menu yang dia nak makan..selalunya my maid akan pilih lambchop ler sebab tu favourite dia, sekali sekala dia nak juga rasa dihargai..
    InsyaAllah, kalau kita baik dengan orang, banyak urusan kita akan dipermudahkanNya..

    ReplyDelete
  24. good job!maid pun manusia biasa..bukan kuli..so x pyh la nk beza2kn..apa la auntie tu..mesti seram klo jd maid dia =.="

    ReplyDelete
  25. saya pun taktau mcm mana cara layan bibik dengan betul. tapi saya suka tengok eina azman treat bibik2 dia baik.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...