Tuesday, October 25, 2016

Our Precious Daniel, Kanak-Kanak Autisme .

Hi


Ramai tanya update pasal Daniel. Siapa yang baca blog ni dari dulu, tahu lah siapa Daniel hehhh. Daniel adalah seorang jejaka kacak ( iras Taylor Lautner tapi Gred AAA hehh) . kekekekkke. We're talking about anak syurga here. Daniel is my adik no 6. Anak lelaki sulong dalam keluarga. Daniel adalah seorang kanak2 autistik . Dulu kami tak tahu menahu langsung pasal autism ni . Plus anak sulong lelaki, memang excited lah sangatt best nya dapat adik boy.


Eh salah upload pulekk. ekekkeke


-
-
-
--

-
-
-
-
-





Ni dia macam Taylor Lautner yang taken tu lah hehh. Like a bawss.

Dula masa Daniel kecik, mula2 perasan yang Daniel active tengah malam, tidur bukan main susah. Tapi oleh sebab "sebab budak laki kot, sebab tu active sangat nihh!"  so kami takde rasa pelik. Kitorang juga lah mangsa yang menidurkan dia since masa tu dah dapat adik laki no 7 so ma pa jaga si kontot no 7 tu malam2 kuat nangis.  Back to Daniel, masuk buaian tidur buaian pun bukan main lama nak mengayun. Lepas tu dia suka menyusun2 barang. Tapi takdela rasa weird pun sebab our family memang tak pernah tahu pun pasal autism ni so kita tak tahu apa symptom2 dia. Dulu pun orang macam tak dedahkan sangat so kita memang xtahu.


Anak lelaki sulong in family.  Kakak sulong nak nama Daniel , mak pak i nak nama hakim. Jadi sebulat suara hahh Daniel Hakim jela . Nama kemain macam drama melayu anak CEO fresh graduate dah drive Evoque. gahhh


Antara symptom Daniel dari kecik yang memang list dalam symptom kanak2 autism...

- suka ayun tangan ( flapping hands)
- main dalam dunia dia sendiri . Tak bergaul dengan budak2 lain .
- takde interaksi. No eye contact. 
- ketawa berdekah dekah tak sesuai dengan keadaan.
- suka putar2 kan barang
- suka susun2 objek
- tarik tangan kita suruh ambikkan barang walaupun barang tu dalam capaian tangan dia je. 
- mengulangi percakapan kita.
- cepat irritate ( tantrum tampar muka) bila ada bunyi walaupun bunyi tu tak menganggu pun sebenarnya. Contoh bunyi air menitik2 kat sinki.
- tantrum tampar muka kuat2. 


Daniel 4 years old. 


Tapi mula pelik bila dah umur 4 tahun pun masih belum cakap sebab kami adik beradik memang jenis lambat bercakap pun. Ma kata semua 3 tahun ke atas baru bercakap. So bila Daniel dah masuk 4 tahun, rasa macam musykil juga. Apa kehe xde sebarang perkataan .Kalau nak apa2 sellau tantrum atau amik tangan kita untuk capai kan. 


Symptom yang i senaraikan kat atas tu semua Daniel ada. Ayun2 tangan tu. Sampai lah satu hari ( masa tu raya seingat i kat rumah nenek kat Rawang) , my sister baca2 suratkhabar ada article pasal autism ni, then bila baca tengok senarai symptom sama macam Daniel. Then dia tunjuk kat my dad, dari situ lah kita tahu and mula siasat . Wahh ayat nak gempak je 'siasatan'.  I mean kita dah mula concern and bawak Daniel jumpa doctor pakar. 


Daniel masa 8 tahun. Suka snap diri sendiri kat webcam.

How time flies. Daniel dah besar dah, paling tinggi dalam family pulekk tu. Sekali dia tolak, memang senget . 




Daniel sihat tak?
Alhamdulillah Daniel sihat ,tengok badan pun tahu hehhh. Perut kelepet. 


kan dah kata. Perut kelepet. gagaga . Pandai pulak tu..bila beli makan untuk makan ramai2 dia akan makan dia punya laju2 so that yang orang lain punya makanan pun dia nak habiskan sekali. 


Daniel sekarang Umur berapa ?
Daniel skang dah 14 tahun. Alhamdulillah sihat. Kuat makan.Dulu kurus kering masa kecik2. Taknak makan. Skang ok dah jadi kuat makan pulak dah. 


Daniel skang buat apa ?

Daniel duduk rumah je but antara aktivit petang bawak jalan2 taman, pergi makan tosei breakfast.  Daniel skang tak sekolah dah. Last dia sekolah is about few years ago kot, i pun xingat dah. Kitorang in Seremban so tak banyak sangat sekolah yang ada khusus untuk budak autism. Tapi dulu dia sekolah Horizon kat Chedang tu (anak owner pun asal autistik yang serious gak, skang dah kerja kat Jusco umur 40 tahun kot hehee miracle kan ). Banyak juga development Daniel lepas masuk sekolah. Struggle juga la nak hantar sekolah, need 2 people untuk pegang dia sebab keluar sekolah je terus nak lari pergi lekat sticker kat kereta orang. 


Daniel ready for tossei date. 




Dulu kalau bawak keluar memang nak lari sana lari sini. Amik makanan orang lain yang tengah makan. But my dad macam masih gigih and terus bawak2 sebab nak biasakan dia. Memang nak kena kuat pegang Daniel ni. Kalau mak i sorang bawak bahaya jugak.  Sebab dia kuat. Haritu kakak i cerita , my dad marah Daniel sebab apa entah, dia buang barang dalam jamban ke apa...pastu Daniel cakap DOSA . hahaa kiranya dosa la my dad marah dia. Skang Daniel faham je kita cakap apa kt dia, cuma dia buat muka malas nak layan jela hahaa.


Daniel pernah sekolah di Horizon Taman Bukit Chedang and sekolah khas Seremban 2A . 


Now Daniel duduk rumah je tengok tv, tengok makanan kat youtube. Dia ada hp, tiap pukul 4 petang bagi dia main hp. Hp xde simcard sebab nanti dia call polis. Dulu banyak kali dia call polis sampai polis contact and nak buat tindakan lahhh hahaa ingat kita main2 then lepas explain...polis ok. Sebab tu hp dia xde simcard. Kalau tak memang dia dial je polis. 


Fav video, lagu Maher Zain, lagu Tamil , movie Tamil. Maybe sebab tengah nak musim Depavali kot sibuk nak tengok cite tamil ni. haha



Rawatan apa  yang Daniel pernah pergi ?
Therapy and sekolah . I perasan Daniel banyak juga perubahan lepas sekolah. Tapi masa dulu dia kuat ngamuk teruk2 tampar muka . Tapi kat sekolah cikgu ajar la berak jamban, kencing macam mana, i mean banyak dilatih.  Cikgu jenis tegas tak bagi sarung pampers. So dari situ ma pa train dari rumah. Therapy pergi masa dia kecik2 dulu untuk sensory.  Kalau tak dulu pakai pampers. 

Sekarang memang dah pandai mandi, buang air sendiri. Cuma ada habit2 yang kita masih tak faham seperti suka mandi banyak kali sehari. Pernah ada time mood dia nak mandi 70 kali sehari sampai batuk. Bila tak izinkan dia mengamuk sepanjang hari. 



Apa aktiviti Daniel ?
Jalan jalan kehulu kehilir dalam rumah. Tengok tv, siap tak bagi orang ubah channel tv dia walaupun dia takde depan tv. KAlau ubah, nanti dia datang jerit suruh ubah balik channel Fox sport , Tamil Vanavil .

Menari . Fav song Maher Zain.


happy nak breakfast.




Daniel masih tantrum ke sekarang ?
Jarang2 lah. Kadang2 tapi banyak kurang dari dulu. Kalau dulu mengamuk teruk2 kerap juga ngamuk yang jenis tampar muka kuat2 tu. Sedih tengok masa dia ngamuk tu. Sayu je tengok muka pa ma i frust bila dia ngamuk tampar muka . Sebab dia kalau ngamuk memang tampar muka kuat betul. Yang kita duk risau takut dia sakit and gegendang telinga rosak. So kalau itme dia tampar teruk sangat tu my dad tahan tangan dia.

Tapi sekarang kurang  banyak dari dulu. But ada time kalau mood dia tak baik , ada juga mengamuk. Contoh kalau dia annoying i singgah rumah my dad banyak kali dalam seminggu. hahaa maybe dia annoyed kot anak2 i buat bising je hehh. 

Kadang ada benda yang tak kena pun dia akan ngamuk. Benda yang merimaskan dia, contoh bila i kerap bawak anak2 i datang rumah my dad.  Contoh kalau dia tengah dengar lagu kat youtube then kita kacau2 pun mood akan swing and ngamuk. Mengamuk menjerit sepanjang hari pun ada. 


Apa habit Daniel sekarang ?

Mandi banyak kali sedangkan bilik dia ada aircond. Cuma sekarang dah kurang mandi banyak kali. Memang nak kena tegas. Adik i cuti sem memang tegas la dengan perangai suka mandi banyak kali dia tu. Yang bagus nya sebelum mandi, minta izin dulu. Kalau kita said NO kang mula lah sedih and merajuk. hehh

Suka kalendar. Kalau bawa makan roti canai , awal2 dah aim nak rampas kalendar  kedai mamak hehe. 
Suka kalendar jenis begini. 

Dia suka buang barang dalam jamban then flush. Kalau dia x suka sesuatu benda dia akan buang barang tu dalam jamban. contoh kalau dia nak makan nasi lemak ke apa tapi nasi lemak tu x sedap ke...mula la dia buang dalam jamban. Kadang bungkusan makanan pun buang dalam jamban tak tahu kenapa. 

Haritu dia ada hp Samsung J2, tapi dia asyik buang dalam jamban je. Then adik i jalankan siasatan pehal la asyik nak buang dalam jamban. Rupanya dia x suka Samsung J2 tu, cikai la bagi dia hahaaa. Last2 skang we all bagi hp Samsung S5 , baru tak buang jamban. Daniel nak hp canggih uols. Kalau benda dia x suka memang dia akan buang ke jamban. Kadang plastik makanan dia pun saja je buang jamban.

Ni pun buat my mom n dad frust. Jatuh semangat kejap je tapi akan terus bangkit. 

( oh update terbaru, semalam pun buang hp Samsung S5 dia dalam air ) entah kenapa . Kalau camtu maybe ada sesuatu la yg dia x suka kt hp tu. Dah beli baru lagi malam tadi tapi train hanya few hours a day je boleh main hp. Adik i memang tegas kalau train dia .Dia ngamuk ke apa mmg dia buat xtahu je. Untuk kebaikan diri Daniel jugak. I pernah dengar , dengan kanak2 autistik ni nak kena tegas dengan dia. Bukan tegas benci tapi tegas sebab nak train dia. 








Kadang2 Daniel ni unpredictable . Tapi so far alhamdulillah baik baik aja. Pandai membaca, pandai kira , dah pandai urus diri sendiri. Walaupun dia duduk rumah, my dad bawak dia keluar taman, makan, chicken chop ke, kfc ke, tossei ke..takut dia boring la. At least kluar2 jap jadi lah. Takde la terperuk je. 

Dulu pernah banyak kali terlepas keluar lari rumah. Berderau jantung orang rumah, takut dia kena langgar ke apa. Nasib baik dapat cari dapat masa singkat.  Sebab tu rumah kitorang ada mangga sana sini sebab taknak dia terlepas buat benda bahaya. Lagi2 pintu utama tu, gulllppp i pun kalau datang dah kelam kabut dengan anak boleh lupa nak tutupp . Nasib baik tak sempat lari.  Tak keruan orang dalam rumah. Pernah one time orang peti ais datang nak hantar peti ais tak silap, Daniel terlepas keluar sampai ke padang golf. Nasib baik dapat cari cepat tapi kaki dia berdarah maybe dia jatuh . Tahu2 je tengah padang gold tu nampak dia tengah berlegar. Rumah kitorang memang banyak tempat bermangga. Tempat bahaya macam ada pisau ke apa memang bermangga. 


Daniel teman kakak pergi amik adik bongsu. Muka kemain happy.  Manja. Selalunya minta apa pun dapat. 

haritu kakak i cerita, diorang bawak la Daniel pergi makan tosei , then mamak tu pi letak sambal. Daniel x makan sambal tu so my dad cepat2 lah "eh sambal ni cepat alih!" dengan nada kelam kabut sebab takut Daniel refuse to eat. Then Daniel tengok my dad n kakak i macam kepoh2 sangat pasal sambail..tetiba dia sebut kuat2...KEEP QUITE! ' . ORang sebelah pun ketawa tengok pe'el dia.  amboi kita bising x boleh, da menjerit satu dunia boleh hahaaa. 

Raya.Baju handsome dah tapi seluar tidur. 

Awal2 lagi papa dah plan. Dah sediakan rumah besar selesa untuk Daniel kalau jadi apa2 kat dia. Pesan kat kakak2 nanti tengok2 kan. Siap plan semua kakak2 duduk dekat Seremban sebab nanti pakat2 tengokkan Daniel. Memang kitorang semua duduk Seremban pun. Paling tenang duduk dekat dengan family. hehhhe. Daniel untung Daniel, awak ni anak syurga..pa ma kakak2 semua concern pasal  Daniel. Hp pecah, pi beli baru. Bukan sekali, beratus kali. Nak makan apa, semua dapat. Pa tu bila outstation duk telefon tanya dah makan ke, makan apa buat apa ok ke. 


Memang banyak la beza, jauh beza dari dulu. Dulu lagi banyak habit dia yang pelik-pelik. Kencing dalam CPU. Buang air besar merata-rata. Rosakkan barang. buang astro card etc, kopek tv,handphone, laptop, kulit orang, tampal sticker and nak kopek no plat kereta orang. Sekarang dah banyak better .Sedih tengok muka pa frust. Expectation ma pa xdela tahap nak dia pandai  atau pulih sepenuhnya, cuma nak dia reti uruskan diri je and papa pun awal2 dah susun kakak2 nanti tengokkan adik. Even my sister pun berhenti kerja sebab nak stay Seremban tengokkan my mom and Daniel. Alhamdulillah skang Daniel pandai urus diri. Pakai baju semua sendiri. Semua pakat duduk rapat2. Sebenarnya Daniel ni yang mengumpulkan kita semua heheee. Sebab kalau nak buat apa2 ,mesti pastu fikir eh Daniel . So apa2 yang kitorang buat, mesti akhirnya touch down kat Seremban jugak. hehee . Macam takdir semua orang tetiba kat Seremban, macam i boleh la sebab husband pun kerja kt Sepang.Daniel nanti masuk syurga jangan lupa papa mama tau. 




So tu lah Daniel. Taylor Lautner gred AAA ekekke. 










32 comments :

  1. Assalamualaikum namee. Sedihnya baca. Semoga daniel hakim membesar dengan sihat, jadi anak yang soleh. Insya Allah. Anak syurga ni tiket ma pa namee masuk syurga bersama..

    ReplyDelete
  2. sedihnya baca part dia tampar diri sendiri tu T_T

    ReplyDelete
  3. Mcm anak zarina zainuddin.suka ngamuk tampar2 muka.kesian..huhu.
    Perlukan kesabaran yg sgt2 tinggi kan jaga anak autism ni..semoga Allah mudahkan perjalanan hidup daniel hakim..amin

    ReplyDelete
  4. deep bila baca,
    selalu follow iq Zarina Zainuddin,anak dia kembar lelaki autism
    dia xmalu pun nak upload gambar anak dia autism,kalu mengamuk bolh mencederakan diri sendiri..

    ReplyDelete
  5. Dah besar dah Daniel omey ni tau! :)

    ReplyDelete
  6. Salam sis.. I cried when I read ur post..sy pon ada anak mcm Daniel, nickname Along. Hensem mcm penyanyi Shahir (ececeh..hehehe😉)..Sebaya pulak tu, 14 tahun..tp belum cukup berdikari mcm Daniel. Masih on diaper, belum bercakap, etc...tapi problemnya, dia anak yang no.1..sy berdoa supaya adik2 Along dapat sayang dan jaga dia mcm sis dan adik-beradik yang lain buat kat Daniel..InshaaAllah yang terbaik untuk kita semua😊

    ReplyDelete
  7. Kesabaran keluarga kak namee melayan karenah daniel mmg luar biasa.

    ReplyDelete
  8. Teringat anak saya... sindrom Disleksia.

    Juga terlambat mengesannya...

    Kini terlibat dengan kes juvana...

    ReplyDelete
  9. Tergenang air mata saya baca kisah Daniel, semuga Daniel dalam sihat sejahtera selalu..

    ReplyDelete
  10. handsome lah namee. selalu jadi silent reader aje. tapi kali ni nak menulis sesuatu. semoga daniel jadi asbab untuk tarik ma dengan pa masuk syurga ye :')

    ReplyDelete
  11. berkaca jugak mata ni membaca part masuk syurga yg lats tu

    ReplyDelete
  12. namee. sebak kaksu baca. daniel ni la yang merapatkan keluarga sebenarnya....

    ReplyDelete
  13. Dia antara yg trplih dan kluarga namee pun yg trplih :) semoga dbrikan yg trbaik insyaAllah

    ReplyDelete
  14. dalam namee dok selit2 elemen lawak, airmata ni tetap bergenang... coz im a mother too... semoga Allah limpahkan rahmat buat Daniel dan namee sekeluarga kerana sabar menjaga anak syurga ni :)

    ReplyDelete
  15. bagus namee cerita pasal autisme ni sebab ramai yang tak tahu pasal autisme.

    ReplyDelete
  16. Hi.anak saya juga autistik plus down syndrome. Baru 4 thn. Thanks for sharing sbb saya perlu tahu pengalaman org lain yg sudah melalui membesarkan anak istimewa ini. Benar, kita hanya harap dia mampu berdikari.tidak expect lebih2. semoga Daniel sentiasa di bawah rahmah Allah swt selalu..

    ReplyDelete
  17. Speechless bila baca ni.. Besar betul pengorbanan..and insyaAllah..balasan dia pun besar jugak.. :')

    ReplyDelete
  18. Insya'allah banyak pahala yang Allah SWT beri. Kita kena ikhlas dan sentiasa bersyukur atas ujian Nya.

    P/S: Tambah pendapatan lumayan dengan UBER. Cara daftar >> http://www.uber.hebahkan.com/2016/03/bagaimanakah-cara-mendaftar-untuk.html

    ReplyDelete
  19. sedih baca. saya suka baca real story mcm ni

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum...
    Kisah yg lebih kurang sama ngn anak.buah umur 4 thn.
    Alhamdulillah... my younger sister use essential oils dr young living. Mmg.nmpak hasil yg ketara.
    Boleh ke fb : ammar irham @ fazwani apun.

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum...
    Kisah yg lebih kurang sama ngn anak.buah umur 4 thn.
    Alhamdulillah... my younger sister use essential oils dr young living. Mmg.nmpak hasil yg ketara.
    Boleh ke fb : ammar irham @ fazwani apun.

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum... kisah yg sama pd anak buah umur 4 thn.
    My younger sister guna essential oils dr young living utk treatment selain pegi jumpa doctor for fisio.
    Alhamdulillah... perubahan mmg Kerala.
    Boleh contact di th:ammar irham @ fazwani apun

    ReplyDelete
  23. baca ni pun dah terasa besarnya challenge jaga anak2 autisme ni.salute to you and ur family for ur patience

    ReplyDelete
  24. Besar pahala jaga amanah Allah anak @ adik macam tu..tersentuh hati

    ReplyDelete
  25. bila baca ni sedih rasanya. Sy guru pendidikan khas.paling mencabar handle murid autisme sbb selalu tantrum tp yg paling best sbb dorang ada je kelakuan yang mencuit hati.btw,semoga keluarga anda tabah dan sentiasa di bawah rahmat Allah SWT.

    ReplyDelete
  26. http://earnwithinvite.com/index.php?ref=273690

    ReplyDelete
  27. Moga Allah berikan kesabaran dan ketabahan dalam mendidik Daniel...saje nak share..Abg sulung saya autism juga, dari kecik mak minta adik beradik lain tegur kalau dia suka buat habit2 yg x elok...salah satunya dia suka pegang hujung mata n sepetkan mata especially sambil tgk tv..asal dia buat je kita tegur..asal buat je tegur..lama2 alhamdulillah hilg habit tu..ms tegur mmg dia marah tp utk remind dia..mak sekolahkan sekolah biasa je ddk kg takde sekolah yg ada kelas khas..result A pendidikan seni je..yg lain faham2 jelah..tp abg saya jenis x agresif sgt..just buat hal dia..dalam dunia dia sndiri..cakap sorg2..skrg abg saya dah 36 tahun...dah kerja jd driver bas kat singapore..dah ada kereta sndiri...ddk menyewa sndiri...alhamdulillah..

    InsyaAllah pasti ada sinar buat Daniel...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...