Tuesday, November 1, 2016

Adam Go To School

Hi

Finally setelah difikir2 , Adam dah selamat masuk ke sekolah. Lama fikir since Adam kira masih terlalu setahun jagung untuk school. Bila stress tengok pe'el Adam, "eh awak ni kena masuk school tau sebab dah melampau sangat !" ..pastu x sampai hati . Bila nak jadi popcorn nih. 


Yang ni masa i pergi tanya kat Brainy Bunch , about 4 months ago tak silap. Tanya dah lama tapi rasa tak sampai hati pulekkk. Dia ingat dia facilitator ke duk tengah2 tu. 


Masa Adam tak sekolah, bangun mesti lewat walaupun tidur awal.Mungkin sebab malam dia asyik terjaga tidur so bila pagi penat agaknya.  Memang saja xnak bangun. Bila dipaksa kejut, mengamuk and menjerit2. Sepanjang hari time Adam tak sekolah dulu dia nak tidur and paksa kita masukkan dia dalam buaian sambil ayun dia. Adam tidur atas tilam and buai tapi bila pagi nak masuk buai. Malam tidur tilam. So i dengan  bibik gilir2 lah ayun dia dalam buai tu kadang sampai pukul 12 tengahari baru dia setuju nak  bangun. Cuba train tapi bibik mesti nak rosakkan rancangan haha. Pulak i kerja luar kejap2, time tu la spoil. 

Lepas bangun tidur , taknak mandi terus pulak tu. Nak terus ajak main. So i dengan bibik gilir2 take over .Suka ajak main dalam store. Then yang i paling x tahan bila dia bergaduh dengan Noah. Dah macam mana i nak buat kerja ni . Kan dah kata takde istilah working from home. Merepek je term working from home ni. hehhh . I tak boleh tinggal Adam and Noah dengan bibik since bibik ni pun sama merepek. I tak blame bibik pun sebab dia pun ada sorang je anak kat Indon tu, so memang dia sayang budak. Manja sampai spoil kan. Kalau Adam minta nk main benda2 merepek pun dia bagi je asalkan tak nangis. Contoh bagi main botol kaca. Susah nak monitor since i tengah nak displinkan Adam Noah tapi bibik spoil pulekkk. 

I paling risau Adam buat benda bahaya kat rumah sebab i dah mula pindah ofis. Setelah termenung lama, i pergi balik Brainy Bunch last 2 weeks and terus bayar hari tu juga and proceed .

Fikir2 nak hantar sampai pukul berapa. Mula2 plan Regular session je RM330 tu sampai pukul 1230 tengahari .

Tapi bila masuk office, buat kerja tup2 dah kul 1230. Cepat je masa skang ni. Then takpela i bayar jela yang Star Session tu sampai pukul 330 petang. Amik pukul 12 ke 3 ke kemudian kita decide. hehehh susah sangat nak buat keputusan. 


Ni jadual yuran dia. Permulaan kena pay annual registration RM600 tu tapi sebab i hantar anak i dah nak hujung tahun so i pay RM300 je for annual registration. Then i amik STAR SESSION tu RM530 per month. Diorang provide makanan semua and mandikan tengahari. 

Ni dah masuk 2 weeks Adam sekolah. Dua hari awal masa i hantar depan pintu sekolah tu Adam nangis kejap .Then hari ketiga macam happy je siap cakap BYE lah kat i. hahaa. Ni dah masuk 2 weeks , liat2 nak bangun mandi jela tapi bila sampai school ok je. Teacher cakap pun awal2 dlu dia nangis kejap2 je. Hopefully ok lah. I bukan nak dia jadi genius ke apa, cuma nak dia bergaul dengan budak sebaya dia ramai2 and bangun pagi. Kalau kat rumah susah nak train . I kejut dia, dia lari tidur balik. Yela rumah sunyi takde sape, lagi lah menguap2 nak tidur. 

Adam siap nak pergi school.  Dah pandai bangun awal. Senang nak train . Hari pertama nak kejut jela macam tough sikit sebab baru nak mula kan. Adam masuk sekolah umur 2 tahun 10 bulan. Playschool Brainy Bunch ni boleh start umur 2 tahun kalau x silap. 


Pasni i update beza sebelum selepas 2 weeks. ( baru 2 weeks hek elllehh) 








18 comments :

  1. Sis adam bape tahun stat ke sekolah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada namee tulis umur berapa adam masuk school.baca entry habis ke x ni..huhu

      Delete
  2. Assalamualaikum namee, 2 weeks tu banyak kot perbezaan. Hahahha budak ni macam span, serap macam2. Hihii cepat update ehh. Nak tahu juga.. adam kita pula senang sangat bangun, susah nak tidurkan hahahah ur adam dah besar.. makin hensem ;)

    ReplyDelete
  3. Namee ! Mek pun dh plan nk skolahkan ank on her 3rd year :) btol btol, bukan nk suh jd genius tp nk sruh dia brgaul, brkwn, brkmbang minda ikut umo dia. Duk rumah kita bukan thu ape yg dia nk kne blaja on his / her age. so better go to school :)

    Im with ue namee !

    ReplyDelete
  4. ok la tu... adam bangun terus mandi ke sebelum pergi sekolah tu?

    ReplyDelete
  5. my daughter i start antar pergi sekolah umur setahun, & at the same time, i also hanatr dia ke kelas playing & art class kat gymboree

    ReplyDelete
  6. all the best adam.

    wah abang besar dah sekolah ye :D

    ReplyDelete
  7. suka betul baca ayat2 u bila update pasal anak2. perasaan masa membaca tu sampai terus

    ReplyDelete
  8. woooww...seronok nye tengok anak dah besar

    ReplyDelete
  9. 0ll rite, Adam goes to school.

    ReplyDelete
  10. ANAK I LAK ADE PROBLEM..TIDO LAMBAT BANGUN AWAL.. JADINYE XCKUP REST CZ KEJENYE TAU NAK MAIN..MAKAN XNK SGT. Melidi je..haihh risau

    ReplyDelete
  11. selamat ke sekolah, adam! bdk2 baya ni mmg seronok pergi taska/sekolah, sebab jumpa kwn2 sebaya. kalau nmpk kwn mkn, diorang pun nk mkn. nampak kwn main, diorang nak main sama. hv fun at school ya, adam :)

    ReplyDelete
  12. Singgahlah sekolah kat bawah ni;

    http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.com

    ReplyDelete
  13. bbim so far so good.. my experience, this year, 1jun decide send my son, mase tu umur dia baru 1 tahun 6 bulan, luckily ade student relocate n waiting list i dpt masuk kan anak. its a full session, mula2 1 week nangis juga.. tp aunty kat situ ckp dia nangis sekejap je, kesian jugak bila fikirkan setahun lebih dah start sekolah, tp masuk week ke 2 alhamdulillah dia dah boleh terima n walaupun susah bgn pagi.. nangis mandi pagi.. tp bila sampai school dia happy.. and after a month dia dah pandai rythm lagu and start humming lagu2.. every morning solat dhuha.. and pandai baca doa sebelum makan..walau pun 3bulan pertama.. and pada usia belum 2 tahun he can adopt new things and bnyk activity.. so hopefully adam dapat learn new things dekat bbim..

    ReplyDelete
  14. Baca cerita tentang Adam ni buat saya rase teringat zaman2 tadika dulu.. tak payah stress2 mcm sekarang 😂.. teacher pon baik2. HAHAHAHAHAHA tulah waktu saya tadika cepat sangat nk jadi dewasa.. bile dh remaja ni baru rase nk jadi baby balik.. hmmmmm. Andai bisa ku putar waktu... ewwahhh

    ReplyDelete
  15. Tahniah adam dpt menyesuaikan diri dengan alam persekolahan..mcm ni barulah boy sejati :-)

    ReplyDelete
  16. terus terfikir nak masukkan my little safiya kat school..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...