Wednesday, May 17, 2017

Ok Ke Hantar Anak Sekolah Awal ? Brainy Bunch .

Hi

Pada suatu ketika dulu, tak boleh blah bila ingat masa i merisik Brainy Bunch untuk Adam. Dah la mula2 masa pergi Brainy Bunch tu i pergi Brainy Bunch tempat yang lama , rupanya dah pindah dah tempat lain. Pastu terus i bisik dalam hati "mungkin belum masa Adam sekolah kot. Sebab tu i tersilap pergi Brainy Bunch yang lama ni. Takdir yang indah hahaa" . hahaa.  Sukati je nak menetapkan takdir padahal masa tu i meroyan risau nya  and tak ready nak hantar Adam pergi sekolah sebab Adam ni kuat melalak and jenis serba tak kena semua benda. Risau. Risau dia tak boleh dan terseksa. Wow ayat maria mariana sangat haha. 


Tapi pastu i menguatkan diri jugak pergi cawangan Brainy Bunch yang sebenar.Now Brainy Bunch S2 kat kawasan perumahan. Yang lama kat bangunan kedai tapi katanya owner bangunan kedai tu dah amik balik so depa kena la pindah. Tak pasal i cerita pasal liku liku kehidupan cawangan Brainy Bunch  ekekke. 






So yeah, i selalu dapat soalan kt ig ...okay tak hantar anak sekolah awal ? Since i tahu je mak mak ni dilemma bergelinang ar mata kan nak decide anak pi taska atau school kan jyeahhh i dah alami. Ramai je alami benda sama.   Then ramai nak minta review lah ni kan pasal Brainy Bunch . Meh i cerita. Emm jap tetiba xtau nak cerita dari mana hahaa. Ok lah kita tengok development Adam Noah okay. Sempena teachers day tetiba nak cerita pasal sekolah anak i. 

I pilih Brainy Bunch sebab i memang nak anak i sekolah islamic  background. Banyak je sekolah islamic based tapi Brainy Bunch nama canggih ekekekke.  I nak anak i at least dia biasa dengan culture islamic. Pagi2 yang mana mak bapak anta anak awal tu diorang solat dhuha berjemaah and dengar selawat zikir sama2. I suka la anak i tengok suasana camtu hari2. Kalau kat rumah tak dapat camtu. Paling2 pun tengok i pakai telekung. tu pun seluk2 masuk telekung i ahh. 



ticu ( thank you )
I happy sangat bila i hulur something atau Adam Noah hulur something kat i, they said ticu . Ticu tu thank u. Kat rumah memang apply dah cakap thank u and sorry tapi sebab diorang speech delay so tak boleh cakap lg ahh.  Adam n Noah dua dua speech delay. Sebab i dulu pun speech delay gak umur dekat 4 tahun baru cakap. Jadi i buat keputusan nak hantar sekolah so that dia boleh bergaul , interact dengan umur sebaya dia. Then kat sekolah cikgu memag focus kat diorang. Kalau anak i duk umah je dengan bibik dulu, i pulak kerja jadi siapa je nak bual dengan anak i kerap. I main dengan diorang masa balik kerja je. Bibik plak cakap bahasa madura haha. 


salam
Ni dulu i ajar dari rumah tapi tak dapat2 lagi diorang salam. Bila kat sekolah memang cikgu apply and its like a routine. Jadi kat rumah pun i continue routine tu. Happy and i ketawa masa i ask for salam then Adam Noah salam. Thank u cikgu2 Adam Noah. :)


no. oo good ( no, not good )
Haritu i nampak Noah baling barang then Adam cepat2 cakap no oo good ! hehe. Seronok la tengok Adam n Noah both speech delay tapi nampak la mula nak cakap . Rasa sebab diorang gaul dengan budak sebaya then cikgu2 dia la kot cakap gitu kat dia.


Interaction 
Ni paling ketara lah . Adam and Noah dulu memang tak main with each other. Mentang2 la masing2 muka lain. Sorang helmet sorang kenteng so like totally different dna ke diorang ingat so takyah kawan ehhh. Patut umur rapat2 la, diorang geng. Tak tahu la maybe sebab i pregnant rapat sangat jadiii dua dua masih baby and berebut i. Wow hot sangat iols rasa direbuti ramai jejaka. hahaaa tapi sejak sekolah, memang diorang main same2 walaupun ada adegan buli membuli. Sebab kat sekolah gaul dengan budak2 baya kan. 


Banyak tahu sebut benda.
Abc ke apa Adam Noah kenal dah. Kalau tunjuk2 barang ke apa tahu sebut dah. Memang banyak membantu la anta anak sekolah di awal usia ni. cuma balik rumah tu monitor and develop lagi lah dari apa yang sekolah ajar. Tak penting pun anta anak kecik gi skolah tapi kalau nak cuba why not hehehhe for surirumah lah. Kalau yang working from home mom pun okay je kalau nak anta anak playschool atau taska separuh hari so that ada masa dia boleh beragul dgn budak baya diaa. 

Berdikari
Dulu kepit dengan i je jadi berdepek je. Now sangat berdikari walaupun masih clingy. hehh


Jadi memang lega sangat bila Adam Noah dah biasa school. Orang pelik jugak nape i hantar Noah school awal sangat. Umur setahun setengah i hantar dah. Tapi hantar sampai 1230 je, kalau kat Brainy Bunch panggil playschool. Bukan belajar berat2 pun. Then bila i tengok ok, i lanjut sampai 330 sebab i kerja . Kalau nak anta petang lewat , amik lambat tu nanti bayar cas lain lah, kot kalau i ada event ke balik lambat tak sempat pick them at 330..extra charge lah. 

I rasa ramai je mak2 bapak2 melalui fasa nangis tak sampai hati nak hantar anak taska atau skolah at the young age, tapi takde choice kan. Alhamdulillah ok, cuma awal2 tu monitor la untuk tengok keserasian anak dengan taska/sekolah. Kena pandai pilih and monitor, tak semestinya sekolah ni okay dengan anak orang lain means ok dengan anak kita. so kena tengok juga.. 

Brainy Bunch okay tak ?
I sendiri punya review..yes okay. I okay la so far kat cawangan skang. Takde masalah. Apa2 yang kecik tu abaikan je. Tengok Adam Noah banyak development, alhamdulillah. Bukan nak anak jadi pakar matematik genius terus, asal nampak banyak development i happy dah !  Thank u teacher ,  happy teachers dayy ! I love u wow woww romantic sangat i. 

Nah ni yuran Brainy Bunch 2017





Toodles :)











6 comments :

  1. Rasanya kita mak mak sekarang ni sgt bertuah..
    Dah byk playschool dibuka, pilih jer mana yang berkenan n ikut kemampuan...
    Saya hantar anak kat Permata coz tu saja playschool yg ada kat tmpt saya, tapi serius best, nampaklah anak saya dah mula berdikari....
    All the best to Noah n Adam...

    ReplyDelete
  2. Arghh takde anak lagi dh terbayang kalau ada ank nak anta sekolah cemni semua hhahaha

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum namee. Wahwahh banyak perkembangan adam noah. Bagusnya.

    ReplyDelete
  4. Pemilihan sekolah awal umur ini memang sangat penting. Walaupun sekolah tu dah nampak kelebihan dia, kena gak pantau perkembngan. :)

    ReplyDelete
  5. ye Namee,better antar awal.xmcm saya,sy bru nk hntr ank sekolah depan.ank thun dpn dh 6 thun.smala mcm parents lain,still risau ank mmg taknak pegi sekolah bila ditnya.tibe2 thun ni,dia mintak nk pegi,tlmbat sudah untuk dftr utk thun ni punye.

    ReplyDelete
  6. Good entry. I pun start antar my child ke kiddy since umur dia 1thn

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...