Pages

Wednesday, November 15, 2017

5 Benda Yang I Tak Pernah Menyesal Berlaku Dalam Hidup

Hi

Em kejap nya masa berlalu. Dah dekat 30 tahun hidup. Dulu masa zaman sekolah rendah rasa lamanya kemain. Mungkin sebab pagi sekolah kebangsaan, petang sekolah agama lagi aduinya, malam tuition lagi aduinya. Rasa pemprosesan hidup di alam sekolah rendah lama gila. Eh tak cukup lagi, Sabtu Ahad drawing class pulek. Memang rasa lama sgt la zaman sekolah rendah .

Basikal pun tak bagi beli. Lama mintak basikal, astro pun tak dapat. Pindah Seremban baru dapat tu pun sebab kitorang mogok taknak pindah Seremban. Bila nk pujuk pindah Seremban baru lah merealisasikan impian kitorang nak basikal and astro hahaa. Ingat lagi beli basikal kat Makro. Skang Makro pun dah takde kat Malaysia. See time really lalat flies. 


Tak semua benda dalam hidup i as in plan . Rasa macam mostly tak plan pun. Just ikut flow je. Ni antara benda yang i tak pernah menyesal berlaku dalam hidup. 






1) I rasa dah few times i tulis why i  berminat kerjaya architect. Nampak bergaya plus ingatkan takat score lukisan kejuruteraan  zaman sekolah menengah tu dah boleh jd architect hahaa ( nak capai jadi architect ada 3 stage : part 1 part 2 part 3 ) . Rupanya na'ah ya. Masa zaman foundation dulu, dah rasa love hate relationship dah dengan pure architecture ni since rasa diri xleh go and cope. Then im not that talented lah. Ada jugak org yang lahir tak talented tapi kalau terus belajar2 and explore....boleh berjaya gak tapi masa zaman foundation tu i rasa i dah tak minat lah. Ingat mcm pendidikan seni nya pun ekeke. 


kalau i tak masuk uia dulu, maybe i tak kenal dengan kawan2 i especially yang belah kanan i tu..Furqan. Sampai ke upm kita bersama and dia memang seorang kawan yang baik. Jenis kawan yang tak pernah ada iri terhadap manusia lain. Takpe puji dia lebih2 sini sebab dia sejenis tak baca blog i pun. haha




So after foundation, we hv to decide , which course nak amik at main campus UIA GOMBAK. Seingat i ada 5 pilihan...
- pure architecture
- quantity surveyor
- landscape architect
- urban regional planning urppppp. diorang panggil shorform urpppp je gulung lidah sebut urrppp.
- design ( mcm industrial design ) . I tak ingat apa nama full course ni matikk la tak ingat padahal roommate sorang amik yang ni hihii ampun kan daku Ila. 

Fikir punya fikir, ayah i memang nak i sambung architecture gak . Cadangnya i nak change to QS la walaupun susah jugak ( actually smua course pun ada cabaran ) sebab nak lari dari dunia archi tuh. But last2 i letak first choice archi gak. Tapi time tu ada jugak plan nk tukar department, kot tetiba nk masuk law pulak ke hahaa. lagi susah kot kena banyak baca eeeee. 

But i stay jugak, meneruskan hope . Tak nyesal walaupun last2 tak kerja. 

Tapi last2 i sempat kerja 2 bulan je kat firm architect end up i kerja macam skang. Dari rumah and online work . 

But at least , skill yang i belajar zaman study archi tu i applied untuk pekerjaan skang. Seperti basic photoshop , basic ai , 3D software ? haha. Berguna juga la sikit2. For sijil master belum nampak lagi perjalanan nya hope kerajaan tak sesal bagi i mybrain. 



2) Having noah . Noah dah nak masuk 3 tahun wow. Siapa yang tengok i diawal kehamilan, tahu la betapa i menangis takut rahim letop.  Aduinya. Merengek2 kat doctor..nanti "betul ke rahim saya pecah bila baby dah besar dalam perut ???" . doctor siap gelak lagi. Memang la ada risikonya tapi insyaAllah baik baik je. Pernah je orang suggest gugurkan plus masa tu Noah baru 3 weeks camtu, so diorg bagi idea makan nanas muda la, minum coke banyak2 lah , ma'jun biji2 hitam tu hahaa. Takpa takpa, i tak sampai hati menikmati rojak nanas dan coke buat hilang dahaga ekekek...i teruskan gak. Rahim pecah ke apa tu lain cerita insyaAllah okay tapi i tak leh angkat berat. Denyut2 tempat czer tu gullpp. 


See, besar dah Noah. 



If takde Noah, sian Adam takde teman. Adam is my first love tapi sayang dua dua sama je. Apa Adam dapat semua Noah dapat. If Adam beli baju, adik pun dapat walaupun Adam merasa pakai semua baju baru hahaa and baju turun kat adik but still belikan adik baru jugak kira baju adik double dari abang. 




If korang situasi macam i ni, plz dont be sad . u will be okay punyaa plus akan tambah happy. penat yang happy. ada time nangis ,biasa lah. tapi worth. 




3) Masukkan anak sekolah. Masa dah mula busy kerja dalam setahun, i masih belum jumpa solution yang terbaik lagi for Adam , Noah. Masa ada maid tu , ingat okay lah ada maid. Tapi nak jaga dua anak kecik then nk maintain rumah lagi impossible. Sebab i pernah cuba buat tapi memang stress isnce dua dua kecik lagi. Maid pun manusia, mana mungkin. I pulak rasa keluh kesah mak esah. 

Then terfikir pasal sekolah. Masa nak anta Adam tu i siap gelinang2 air mata.Baru la faham perasaan mak mak yang kerja n kena anta anak taska, camtu juga la i rasa .  Kesian Adam . Sedih sebab tahu Adam jenis nangis. Manja jenis nak peluk popok je . Tapi bila tengok dah ok tu, tetiba tabah bagai dihasut syaiton pulak nak anta Noah skali. Then maid boleh handle rumah saja. Dari anta anak sampai pukul 12, pukul 3 pulak..lepas tu terus fullday. hihi sorry babies i really need to work. Tapi Sabtu Ahad janji peluk2 popok2 and jalan. 






Sampai la sekarang. Adam and Noah sangat2 banyak development. Terima kasih cikgu2 Adam Noah. Terhutang budi. Salah satu benda yang i buat and i happy la, masukkan diorang sekolah di awal umur but still need  balance. Balik tu wajib mandikan, suap makan and main2 untuk cover balik i kena kerja mencari sesuap nasi di pagi hari. 






4) Pindah Seremban. Awal2  pindah Seremban, serious rasa tak happy and takleh adapt. Dulu duduk usj9 betul2 depan Taipan. Sampai kul 1 pagi pun masih boleh dengar bunyi kereta, i mean busy town la. Pastu time ma pa takde, sukati je menyelinap ajak makcik g McD kat Taipan tu . herherr. Pastu kat Seremban sekolah perempuan semua. Dulu sekolah ada laki boleh gossip crush2 , sekali masuk sekolah pmpuan duk tengok suasana baru berebut2 adik angkat. Ada gak la yang nak terjun diri sebab tak diterima jd adik/kakak angkat. Suasana baru for me. 


after 16 years, and mak bapak i bercucu semua dah. I ingat lagi masa nak jual rumah kat Subang Jaya...ayah i gantung tanda HOUSE FOR SALE. tapi bila ayah i keluar pergi kerja, mak is sorok balik papan FOR SALE tu. Bila ingat balik rasa kelakar je. Padahal rumah seremban ni dah beli lama dah tapi mak i x sudi , i mean the whole family tak sudi. herher but now we all live happily ever afterrrr. 


Dah 16 tahun stay Seremban, serious i rasa syukur gila sebab pindah sini auumm. Aman. Tapi skang Seremban dah mula busy gak sebab rapid development. Nanti sendayan 100% siap lagi lah aduii. 


5) Membesar di kampung. Jadi anak ketiga and hanya beza setahun dengan kakak kedua, kakak pertama pulak tengah sakit nyawa2 ikan hanya ada 50% peluang nak hidup je menurut doctor at that time and ma pa kena ulang alik hospital..so untuk kurang stress....nenek offer untuk jaga i. Lama2 nenek pun taknak lepas i ekekeke. Seronok membesar kat kampung. Seronok dapat panjat pokok rambutan and main2 bakar pokok. Habis pokok pisang i bakar . Seronok offer diri nak tumbuk sirih nenek i. Walaupun tangan berparut teruk dulu memang mak i dah usik2 dah nanti i takde bf sebab tangan banyak parut. Sebab comot.  tapi masa form 1 rajin telan jamu hahaa hilang pun parut tangan semua. 


Dulu wondering juga kenapa i kena stay kampung ..i anak angkat ke apa. Tp bila dah pandai fikir, rasa bersyukur gila. Tak semua dapat pengalaman cam i wahh gitu. n i rapat dgn nenek. Teringat nenek i sign kan report card i sebab bahasa melayu i dapat C . hihi cuak nak tunjuk mama . 





So far banyak benda la i tak nyesal berlaku. Tapi yang i tulis atas ni yang utama la.






6) Terminate maid. I feel sorry for my maid tapi untuk menyibukkan diri dan kurangkan kemurungan....i amik keputusan untuk buang maid. Salah satu cara untuk be happy in life is to keep myself busy. Ingat lagi lecturer i kat uia gombak dulu..hari2 ulang alik Seremban n ke uia gombak...punya la jauh i rasa untuk everyday punya routine power betuii. Tapi i ingat lagi dia sebut...nak happy, just keep urself busy. Skang i buat cara tu, and im happy alhamdulillah. Penat tapi productive insyaAllah. Tiada masa nak fikir tentang perkara yang merintihkan. Time well spent with Adam and Noah too. 


Kalau dulu, i boleh sukati je takyah kutip baju masuk mesin, kalau malas biar je cawan xyah cuci, xyah cuci toilet , takyah semuanya takyah sebab tahu ada orang lain akan uruskan esok hari..buat la sepah macam mana pun esok dah rapi. tapi i x happy hidup camtu. bila balik rumah i rasa macam xtau nk watpe,,nak buat kerja rumah nnti maid takde kerja pulak. Fikir punya fikir i terminate maid i plus i rasa x boleh cope nak jemput dia hari2 dr rumah and hantar balik since i kena send and fetch the kids from school juga. Jadi makan banyak masa. 

So sekarang ni pagi i kerja office hour time anak sekolah. Kerja umah ikut jadual. Happy sebab tak sempat nak berfikir benda tak perlu. and maid i pun dah happy kerja kat kilang yang gaji lebih tinggi and bergaul ramai rakan2. 

hihi...Yayy i update blog haha. Tajuk tulis 5 je tapi 6 pulak.herher terlajak sudeh . 




Toodles.





3 comments:

  1. Bakar pokok pisang ek.. Hahaa
    My parents tak pernah lagi hantar saya duduk dengan nenek, dari kecik sampai besar memang duk celah ketiak parents je hehe

    ReplyDelete
  2. hahaha sy time kecik habis boleh tebang semua pokok pisang uwan, rupanya kak namee lg rare siap bakar lagi..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...