Pages

Monday, January 22, 2018

Hokkaido Day 5

Hi



Hari kelima sudah ! So sad, bukan selalu pun dapat visit negara orang so all the kenangan very sayang one. So i tulis jela semua kat blog ni, korang pun boleh sama2 mereput refer post i kalau nak pergi Hokkaido. hehe Tak sangka Hokkaido besar gila, bila tengok kat map baru la sedar besar gilos Hokkaido ni. 



So hari kelima sempat la visit macam2 tempat. Full day ! Maaf post kelima ni sebab post perpisahan sekali jadi panjang ler sikit. 



First tempat yang kitorang pergi day 5 is Noboribetsu Jigokudani , tempat gunung berapi active. Masa i pergi tu kan winter time so penuh salji jela . Sejuk gila. Walaupun snow tapi bau sulfur dari volcano tu boleh bau lagi. Diorang panggil Noboribetsu Jigokudani ni Hell Valley, yela kan syaiton duk tempat panas neraka. ekekeke. Tersedak syaitan i tulis syaiton kat sini. 




                                       Noboribetsu Jigokudani / Hell Valley


Gemok betul gayanya. Caya lah i x gemok cenggini pun hahaaa ni effect pakai banyak lapis. 








Gunung berapi dpenuhi salji saja. Berasap2 . syaiton. 





Posing satu. 





Time ni x sejuk sangat lagi. Kejap lagi time hujan salji gulpp nak keluarkan tangan dari poket pun fikir banyak kali. Sekali keluar tangan, ur hand gone already. Cannot rasa one. 



 Nak jalan atas kayu ni kena hati2, licin. Banyak kali nak tergelincir oo mak kau oo mak kau je. 









 Mula2 sampai apa lerr bau hangit ni sape masak lupa tutup api , lupa iols kita dalam kawasan gunung berapi ghupenya bau sulphur. Sebab dah tutup dengan salji, ahkak lupa ingatan kejap . ekekkeke




 Nampak tak air2 kuning tu sulphur gunung berapi la tu. 



 Eh pompuan ni lagi. 
 Oii masa ni dah hujan salji , gigih jugak nak snap depan papan tanda. Berebut2 semua nak snap depan tanda ni. 





 Masa ni i dah lari laju2 dah masuk kedai gift sebab cari heater. Meninggalkan kak filla ujang jocko dan client Jepun yang lain. ekekeke sejuk gila i lari dulu wuuuwuuu memang cantik la view time winter.



 hiihi cuci mata duluuu..







Boleh beli minuman panas untuk warm kan badan dari machine ni. 


Lepas dah settle happy2 tengok Hell Valley, jom makan. Kitorang memang makan tepat masa je kerjanya. Trip kali ni beza la dari trip i ke Tokyo. Kat Hokkaido lebih slow and steady tak la penat sangat. Masa kat Tokyo memang penat gila tak terkira la penatnya . 

On hari kelima kitorang makan kat Noboribetsu Onsen `Sekisuitei' . Noboribetsu Onsen ni is hotel. Lunch kat Noboribetsu Onsen dulu, since dekat sangat je dengan Hell Valley tadi tu. 




                                                          Noboribetsu Onsen



 Masa awal2 sampai sini, dengar Jocko and orang Jepun duk sebut 'onsen' apa benda la tu. Rupanya 'onsen' ni is a hot spring, mandi air panas. Dari Day 1 lagi , kitorang dapat bilik private untuk 'onsen'  kat The Lake Toya Nonokaze Resort , tapi first day takde mood lagi hihii jual mahal weolls...its okay we are very tired. wow poyo sangat. 



Ni la bilik kami lunch ! Susunan teratur je. Tengok meja all ikut line uols. Orang OCD suka la tengok ni. ekekke. Nasib i bukan OCD, benda2 ni tak la cerewet sangat tapi suka la tengok kemas2 gini. 



Sampai hari kelima, kitorang masih dimewahkan dengan king crab. I tak reti makan crab , nak kena gunting tu kan ekekek. Orang tanya, halal ke tidak semua makanan kitorang makan ni ? Food kat Noboribetsu Onsen ni muslim friendly so if korang datang Noboribetsu Jigokudani  boleh makan kat Noboribetsu Onsen ni sebab dekat je. 


Lepas dah makan burppp alhamdulillah, cuaca kt luar memang sejuk pulak tu. Dalam hotel ada onsen mandi air panas . Ada public and private onsen. So kalau tak reti malu mandi jela onsen public kalau maluuuu ada budget lebih sikit private onsen pun adooo ! Kitorang dapat sorang satu private onsen, weolls pemalu . Tengok public onsen pun ok sangat dah, bersih pun bersih pastu jangan la bogel. Pakai la towel. Eh korang ni . 



Sebelum pergi private onsen, kita merayap dulu kat public onsen. Public onsen pun dah okay sangat dah. Pakai la towel, sape suh bogel. Ada hot bath, sauna segala semua ada kat sini.


 Mandi2 dulu, pakai la towel. Kalau nak berbogelan boleh jugak...aku tengok kau kau tengok aku. haha 



 Sedapnya sejuk2 tetiba masuk air panas. Tengok pulak view lawa2 kat luar . Aumm eh minum pulak hot chocolate. Eh lelebih pulak . 


 Syok nya sebab air panas untuk onsen ni disalurkan dari Hell Valley tadi. Kebanyakan hotel yang ada onsen semua dapat supply air panas naturally dari Hell Valley tadi tu. Kat sini bukan pakai eletric water heater tak main laaa ekkeke. 


 Dapat celup2 kaki pun sedap dah. 







 View luar. Lawa kan tetiba rindu. 




Kitorang tak mandi dulu, nak sambung jalan tengok beruang duluuu !



Noboribetsu Bear Farm

Kali ni pergi tengok bear kat Noboribetsu Bear Farm .Masa hari pertama kemain la jakun tengok bear kat Ainu Museum hahaa kat Noboribetsu Bear Farm ni lagi banyak bear . Lebih 100 ekor bear ! Nampak comel je bear kan, tapi so sad bear is omnivor..sekali dia kunyah....musnah kita silap2 tulang i dia buat pecungkil gigi je. 






Eeee scary nya bear tu jenguk dari atas. U minat kat i ke bear ? I dah kawen sorry. U wax dulu bulu, baru i terima you. 







 Ingat Kpop tadi. Ingat semua bear warna cokelat je ke ? Ada yang warna cerah gak, cucuk gluthathione ke youu ...ekekke. 



 Nak ke Noboribetsu Bear Farm  i naik ropeway . Dalam 10 minit gak nak sampai ke atas. Sambil2 cuci mata tengok scenery dulu. 




 Taddaa udah sampai ! 








 Sampai atas je dah penuh snow dah sebab lokasi atas bukit !





Eeeee sejuk gigih nak snap photo jugak sebab lawa ! 





 Mari tengok bear !




 Kat sini tempat beli cookies. I ingat cookies apa benda la, rupanya cookies nak bagi bear makan nanti alololooo omey nya. 








 Geram tengok. Rasa nak polokkk je. Nak bau bulu dia, geram ketap2 gigi tengok. Tdo peluk sedapnyaaaa. Eee siap lentok2 goda i kenapa . 









 Bear2 ni semua ada phd , pandai bebenor. Dia nampak kitorang pegang paket cookies dia tu, kemain rayu2 nak nakk nakk. Comel gerammmmm. Dapat peluk memang aku tak lepas engkooo !Hempap2 lagi. 






 Ni la cookies nya !!! 





 Tengok laa...eee geram. Semua rayu2 nak cookies. cute gila. Menyampah pun ye sebab geram nak peluk tapi tak lehh takut kena kunyah. Male bear besar2 badan nya, u makan steroid ke. 









 U nak keee ?? Kena jawab quiz dulu . I cantik ke tak ? Jawab skang. 




 Biskut untuk bear je, bukan famous amos ye. Jangan memandai nak try . 





 Turun bawah ada macam tunnel. Dari sini boleh bagi makan cookies lagi dekatt tapi belakang cermin jelaa. Masukkan cookies kat dalam corong tu and tolak dengan besi. Nanti bear tu amik., omey. Lepas amik cookies, ketuk2 cermin mintak lagi. Amboii biasa dia ni ! Leleh2 air liur rayu nak cookies...tak tahan geram nak polok engko ni. 




Boleh beli cookies kat bawah ni jugak. So rasa ketagih nak bagi cookies, beli lagi beli lagi. 



 Ni nak tengok bear betina pulak tadi tengok bear jantan. 


 I tak pilih kasih tauu. Jantan dapat, betina pun dapat. Bear female ni size kecik dari bear male tadi. 



 Bear betina lagi garang and suka rebut cookies. Tengah period ke ekekeke. Kemain cakar2 rebut cookies. Yang bear jantan tadi tak dapat cookies muka pasrah je alaa takpelahhhh ada rezeki kendian hariii. Yang bear female ni gaduh2 rebut. 







 Nak gak posing gaya Titanic dari belakangggg...



Dah puas tengok bear, hari pun dah nak gelap. Kat Noboribetsu Bear Farm ni pun makin sejuk. sempat la kitorang duduk minum air panas kejap kat cafe. Pastu terus gi priavte onsen rendam air panas jap. 



Noboribetsu Onsen Private Bath

Kitorang jenis pemalu nak borkemban bersama2 so dapat ler rasa bilik private bath ni. Yabedabeduuuu ! Sukati korang la nk buat apa dalam bilik ni, nak rehat2 sambil tengok tv. Cuaca luar sejuk sangat, masuk je air panas terus rasa aaaaa legaaaaa. Onsen kat Noboribetsu Onsen ni air panas dari Hell Valley tadi. 

Kalau suami isteri ke, adik beradik ke nak cuba onsen, boleh je share bilik private bath ni. 





 Dont worry xde sape intai. Paling2 pun ada bear je kot kat luar sana ekeke. 




Boleh bau sulphur dari volcano tu lagi sebab air panas ni dari atas Hell Valley tu la. 






 Gaya orang kaya. hahah. 







Selesai sudah onsen kat Noboribetsu Onsen jadi mari lah kita jalan2 lagi. 






Lepas ni nak singgah Rera Outlet Mall, Chitose. Rera Outlet Mall ni macam premium outlet la, tax free . Sebelum sasau shopping , solat dulu. Kat Hokkaido ni mana2 senang je cari tempat solat. 






Rera Outlet Mall, shopping jom. Kecik je oultet nya and x busy sangat. Dapat la cuci2 mata and beli2 sikit hehe. 





 Ni kedai souviners, makanan2 famous kat Hokkaido ni semua boleh beli kat sini. 



 Segala tester , i nak cuba. Test sampai sendawa. haha




 Comel!


 Oh ni sedap gila. Macam keropok perasa ketam tapi ketam nya real ketam la bukan ketam perisa tiruan ! Sedap ! Macam biasa, we belasah tester. Kak Filla je semangat beli ekekke. Pastu simpan kat bag i pulak tu. Ingat dia tak ingat ada simpan dalam bag i kalau tak i dah telan sorang dah hahahh.





 Sempat beli 3 kasut sini . Em tapi nyesal pun ye sebab tak beli lebih , i mean tak bawa duit lebih. I bawa duit sikit je sian i dengan debit card nak kena activate bagai malas nak fikir haha. 


 Entrance of Rera Outlet Mall.  Semua snow dia dah sodok dah.


 Kat GAP i shopping banyak baju budak, rasa cam 15 helai tapi total dalam RM2++ je hahaa i pilih tshirt yang out of season and size dah kurang lah of course la harga jatuh kan.  Boleh la buat pakai2 basahan kat rumah semua baju rumah dah reput dah haha. Nak beli baju anak pun x sempat2..i tak tahu masa i pergi mana. Very limited. Tahu2 je dah malam pun. Jadi since i sorang2 kat Jepun ni beli terus la kalau kat KL xtau nak shopping bila, shopping mmg x bawak anak laa susah nak pilih tapi most of the time mmg dgn anak so mereput la x sempat shopping. 



 Gucci tak sempat masuk. Bukan takat tak sempat masuk, duit pun takde nak beli hahaa. 


Lepas shopping settle, terus g makan. Kitorang ada 30 minit je time kat Rera Outlet Mall ni takkkk cukup. Masa suntuk sebab cepat gelap pun kan then esok nak balik Malaysia dah. Jadi takleg lupa diri sangat. 


Dinner kat New Chitose Airport. Kan ada halal dining kan. Ni dia ! Dinner dekat2 ke sebab malam tu stay dekat airport ANA Crown Plaza Chitose Hotel  since flight pagi. 


 Donburi Chaya Restaurant  . Masa first day sampai Chitose Airport dah nampak dah restaurant ni tapi tak sempat makannn. Last day baru dapat makan. 




 Tak ingat apa nama menu  nya . Alahh belasah, asal halal. Orang Jepun n bagus sebab if tak halal dia kata tak halal. No no no cannot ! Kongsi2 la. 




sotong sedap. Kitorang ni boleh tahan peghak la, tengok menu mana macam sedap semua nak order hahah. 





ANA Crown Plaza Chitose Hotel

Ini la bilik i last day. Sepanjang 5 hari kat Hokkaido semua hotel best2. Selesa. Korang elok catat la segala tempat and hotel  i duduk ni. Tempat i pergi haritu kat Hokkaido memang tempat pelancong . ANA Crown Plaza Chitose Hotel ni dalam town je, nearby AEON, then transportation semua ada, ada kedai kasut seberang jalan...



Check in ANA Crown Plaza Chitose Hotel , konon2 penat la nak tidur pastu masing2 tak puas lagi dengan kisah GShock, merayap ke AEON pulak tapi kat AEON mahal la sikit . I nak cari GShock gak tapi tak beli kat AEON laa tak banyak choice sgt and mahal. Last2 i beli GShock kat Narita Airport je kekekkeke. 


Emm masa berlalu kejap je, dah nak balikkk. 


Boleh beza kan mana muka orang Malaysia and Jepun kee kitorang dah nampak lots of mixx ??. Laki yang tengah tu la Mr Kazunarikurosawa yang bertanggungjawab jaga kitorang sepanjang kat Jepun. Pandai cakap melayu, kalau suh snap photo beriya count SATU DUA TIGA !! Yang laki sebelah kiri i tu Mr Wataru . Kerja kat Malaysia, kontrak 2 tahun x silap untuk tourism Japan ni lah. Kemain korang ya, i baca kat blog kak Filla semua duk komen hensem hensem kemain korang yaa haha . Dah kahwin, bini macam Nasha Aziz letup kemain nampak je diam camtu . 




Hihi this one most fav Masami San ! Terkejar2 dia nak jaga kitorang ni. Tu belum lagi i cicir mafla la, glove la, sejuk la nak air panas lah. hahah. Paling tak boleh blah time kitorang main skii la....jenuh dia nak explain cara skii and angkat kitorang. Last2 i sedar diri jela, ski is not for u namee..sudeh2 la. Sedih nak say bye bye. I hate bye bye.


Terima kasih banyak Masami san, Mr Kazunarikurosawa and Mr Wataru. Sampai Malaysia je terus gi makan Tom Yam ekeke. 

Overall, Hokkaido mmg cantik untuk visit. Hokkaido besar gila tapi tempat2 yang kitorang lawat ni semua tumpuan pelancong . Kalau nak tahu tempat2 lain lagi kat Jepun yang muslim friendly bole  tengok kat website diorang http://muslimguide.jnto.go.jp/eng/blog/


Toodles !






5 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 photo lumi.jpg