Pages

Thursday, February 8, 2018

Kenapa Adam & Noah Berhenti Brainy Bunch ?

Hi

Masa mula2 nak masukkan Adam Noah sekolah memang i fikir banyak2 kali siap drama air mata lagi haihh nak period pun tak emo camtuh sejak jadi mak mak ni i cam makin leleh je whatzehel. Betul ke nak masuk sekolah. Tapi i rasa perlu sebab nak biar dia gaul dengan budak baya dia plus im working too. Plus kalau duduk kat rumah pun, asyik ngadap tv and kacau bibik ( masa bibik still working with me ) . Adam and Noah both speech delay. Noah maybe tak delay ( instinct i lah ) , sebab now Noah 3 tahun but boleh dengar ayat2 jugak. Adam masih spoke his German language. Mommy still love u Adam !




Balik pada kisah BB. 6 bulan awal di BB  . Dari awal Adam join BB, Adam memang speech delay. Masa Adam umur 3 tahun, i tak worry sangat sebab mak i bgtau yang adik beradik i semua dekat 4 tahun baru cakap. I paling awal bercakap umur 3 tahun wawww . haha so i rilek2 tak stress bagi Adam masa . Ramai suruh check samada Adam ni autism ke apa, tapi so far i tengok eye contact tu ada. Since i sendiri ada adik autism jadi tahu la sikit2 . Biasa kalau kes macam ni, orang luar akan judge dulu so we as mom!! berani kerana benar tetiba namee gila. haha. Buat xtau je, takyah offended .Adam ni orang memang cakap autism , i tak offended sebab anak kita dan jika yaaa ..apa je i boleh buat ? Teruskan usaha yang mana mampu . 

So i masukkan Adam di BB with a hope Adam bergaul dengan rakan2 sebaya and boleh la tiru2 sikit word budak lain . After 6 bulan, nampak la can say thank you, cowy (sorry) , benda basic. Tapi malas pergi sekolah. Nak pergi sekolah susah sangat, nak kejut susah sangat . Taknak mandi taknak keluar kereta . Ikut mood. Most of the time boleh tahan struggle la nak hantar lagi2 Noah , 75% dari setahun tu buat perangai. Bila nak pusing kereta masuk roundabout pun dah  tarik stereng. Time birthday party kemain pulak tetiba rajin hahaa.  Kadang i hantar diorang pun muka ketat je sebab dari rumah dah struggle berdegup jantungkuuuuu. Sorry teacher. Selalu hantar kul 9 ..930 ...sebab diorang taknak mandi. sedih dan sengsara bila ingat haha. Plus diorang tdo lambat .

Then suami pun suggest tukar sekolah . So i start survey mana2 sekolah. Buntu, runsing semua ada. Isham suruh tukar sekolah, but me as a mom mereput dah la takde maid dah if anak i tak sekolah habis i nak kerja macam mana ni. 

Sebab utama nya speech delay lah. and i rasa kesian Adam umur masuk 4 tahun but still terpaksa join kelas playhouse since dia speech delay. Actually on 2018 i macam plan nak try 6 bulan lagi di BB siap dah buat borang semua la isi online but then teacher sendiri suggest i tukar sekolah. Main concern tentang speech delay and anak i memang memerap kat sekolah. Tarik nafas dalam2 je masa tu , nasib la i jenis cepat move on. Manusia boleh absorb perkara samada jadi negative atau positive.  Kalau i fikir negative, i anggap anak i got kicked out from the school. Kalau i positive, i akan terus semangat and work hard for Adam Noah. Apa2 benda dalam life, cuba absorb jadi positive lah insyaAllah akan happy. 


I selalu perasan Adam & Noah kalau dalam crowd, dia macam nervous terus ngamuk sambil lari2 kehulur kehilir , takut and mengamuk . Tapi i ada consult dengan doctor , anak i ada masalah behaviour. Doctor kanak2 yang cakap ya, bukan i sendiri judge anak i . 

So now on 2018 , Adam Noah dah masuk sekolah baru. Kira special school yang ada speech therapy , therapy untuk behaviour, segala jenis therapy i join kuda ke swimming ke semua sekali hihii betul2 nak terapi haha. So far alhamdulillah, diorang suka pergi sekolah. I rasa maybe sebab crowd, anak i macam anxious kat crowd. Plus sekolah baru  ni ada dalam 10 students je tak silap. Ingat lagi masak concert Brainy Bunch..Adam Noah tantrum sampai cikgu cawangan lain semua tanya memang anak i camni ke kat rumah ?  Cikgu yang memang deal hari2 dengan macam2 budak pun tertanya. 








A post shared by Namee Roslan (@nameeroslan) on 

Ni masa concert BB tu, pitam i dan cikgu2 . Nangis sampai tersedu2. Cikgu cawangan lain pun curious tengok anak i nangis teruk sgt. Tapi yang i perhati diorang cemas bila dalam crowd. Now kurang sikit sejak sekolah baru. Sebab sekolah baru ni ada physical therapy sekali untuk behaviour tu. 




Jadi pertanyaan2 orang yang DM & email i pasal sekolah Adam, Noah...



Kenapa berhenti Brainy Bunch ?
Sebab utamaya speech delay. If ikut tahun, Adam consider dah masuk 5 tahun so tahun 2018 my target is to focus on the speech. Plus cikgu sendiri suggest i tukar sekolah. I pun dah survey lama dah cuma masih nak cuba lagi. Orang cakap speech delay ni salah satu sebab pasal gadget kan, tapi i bukan jenis bagi gadget selalu. Genetik ni .

Brainy Bunch bagus ke tak ?
Sekolah ni kita tak boleh nak cakap bagus ke tak. It depends on our kids jugak.  Anak i tak sesuai. Macam i tengok anak orang lain okay je, boleh belajar and hafal surah semua. Bergantung pada kesesuaian anak. I redha je anak i tak sesuai. 

Apa status Adam dan Noah ?
Both boleh read ABC and 123 and sebut banyak words , sentence ...cuma lidah nak sebut tu pelat lagi. Boleh fix , i trust u babyyy. 


Then kenapa u delete post pasal BB dulu ? ( ada dua orang DM i tanya )
Jawapan macam kat atas jugak. I tak selesa jadi reference pada future orang. Debar2 je rasa bila orang cakap i masukkan anak i sekolah tu sebab i baca post u. Kang tak sesuai, mati la i nakkk. Macam anak i tak sesuai so bila orang tanya i tak tahu nak jawab macam mana. Tapi anak kawan i okay je . Tengok budak dan keserasian. 

Adam Noah masalah behaviour apa ?
Em so far i nampak diorang cemas bila dalam suasana ramai2. Kalau bawa kenduri pun. Sekarang getting better . 

Jadi now Adam Noah sekolah mana ?
Sekolah khas yang ada speech therapy. So far ni dah masuk 2 bulan. Awal seminggu tu nampak dah Adam especially,  dah mula cakap ayat panjang. Nanti i share lah kemudian. Balik2 sekolah..Mommy , where is bird ? bird inside ur pants la why are u asking me ahhaha...then i jawab yes bird sleep on the tree. Satgi dia tanya binatang lain pulak. Where is elephant ? Where is lion ? Where is worm ? where is cat ? Semua beruang kutub semua dia tanya.If banyak gila development, i bagitahu sekolah mana. Ni awal lagiiiii.   Setakat ni Adam Noah nampak sangat happy, tak nangis . Awal seminggu sembang haiwan, hope setahun nanti jangan sembang politik plak. hehh . Now pagi2 tu pandai la kul 6 dah bangun teman i buat bekal kat dapur sampai hangit gak sebab sibuk nak join sekali wawawawawwwaa. Kadang2 ada time malas nk sekolah tu merengek2 sikit la tapi nampak muka teacher terus kluar kereta lupa mak sendiri. 


Macam mana anak u speech delay ? U tak sembang ke dengan anak u ?
Em apa2 benda pun,  i put all the blame on me jugak. Terus cat kulit dark chocolate u can put the blame on me u can put the blame on me Akon Akon. I sembang je dengan Adam Noah cuma kadang geram tak tahan i duk sembang bahasa baby . hihii. Skang i tahan diri jela tak cakap bahasa baby. Cakap bahasa dewasa but overall i memang rasa genetik . Noah nampak memang nak cakap dah banyak ayat. Adam pun dah mula2. Adam banyak belajar dari tv , buku dia tengok and utube animals. 


Tak semestinya sekolah yang nampak cikai bese2 yuran murah tak bagus. Tak semestinya sekolah yang famous and u can see everywhere tu sesuai dengan anak u . Bab anak2 ni memang kena less expectation je since ikut keadaan anak kita serasi . Ada yang sekolah dah serasi dah , ada budak buli pulekkk. Macam2 hall. Kena pantau from time to time. So tahu 2018 ni i concern lebih sikit lah since takde maid pun anak memang depek je. 

















Tahun 2018 i target speech saja, belajar membaca and count kemudian kita fikir. 


Now pun i happy dah. Takde apa nak kejar pun, 2018 focus on speech je dulu. Yang buat karangan add maths rumusan segala kemudian kemudian jela. Mama ajar siap ah dengan rotan. Akan update from time to time. wee. Hujung tahun baru i bgtau sekolah mana. Now masih awal nak huha huha lagi. hihi apa apa pun sekolah mana2 pun, berbalik pada keseuaian anak kita. ok bebeh. Try and try and try u dont have to try aih aii aa aihh tetiba lagu Colbie Callait. haha bye





Btw, thank teacher BB yang dah banyak didik and sabar dengan Adam Noah especially cikgu2 yang lama dari awal Adam Noah join. Itupun ramai teacher dah pindah sekolah lain and tukar cawangan. Dapat kenal kejap je. I feel sorry kat aunt yang pregnant yang kena dukung anak i. T_T May Allah bless u always teacher teacher sekalian. 


Toodles :)




14 comments:

  1. My boys dulu pun speech delay, Alhamdulillah banyak improvement after buat terapi semua. InsyaAllah Adam & Noah pun will be fine. Good luck Namee, Adam & Noah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mekasih kak !!tu la usaha selagi boleh ! Tahun 2018 target nak repair apa yang patut ekekek.

      Delete
  2. Alhamdulilah baca ada improvement. tp betul juga kalau org reg BB sbb apa kita cerita dekat blog tp kita hantar pun halfway jd tak selesa kan. lagi pun setiap budak lain2. ada yg hantar dkt A okay tp ada hantar x ok... susah kita as parent pun nak decide. My boy sekarang pun still tgh pantau.. kalau letsay tak ok dkt school tu next year kena la tkr.. pape pun as parent kita kena alert dan amik tau juga la kan.. hihi

    ReplyDelete
  3. Betul tu namee..sokong sangat2 part anak dengan keserasian sekolah tu. Walaupun sekolah tu orang kate bagus sangat-sangat, tapi tak sesuai dengan anak kita pun tak guna jugak. Semoga namee ikhlas dan sabar sentiasa :)

    ReplyDelete
  4. Sama je anak kita luqman 4years and aisha 3 years speech delay. Aisha pun kat bb skrg..end of year tgk progress macam mana, luqman dah masuk sekolah kanak2 istimewa johor bahru. Takpelah i redha kalau itu yang terbaik untuk anak i.Masa depan diorang kita tak tau lagi kan.all the best adam & noah!

    ReplyDelete
  5. Tadika ni memang perlu try and error jugak. My nephew pun ada sorang speech delay. Mmg penting bagi terapi yang bersesuaian

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Namee, betul sekolah ini menerimaannya x sama. anak akak yg sulung sek start 5 tahun sbb petah tp no 2 akak hantar dr umur 4 tahun sebab dia seorg yang pendiam dan kalu bercakap pun org susah nk faham. setahun hantar sek masa 4 tahun ada perkembangan tp setahun tu ckp dgn kwn2 je kat sek. dengan guru angguk dan geleng je. tp masuk 5 thn baru ada komunikasi dengan guru.

    ReplyDelete
  7. kak namee,mse antar adam ke bb dlu stat umur bpe thn? bleh share ckit x konsep pembelajaran di BB?

    ReplyDelete
  8. kak namee,mse antar adam ke bb dlu stat umur bpe thn? bleh share ckit x konsep pembelajaran di BB?

    ReplyDelete
  9. namee. atok shein bercita2 nak beliau masuk sekolah kebangsaan kononnya nak berdikari and tough macam abah dia la. tapi kaksu agak, if dia buat ujian, maybe shein masuk kelas pemulihan sebab dia punya masalah sama dengan adam la. kekadang i dengan u pon tak boleh beza cane? adeh. tu pon naseb sekolah dia sekarang banyak tolong dia punya speech kalau tak melingkup. sama mcm namee, kaksu tak rasa shein autistic cuma speech delay. bab tantrum pon kaksu rasa permasalahan jugak sebab jenis suka test kesabaran ibu bapa beliau but kaksu 1, namee 2. so namee menang lah. hahaha. keep on update perkembangan adam and noah. ok?

    ReplyDelete
  10. Good one namee. My doter few years ago (in tadika swasta-but not montessory one) pon seorang yg pelat, gagap, lambat menerima dan memahami compared kawan2 dia. U tahu lah, budak zaman sekarang umur 5 tahun tapi bijaknya, petahnya macam org tua. But not my eldest. So dia agak ketinggalan drp budak2 lain. Org lain dah iqra 8, dia masih iqra 2. At first kami as parents agak malu n risau. Then rezeki waktu umur 6 thn, ada cikgu baru masuk yg sgt2 berjiwa pendidik ( i notice most of kindergarten teacher x pandai nak attract budak2 ni-esp towards my doter-kind). Cikgu baru ni perasan my doter kene one-to-one lesson, baru dia dapat membaca, memahami, mengeja. And cikgu tu sanggup luangkan masa sebelah petang utk tusyenkan my doter sorang2 dalam bilik.(waktu tu i was working and my doter transit smpi petang). And that reason jugak i berhenti kerja the next year because of my doter tu. I nak fokus to her. Nak jadi cikgu one-to-one dia.
    Std-1 : dia dapat rezeki masuk kelas dlp(dual language program-math n science in english). Kiranya masuk kelas budak pandai lah. Agak stress bagi dia sbb dia x bole bawa. She still ada communication skill problem. Dalam bahasa melayu pon dia punya ayat tunggang terbalik. Cikgu pon cakap dia seorang yg sgt pendiam di school. Agaknya dia malu nak buka mulut menyedari kekurangan dia. Kdg2 semangat nak cerita what was happened in school kat kita bila balik sekolah ada, tapi kadang2 tak sampai. Ada kala saya marah juga sebab bahasa melayu pon x betul. Inikan pula kelas dlp in english. Sudahnya tahun ni saya tukarkan dia ke kelas biasa-bukan dlp. X pelah bukan kelas pandai pon, janji anak x stress. Kita sendiri tau kemampuan anak kita. Org lain tak tau.
    O ya. Anak no 2 i x macam tu. Malah sangat2 seperti langit dan bumi. Seorang yg terang hati, cepat tangkap, petah dan banyak bertanya. Selalu dapat no 1 di kindergarten. Yelah. Anak2 x sama. Tapi kasih sayang saya tetap sama. Malah saya rasa yg eldest yg akan bersama saya bila saya tua nnt.

    Apa yg saya cuba nak sampaikan :

    #1) betul, anak syurga kita ni berbeza2. Kelas terbaik, sekolah terbaik, tak semestinya penghasilannya sama untuk semua budak.

    #2:kepada guru2 atau ibu bapa yg tidak ada masalah spt kami, jgn ingat kami tidak percaya kpd kemampuan anak kami, merendah2kan kemampuan anak, tidak menyokong anak. Sebenarnya kami menyokong anak kami dgn mencuba sesuatu yg sesuai dgn mereka; bukan memaksa mereka utk tetap menjadi seperti anak2 anda yg normal itu hinggakn mereka stress!.

    Terima kasih 😊😊😊

    ReplyDelete
  11. terime kasih diatas perkongsian...hope nnti boleh share school baru adam n noah sbb anak i pon sama mcm tu...tk happy nk pergi school dan akan tantrum yg truk dekat school.

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum sis, terima kasih di atas perkongsian. anak saya pon macm speech delay . kadang ade yg saya faham, kadang ada ayat yg saya tak faham. saya pon duduk di s2. really hope u can share with us what new school sis hantar sekrg. 5 years da kena perhati betul2 kan. btw, anak2 yg bakal standard 1 tahun 2020 kene daftar online sekolah kebangsaan di website ppd bulan 3 ni. if u plan to send anak to sekolah kebangsaan, just mark your calendar dear.
    tqvm

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 photo lumi.jpg