Pages

Thursday, February 22, 2018

Pengalaman Pertama Accident Lepas Tu Mangsa Cedera Gulp

Hi

Sesenja ( ada ke sesenja sukati i ) di Soromban Nogori Sombilan, dari keluar office merungut sebab kena pos parcel kat town sebab dah lepas pukul 5 tapi nak poslaju proceed order the same day jadi gigihkan jua pos di poslaju besauu Soromban. Staff takde kereta , poslaju pickup kat office i pulek selalu lambat kadang tak datang pun sukati je kecewa tawar hati dah. kita clash! Teringat kawan i dulu gaduh dgn bf je kita clash kita clash ekeke. On the way balik from poslaju , pandai. Ikut shortcut biasanya . Memang dah biasa expert ikut shortcut tu pun tapi entah sebab dari pagi macam rasa lesu lemau je. Kedengaran dj radio hot fm berpokpekpokpek lalu memainkan lagu Khai Bahar, Luluh. I yang dah memang rasa luluh hati berkecamuk rasa hilang ic identiti .

Dalam luluh luluh sempat la dengar lirik satu satu...

sudah puas aku menangis lagi 
kau hadirkan mendung awan yang kelam
namun
ku kan tetap bisa bertahan
secebis kasih yang telah kau beri

fast forward.....( ingat gigih ke nak type lirik semua pastu tak hafal ;( )


aku tersungkur menunduk meraung.....

line 'tiada siapa bisa merasakan' digantikan dengan.....


pommmmm!!!! 

Tetiba ada motor langgar i. Pantas gila. Tetiba kereta i and motor uncle tu bertembung then pakcik tu terus jatuh and terseret ke sisi jalan kiri. 





Pastu uncle jatuh tertiarap  tak gerak langsung . Apa yang i nampak kepala dia terhantuk kat jalan. Sikit pun tak gerak tuhan je tahu i shaking camne.  I terus park kereta tepi kat tempat pakcik tu terseret then i jerit 'uncle uncle'. Tak fikir dah cara sopan untuk jerit. Kalau sajat memang dah keluar suara sebenar.  'Uncle please bangun'. Dalam few seconds je kereta lain dah stop semua tenung i bagi muka "ayoo tak tahu ayoo tak tahu" . Tetiba ada satu budak laki tegur...'awak ada phone tak' . Meh saya call kan sekian sekian. Sumpah kalau masa tu i sorang i tak tahu nak buat apa. First time pulak tu accident. Nasib la budak tu ada sebab dia pun kerja RELA ni dulu settle orang accident macam2 kes, apa nama entah budak tu , nama dia lain sikit Elha something yang i ingat hidung kepit macam bini AC Mizal,  Amelya Rosnaida . Tu je i boleh describe untuk korang imagine.hihi. I terus call husband .


Elha tu la yang tolong call kan ambulance, then ajak i gi balai. Lepas 5 minit semua bantuan sampai. Hospital Tuanku Jaafar pun dekat. Kebetulan uncle tu pun sebenarnya nak gi kuil nearby sebab ada sembahyang untuk sedara dia meninggal. So jalan yang kitorang accident tu memang jalan laluan family members dia yang lain nak pergi ke kuil petang tu. Anak dia lalu jalan tu then nampak ayah dia kat tepi terbaring dengan i jerit2 then ramai lagi orang kerumun tengok . Menggeletar i, nak beranak pun i tak scary camtu. Anak dia panggil2 ayah dia 'appa appa' then uncle tu boleh angkat kepala. Aaa masa tu i lega gila then kept on say sorry kat anak and anak buah dia sorry sorry sorry sorry sorry . Masa uncle tu angkat kepala i tengok darah keluar kat mulut and hidung dah ala lagila scary sangat nih. 




Uncle tu pergi hospital, I terus gi balai ikut Elha tu. Buat report dulu and Elha pun bagi keterangan saksi. 

Situasi nya , i nak keluar dari roundabout then i slow down kereta tengok kanan uncle tu masih jauh masih before setengah kat roundabout so i keluar la sbb mengikut firasat sempat je rupanya uncle tu pun rushing nak sembahyang kt kuil and tengah on speed. Memang bertembung. But anything situasi macam tu mengikut Akta 13 , perlu bagi orang kanan lepas then only u can go. So i kira salah la kena saman tapi sarjan tu kata sebab i cam lurus bendul je dia bg diskaun . I tanya sarjan tu...i masuk penjara ke ? Pastu uncle tu kan cedera. Nasib tak. I ingat accident camni kena masuk penjara. :(


Lepas kejadian memang scary la nak jumpa uncle tu. I call minta maaf dulu tanya khabar suara kepit sopan then only pergi visit kat rumah. Pastu blur2 ayam , nak bawa buah tangan xtau nak bawa apa.Masa nak lawat tu dah la raya cina yang banyak sarang burung, ginseng punya hamper takkan nk bg tu pulek.  Yang senang hamper jela kan so sukati je i beli hamper makanan jajan manis2 bawa tanda buah tangan. Uncle tu diabetis pulak tu, i cakap uncle tak boleh makan ni, ni manis. Dah bagi tapi sound pulak uncle tu. bluek pesan bagi cucu. hihi . 

Masa mula2 call uncle tu macam nada merajuk sikitt ahh sebab i call lambat lepas 2 weeks baru i call. NO phone dia i xde pastu nak call fikir nak cakap camno. gulp. 

Haihh tengok uncle tu okay, i lega gila dah. Urusan claim uncle tu blakang cerita sebab uncle tu nak claim atas kecederaan dia. Kes tu biar lawyer je yang buat kerja. Pegawai penyiasat pun dah amik keterangan i semua. Settle taknak gaduh2 , anak i dah suka gaduh kat rumah jadi i taknak cari gaduh kat luar dah. kekeke


Yang penting uncle okay and i tak masuk penjara. 




So sesiapa yang belum pernah accident lagi2 pompuan...blur blur ayam..

- kalau accident tengah malam sorang2 atau jalan sepi ke lock diri dalam kereta dulu. Call sape2 dulu . Haritu i keluar terus macam tindakan reflex je terus keluar jerit 'uncle bangun!!' . Tapi ada yang trauma jadi statik terus. 

- Apa2 hal report balai dulu pasal insuran nak report balai kalo nak claim repair


-Jangan tandatangan apa2 borang yang kosong di beri call man atau pemandu trak tunda(kita berhak untuk tentukan kemana kereta kita untuk diperbaiki oleh bengkel) . Selalu bila accident camni nanti ada la trak tunda pandai2 datang nak tolong and suruh sign ke apa. Jangan sign !!!


- Ambik semua barang berharga dalam kereta termasuk Touch n Go , Smart Tag segala amik ya.


 -Sekiranya ada geran atau polisi dalam kereta jgn tunjuk pada sesiapa takut dicuri atau disalah guna oleh pihak lain



-Pemandu wanita pegang beg tangan jangan letak dalam kereta


-Beri kerjasama kepada pihak berkuasa supaya kereta anda tidak menghalang lalu lintas 


-Letak tanda amaran sekiranya perlu supaya tak terjadi kemalangan berantai


-Sekiranya berlaku kecederaan telefon ambulan maklumkan kemalangan


-Seeloknya bawa rakan seperti mekanik masa ambil kereta takut pemilik bengkel penipu(cakap tukar tapi tak atau claim insuran original tapi brg local)




Kalau korang perempuan dan dilanggar dari belakang .....

1-bertenang dan jangan panik..
2-jangan keluar dari kereta..
3-call ayah/abang/suami/teman lelaki untuk bantuan dan tunggu sehingga mereka sampai
4-lock kereta dari dalam dan naik kan semua cermin tingkap
5-perhatikan kereta belakang adakah pemandunya sendirian atau lebih.. kalau lebih jangan keluar kereta..
6-kalau pemandu/penumpang kenderaan yang melanggar itu mahu berbicara dengan anda.. jangan keluar kereta dan berbicara dengan cara turunkan sedikit cermin tingkap anda cukup sekadar untuk kedengaran suara, jangan buka luas sehingga boleh melepasi tangan masuk kedalam dan jari sentiasa stand-by kat suis tingkap untuk menutupnya sekiranya keadaan tidak terkawal
7-bersedia untuk menghafal nombor daftar kereta yang melanggar itu sekiranya kereta itu chabutttt...

sedikit tip untuk elakkan kejadian rompak kete.. inilah tektik perompak sondol belakang kereta yang dipandu oleh wanita yang memandu sendirian..


Atas ni i copy . So hati2 semua. Bila accident camni memang tak tahu la sape betul sape salah. Kena buat report bagi keterangan dulu. 




I blame Khai Bahar.

Tetiba.




















10 comments:

  1. terima kasih sudi kongsi pengalaman n tips

    ReplyDelete
  2. Kesian khai bahar...dia pulak yang jadi mangsa keadaan hahaha

    ReplyDelete
  3. Seriau juga kalau tiba-tiba jadi tu. Tapi apapun minta dijauhkanlah

    ReplyDelete
  4. tak pernah accident tapi kalau jadi, memang blur tak tau nak buat apa.. minta jauh dari kecelakaan..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah Namee tak de apa-apa dan uncle tu pun ok

    ReplyDelete
  6. Salam ziarah, salam kenal namee :) finally I of your silent readers speak up :D

    Asalnya berdebar gak baca citer u, but lama2 cam kelakar pulak hehe esp part blaming khai bahar haha...

    Apapun alhamdulillah u are safe...

    Thanks for the tips/info. Harap sangat tak terjadi kat akak sbb akak sejenis yg cepat panik huhu.

    ReplyDelete
  7. Haha.lagu luluh tu berhantu kot.kekeke.alhamdulillah namee xapa2 n uncle tu okey👍

    ReplyDelete
  8. dah lama dah tak berkunjung kat sini. sibuk lah lately ni blog i pun tak berupdate. suka baca cara u cerita.. selit2 jugak mcm funny2 skit.. nway, good that u n the uncle is okay..

    ReplyDelete
  9. I would like to thank you for the efforts you have made in writing this article. I am hoping the same best work from you in the future as well.. Click Here

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 photo lumi.jpg