Pages

Thursday, March 29, 2018

Therapy Adam Noah Speech Delay

Hi

Asalnya i tak tahu umur berapa yang budak kecik patut cakap. Makanya bila Adam Noah makin membesar masuk 3 tahun pun masih cakap bahasa baby. Tapi i rilex rilex sebab adik beradik i semua jenis cakap lambat 4 tahun lebih baru cakap (asik ulang ayat sama je kan kahkahkah nak salahkan genetik jugak tak kiraa tak kiraaa *hentak kaki ). Lambat betulll nasib semua jadi manusia gak skang herherherr. Entah la, ada yang cakap parents zaman skang yang risau lebih2 tapi yelaaaaa mesti risau la kalau tak reti cakap dengan clear then macam mana nak ajar membaca and deliver message dengan jelas. Wah gitu.



Kalau Adam tu, i mak dia memang hari2 dengan dia boleh faham la dia nak apa. Nanti kesian dia kalau sekolah macam mana. wuuuuu laff u Adam idung kembang. Tahun 2018 my main target ( salah satu target dalam hidup ) is nak repair Adam Noah ni. On 2018 extra focus on Adam Noah . Sekolah khas.

So ni few benda yang i nampak Adam Noah deliver kat rumah so i share sini manfaat nya waww macam jual produk uols..Hantar sekolah khas and terapi luar mmg mahal kebanyakannya so i share sini so sama2  kita dapat benefit ok. 


Ni antara benda yang i rasa helps juga la . Sila cuba , boleh nampak perubahan punya. alhamdulillah and insyaAllah selagi usaha.



1) Flash card
- oih pelik gila kan ada mak bapak dari anak still baby lagi dah flash card dengan anak.Ganas. Tapi sumpah benda tu membantu. Adam jenis speech delay yang kurang perkataan apa lagi ayat. I dulu rajin je baca kan buku words at Adam tu tapi entah ler maybe sebab faktor genetik juga la kot Adam Noah speech delay ni.




 Jadi kalau banyak word dia tak boleh sebut, then how to form a sentence kan. Jadi i kenal2 kan la dia dengan banyak flashcard yang Adam ,Noah minat lah. Macam Adam minat animals, so bagi flashcard yang monkey, tiger , lion , penguin semua lah. Praktis lidah diorang sebut benda2 yang diorang minat nak tengok dan sebut. Flashcard sangat membantu. 

Sebut memang pelat2 tapi makin lama makin clear. Noah i bg flashcard abc je.

Kiranya flashcard ni untuk familiar kan anak korang dengan banyak words and sebutan asas yang dia minat untuk sebut. Ok bebeh muahh.




2) Sign language 
- bila speech delay, memang susah sikit nak bagi dan terima instructions . Jadi boleh guna sign language. Macam nak bagitau anak TIDAK BOLEH , so sign language nya GELENG2. Macam makan sedap  so gooodddddd tunjuk THUMBS UP . 

Do you want to eat ? ......sambil tanya buat la sign suap tangan kat mulut tu maksud nak makan tak ?




3) Label barang & Boleh cuba fridge magnet
- kaedah label barang ni bagus . Nanti dia tunjuk dia nak apa , time dia tunjuk dia nak apa korang boleh mention terus . Contoh dia tunjuk apple "oh u want an apple ?" . Lama2 dia pun sebut la. Kadang tengah makan roti ke apa...sebut la roti . Ini roti. Adam makan roti. Terpulang lah korang nak bahasa english ke melayu ke tapi kalau boleh focus satu bahasa dulu untuk kenalkan words. 

Fridge magnet kalau dapat jenis fridge magnet yang sama serupa barang dalam peti ais lagi bagus. Dalam peti ais ada telur, then cari telur fridge magnet telur. Gitu. Tips ni i dapat dari kawan. 




4) Main olok2
- main olok2 . Tau tak main olok camne ? hihi. macam korang main dengan Barbie cakap2 dengan Barbie korang tu la. Yang laki pulak main robot lawan2 terbang sana sini siap ada effect bunyi dush dush. Main olok macam main kawen2 la. Macam Adam suka animals, duk usung la kehulu kehilir dia punya animals. Paling sayang patung Cheetah dia sekarang, tidur pun pegang Cheetah dia. I selalu la amik Cheetah dia tu olok2 bawa lari bantal busuk bulat dia tu.

Cheetah take Donooo..oh no .Cheetah want to eat Donoo ! ....sambil olok2 Cheetah usung Dono dan bawa lari Dono dia tu. 

Main olok2 ni budak selalunya respond and reacted balik dengan dialog . No cannot no cannot. Benda tu sikit2 ajar dia sebut. 

Dono tu nama bantal busuk dia. Actually bantal busuk dia tu is napkin yang membaluti bantal bulat Doraemon. Adam nak sebut Doraemon tapi lidah tak sampai jadi la Dono. Jadi i namakan saja bantal busuknya Dono. haha




5) Repeat soalan sama n word sama setiap hari
- i perasan sejak2 masuk sekolah baru ni ...Adam selalu tanya i soalan sama berulang2 kali..Buat permulaan ni biasakan dengan soalan basic and sama pratktis sebutan bagi jelas. Ni dari sekolah la dia belajar, i sambung kat rumah je praktis hehe.

Mommy, where the bird ?
Mommy, where is the tiger ?
Mommy, where is the cheetah ?
Mommy, where is the monkey?
Mommy, where is the cat ?
Mommy, where is the dog ?

Mula2 masa dia tanya tu i blur la nak jawab apa kat anak aku ni . nak jawab betul2 ke main2 ni hahaa. Then masa i terpaku jap fikir jawapan nak jawab mana Cheetah dia ? Adam jawab dulu, mommy Cheetah sleep , tiger sleep . dog sleep. cat sleep.

Then hari2 ulang benda sama yang Adam minat nak berbual or ajak bercakap. Then now bila dia tanya i bagi la jawapan lain. Cheetah run ! 

Kadang datang mood sasau , i main2 jawab je Cheetah poop preettttt ( sound effect cirit birit ) . hihi gurau jaaaa.





6) Straw . Latihan otot mulut



- Apa kena mengena benda alah ni ? Sape dulu rajin tengok Diary Akademi Fantasia time diorang tengah praktis vokal tu ? Kan  ada buat senaman buka mulut la sembur2 mulut la. Tu macam praktis and kuatkan otot mulut. 



So korang beli straw yang fancy cenggini, suruh anak korang sedut2 air .


Then boleh jugak guna straw biasa and main2 tiup kapas ke.


Atau buat la air cincau ke apa atau air ada biji2 cool blog tu....suh anak korang sedut2 kunyah. Macam main game la, sape sedut dapat biji dia score point ! Gitu. Asal anak korang excited nak main and xtahu sebalik agenda game tu ekekek. Kalau diorang tahu , nanti malas nak join amboii. 

Apa2 la yang creative asal otot mulut anak korang bergerak ! ok bebeh.

Ni antara yang i dah cuba home therapy lah. Mudahan Adam Noah cepat sikti cakap lancar nya sian i mereput bila la nak dengar anak i cakap mommy pretty ke beautiful ka gorgeous ka. hahaa

Bye 

Toodles






4 comments:

  1. I'Allah namee.. sy selalu je follow story adam noah n btw ank sy pn nama adam heheh

    Setiap ank ada rzki masing2 kn nnt adam noah dh lancar ckp hari2 diorg akn brtuah ada mama cntik n gojes 😘
    Moga share dr namee bg manfaat kt org lain..

    ReplyDelete
  2. anak akak yg sulung je ckp cepat...yg lain agak lambat...kena gak speech theraphy kat spital...tapi pergi sekali je... ;)
    sekarang dah nampak ada perkembangan sikit...sbb dah school..sebelum ni semua bahasa isyarat je.

    ReplyDelete
  3. namee.basically by <1 year old child babbling.non specific sound.by 1 year child dh start form meaningful words.at least mama,papa susu.biasanya words yg repetitive sounds.1 year n half dah ada few words.2 years dah bole form simple sentences consist of 2 words.to reach this child must know at least 50 words.i use flash card but in form yg hard book macam box tu.i tot playing with flash card tu style kami yg mcm org kampung sbb xde ipad nak bg anak main.rupanya its a japanese stye call shichida method.

    ReplyDelete
  4. Thanks for sharing, adik sy pun ada speech delay tp disbbkan oleh hypoaktif (ADHD) yg mana dia terlalu pemalu ... dan susah nak bergaul dgn org..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 photo lumi.jpg