Pages

Wednesday, June 6, 2018

Cousin Kahwin .

Hi 

Saat yang dinanti akhirnya tiba haha. Dalam adik beradik mama, mama yang paling awal kahwin then mak long. So kitorang adik beradik jela yang tua n besar sob sobs. Cousin yang lain semua kecik2 kontot sebab makcik pakcik kawen lambat. Mak i kawen paling awal dalam adik beradiknyaa gitu lag ceritanya. Pastu maklong kahwin. Maklong tu my mom punya kakak lah hahaa . So anak mak long pun yang dewasa juga lebih kurang umur kitorang.

Part best dalam family bila dapat berkumpul ramai2 jela . Tertunggu2 kenduri kawen. Selalu tanya mak i , sape lagi nak kahwin ni. Seronok sikit meriah2. Time kenduri kawen family semua mesti ler ada. Last 7 years turut2 adik beradik i kawen. Mula2 kakak sulong i pastu , kak kedua then i kawen. Lepas tu adik lambat la kawen sebab beza umur i dgn dia 5 tahun dah. so skang ni target anak mak long jela kawen. 

Finally ! Suka majlis kawen. hahaaa tapi kawan kawen xde pulak datang semua. bluekk.


Yang pengantin laki tu la anak sulong mak long. Arif Kashani . 2 beradik je tetiba i teringat Adam Noah dua beradik je camne la i kalau diorang kahwin.  Kira masa kecik2 sama kat kampung, i jadi ketua gangster la bawa arif n akmal ni main bakar2 daun  sampai pokok pisang i bakar hahaa. Ahkak taiko la dulu zaman tomboy then i paling tua dalam geng of course i lead mereka ke arah yg benar. harhar



Ni semua cousin la ni. Kontot detected. hahaa semua cousin i kecik2 lagi. Nak tunggu turn depa kawen i dah mereput dah. Kena mula makan collagen 10 biji sehari ah nak vogue di majlis kawen diorg nnti.


Haa ni makcik2 i. Yang belah kanan n paling kiri tu lah yang bela i masa kecik kat kampung. Ajar i makan guna spoon n fork. Ajar goreng telur mata kerbau. Rindunya kampung. Seronok weyh sukati i je nak lepak panjat pokok ke tu yang sampai terlepas bakar pokok pisang. heeeeee yang makcik belah kanan tuuu pun rapat dengan ktorang. Makcik2 ni calon juga la sign report card dulu. hihi.




Kontot detected again. Ni semua cousin belak mak lah. Kecik semuanya. Nak gossip membawang pun bawah umur lagi. Cantik pelamin i suka. Suka korang ye duk kat pelamin. Kahwin lambat lagi. Tapi memang rasa masa cepat gila. Tetiba uncle2 aunt2 yang rapat dengan i yang rajin layan bawa keropok Rota tetiba dah ramai anak. Tiada lagi keropok Rota perisa udang kelihatan. 



Dulu i kawen tak mampu ada photobooth haha. Time kenduri orang lain lah caras lebih sikit. Sekarang ni i tak sure pergi mana gambar ni punya nak sorok dari Noah. I print 3 tamak haloba. 



Tangan adam kot halus je kulitnya . I pun tak sure. haha yang penting bukan tangan i. Makan sedap.



I dah agak i akan balik awal. Sempat lawat pengantin time pengantin nak makan. Tahniah Arif n Ika !



Dari jauh saja lah. Anak meriba tak dapek nak kehulu kehilir. 


Mama and maklong



Cepat betul masa berlalu. Tetiba adik i dah besar . Dah takleh tipu sunat potong and jahit guna mesin jahit. hihi..dulu adik i tanya manusia dari apa. I jawab buat dari tepung pun dia percaya. tak sangka percaya. Ingat buat manusia macam cekodok manis ke ke cekodok udang. 





Dua dua ni nanti lepas kawen duk dengan mama tauuu. Dua je anak kita. Husband i tak bagi diorang duk sama2 kata nanti mereput bawah tiak i. Emm anak i dua je pun, mudahan dapat menantu yang bff dengan i. Jangan risau, mertua mu insyaAllah okay saja.





Papa, macam nak kahwin lagi je bluekk.  and adik Nine. Nama zulqarnine plak masa dia lahir plak tengah hot Phyneballerz ( yeke eja camni)  ke apa group melayu tu. Kan main vocalist dia Nine tu . tu yang i pun nine nine kan adik i. Lekat sampi skang. Rupanya dah tinggi dari i, nampak kenit je. Muka nak sama i, sibuk saja. 


Tengah2 tu my nenek. Haritu nenek ajak bual pun i x dapat duk lama. Baru nak layan makan cendol dgn nenek , anak2 dah memanggil. hihi...

Habis dah. Gambar habis cerita habis. Gambar semua i caras orang punya. haha. I tak sempat nak snap sangat. Everybody is happy. Tengok muka pak long lagi la bunga2 happy dapat menantu. Pasni cucu . 

Yayy siap satu blogpost haha

Tahniah Arif n Ika. Cepat2 dapat babyy.  Pasni i target anak makngah pulak kahwen. Paksa anak orang kahwin, asalkan i nak merasa lauk kenduri.
wewewewe.



Iklan
ORDER SEBELUM 11 JUNE , SEMPAT DAPAT SEBELUM RAYA.

Nah, jangan terlepas hehe !

Nak order boleh terus whatsApp

016 250 9143




Toodles. 









8 comments:

  1. Cantiknya baju kak Nameeee, sepatutnya puji pengantin baru, apa la aku ni hahaha. Okay kita puji, pengantin pon cantik jugak. Kita pun suka jugak kalau ada kenduri kawin sebab time tu je la tak payah penat penat masak just makan kat kenduri tuh sampai kenyang 😂

    Erni Hasmiza

    ReplyDelete
  2. Kite pun suka kalau g kenduri kahwin saudara. Time nilah nak feeling bebudak walhal dah jadi mak budak. Anak2 tengok pun pelik.. hahaha..

    Tahniah buat pengantin. Moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

    Anyway.. baju Namee cantiklah.. ai is suke tengok.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah tahniah Namee bertambah ahli keluarga....

    ReplyDelete
  4. semoga pasangan bahagia hingga akhir hayat.. amin

    ReplyDelete
  5. Hi Namee, simple tapi cara kamu express very personal to the reader *like me*:)
    So funny masa you describe all your cousins kecik kecik, membawang pun bawah umur.

    You've very close family.
    Bride and Groom sangat cantik and handsome :)

    https://itslynstory.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. cantik baju Namee... rasa macam ada Namee share beli kat mana haritu tapi mcm dah tak jumpa

    ReplyDelete
  7. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ untuk info selengkapnya.
    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 photo lumi.jpg